Categories
SELANGOR

Warga emas terpinggir terpaksa cari pusat jagaan baru

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 24 APR: Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, kecewa dengan sikap sesetengah penduduk yang tidak prihatin terhadap golongan warga emas.

Hannah berkata, Kelab Warga Emas Subang Jaya di Subang Perdana Court 2, USJ 6 terpaksa mencari kediaman lain bagi menjadi pusat aktiviti harian ekoran penduduk setempat enggan menerima mereka.

“Orang ramai tidak suka dengan kehadiran warga emas kerana dikatakan bising dan mengganggu suasana.

Hannah Yeoh PC Rumah Orang Tua (2) a“Jadi, mereka memerlukan sumbangan dari orang ramai untuk mencari lokasi bersesuaian dengan kadar sewa yang murah atau diberi secara percuma untuk penjagaan harian,” katanya.

Hannah berkata, masalah itu berlaku kerana maklum balas daripada penduduk yang kurang memberangsangkan dan tidak dapat menerima pusat jagaan harian itu.

“Selain itu, kita juga memerlukan lokasi untuk pusat jagaan kanak-kanak istimewa di Subang Jaya.

“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya lebih bertimbangr asa dan prihatin kerana kita perlu hargai warga emas yang banyak berjasa,” katanya.

Mereka yang ingin mmebantu dan mempunyai lokais sesuai boleh menghubungi Hannah di talian 03-5631 2768.

-NFN-

Categories
SELANGOR

700 dirai Hari Warga Emas, iktiraf peranan & pengorbanan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 DIS: Lebih 700 warga emas dirai dalam majlis istimewa sambutan Hari Warga Emas 2014 peringkat Selangor hari ini bertemakan ‘Budimu Kusanjungi’.

Bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sini, majlis diserikan dengan kehadiran Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi.

B484dIICcAEeX18Daroyah berkata, peranan warga emas masih diperlukan dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan Selangor selaku negeri termaju.

“Diharap sektor korporat dan swasta dapat sama-sama mengiktiraf, menyokong dan membantu warga emas yang memerlukan.

“Kita perlu pastikan warga emas tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan kemudahan buat mereka hingga akhir hayat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor itu pengarahnya, Zuhaimi Omar.

Hari Warga Emas YB Daroyah di Dewan Jubli SUK (3)Paling menarik perhatian ialah persembahan pakaian beragam daripada warga emas yang mengambil bahagian, meliputi pakaian bermotif songket, sari, kurung melayu dan lain-lain.

Selain itu, majlis turut memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada Tokoh Anugerah Warga Emas Cemerlang, Penghargaan Penghuni Institusi Warga Emas Cemerlang, Penghargaan Sukarelawan Warga Emas Cemerlang dan Penghargaan Pusat Aktiviti Warga Emas.

Sebagai penutup, hadirin seterusnya dihiburkan artis terkenal era 90-an, Ali Terra Rossa yang turut berkesempatan beramah mesra bersama warga emas.

Para peserta dan hadirin terdiri daripada penghuni Rumah Seri Kenangan, Pengasih, Rumah Tunas Budi dan peserta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di sekitar Selangor.

Sambutan Hari Warga Emas Antarabangsa diisytiharkan pada 14 Disember 1990 selaras dengan Resolusi 45/106 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kerajaan Malaysia juga mengisytiharkan tarikh sama sebagai sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan mulai 1992.

EZY

Categories
NASIONAL

Chubadak: Pasangan warga emas enggan pindah jika tak dibayar pampasan

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Pasangan warga emas yang rumah mereka diroboh di Kampung Chubadak, di sini, semalam bertekad untuk terus mendiami kampung itu selagi tidak dibayar pampasan.

Kini, Abdul Halim Hamid, 76, dan isterinya, Wahidah Mat Salleh, 72, yang menetap di situ lebih 40 tahun lalu hanya berteduh di bawah sebuah khemah yang dibina jiran tetangga.

Abdul Halim berkata, dakwaan bahawa mereka sudah mendapat pampasan adalah tidak benar kerana sepanjang tempoh menduduki kampung itu mereka tidak pernah dibayar walaupun sedikit.

Halim“Ada yang kata dah dibayar pampasan RM100,000, bahkan ada yang kata macam-macam tetapi semuanya memang tiada. Sekarang ini dikatakan pula akan dibayar RM7,500 dan diarahkan pindah tetapi tiada juga.

“Kalau tidak dibayar pampasan yang sebetulnya, kami tidak akan berpindah dari kampung ini,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Pasangan terbabit berkata, rumah mereka dirobohkan tiga kali sejak Jun lalu dan tidak tahu apa kesudahan terhadap nasib mereka.

“Kami tinggal di sini sejak 1964 bila kali pertama meneroka kawasan ini. Sepatutnya, hak kami tidak dinafikan sehingga begini. Kini, ia berlaku sebaliknya.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menjalankan bancian seadilnya supaya isu ini dapat diselesaikan dengan baik,” kata bekas konduktor bas itu.

Sementara itu, Darus Jam, 62, pihak berkaitan perlu merujuk kepada keputusan mahkamah berhubung program pembangunan di kawasan berkenaan.

Darus jam a“Mahkamah Rayuan pada 2000 membuat keputusan berhubung perkara ini. Kawasan ini boleh dibangunkan tetapi pampasan mesti diberikan kepada semua penduduk. Yang menjadi persoalan kenapa arahan itu tidak diikuti?,” katanya.

Darus berkata, rumahnya juga dikatakan akan dirobohkan dalam tempoh terdekat ini tetapi berdasarkan bancian DBKL, ia tidak termasuk dalam kawasan akan dibangunkan.

“Sekarang, saya tunggu apa akan berlaku pada rumah yang sedang didiami ini,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Orang ‘BN’ tipu warga emas RM157,765.71

MIRI 3 OKT: Seorang lelaki berusia 74 tahun kerugian wang simpanan berjumlah RM157,765.71, ditipu seorang lelaki yang mendakwa daripada Barisan Nasional (BN), Selasa lepas.

Ketua Polis Miri, Asisten Kominsioner Gan Tian Kee berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat.

LOGO POLIS BARU-EDIT“Suspek bertemu mangsa pada pukul 10 pagi Selasa lepas di belakang Hotel Grand Palace dan memperkenalkan diri daripada parti BN,” katanya dipetik Bernama hari ini.

Gan berkata, suspek mendakwa mahu membantu mangsa mendapatkan keuntungan lebih besar dengan mencadangkan mangsa menyimpan dalam akaun simpanan tetap sebuah bank yang menawarkan kadar faedah tinggi.

“Mangsa dibawa ke CIMB oleh suspek untuk mengeluarkan wang berjumlah RM157,765.71 dalam akaun simpanan tetap mangsa di bank itu,” katanya.

Gan berkata, suspek telah membawa wang mangsa ke bank berlainan dan kononnya telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap bank berkenaan.

Suspek memberitahu mangsa bahawa pihak bank akan menelefonnya pada pukul 3 petang dan menghantar mangsa balik ke lokasi asal tempat mereka bertemu.

“Mangsa sedar ditipu oleh suspek apabila tiada panggilan telefon diterima daripada bank berkenaan pada pukul 3 petang hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata selain suspek utama yang dipercayai menjadi dalang penipuan itu, polis turut memburu dua lelaki, yang dipercayai rakan subahatnya.

Categories
SELANGOR

Skim Mesra Usia Emas tampil idea baru untuk manfaat warga emas

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 JAN: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tampil dengan beberapa idea baru kepada kerajaan negeri untuk diperhalusi dalam memastikan warga emas yang berdaftar di bawahnya menikmati manfaat program ketika hidup dan selepas mereka meninggal dunia.

Ketua Pegawai Operasinya, Kamsani Nasir,  berkata  sebelum ini ahli hanya menerima sumbangan (khairat kematian) selepas mereka meninggal dunia melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada fasa pertama dan bakinya RM1,500 pada fasa kedua iaitu 60 hari selepas kematian.

SMUE_gombk_setia_01“Berbeza dengan cadangan baru ini, warga emas berdaftar akan menikmati nilai sumbangan yang sama ketika mereka masih hidup dan selepas meninggal dunia,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.

Kamsani berkata, cadangan terbabit dilihat lebih berimbang selain membuka ruang untuk warga emas menikmati hasil negeri ketika hidup.

Katanya, beliau percaya lebih ramai warga emas akan tampil mendaftarkan diri mereka dengan manfaat berimbang berkenaan.

mesra-usia-emas“Ini adalah usaha penyusunan semula bagi memperkemas operasi. Matlamat kita tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu menghargai peranan dan jasa warga emas.

“Selepas ini, kami akan membincangan cadangan ini lebih mendalam lagi dengan Exco Kebajikan, Rodziah Ismail untuk mendapatkan cadangan yang lebih murni sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diperhalusi,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Warga emas disaran lanjut pengajian ke universiti

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM 30 DIS: Warga emas khususnya di Selangor disaran meraih peluang menimba ilmu dan memperkasakan potensi diri sejajar dengan tema sambutan Hari Warga Emas tahun ini ‘Ilmu dijunjung, Warga Emas Disanjung’.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Nik Omar Nik Ab Rahman, berkata ilmu, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki setiap warga emas adalah aset paling penting buat negara.

Nik Omar“Usia tua bukan nokhtah bagi warga emas untuk menyumbang. Ia juga bukan nokhtah untuk kita memanfaatkan golongan warga emas ini,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Selangor, di sini, baru-baru ini.

Beliau turut memuji dan menghargai jasa baik pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh meneroka dan memberi peluang kepada warga emas untuk melanjutkan pelajaran.

“Universiti Terbuka Malaysia (OUM) sudah embuka ruang kepada warga emas untuk melanjutkan pelajaran melalui insentif berbentuk diskaun (75%) membabitkan yuran pengajiannya.

Carom“Begitu juga dengan Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia (UPM). Mereka mengambil inisiatif menerajui Program Universiti Era Ketiga (U3A) sejak tahun 2007,” katanya.

Selangor Kini difahamkan, sejak program U3A dijalankan bilangan peserta meningkat daripada 84 peserta, pada 2007 kepada 548 peserta pada akhir tahun 2012.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penjenamaan Kompleks 3C MPSJ Untuk Semua Lapisan Masyarakat

MPSJ

SUBANG JAYA, 16 JUN : Selaras dengan keperluan dan kehendak penduduk di sekitar kawasan Subang Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengambil inisiatif memperluaskan fungsi kompleks 3C menjadi pusat pembangunan modal insan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Kompleks 3C yang dulunya dikenali sebagai ‘Children Creativity Centre’ yang dikhaskan untuk kanak-kanak kini dijenamakan semula menjadi ‘Children & Community Creativity Centre’, di mana ia terbuka kepada semua peringkat umur termasuk dewasa,warga emas dan remaja serta kanak-kanak istimewa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kompleks ini bukan hanya menggalakkan orang ramai untuk memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan, namun turut berfungsi sebagai medan untuk menghasilkan bakat di kalangan masyarakat.

Menurutnya, setiap program yang dilaksanakan adalah mengikut kesesuaian kepada golongan sasaran dan diterajui oleh tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan serta kepakaran.

“Idea menggunakan lima ekar tanah ini (pembinaan kompleks) adalah berdasarkan kreativiti pihak MPSJ dengan sasaran menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan masyarakat.

“Tujuannya adalah supaya ia akan menjadi pusat untuk menghidupkan kreativiti masyarakat terutama anak-anak muda dari yang kecil hingga ke dewasa.

“Kita membangunkan Subang Jaya sebagai satu perbandaran masa hadapan (bersifat futuristik) supaya ia akan membina satu kekuatan masyarakat di sini,” katanya sempena Majlis Perasmian dan Penjenamaan Kompleks 3C, di Jalan PJS11/2, di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail serta Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi.

Melalui penjenamaan semula kompleks ini, ia dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu pembangunan kanak-kanak, pembangunan komuniti, rakan sinergi serta sewaan dan kemudahan.

Antara aktiviti yang ditawarkan ialah kelas ballet, bengkel catur dan sains (golongan kanak-kanak), kelas mencanting batik dan kulinari (golongan belia), kelas sulaman manik (golongan wanita) dan kelas jahitan serta masakan (golongan ibu tunggal).

Categories
NASIONAL

Azmin : Proses Birokrasi Cacatkan Proses Pengundian

azmin pc buang undi 01

GOMBAK, 5 MEI : Calon PKR Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali melahirkan kekesalan terhadap kelemahan sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan proses pilihan raya kali ini.

Ini kerana menurut Azmin, beliau menerima banyak aduan daripada pengundi yang mengatakan mereka terpaksa beratur panjang dan menunggu berjam-jam untuk mengundi walaupun telah tiba seawal pukul 8 pagi.

“Saya kesal dengan sistem SPR yang saya saksikan sendiri di mana pengundi terpaksa beratur berjam-jam terutama warga emas.

“Saya dapati jumlah saluran juga tidak dapat menampung pengundi yang ramai. SPR sepatutnya selesaikan perkara ini sebelum tiba hari pengundian,” katanya semasa tiba di Sekolah Kebangsaan Klang Gate untuk mengundi.

Beliau tiba di perkarangan pusat mengundi dengan ditemani isterinya, Shamsida Taharin dan adiknya, Azwan Ali kira-kira pukul 2.10 petang tadi.

Pertandingan di Gombak menyaksikan pertembungan tiga penjuru di mana Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bertanding menentang Datuk Dr Rahman Ismail dari BN dan Datuk Said Naza Abu Bakar, calon Bebas.

Manakala DUN Bukit Antarabangsa menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Azmin dan Mohamad Nadzim Ibrahim dari BN.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Faekah : Saman terhadap Kerajaan Negeri bermotif politik

faekah-husin-22

KLANG 29 MAC : Saman pemimpin Umno yang kononnya mahu menolong ibu tunggal dan warga emas terhadap Kerajaan Negeri bermotifkan politik demi mewujudkan perspektif negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, peguam pemimpin Umno juga menggunakan muslihat untuk mengumpul tandatangan untuk saman tersebut dengan menjanjikan wang kepada mereka yang memberi tandatangan.

Faekah berkata tujuan tindakan hanyalah bagi memenangkan Umno-BN dalam pilihanraya dan merampas Selangor tetapi bukan untuk memenangi kes di mahkamah.

“Apabila kita memohon untuk pembatalan kes, mahkamah menolak dan nak mendengar kes secara perbicaraan. (Datuk Seri) Noh Omar tweet saya 1 – 0 Faekah (kes ibu tunggal), saya sabar. Lepas itu (kes) warga emas, kita cuba batalkan, mahkamah tolak juga.

“Noh Omar tweet saya lagi 2 – 0 Faekah. Saya jawab Datuk Seri peguam, kita belum lawan lagi, belum perbicaraan. Dia jawab dari segi politik dia dah menang.

“Maknanya matlamat mereka adalah untuk adudomba dan propaganda,” katanya dalam ceramah PR “Suara Wanita Suara Perubahan” di Kampung Bukit Naga di sini malam tadi.

Faekah menambah, menurut maklumat yang diterima kes tersebut akan ditamatkan selepas pilihanraya berakhir.

Cara pengumpulan tandatangan golongan ibu tunggal dan warga emas juga, tegasnya, dilakukan secara tipu muslihat oleh peguam yang dilantik Umno.

Usaha tersebut cuba mengaitkan Kerajaan Negeri dengan menjanjikan bantuan kewangan kepada mereka yang menurunkan tandatangan dalam borang yang diedarkan ke seluruh Selangor.

Sedangkan, katanya, tandatangan dikumpulkan itu hanya bertujuan untuk menyaman Kerajaan Negeri.

“Dia nak bertanding di Kota Anggerik, itu yang dia tunjukkan dia lebih Umno dari Umno. Itu yang dia kumpulkan semua wanita.

“Dari maklumat yang kita dapat di mana dia taburkan ke rumah-rumah di Puchong, dia tulis di situ mana-mana ibu tunggal yang mahu RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor sila turunkan nama dan tandatangan,” katanya.

Baru-baru ini Exco Selangor, Elizabeth Wong mendedahkan bahawa borang diedarkan kepada warga emas dengan menjanjikan bahawa Kerajaan Selangor akan memberi elaun sekiranya mereka memberi tandatangan.