Categories
NASIONAL

Fokus Calon PRU-13 : Tengku Maraziyah Mahu Wakili Suara Wanita

tengku maraziyah walkabout 26 apr 02

KUNDANG, 26 APR : Calon Pakatan Rakyat DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman tekad mahu mewakili suara wanita jika beliau berjaya menjadi wakil rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, sebahagian besar pengundi di kawasan itu terdiri daripada golongan wanita, justeru adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memperjuangkan kaum itu.

“Setakat hari keenam saya berkempen di sekitar DUN Kuang, nampaknya penerimaan masyarakat setempat sangat positif kerana bagi saya calon wanita itu lebih dekat di hati pengundi.

“Saya juga banyak melawat ke kampung-kampung untuk bertemu pengundi dan amat mengejutkan mereka menyambut baik saya sebagai calon wanita di sini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pasar malam Kundang bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, petang tadi.

Tambahnya, isu anak tempatan dan calon muka baru yang sering dibangkitkan sesetengah pihak tidak akan mematahkan semangat beliau untuk memenangi hati rakyat di DUN itu.

Malah katanya, beliau yakin mampu memberi saingan sengit kepada penyandang DUN BN, Abdul Shukur Idrus.

“Saya tiada masalah dan orang yang kata saya muka baru. Itu adalah orang yang kecewa dengan pencalonan saya di sini.

“Saya telah bergiat di Parlimen Selayang sejak tahun 2000 lagi dan Kuang adalah tempat ‘lepak’ saya bersama ahli parti wanita. Orang kampung terima saya dengan baik,” katanya lagi.

DUN Kuang menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Tengku Maraziyah (PKR) menentang calon BN yang merupakan penyandang kerusi itu, Abdul Shukur Idrus dan calon Bebas, Zahariman Abd Latip.

Categories
NASIONAL

Tiada Suami-Isteri Penjawat Awam Terpisah Jauh Di Bawah PR

PR

PUTRAJAYA 27 APRIL : Pakatan Rakyat(PR) akan melaksanakan konsep Al Mawaddah, iaitu pertukaran penempatan kakitangan kerajaan khususnya di kalangan guru-guru, sekiranya menerima mandat rakyat menerajui Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, tidak ada lagi suami isteri penjawat awam yang terpaksa berpisah jauh, yang merencatkan pembinaan keluarga mereka.

“Kita akan satukan suami isteri di bawah konsep Mawaddah iaitu mendekatkan antara satu sama lain.

“Kalau Datuk Seri Najib mahu tidur dengan Datin Seri Rosmah, mengapa pula rakyat jelata tidak diberi pilihan untuk bersama ahli keluarga mereka di bawah satu bumbung dengan penempatan kerja yang dekat antara satu sama lain,” ucapnya di hadapan lebih 10, 000 hadirin dalam satu ceramah malam tadi.

Datuk Husam Musa

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga menjanjikan kebebasan bersuara kepada penjawat awam tanpa melibatkan sebarang campur tangan politik, sepertimana yang dipratikkan oleh Umno-BN ketika ini.

Begitu juga dengan kebebasan untuk berdakwah yang akan diberikan kepada mana-mana individu atau pihak asalkan konteks yang diketengahkan adalah selari dengan ajaran Al Quran dan Sunnah.

“Sekarang ini, kalau Ustaz Azhar Idrus hendak bagi ceramah di Masjid Mizan (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) tidak dibenarkan tetapi konsert K-Pop boleh pula diadakan di hadapan masjid.

“Jadi kita akan tukar ini, dan akan beri permit serta tidak akan sewenang-wenangnya pecat jawatankuasa masjid,” jelas calon PAS bagi Parlimen Putrajaya ini.

Categories
NASIONAL

Abdul Khalid : Pengalaman Akan Membantu Saya di Bandar Tun Razak

mb taman connaught 01

KLANG 25 APR : Pengalaman dan perkhidmatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sejak lima tahun lalu diyakini membantunya untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk satu lagi penggal.

Sekalipun berdepan tiga pencabar lain, Abdul Khalid yakin pengundi dapat menilai prestasi, pengalaman dan kebolehannya sebagai wakil rakyat untuk dijadikan kayu pengukur dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Pengalaman dan ‘network’ saya adalah lebih besar dan saya juga berkebolehan untuk menyelesaikan masalah.

“Saya bukan sekadar mendengar sahaja dan ini sudah dibuktikan dan inilah juga yang tidak ada pada muka-muka baru,” jelasnya.

Mengulas strateginya untuk kekal sebagai MP, lebih-lebih lagi ketika berdepan lawannya, Tan Kok Eng (BN) yang dikatakan lebih mesra pengundi muda, Abdul Khalid berkata beliau yakin golongan itu lebih bijak membuat pilihan.

“Mereka (golongan muda) bukan hendak lihat kemesraan, tetapi yang mereka mahu lihat adalah samada (calon) boleh bekerja atau tidak untuk mereka,” ujarnya lagi.

Selain Kok Eng, Menteri Besar Selangor ini juga menghadapi tentangan daripada dua lagi calon bebas iaitu, Mohd Sukeri Abdul Samat dan Mokhtar Salahudin.

Pada tahun 2008, Abdul Khalid menewaskan lawannya Datuk Tan Chai Ho (BN) dengan majoriti 2, 515 undi setelah memperolehi 28, 123 undi.

Categories
NASIONAL

Datuk Johari Abdul (PKR) – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis

Datuk Johari Abdul (PKR) – P15 Sungai Petani

Datuk Johari Abdul merupakan bekas Pengarah Biro Tata Negara. Beliau adalah penyandang parlimen P15 dengan
majoriti 9,381 undi. Pemegang sarjana dalam bidang sains politik dari Universiti di Amerika Syarikat ini akan bertanding dalam pertembungan empat penjuru pada PRU13 ini. Antaranya Syamsul Anuar che Mey Ismail (BN), Suhaimi Hashim (Kita) dan Ong Wei Sin (Bebas). Parlimen Sungai petani mempunyai pengundi berdaftar
sebanyak 93,336 dengan pecahan 59.79% melayu, 29.03% Cina, 10.78% India dan o.89% lain-lain.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

LAPORAN KHAS : Menjelang PRU-13


 

Sinopsis

Laporan khas ini memaparkan sinopsis pencalonan disemua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serata Malaysia bagi Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini.

Layari http://www.selagorku.com

Categories
NASIONAL

Charles Anthony Santiago – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis

Charles Anthony Santiago – P110 Klang

Charles merupakan penyandang parlimen Klang dari DAP setelah memenangi PRU 12 dengan majoriti 17,701 pada 2008. Beliau merupakan seorang tokoh ekonomi dan pernah bertugas dengan kesatuan eropah selain menjadi perunding kepada beberapa firma antarabangsa.

P110 mempunyai bilangan pengundi berdaftar 97,252 yang turut di serta tiga kawasan Dun iaitu Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Kota Alam Shah.

Klang mempunyai taburan penduduk melayu (33.45%), Cina (47.07%), india (18.85%) dan lain-lain (0.9%).

Beliau akan ditentang satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Teh Kim Poo.

Hamidi A Hassan – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis

Hamidi A Hassan – N24 Semenyih

Hamidi merupakan muka baru dalam PRU 13.Beliau banyak bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dun Semenyih mempunyai 42,420 pengundi berdaftar dan berada dalam kawasan parlimen Hulu Langat.N24 mempunyai taburan pengundi melayu (56.07%), Cina (25,15%), India (17.23%), Sabah (0.21%), Sarawak (0.23%) dan Orang Asal (0.58%)

Dalam PRU 13, Hamidi akan menentang Datuk Johan Abd Aziz (BN) dan S.Arultchelvan (PSM).

Categories
NASIONAL

Hj Borhan Aman Shah – Fokus Calon PRU 13


 

Sinopsis

Borhan Aman Shah (PKR) – N55 Dengkil

Borhan aman Shah merupakan seorang ahli perniagaan yang

juga merupakan penyelaras Dun Dengkil. Dun N55 ini

merupakan dun yang di wakili calon BN, Datuk Marsum Paing.

Dun Dengkil mempunyai 38,446 pengundi berdaftar. Pola

pengundinya adalah Melayu (72.1%), Cina (10.4%), India

(17.3%) dan lain-lain 0.2%.

“PR dijangka akan merampas kerusi N55 ini memandangkan

pelbagai program kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lakukan

untuk kebajikan rakyat. Ini tidak pernah dilakukan ketika

zaman BN menguasai Selangor dahulu – Borhan Aman Shah

Categories
NASIONAL SELANGOR

Calon DUN Ijok, Dr Idris Azam Teruskan Kecemerlangan Abdul Khalid

idris ahmad ijok 01

KUALA SELANGOR, 20 APRIL : Calon Dun Ijok, Dr Idris Ahmad berazam meneruskan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menjadi Adun kawasan itu jika dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menurut Dr Idris, Abdul Khalid banyak membawa perubahan khususnya kepada penduduk Ijok dengan melaksanakan beberapa dasar yang memberi manfaat kepada semua golongan.

Antaranya, Abdul Khalid berjaya menyelesaikan masalah pemilikan tanah di beberapa kampung seperti di Kampung Sungai Darah, Kampung Pecah Batu, Kampung Jaya Setia, Kampung Keretapi di Ijok.

“Saya berazam untuk meneruskan legasi kecemerlangan Tan Sri Khalid sebagai Adun kawasan Ijok jika dipilih rakyat pada PRU-13 ini,” katanya ketika ditemui sejurus selesai urusan penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Abdul Khalid selaku Menteri Besar turut memperkenalkan beberapa dasar di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) seperti bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE), program Jom Shopping ibu tunggal dan warga emas.

Dalam pada itu, Dr Idris juga berazam untuk berusaha memartabatkan sistem pendidikan khususnya kepada masyarakat luar bandar di Ijok.

“Dahulu sistem pendidikan bagus sebab saya tak perlu pergi tuisyen tetapi mampu berjaya.

“Tetapi sekarang, ramai pelajar ingin berjaya perlu pergi ke pusat tuisyen dan ini akan meminggirkan penduduk di luar bandar yang kurang berkemampuan,” katanya yang merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Pada PRU-13, Dr Idris akan bersaing dengan calon BN, Parthiban Karuppiah untuk merebut kerusi DUN Ijok.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PAS Mesyuarat Isnin Tentukan Kedudukan Calon Bertindih

PRU13 PKR 01

KUALA LUMPUR, 20 APRIL : Jawatankuasa Harian PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas pada Isnin, 22 April ini untuk membuat keputusan berikutan pertindihan calon PAS dan PKR.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof di dalam satu kenyataan media.

Kerusi-kerusi yang menyaksikan pertindihan di antara PAS dan PKR ialah;

1) Parlimen Labuan- Wilayah Persekutuan

2) DUN Sungai Aceh- Pulau Pinang

3) DUN Kota Damansara- Selangor

4) DUN Bukit Besi- Terengganu

5) DUN Kota Putera-Terengganu

6) DUN Seberang Takir-Terengganu

“Semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta bersabar sehingga keputusan dicapai oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS Isnin ini,” Kata Subki ringkas.

Selain pertindihan calon di antara PAS dan PKR, proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan pertembungan sengit di beberapa kawasan sehingga mengakibatkan pertembungan lebih daripada tiga penjuru.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kenapa Hanya DAP, Kenapa ROS Tidak Bertindak Terhadap Umno?

PC Husam Musa Putrajaya Persint 9 01

PUTRAJAYA, 19 APRIL : Mengapa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap Umno tetapi bercadang untuk mengambil tindakan terhadap DAP di saat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir?

Ini kerana Umno boleh diisytiharkan sebagai parti haram kerana hampir 75 peratus daripada belasan ribu cawangan Umno di seluruh Malaysia tidak pernah didaftarkan semula dengan ROS sejak parti itu diharamkan pada Februari 1988.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, walaupun rakyat Malaysia telah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi mengarahkan ROS untuk mengambil tindakan terhadap Umno tetapi kenapa hanya DAP sahaja yang disiasat.

“Pada hari Selasa lepas, petisyen telah difailkan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS untuk bertindak ke atas Umno.

“Kerana Umno sebenarnya dialah sebuah pertubuhan haram.

?Mengikut Akta Pertubuhan 1966 bila mana-mana cawangan sesebuah parti tidak berdaftar, dengan sendirinya pertubuhan itu adalah haram dan wajib bagi ROS bagi bertindak,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan Pas Putrajaya di sini hari ini.

Husam berkata demikian apabila memberi respons terhadap keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Apr yang tidak mengikhtiraf jawatankuasa eksekutif baru DAP.

Keputusan tersebut telah menjejaskan kemampuan DAP untuk mempertandingkan calon di dalam pilihanraya umum ke ? 13 (PRU 13).

Sebelum ini, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin mendedahkan bahawa sebanyak 2,181 cawangan Umno di Kelantan termasuk di Tanah Merah, Jeli, Bachok, Tumpat, Kota Bharu adalah haram.

Menurut Badrul Hisham, melalui proses mahkamah, sebanyak 126 cawangan Umno di Tanah Merah didapati adalah cawangan yang tidak berdaftar dengan ROS.

Akan tetapi Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan perwakilan daripada cawangan haram Umno (126 cawangan) dan perwakilan daripada mesyuarat haram tersebut telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu (2008).

Husam berkata, Pas mengalu-alukan jika DAP mahu menggunakan logonya pada PRU-13 dan ini secara tidak langsung melambangkan persefahaman dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kita sangat mengalu-alukan, tertakluk kepada pilihan strategi DAP.

?Mereka boleh menggunakan loga Pas ataupun PKR dan ini melambangkan perpaduan di dalam Pakatan,” ujarnya yang merupakan calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

Categories
NASIONAL

Calon PKR Dipilih Berkemampuan Bawa Perubahan Kepada Negara

Azmin Ali Watikah PKR Selangor 01

SUBANG JAYA, 18 APRIL : Calon yang dikemukakan PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) merupakan individu yang mempunyai potensi besar membawa perubahan kepada negara.

Azmin Ali berkata, PKR mempertaruhkan 102 calon bagi kerusi Parlimen dan 162 calon bagi kerusi DUN di seluruh negara kecuali Sarawak.

Jumlah kerusi itu meliputi 64 kerusi Parlimen di Semenanjung, 21 di Sabah, 17 di Sarawak, dan bagi DUN pula pecahan mengikut kawasan akan diumumkan esok.

Menurut Azmin, calon yang dipilih merupakan agen perubahan yang dipilih berdasarkan perwatakan, penampilan dan seharusnya membuktikan bahawa PKR adalah sebuah parti yang mempunyai masa depan dalam pilihan raya kali ini.

“Mereka bukan calon-calon biasa, tetapi mereka merupakan agen perubahan, calon-calon reformasi dan sudah tentulah penampilan mereka, perwatakan mereka, tindak tanduk mereka mestilah mencerminkan bahawa Keadilan sebuah parti yang mempunyai potensi yang cukup besar,” katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR.

Azmin berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyerahan Watikah Calon Keadilan di sebuah hotel di Subang Jaya di sini hari ini.

Dalam majlis itu, semua calon diberikan amanat dan surat watikah pencalonan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, masih terdapat beberapa kerusi DUN dan Parlimen yang belum dimuktamadkan kerana perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat(PR), PAS dan DAP sedang dijalankan.

“Kita akan teruskan rundingan pada petang ini dan kita akan muktamadkan pada petang ini juga untuk membolehkan calon menyiapkan kertas penamaan calon,” ujarnya yang turut mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Pada pilihan raya lalu, PKR bertanding 97 kerusi Parlimen dan 178 kerusi DUN.

Kerusi yang dimenangi di peringkat Parlimen pada 2008 lalu adalah 31 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN.