Categories
SELANGOR

Kawal populasi, MPKJ lancar operasi tembak gagak

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 OGOS : Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) melancarkan Operasi Menembak Gagak, 13 Ogos lalu bagi mengawal populasi habitat binatang itu.

Yang Dipertuanya, Mohd Sayuthi Bakar, berkata gerak kerja bersama Kelab Menembak Kajang (KMK) itu diadakan sebagai inisiatif memastikan persekitaran bersih daripada ancaman gagak.

“Operasi ini bermula 6.30 pagi dan berakhir 8.00 malam itu sebanyak 994 burung gagak berjaya ditembak,” katanya dalam kenyataan.

Sebelumnya, majlis pelancaran program dirasmikan Mohd Sayuthi yang turut dihadiri beberapa pegawai tertinggi dan wakil penduduk setempat.

MPKJ GAGAK 2 Usahasama itu diharap mampu mengekalkan keharmonian dan kebersihan persekitaran perbandaran Kajang daripada habitat kotor gagak.

Pada masa sama, masyarakat disaran memastikan persekitaran bersih daripada sebarang kekotoran dan sampah sarap yang boleh mengundang populasi gagak.

-nR-

Categories
SELANGOR

80 anak yatim terima bantuan persekolahan

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 DIS: Seramai 80 orang anak yatim dan anak yatim kakitangan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menerima sumbangan kelengkapan persekolah sempena Program ‘Back To School’.

Program anjuran Bauhinia MPKj dengan kerjasama Eco World Sdn Bhd itu berlangsung di Mini Teater, Menara MPKj pada 18 Disember lalu.

MPKJ ECO WORLDAntara bentuk sumbangan yang diberikan berupa beg sekolah dan alat kelengkapan sesi persekolahan mereka pada tahun hadapan.

Secara tidak langsung, sumbangan itu membantu masyarakat yang berpendapatan rendah dan ibu atau bapa tunggal dalam mengurangkan kos perbelanjaan bagi penyediaan persekolah yang bakal bermula beberapa minggu lagi.

-nR-

RM20,000 selenggara Pangsapuri Makmur

)

Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperuntukkan sejumlah RM20,000 bagi kerja menaiktaraf kemudahan taman rekreasi di Pangsapuri Makmur, Bandar Baru Saujana

Categories
NASIONAL SELANGOR

2 Tapak Bazar Ramadan Baru Ganti Bazar Reko Kajang Sentral

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 004

KUALA LANGAT 15 JULAI : Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyediakan dua tapak bagi mengantikan bazar ramadan Reko Sentral Kajang yang ditutup awal minggu lalu.

Sehubungan itu, semua pihak yang berminat untuk menjalankan perniagaan bazar ramadan boleh berhubung terus dengan MPKj.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim menasihatkan semua pihak akur dengan keputusan MPKj menutup bazar ramadan di Jalan Reko Sentral 2 kawasan komersil itu dan tidak memanjangkan isu berkenaan.

“Saya telahpun mendapat maklumat daripada Yang Dipertua MPKj berkenaan dengan masalah bazar ramadan dimana di kawasan Reko telahpun ditutup dan ada dua kawasan di mana ada permohonan untuk menempatkan semula.

“Jadi saya nasihatkan supaya semua pihak yang berminat untuk menjalankan bazar ramadan ini berhubung terus dengan pihak Majlis dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Majlis,” ujarnya.

Sebelum ini, penutupan bazar ramadan mendapat cemuhan daripada penjaja setempat kerana mereka telah mengeluarkan modal dan membuat persiapan untuk menyertai bazar tersebut.

Bagaimanapun MPKj mempertahankan keputusan tersebut kerana mendapat aduan daripada pengurus kedai di kawasan komersil Reko Sentral Kajang.

Keputusan itu dilakukan bagi mengelak salah faham diantara pengurus kedai dan penjaja di bazar tersebut. Ia juga bagi mengelakkan kesesakkan lalulintas di kawasan komersil itu.

Mengulas lanjut, Chang Kim berkata, keputusan penutupan tapak berkenaan telah dilakukan di peringkat Exco Selangor pada tahun lalu.

“Jadi tahun ini kita akan ikut prinsip yang sama, ikut peraturan sama dan saya berharap semua pihak akur kerana YDP dan Ahli Majlis tahu apa yang terbaik untuk dilakukan,” katanya lagi.

Selepas Bazar Ditutup, Kini Peniaga Reko Sentral Kajang Pula Terjejas

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 004

KAJANG, 13 JULAI: Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menutup sebuah bazar Ramadan di pusat perniagaan Reko Sentral Kajang mendatangkan masalah yang tidak dijangkakan untuk operator kedai situ.

Di samping membatalkan permit bagi bazar itu, penguatkuasa MPKj telah menutup Jalan Reko Sentral 2 bagi memastikan penjaja tidak dapat mendirikan gerai mereka dan menghalang sebarang usaha untuk menghidupkan kembali bazar itu.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 002Akan tetapi, penutupan jalan itu telah mengakibatkan jualan kedai di situ merosot kerana jalan itu merupakan akses utama pelanggan kepada kedai mereka.

Permit karnival perniagaan anjuran Persatuan Penduduk Langat Jaya sebelum ini dibatalkan MPKj ekoran aduan pemilik kedai, kesesakan lalulintas dan mengelak daripada perselisihan faham antara pemilik kedai dan penganjur bazar.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 003Tetapi menurut beberapa pemilik kedai, tindakan menutup jalan terbabit menyebabkan peniagaan mereka terpaksa menanggung kerugian yang teruk.

“Tak setuju langsung, bila ditutup jalan depan, bukan kedai saya sahaja, restoran depan, kedai sebelah pun cakap macam itu.

“Pada waktu malam mereka buka, mereka beritahu saya, ‘bisnes’ tak ada, jalan macam padang jarang pandang terkukur, kosong sahaja,” ujar peniaga barangan kesihatan dan kecantikan, Azian Eka Puteri kepada TV Selangor petang semalam.

Menurut Azian kemerosotan perniagaannya mula berlaku sejak MPKj menutup jalan beberapa hari sebelum menjelang Ramadhan baru-baru ini.

Selain itu menurut Azian, penutupan jalan tersebut turut menyebabkan suasana di pasaraya Econsave berhampiran juga sangat lengang berbanding sebelumnya.

Ketika mengulas pembatalan Karnival Bazar Ramadhan tersebut, Azian berkata kewujudan karnival terbabit sekurang-kurangnya mampu menjadi salah satu daya tarikan orang ramai ke kawasan perniagaan tersebut.

bazar ramadan reko sentral lori MPKj 001“Kalau dia batalkan Karnival Ramadhan itu sekalipun, jalan depan itu mesti dibuka,” kata beliau lagi.
Pada 11 Julai, Pegawai Korporat Dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata pihaknya memutuskan untuk menutup bazar Ramadan itu setelah mendapat aduan daripada operator kedai di situ.

Pengusaha kedai pakaian, Cheng Pet Sze pula memberitahu, perniagaannya mula terjejas sehinggakan pernah suatu hari beliau tidak mendapat seorang pun pelanggan.

“Kalau jalan ini ditutup, kenderaan tak lalu, orang tak nampak kedai kita,” kata Pet Sze.

Tinjauan krew TV Selangor di Reko Sentral Kajang semalam mendapati Jalan Reko Sentral 2 ditutup di kedua-dua arah dengan dirintangi tali keselamatan dan lori MPKj.

Beberapa kakitangan penguatkuasa MPKj juga didapati turut berada dilokasi terbabit bagi memastikan Karnival Bazar Ramadhan tidak dijalankan di kawasan itu.

Kawasan deretan premis perniagaan dan kawasan meletak kenderaan di Reko Sentral Kajang pula kelihatan sangat lengang.

Seorang lagi pemilik kedai pakaian, Ain Idayu Che Husin menggesa agar MPKj membuka semula Jalan Reko Sentral 2 bagi membolehkan kenderaan memasuki kawasan perniagaan di situ.

Menurutnya lagi, keputusan MPKj menutup Jalan Reko Sentral 2 kepada lalulintas tidak membantu para pemilik kedai Reko Sentral Kajang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Tidak Naik Cukai Pintu Sejak 2008, Beri Diskaun 25 Peratus Pangsapuri Kos Rendah

pangsapuri dengkil

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pemilik pangsapuri kos rendah di Selangor sudah mula menikmati diskaun cukai pintu sebanyak 25 peratus yang mula dilaksanakan pada Penggal Kedua Cukai Taksiran Tahun 2012 (Julai-Disember 2012).

Menurut Exco Kerajaan Tempatan Selangor, Datuk Teng Chan Khim, Kerajaan Negeri juga mengambil keputusan untuk tidak menaikan cukai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh lima tahun sejak 2008.

Selain itu, terdapat beberapa PBT di Selangor yang mengambil langkah menurunkan kadar cukai taksiran sebanyak dua peratus bagi kediaman strata seperti apartment dan kondominium.

“Penurunan dua peratus ini dibuat berikutan kemampuan kewangan yang kukuh seperti yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai kewangan kukuh,” kata beliau ketika menjawab soalan Adun Batang Kali Nadzari Ahmad Dahlan (BN) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Chan Khim turut menjelaskan, nilai diskaun yang diberikan 11 PBT seluruh Selangor berjumlah RM 6,893,124.82.

Jumlah diskaun tertinggi dicatatkan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mencatatkan diskaun berjumlah RM1,599,436 melibatkan 31,672 unit pangsapuri kos rendah.

Ini diikuti Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebanyak RM1,209,190.20 melibatkan 38,387 unit pangsapuri kos rendah.

Categories
SELANGOR

PBT Bakal Siarkan Mesyuarat Bulanan Secara Langsung

teng lawat MBSA 14 jun 01

SHAH ALAM, 14 JUN : Sebagai usaha mendemokrasikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri memutuskan supaya setiap PBT menyiarkan mesyuarat bulanan mereka secara langsung di laman web masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, tindakan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mementingkan ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran negeri.

Menurutnya, langkah ini akan dilaksanakan oleh lapan buah PBT, antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Juga terlibat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp).

“Tindakan ini diambil memandangkan kita banyak menerima aduan daripada orang ramai yang mengatakan pihak PBT tidak melaksanakan tugas, mereka tidak tahu apa yang pihak Majlis buat.

“Jadi dengan terlaksananya projek ini, pihak Majlis akan menjadi lebih terbuka dan telus dan ia merupakan cara terbaik untuk orang ramai faham tentang pentadbiran PBT,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi pertemuan bersama MBSA, di di sini hari ini.

Beliau berkata, minit mesyuarat PBT juga akan dipaparkan di laman web, sejajar dengan semangat Kerajaan Negeri yang telah meluluskan enakmen kebebasan maklumat dua tahun lalu.

Tambahnya, pihak Majlis diberi masa selama tiga bulan untuk membuat persiapan lengkap bagi memastikan projek ini berjalan lancar apabila sampai waktunya.

“Selangor akan menjadi negeri pertama yang melaksanakan projek ini apabila ia dilancarkan kelak. Kita harap prosesnya akan berjalan lancar.

Empat PBT lagi Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), tidak dapat melaksanakan usaha itu pada waktu ini kerana kekurangan wang.

Projek ini adalah antara yang terkandung dalam Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor (Rangka Pertama) yang telah diperakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu lalu.

Categories
SELANGOR

Lapan Agensi Kerajaan Negeri Terima Imbuhan Tanda Penghargaan

SHAH ALAM, 16 OKT : Sejumlah RM20,000 akan diberikan kepada lapan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri kerana mencapai prestasi pengurusan memberangsang(sangat baik) seperti yang dilapor dalamĀ  Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Lapan agensi tersebut ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai kesemua agensi terbabit amat membanggakan berbanding tahun 2010 di mana hanya empat jabatan dan agensi negeri mendapat penarafan empat bintang.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa kakitangan Kerajaan Negeri semakin memahami hasrat Kerajaan Selangor yang mahukan pentadbiran negeri diurus secara telus dan bertanggungjawab terutama melibatkan pengurusan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, beliau turut menghargai usaha Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri yang menguruskan Universiti Selangor (Unisel).

Ini kerana katanya, PIYSB berjaya melaksanakan pelbagai pembaikan terhadap kelemahan yang dikesan pada tahun 2010 selain memperbetulkan masalah pentadbiran yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kejayaan itu termasuklah penambahan pengambilan pelajar yang meningkat kepada 11,880 orang pada Oktober 2012 berbanding 9,902 pada Oktober 2011.

Selain itu menurutnya, proses timbang tara antara Kerajaan Negeri yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri dengan Jana Niaga Sdn Bhd juga akan mencapai keputusan positif.

“Kerajaan NegeriĀ  menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan kerana sebelum ini audit dalaman tidak berfungsi dan Unisel terpaksa menggunakan khidmat audit luar. Audit kewangan Unisel bagi tahun 2008, 2009 dan 2010 telah siap ditandatangani dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan diadakan pada hujung tahun ini.

Sebelum tahun 2008, laporan audit kewangan Unisel tidak pernah dibuat.

“Justeru, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif ini untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk mengurus Unisel ditadbir secara telus dan bebas penyelewengan,” katanya lagi.