Categories
SELANGOR

MB saman portal Malaysian Insider

SHAH ALAM 12 OGOS: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap portal berita Malaysian Insider kerana didakwa menyiarkan satu siri artikel dan ulasan terhadap beliau, seolah-olah ia menjalankan kempen “anti-Khalid”.

Antara lain, mereka mempersoalkan penyelesaian RM70 juta pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam di mana beliau telah memfailkan tuntutan balas terhadap bank itu, dan juga dalam menangani isu lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

PC MB di SUK 11.08.2014 (3)Malaysiakini melaporkan Abdul Khalid memfailkan saman itu melalui peguamnya New Sin Yew dari firma guaman Bon Advocates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif dan editornya, Jahabar Sadiq dan editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar, sebagai defendan.

Turut dinamakan ialah The Edge Communications Sdn Bhd, yang mengambilalih portal berita itu enam bulan lepas.

Beliau juga memohon ganti rugi teruk dan teladan dan penarikan balik artikel berkenaan.

EZY

Categories
SELANGOR

Isu MB Selangor: PAS tunda mesyuarat 13 Ogos

KUALA LUMPUR 7 OGOS: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS-for-AllPerkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik Harakahdaily petang ini.

Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah.

Sebelum ini, PAS Pusat menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Pakatan Rakyat Perak mahu isu MB Selangor diselesai secara muafakat

IPOH 3 OGOS: Majlis Pimpinan Pusat Pakatan Rakyat perlu mengadakan perbincangan menyeluruh berhubung isu Menteri Besar Selangor serta mengambil kira pandangan semua pihak supaya isu berkenaan dapat diselesaikan segera.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semua pihak supaya bersabar menantikan keputusan Majlis Pimpinan bersabit perkara itu.

PR PerakBeliau juga meminta ahli-ahli parti mengambil sikap berwaspada terhadap segala percubaan pihak luar untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

“PR Perak mempunyai keyakinan tinggi sebaik selesai isu MB Selangor, seluruh pimpinan dan penyokong PR akan membina kekuatan baru.

“Kami akan menghadapi semangat juang yang lebih jitu dan perpaduan yang erat bagi mempersiapkan jentera PRU14 sekali gus mengangkat perjuangan untuk memartabatkan rakyat Malaysia ke tahap tinggi,” katanya dipetik Sinar Harian.

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Hari Raya Aidilfitri oleh MB Selangor

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabaraktuh, dan Salam Bahagia.

Dengan tulus dan ikhlas, saya dan isteri, mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” tahun 1435 Hijrah, bersamaan tahun 2014, kepada seluruh muslimin dan muslimat di negeri Selangor, juga di Malaysia.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (117)aSaya dan barisan kepemimpinan Kerajaan Negeri Selangor memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana memberi kesempatan kepada kami untuk meneruskan pentadbiran penggal keduanya di negeri ini. Insya-Allah, dengan sokongan rakyat, kita dapat menjayakan pelbagai program dan aktiviti demi kesejahteraan penduduk dan kemakmuran negeri ini yang kita kasihi.

Sejak menerajui Kerajaan Negeri ini pada Mac 2008, kami sedar penduduk di negeri yang termaju dan terkaya ini, sebenarnya berhak menikmati limpahan daripada hasil negeri. Sehubungan itu, melalui dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang dilancarkan pada Jun 2008, pelbagai program, skim dan insentif dilaksanakan bagi manfaat anak jati Selangor dan rakyat negeri lain juga yang menetap di Selangor.

Hakikatnya, sekitar empat juta orang daripada lebih 5.7 juta orang penduduk di negeri Selangor menerima manfaat daripada sekurang-kurangnya satu program atau skim dalam Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor ini. Pemberian air percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan adalah bantuan yang dinikmati oleh semua lapisan penduduk di rumah kediaman yang bermeter individu.

Golongan berpendapatan di bawah RM5 ribu sebulan menikmati pelbagai bantuan lagi yang disediakan. Misalnya, mereka layak memohon membeli rumah mampu milik yang sedang dibina di beberapa daerah.

Bantuan dalam bentuk latihan dan kemahiran pula diberikan kepada golongan belia menganggur, ibu tunggal, orang kurang upaya, pesara dan orang Asal bagi membolehkan mereka berniaga secara kecilan atau memohon pekerjaan yang sesuai. Usaha dan tindakan ini dilakukan disebabkan golongan ini terus terbeban dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang masih gagal disekat oleh pihak yang berwajib.

Mulai tahun 2014 ini, beberapa program baharu dilancarkan. Antaranya, program memperkasa pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru. Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan pendapatan per kapita penduduk luar bandar agar setanding dengan pendapatan penduduk di bandar-bandar. Tambahan pula kajian kami mendapati program pembangunan luar bandar oleh Kerajaan Pusat gagal meningkatkan pendapatan rakyat kampung atau desa.

Kerajaan Negeri juga sedang membina Jambatan Klang Ketiga bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pergi-balik di laluan Bandar Diraja Klang dengan Pelabuhan Klang dan Petaling Jaya, termasuk kawasan persekitaran Bandar. Kita akan mengadakan majlis rasmi pada 6 Ogos ini bagi menandakan projek ini sudah bermula. Jambatan ini dijangka siap untuk kegunaan dua tahun dari sekarang.

Sebagai peneraju Kerajaan Negeri yang terkaya dan termaju , saya wajar mengingatkan diri saya dan rakyat supaya kita menghormati institusi raja berperlembagaan sebagai pemerintah negeri ini dan terhadap barisan pemimpin yang menerajui kerajaan negeri sekarang.

Allah berfirman dalam surah an-Nisaa, ayat 59, yang antara lain maksudnya; “Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul juga taatilah para penguasa. Apabila kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara kembalilah kepada Allah dan al-Quran dan rasulnya…”

Berdasarkan situasi di negeri Selangor yang penduduknya berbilang kaum dan berbilang agama, di kesempatan ini saya menyeru setiap warga negeri ini supaya bersikap hormat menghormati, bersikap adil dan tidak menghina adat dan sembahan keturunan atau agama masyarakat lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti mematuhi maksud perintah Allah dalam surah al-Hujarat, ayat 12, bahawa Allah Subhanahuwataala melarang manusia bersikap buruk sangka, berhasad dengki dan memfitnah. Manakala pada ayat 13, Allah mengingatkan bahawa Allah mencipta manusia berjenis lelaki dan perempuan dalam berbagai-bagai bangsa dan suku supaya kita saling mengenal.

Sehubungan ini, saya berharap agar amalan kunjung mengunjung pada hari-hari perayaan kaum perlu dijayakan oleh rakyat Selangor. Mudah-mudahan amalan begini dapat mewujudkan kefahaman yang mampu menghindar sikap prasangka atau perbuatan ‘menghina’ adat dan perlakuan agama dan budaya kaum lain.

Dalam bidang politik pentadbiran pula, pemimpin sentiasa bersilih ganti manakala kerajaan yang memerintah kerap bertukar corak dan gaya. Bagaimanapun, peralihan pemimpin dan kerajaan terbukti lebih lancar dan menguntungkan rakyat dan negara sekiranya ditentukan oleh majoriti rakyat melalui pilihan raya umum.

Di kesempatan ini juga, saya mewakili Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor merakamkan salam takziah kepada ahli keluarga, rakan serta kenalan para penumpang dan anak kapal MH17 dan tidak lupa juga penumpang dan anak kapal MH370.

Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan para penumpang serta anak kapal. Dan kita berdoa semoga Roh mereka dirahmati Tuhan.

Sebagai menghormati mangsa-mangsa tragedi ini, Kerajaan Selangor membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ini sebagai tanda Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor turut berkongsi kesedihan dan kedukaan yang diratapi anggota keluarga dan rakan mangsa tragedi MH17 dan MH370.

Sekianlah sahaja. “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin”.
Wassalamulaikum Warahmatulahitaala Wabarakatuh, dan Salam Perpaduan.

MB : Ramadhan bulan anugerah Allah

Categories
SELANGOR

‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan

Oleh : Lizawati Madfa

KUALA LUMPUR 27 MEI: Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak hari ini hadir menziarah kelima-lima adik beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

MBAbdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam meluangkan masa, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.

EZY

MB Selangor berjaya bangunkan Sistem Bank Tanah, kini fasa kedua

http://tv.selangorku.com

Matta Fair Selangor ketengahkan pelancongan Islam

http://tv.selangorku.com

Kajian UNISEL 63% responden mahu Khalid Ibrahim kekal MB Selangor

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

1. Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

2. Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

3. PKR: 11 telefon bimbit digodam, SKMM berdiam

4. Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

5. SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

6. PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan

7. Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

8. PKR: Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

9. Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

10. Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

11. AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

12. AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

13. AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

JURNAL BERITA : Rakyat gembira industri air kembali ke Selangor

1. 6 daerah laksana penjadualan air peringkat kedua 2 Mac ini

2. 3 empangan Selangor utama mampu bertahan

3. Exco: Masalah air turut dialami negeri lain

4. Gerakan puji MB Selangor selesai penstrukturan air

5. Exco: Penstrukturan air kejayaan Selangor perjuang hak kebajikan rakyat

6. Rakyat sambut gembira kejayaan industri air kembali ke Selangor

7. Tiada berita unsur fitnah, akhbar tetap edar di masjid

8. Fitnah Anwar, Papa Gomo diarah bayar RM800,000

9. Aktiviti YB: Gotong royong pemangkin persaudaraan

10. Pertandingan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam cungkil bakat baru

11. MBSA pergiat usaha kekang wabak denggi

Categories
SELANGOR

MB: Isu pemilihan Ahli Majlis PBT selesai Mac ini

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 24 FEB : Isu pemilihan semula ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan dijangka selesai pertengahan Mac depan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata perlantikan semula ahli majlis itu membabitkan dari PKR sahaja manakala bagi PAS dan DAP sudah selesai.

Abdul Khalid“Ini hanya PKR. Kita minta PKR memberikan nama-nama cadangan untuk dilantik bagi menambah ahli majlis.

“Setakat ini, dalam senarai PKR, jumlahnya seramai 120 orang, seramai 80 orang sahaja yang sudah selesai manakala 40 orang lagi masih dicadangkan” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 42 ahli majlis tidak dilantik semula pada penggal baru ini.

Abdul Khalid berkata pihaknya sudah meminta PKR untuk menyenaraikan nama yang sesuai dan berkelayakan menjadi ahli majlis.

Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail berkata Kerajaan Negeri membuat perlantikan semula ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan kelayakan pendidikan dan kesimbangan penyertaan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan wanita.

Untuk rekod, PKR mengemukakan 120 nama (ahli PKR) untuk dilantik menjadi ahli majlis. Sementara Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad mengemukakan 67 nama (ahli PAS) dan Datuk Teng Chang Kim mengemukakan 92 nama (ahli DAP) untuk tujuan yang sama.

Seramai sembilan Orang Besar Daerah turut dilantik untuk jawatan itu.

EZY