Categories
SELANGOR

Sultan Perak dahului 102 terima darjah kebesaran Sultan Selangor

SHAH ALAM 11 DIS: Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah mendahului senarai 102 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Hari Keputeraan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Sultan Nazrin dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.) manakala Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah pula menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Turut menerima S.P.M.S. ialah Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang juga Pro-Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail merupakan penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) tahun ini yang membawa gelaran ‘Datuk Setia’.

Seramai 13 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi wanita.

Mereka ialah Tengku Seri Andika Diraja Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah; Ketua Pengarah Jabatan Arah Rekod dan Pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brig Jen Nazri Abu Bakar; Panglima Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Sabah Brig Jen Jalaluddin Manan, Pengarah Jabatan Penjara Sungai Buloh Timbalan Komisioner Penjara Narander Singh a/l Chand Singh; Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan Ir Mohamad Dalib; Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brunsfield International Group Tan Sri Dr Ir Gan Thian Leong.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KWASA Land Sdn Bhd Mohamad Lotfy Mohamad Noh; Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad Raja Idris Raja Kamarudin; kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat; Perunding Pakar Kanak-kanak Ramsay Pusat Perubatan Sime Darby Dr Lee Eng Lam, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Dr Dahlia Rosly; Pengarah Audit Jabatan Audit Negara Ong Swee Leng dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohamad Yasid Bidin.

Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.), seramai 14 orang menerima darjah tersebut iaitu Naib Presiden Yayasan Malaysia-Amerika yang juga kerabat Diraja Selangor Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail; Pengarah Apex Group of Companies Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Slamat Yahya dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya.

Dekan Fakulti Pertanian UPM Prof Dr Abdul Shukor Juraimi; Felo Penyelidikan UPM Prof Dr Yoshihito Shirai; Pengarah Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Malaysia Dr Kamarruddin Asri; Pengarah Eksekutif Bahagian EKO Pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Jaswant Singh a/l Jai Singh; Timbalan Pengarah Unit Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Dr Rozita Halina Tun Hussein.

Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pengangkutan Malaysia Mano a/l Verabathan; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Siti Zaleha Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohamed Izam Mohamed Yusof; Pengurus Kanan Pembangunan Bisnes PKNS Norzila Sidek; dan pelukis ’22 keping Karya Siri Menghadap Sultan Koleksi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor’ Haron Mokhtar.

Sementara itu, seramai 14 orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) dan 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.) termasuk tiga atlet yang memenangi pingat emas Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan iaitu Syakilla Salni Jefry Krisnan@Krisnamurthy (karate); Ahmad Syukri Abdul Aziz (perahu layar); dan Mohamad Faizal Norizan (perahu layar).

Selain itu, 18 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh orang menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

BERNAMA

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor kurnia pingat pekerti terpilih kepada anggota keselamatan

SHAH ALAM 30 SEPT: Dua anggota keselamatan, Sub Inspektor Hazizah binti Omar dan Sarjan Mejar Mohd Salleh bin Hussain, dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-68 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DSC_0073

Hazizah dan Mohd Salleh menerima pingat mengiktiraf perbuatan yang terbilang dan pekerti terpilih dalam satu istiadat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, semalam.

Mewakili Baginda Tuanku, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang diiringi oleh Datuk Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

DSC_0014

Mendahului senarai 25 penerima P.P.T ini ialah Yang Mulia Raja Harun bin Raja Abdul Malek dan Yang Mulia Raja Azman bin Raja Tahir.

Di majlis yang sama, Penolong Kanan Penguasa Bomba Radzuan bin Mohd Nor dikurniakan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Selangor (P.P.C) diatas khidmat yang cemerlang dan kelakuan terpuji sepanjang 7 tahun atau lebih berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.

DSC_0078

Sementara itu, jasa dan ketaatan Pegawai Waran I, Mohamad Yaacob bin Wahab, Pegawai Waran JJM Zulkefli bin Mohamed, Pegawai Waran II Mohd Razali bin Mansor, Sarjan Sudiskumar A/L Chinnamuthu, Sarjan Mohd Fazil bin Ahmad, Sarjan Rostamizi bin Haji Raus, Sub Inspektor (sukarelawan) Zarina binti Osman, Inspektor (sukarelawan) M. Aziz bin Hamid, Lans Koperal (sukarelawan) Abdul Malek bin Abdul Hamid ketika menjalankan tugas demi negeri Selangor diiktiraf dengan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).

Seramai 180 orang menerima kurnia daripada Tuanku di sambutan kali ini.

HM

Categories
KENYATAAN MEDIA

Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor sempena pelantikan Exco baru

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini, Beta dapat mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13.

Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

SultanKemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat.

Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna.

Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini.

Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini.

Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru.

Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka.

Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor.

Rakyat menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.

Sekian.

Categories
SELANGOR

DAP mohon ampun pada Sultan Selangor

SHAH ALAM 9 SEPT: DAP hari ini memohon ampun kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu menyebabkan Baginda Sultan berasa dukacita terhadap keputusannya mengemukakan hanya satu nama iaitu Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar baru.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sentiasa setia dan mempertahankan Institusi Raja Berperlembagaan itu.

Sultan“Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Categories
SELANGOR

JAIS perlu perhebat gerak program dakwah didik masyarakat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 8 OGOS : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dinasihatkan supaya menggerakkan pelbagai program berbentuk dakwah secara meluas dan konsisten dalam usaha memperkasa kefahaman Islam secara menyeluruh di negeri ini, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah JAIS perlu memberi penekanan kepada orang ramai mengenai fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan teras aliran kepercayaan orang Islam di negara ini.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (1)Titah Baginda Sultan, kegagalan masyarakat Islam memahami, menghayati dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini akan membuka ruang kepada unsur penyelewengan akidah serta salah faham yang dibawa pihak tertentu.

“JAIS perlu merancang pelbagai program dakwah untuk membina akhlak dan kefahaman ilmu di kalangan masyarakat Islam di negeri Selangor dengan bersifat interaktif serta menepati kehendak naluri dan emosi para remaja.

“Program dakwah secara terbuka dengan melibatkan kerjasama dengan para ulamak, tokoh-tokoh akademik dan univerisi serta pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO) amatlah Beta galakkan.

“Usaha ini juga boleh dilakukan dengan menerbitkan sebanyak mungkin bahan informatif Islam dan bacaan ilmiah yang mampu memberi pencerahan terhadap isu-isu utama semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam di negara ini,” titah Baginda Sultan.

Baginda Sultan bertitah demikian pada Majlis Perjumpaan bersama Pegawai dan Kakitangan JAIS di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Majlis Ramah Mesra JAIS dgn DYMM dan MB (5)Dalam pada itu, Sultan Selangor turut menasihatkan JAIS supaya mempertingkatkan penerbitan bahan-bahan dakwah di laman sosial sebagai media baru penyaluran dakwah kepada masyarakat.

“Langkah ini adalah sesuai dengan perubahan terkini di mana media sosial menjadi akses utama pencarian maklumat oleh masyarakat,” titah Baginda Sultan lagi.

EZY

Sultan Selangor rasmi Masjid Kampung Assam Jawa bernilai RM3 juta

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Assam Jawa yang bernilai RM3 juta, di sini, semalam.

Categories
SELANGOR

Hari Muzium Antarabangsa didik masyarakat hargai warisan negara

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM 19 MEI : Sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan pada 18 Mei setiap tahun di seluruh dunia adalah bagi mengajak masyarakat menghargai serta melindungi warisan dan budaya yang menjadi kebanggaan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, berkata ia bertujuan menyedarkan masyarakat pentingnya muzium dalam kehidupan seharian yang mungkin tidak disedari ramai.

IMG_1731a“Sambutan itu juga adalah sebagai penghargaan kerajaan kepada pihak muzium yang memainkan peranan dalam mengajak masyarakat supaya mengunjungi muzium dan mengenali lebih dekat.

“Menjadi hasrat muzium untuk menarik minat masyarakat bersama melindungi warisan budaya dan bangsa yang menjadi kebanggaan,” katanya pada Majlis Penutup Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), malam tadi.

IMG_1663aMajlis penuh adat istiadat itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah mewakili DYMM Sultan Selangor; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan Pegawai Eksekutif Perbadanan Adat dan Warisan (Padat), Azlinda Azman.

Ketetapan untuk mengadakan sambutan ini dilakukan oleh satu badan induk permuziuman antarabangsa pada tahun 1977, di mana Malaysia mula meraikannya sejak 1997.

Selangor dipilih sebagai tuan rumah untuk tahun ini dengan menggunakan tema “Koleksi Muzium Menjalin Hubungan”.

Dianggarkan dari 100 buah negara terlibat menyambut Hari Muzium Antarabangsa manakala sebanyak 33,000 buah muzium yang melaksanakan sambutan berkenaan.

EZY

JURNAL BERITA – MB : RM10juta bina infra pam air ke Sungai Selangor

1. MB: Peruntukkan RM10 juta, bina infra untuk pam air ke Sg Selangor

2. MB: MOU air bukan rahsia, rakyat boleh teliti dokumen

3. KEMASKINI: Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor

4. Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR

5. Sultan Selangor terima Zakat Perniagaan Bank Rakyat RM4.47 juta

6. Tian: Kapal disamun dekat Pulau Ketam, apa sudah jadi keselamatan negara?

7. Nurul Izzah: Perjelaskan perjanjian projek janakuasa, elak kerugian

8. Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

9. Geran Mosti: Kos projek RM130 juta tapi dapat RM150 juta

10. Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno

11. MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, menteri tak hormat pandangan rakyat

12. Peguam: Mahkamah tolak masa rayuan kes Anwar, tak simpati kematian Karpal

13. Saingan sengit Timb. Presiden PKR, demokrasi dalam parti

14. PKR sasar tambah 50,000 ahli baru masyarakat Tionghua dalam 5 tahun

Categories
SELANGOR

Perlu patuhi adab, peranan Sultan tentu pemimpin negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 MAC: Semua pihak disaran mengambil kira adab, etika dan peranan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dalam menentukan kedudukan Menteri Besar.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peranan Pakatan Rakyat (PR) juga perlu diambil kira, selain peranan DYMM Sultan Selangor.

“Sama seperti kerajaan negeri lain, Selangor juga perlu mematuhi etika yang membabitkan Institusi Diraja Selangor.

IMG_3844 copy“Pegawai istana ada bertanya saya sama ada mereka ini arif dalam memahami adab dan tertib istana serta negeri.

“Perbincangan jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira peranan PR dan Sultan dalam perkara ini. Sebab itu, perlu untuk menunjukkan kearifan kita dalam usaha yang dilakukan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Katanya, Majlis Pimpinan PR berhak mengadakan perbincangan dalam apa juga isu termasuk hal yang menyentuh kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

“PR berhak mengadakan perbincangan berkenaan semua perkara bukan sahaja hari ini atau esok, tetapi setiap minggu seperti perkara berbangkit yang akan diteruskan.

“Perbincangan isu kedudukan Menteri Besar dalam mesyuarat PR bukan satu perkara yang menghairankan,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah

1. MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015

2. MB: Manifesto PR PRK Kajang tingkat pembangunan negeri

3. Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

4. PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno

5. Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor Polis

6. Exco: Pemilik buat pembakaran terbuka berdepan tindakan undang-undang

7. Kerajaan Pusat digesa naik taraf Lebuhraya Besraya bagi atasi kesesakan

8. Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

9. Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

10. Ahli Parlimen Serdang kesal projek Park ‘n Ride gagal siap ikut tempoh

11. PBT perlu rangka dasar kutip minyak masak untuk kitar semula

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Categories
SELANGOR

MB kecam perbuatan hina institusi diraja, seru pertahankan

Oleh Lizawati Madfa

KAJANG 15 FEB: Rakyat diseru menjunjung tinggi institusi diraja yang diamal di negara ini sejak sekian lama, sama seperti amalan kesetiaan kepada rukun negara dan perlembagaan persekutuan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata institusi diraja di negara ini juga perlu terus dipelihara untuk kelangsungan keunikan tradisi adat istiadat Melayu supaya tidak tenggelam dek arus zaman.

“Ada yang kata tidak perlu semua ini tetapi cuba lihat keutuhan keluarga diraja Britain yang diterajui Permaisuri Elizabeth sejak 60 tahun lalu.

“Baru-baru ini, sewaktu majlis ulang tahunnya, masyarakat seluruh dunia hadir untuk melihat tradisi rakyat Britain, ini yang perlu kita buat juga,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selesai Majlis Perasmian Kempen Sihat Selangor di Dataran Cergas di sini pagi tadi.

sulAbdul Khalid mengutuk keras tindakan mana-mana individu yang membuat kritikan atau kenyataan terbuka menghina institusi diraja terutama di Selangor.

“Rakyat yang melakukan perkara ini mesti diambil tindakan undang-undang. Perkara seperti ini tidak akan dibenarkan terus berlaku di Selangor,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas penahanan seorang wanita ang didakwa membuat kenyataan terbuka menghina DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

Melalui Facebook, wanita berusia 27 tahun itu didakwa menggunakan perkataan yang tidak wajar hingga mendorong Sultan Sharafuddin menitahkan satu laporan polis dibuat.

Categories
SELANGOR

DYMM Sultan Selangor titah pemain, pegawai dan penyokong bola sepak tunjuk budaya murni

SHAH ALAM 12 FEB: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya para pegawai, pemain dan penyokong bola sepak Selangor tidak terlibat atau menimbulkan kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia di stadium terutama apabila Selangor beraksi di gelanggang sendiri.

Titah Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Rosmah Mohd Ibrahim.

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah1“Baginda meminta supaya kita sebagai tuan rumah sentiasa menghormati tetamu iaitu pemain dan penyokong pasukan dari negeri lain yang datang ke stadium kita,” kata Rosman dipetik dari Laman Sesawang Persatuan Bola Sepak Selangor.

Liga Malaysia 2014 yang baru sebulan berlangsung menimbulkan sedikit kekecohan apabial berlaku insiden pergaduhan melibakan segelintir penyokong Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT) di luar stadium baru-baru ini.

Piala Sultan Selangor 1“Titah baginda lagi, pegawai dan pemain terutamanya jangan menimbulkan kekecohan di atas padang kerana penyokong akan mengikut sama apa yang dilakukan,” kata Rosman.

Selangor kini berada di tangga teratas Liga Super dengan sembilan mata dan akan bertemu JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Sabtu ini.

EZY