Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pembentung baru atasi banjir Kampung Bukit Kapar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 FEB: Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah dengan membina pembentung baru yang akan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menangani isu banjir di Jalan Meru Tambahan dan Jalan Sebaya, Kampung Bukit Kapar.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, perbincangan sudah dibuat bersama wakil penduduk kampung, pada 31 Januari lalu.

“Antara beberapa masalah yang mengakibatkan banjir sering berlaku di kawasan itu adalah longkang sedia ada kotor dan tidak disenggara, perparitan sementara kecil serta cetek selain saiz pembentung yang dibina kecil.

ybzaidy-2“Jadi, kita mengambil beberapa langkah untuk tindakan penambahbaikan seperti JKR akan memberi keutamaan dan perhatian dalam menyiapkan kerja pemasangan pembentung baru bagi mengurangkan masalah banjir berulang,” katanya kepada SelangorKini.

Zaidy berkata, JKR juga akan menjalankan kerja penyelenggaraan dan pembaikan dari semasa ke semasa sepanjang projek itu berjalan.

“Untuk jangka masa panjang JKR akan melaksanakna kerja naik taraf jalan mengikut reka bentuk yang diluluskan dan merangkumi kerja pembinaan longkang baru bagi mengurangkan masalah banjir,” katanya.

Selain itu, katanya, antara usaha lain yang dilaksanakan kontraktor adalah sentiasa menjalankan kerja penyelenggaraan longkang.

Sebelum ini, media massa melaporkan kira-kira 40 rumah di Jalan Meru Tambahan dan Jalan Sebaya, Kampung Bukit Kapar terjejas akibat banjir yang melanda lima kali dalam masa dua minggu yang didakwa berpunca daripada masalah perparitan tidak sempurna.

-NFN-

Categories
RENCANA SELANGOR

Bantuan peralatan beri manfaat kepada majoriti nelayan Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 6 FEB: Pendekatan baru Kerajaan Negeri memberi bantuan berbentuk peralatan kepada golongan nelayan dan berkaitan banyak memberi manfaat kepada mereka.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kaedah dipraktikkan itu berhasil dengan kebanyakan mereka memperoleh bantuan disalurkan.

“Pendekatan baru kita laksanakan ini banyak mendapat pujian daripada penerima kerana ramai di antara mereka mendapat kemudahan dan manfaat.

Nelayan Sabak (2)“Sama seperti bantuan alat pengesan lokasi (GPS) bernilai antara RM1,000 ke RM2,000 yang diberikan ini ekoran ramai nelayan memerlukan dan ingin menggunakan tetapi tidak mampu, jadi mereka sangat berterima kasih,” katanya.

Zaidy menyerahkan bantuan berkenaan kepada 200 penerima dalam majlis Progran Penyerahan Bantuan Nelayan dan Akuakultur bagi daerah Kuala Langat dan Sepang yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada program bantuan diagihkan mengikut daerah di seluruh Selangor yang diserahkan kepada golongan berkaitan seperti petani dan nelayan termasuk usahawan akuakultur.

“Program ini berterusan dari tahun lalu dan pemilihan dibuat dengan kita berikan bantuan hingga tahun ini, manakala permohonan diterima bagi tahun ini sedang diproses.

“Tahun lalu, kita salurkan bantuan RM1.6 juta yang diagihkan mengikut daerah. Pada minggu lalu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sendiri menyerahkan bantuan di Morib,” katanya.

-NFN-

Categories
GEN-S SELANGOR

Ladang Smart Selangor jana pendapatan hasil tani negeri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 JAN: Program Ladang Smart Selangor terus dilaksanakan sebagai komitmen Kerajaan Negeri menggalakkan hasil pengeluaran pertanian negeri.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Permodenan dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, program itu menekankan konsep penggunaan teknologi tinggi bagi menjana perolehan pengeluaran pertanian pada kadar maksima.

“Untuk tempoh ini tiga kawasan sudah dikenalpasti dan berpotensi untuk dibangunkan secara konsisten.

“Program ini mengetengahkan konsep pengamalan teknologi tinggi fertigasi dan banyak lagi.

“Kita harap projek ini berjaya dan mampu membantu lebih ramai petani dan masyarakat menjana pendapatan serta mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya kepada Selangorkini.

Zaidy berkata, pembangunan projek ladang tersebut turut mensasarkan penglibatan usahawan tani belia di bawah paras umur 40 tahun.

Namun katanya, jumlah itu terbuka kepada pemberian kuota 30 peratus kepada belia berminat di bawah program pembangunan petanian negeri itu.

“Pembangunan ladang ini melibatkan sejumlah keluasan tanah melebihi lima ekar yang mana ia juga disertai usahawan tani pernah menyertai program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS),” katanya.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Exco Pertanian turun padang, basmi habitat Aedes

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KEPONG, 7 JAN: Walaupun memegang porfolio Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Exco Zaidy Abdul Talib turun padang bersama penduduk Kampung Baru Kepong Ulu, di sini, membersihkan habitat nyamuk Aedes, hari ini.

Komited memastikan persekitaran di kawasan pinggir bandar bersih dan bebas daripada wabak denggi, Zaidy berkata, tanggungjawab untuk menjaga kebersihan perlu digalas seluruh anggota masyarakat.

“Semua rakyat perlu bersama membersihkan kawasan kediaman masing-masing dan mengambil tanggungjawab untuk lebih peka terhadap isu kebersihan persekitaran.

zaidy-gotong-royong-5“Saya difahamkan banyak kes denggi juga berlaku di kawasan luar bandar kerana habitat ini tidak memilih kawasan kerana jika ada tempat kotor dan berpotensi, nyamuk ini akan membiak, sekali gus mengundang wabak denggi dan penyakit,” katanya pada Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Perdana itu.

Program dengan kerjasama Parlimen Selayang dan Pusat Khidmat Dun Taman Templer itu dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memberi kesedaran kepada penduduk terhadap isu kebersihan setempat.

Seramai lebih 100 penduduk setempat tidak melepaskan peluang bersama hadir membersihkan persekitaran taman ke arah menjadikan kawasan penempatan penduduk lebih ceria, bersih dan bebas denggi.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menerusi Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga komited melaksanakan pelbagai program untuk memerangi wabak denggi di negeri ini.

Bahkan, peruntukkan RM10,000 juga disalurkan kepada Pusat Khidmat DUN seluruh negeri untuk menjayakan program bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap bahaya denggi.

Dalam perkembangan lain, Zaidy yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa satu kepada 10 penerima dan waris keluarga.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor kaji garis panduan sistem telekomunikasi syarikat telko

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KEPONG, 7 JAN: Kerajaan Negeri giat menjalankan kajian berhubung pelaksanaan garis panduan sistem telekomunikasi membabitkan syarikat telko di seluruh negeri untuk tempoh 2017.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, inisiatif tersebut diwujudkan selepas dasar telekomunikasi bagi tahun 2012 hingga 2017 tamat, awal tahun lalu.

“Cadangannya, untuk kita kaji balik garis panduan perkhidmatan telekomunikasi membabitkan pencawang telekomunikasi di Selangor kerana apa yang kita ada (sistem terdahulu) sekarang ini telah dibubar.

“Jadi, ini adalah masa sesuai untuk kita kaji semula kerana timbulnya permasalahan dan aduan seperti PBT yang berbeza prosuder serta menyebabkan sedikit kesukaran kepada syarikat untuk menyediakan insfrastruktur berkaitan telekomunikasi.

zaidy-dun“Justeru, kita akan permudahkan permasalahan ini demi kemudahan rakyat Selangor menerusi proses yang perlu dilalui sebelum sebarang kelulusan dibuat,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui pada Program Gotong-Royong Perdana peringkat Jawatankuasa Kampung Baru Kepong Ulu, hari ini.

Perkhidmatan telekomunikasi merangkumi capaian penggunaan internet, talian telefon, kemudahan wifi dan pembangunan infrastruktur digital.

Terdahulu, sejumlah RM22 juta diperuntukkan bagi membangun infrastruktur digital di Selangor dengan RM14 juta daripadanya disediakan untuk membangunkan Smart Digital Eco-system.

Ia merangkumi pembangunan sistem Big Data Command & Control Centre juga Smart Apps Development Platform, selain pemerkasaan WiFi Smart Selangor yang merupakan komponen penting dalam pembangunan Smart Digital Eco-System.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ganti paip atasi NRW giat dilaksana

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 13 DIS: Kerja penggantian paip lama bagi mengatasi kebocoran yang menyumbang kadar air tidak berhasil (NRW) kini ditahap 23 peratus siap.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri melalui Air Selangor Sdn Bhd menyasarkan pengantian paip itu sebanyak 24 peratus menjelang hujung tahun ini.

“Kerja penggantian berjalan lancar dan kita bersedia untuk melaksanakan tugas ini secara berterusan sehingga sasaran kita tercapai sehingga 2019.

“Sebanyak 84 kawasan hotspot dikenalpasti di seluruh negeri yang membabitkan sepanjang 422 kilometer dinaiktaraf menjelang 2019, dengan peruntukan RM350 juta keseluruhannya, ” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mesyuarat Tahunan dan Persidangan Air Jawatankuasa Tindakan Jurutera-jurutera Air Daerah Se-Malaysia ke 29, di Hotel Grand Dorsett, di sini.

Zaidy berkata setakat ini, kadar NRW di Selangor ditahap 32 peratus berbanding sebelum ini iaitu 35 peratus.

“Oleh itu, bagi mengurangkan kadar NRW ini kepada 29 peratus pada 2019, Kerajaan Negeri mahu kerjasama dari semua pihak bagi mencapai sasaran ditetapkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata tindakan holistik lain dilaksanakan untuk mengurangkan kadar NRW itu ialah pengantian meter air yang rosak dan lama, penyambungan air tidak sah dan mengenal pasti pihak tidak mematuhi prosedur.

“Kita juga menggunakan teknologi yang paling efektif bagi mengenalpasti kebocoran air, juga menguruskan sistem tekanan air supaya tidak membebankan rangkaian saliran air,” katanya.

Pada 2011, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus sekaligus menjangkakan NRW meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri melalui penstrukturan semula industri air Selangor mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan kadar NRW itu.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jalan persekutuan dan negeri sentiasa dipantau

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri terus komited dalam memastikan kerja pembukaan jalan persekutuan dan negeri diselenggara dengan baik serta selamat digunakan orang ramai.

Exco Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan negeri dan persekutuan adalah secara kontrak jangka panjang yang merangkumi kerja senggara rutin, berkala pavemen dan berkala bukan pavemen.

“Pelaksanaan program kajian pavemen adalah satu kaedah saintifik iaitu kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik.

img_5542-800x533“Kerja penyelengaraan jalan negeri akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui kajian itu.

“Kos keseluruhan penyelenggaraan rutin, berkala pavemen dan bukan pavemen bagi 2015 di jalan Klang Banting Port Dickson lebih RM3.9 juta,” katanya ketika menjawab soalan berkaitan perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan permukaan jalan persekutan dan negeri diselenggara dengan baik dari ADN, Telok Datok, Loh Chee Heng.

Zaidy berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan sudah diedarkan kepada semua pegawai JKR sebagai rujukan semasa kerja pengawasan di tapak.

“Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya akan sentiasa ditingkatkan.

“Ibu pejabat JKR Malaysia juga sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan selenggara jalan yang dilaksanakan kumpulan pakar mereka,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor pantau langkah kawalan kualiti benih padi

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kerajaan Negeri giat melakukan pemantauan kawalan kualiti benih padi di peringkat bawahan walaupun tugas mengenainya tertakluk di bawah bidang kuasa agensi Persekutuan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata agensi Kerajaan Negeri giat memberikan pendedahan kepada petani bagi menjana pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Kita memang kekurangan pegawai untuk pemantauan benih padi, untuk pengetahuan dewan, tugas (pemantauan) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

img_5551-800x533“Namun kita akan turun bersama agensi negeri untuk berikan maklumat kepada pesawah khususnya tentang langkah kawalan untuk menghasilkan petani yang lebih berkualiti,” katanya.

Sebelumnya, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sabak, Sallehen Mukyi membangkitkan isu kualiti dan pemantauan berterusan oleh agensi Kerajaan Negeri berhubung isu kawalan benih padi di seluruh negeri.

Terdahulu, proses penswastaan loji benih padi diselaraskan di bawah tangungjawab sepenuhnya Kerajaan Persekutuan menerusi pengusaha yang dilantik untuk membekalkan benih padi oleh Kerajaan Pusat yang diketahui umum mempunyai hubungan baik dengan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar.

Dalam perkembangan lain, Zaidy yang juga ADN Taman Templer mendedahkan inisiatif yang giat dilaksanakan di peringkat negeri secara holistik membantu masalah kekurangan air oleh petani di Selangor.

“Langkah yang dirangka oleh Jabatan Pertanian adalah menggunakan pam bagi mengempar air dari parit dan merangka penjadualan semula penanaman padi jika masalah air berlaku dengan kritikal.

“Selain itu, pembinaan parit tengah juga dibuat bagi menjamin bekalan air dalam petak sawah,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Projek naik taraf Sungai Cemubung dijangka Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerja fizikal projek naik taraf Sungai Cemubung di Kampung Bahagia, Lagong, dijadual bermula pada Mac 2017.

zaidy-dunExco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri, Zaidy Abdul Talib berkata, tender berhubung projek berkenaan dijangka diiklankan, pada Januari 2017.

“Tahun ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menerima peruntukan berjumlah RM500,000.

“Peruntukan ini adalah untuk perbelanjaan lantikan perunding dan juruukur. Lantikan sudah dibuat serta masih di fasa reka bentuk terperinci,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berhubung projek naik taraf itu.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Lapan pusat pemindahan dibuka, penduduk disaran pindah awal

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 13 OKT: Lapan pusat pemindahan siap dibuka 15 Oktober ini kepada penduduk yang bakal menghadapi fenomena air pasang yang dijangka melanda hujung minggu ini.

Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, penduduk sudah dimaklumkan untuk berpindah awal sebelum berlaku fenomena itu.

“Kita sudah siapkan lapan pusat pemindahan dan penduduk boleh pindah kira-kira jam 2 petang, pada 15 Oktober ini.

whatsapp-image-2016-10-13-at-4-20-44-pm“Sepanjang perpindahan tersebut turut dibantu agensi berkaitan seperti bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pasukan rela untuk membantu memastikan keselamatan mereka,” katanya selepas lawatan di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, hari ini.

Katanya, satu pusat permindahan boleh memuat seramai 150 ke 200 orang.

“Antara pusat pemindahan yang dibuka adalah Dewan Serbaguna Sungai Serdang, Dewan Serbaguna Tok Muda, Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kampung Kuantan, Dewan Serbaguna MPK Teluk Gadong, Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya, Dewan Serbaguna MPK Kampung Idaman dan Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang

“Sekiranya berlaku limpahan, kita menyediakan pusat pemindahan tambahan di Sekolah Rendah Agama Pulau Indah jika ada keperluan,” katanya.

Sementara itu, ADN Sementa, Dr Daroyah Awli berkata, beliau berharap dengan tindakan pencegahan yang dilaksanakan dapat mengurangkan impak kepada rumah yang berpotensi mengalami air pasang.

“Saya mewakili Kampung Tok Muda dan rakyat di Dun Sementa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Exco Infrastruktur, Jabatan Pengairan Selangor (JPS) Agensi Pengurusan Bencana Negara dan semua yang terlibat bekerjasama untuk meminima impak bencana air pasang daripada terus melimpah ke kawasan kampung.

“Ia memang amat terkesan kepada pendduk kampung seperti yang berlaku pada pertengahan pada bulan lepas apabila kebanyakan rumah yang terlibat hampir semua mengalami kerosakan harta benda yang teruk.

“Jadi, kita berharap dengan siapnya benteng dan beg pasir ini akan membantu mengurangkan impak terhadap rumah berhampiran,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ban siap sebelum air pasang besar kedua

OLEH SYASYA SUFIAN

KLANG, 13 OKT: Exco Infrastruktur bersama pengarah jabatan yang bertanggungjawab turun padang bagi memastikan kerja membaiki benteng atau ban siap pasang sepenuhnya.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, beliau bersama pihak berwajib membuat lawatan untuk melihat ban yang dibina bagi menghadapi fenomena air pasang besar kedua yang dijangka, pada 16 hingga 20 Oktober ini.

“Hari ini kita turun untuk memastikan peruntukan RM4.3 juta yang diperuntukkan membaiki semua ban rosak akibat air pasang yang berlaku pada bulan lepas siap dibaiki.

ybzaidy-2“Kita juga sedia maklum, dijangka air pasang besar akan berlaku setinggi 5.7 meter,” katanya selepas lawatan di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, hari ini.

Zaidy berkata, selain itu 21 pam turut turut dipasang di daerah Klang untuk menolak balik air ke laut.

Sementara itu, Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, Dato’ Ir Rohaizi Mohd Jusoh berkata, setinggi dua kaki benteng guni beg pasir dipasang di Kampung Tok Muda dan beberapa kawasan lain untuk mengukuhkan lagi benteng.

“Kerja yang kita lakukan hari ini adalah untuk meninggikan ban sedia ada hingga dua kaki dengan menggunakan kaedah guni pasir untuk menahan air laut dari masuk ke kawasan Kampung Tok Muda.

“Beg pasir ini akan dipasang sepanjang 350 meter yang dijangka siap hari ini atau selewatnya esok. Penambahan ini juga adalah inisiatif bersama Kerajaan Negeri demi keselamatan orang ramai,” katanya.

Turut hadir, ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi; Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Pengairan Selangor, Hashim Osman.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air pulih 81% jam 8 pagi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 SEPT: Status pemulihan bekalan air di Hulu Langat kini berada pada tahap 81 peratus setakat jam 8 pagi tadi, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, bekalan bagi keseluruhan kawasan terutama di kawasan tinggi dan penghujung sistem agihan akan pulih sepenuhnya jam 1 pagi, pada 28 September ini.

Katanya, ia berdasarkan status pemulihan terkini dan pengiraan jangka masa proses rawatan serta agihan.

“Kami akan terus memantau dan menyemak masa sasaran pemulihan dari masa ke masa serta berusaha mempercepat proses pemulihan.

ybzaidy-2“Bantuan penghantaran lori tangki air dan bantuan air botol ke kawasan terjejas masih diteruskan sehingga bekalan pulih,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 24 September lalu, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup semula bagi kali ke-3 ekoran bau tidak dikenal pasti berukuran amat tinggi (12 TON) di air mentah Sungai Semenyih.

Siasatan sedang giat dijalankan di kawasan tadahan bawah Semenyih dan lima cawang sungai utama sejak ia mula ditutup, pada 22 September lalu.
Zaidy berkata, proses pemulihan dijangka mengambil sedikit masa kerana melibatkan kawasan yang luas dengan ramai pengguna serta memerlukan masa meningkatkan proses pengeluaran dan agihan.

“Maaf atas segala kesulitan dan kelewatan bantuan namun pihak kami sedang berusaha sebaik mungkin. Keutamaan juga diberikan kepada pengguna kritikal seperti hospital dan lain-lain,” katanya.

-NFN-