Categories
SELANGOR

Jangan salah pilih, KEADILAN untuk semua

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 27 APR : Penggunaan logo KEADILAN disifatkan relevan merangkumi penyatuan komponen Pakatan Harapan (PAKATAN) di seluruh negara, kata Ketua Wanita Gabungan itu, Zuraida Kamarudin.

Justeru katanya, rakyat diingatkan supaya tidak tersilap memilih parti lain yang bertentangan dengan dasar reformasi kebajikan negara.

Katanya, ia termasuklah komponen yang tidak lagi sehaluan bersama gabungan itu.

“Sekarang kita sudah ada satu bendera untuk semua. Adil untuk semua, dan KEADILAN untuk kita.

“Pengundi jangan salah pangkah. Jangan pangkah calon lain, jangan pangkah bendera lain. Pilih biru muda, pilih KEADILAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Springville sempena Nisfu Sya’ban dan awal Ramadhan di, Bukit Antarabangsa, malam tadi.

Pada 6 April lalu, PAKATAN secara rasmi mengumumkan penggunaan satu logo dan simbol, KEADILAN bagi menghadapi PRU14.

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan di Pasir Gudang, Johor.

PAKATAN dibentuk di bawah gabungan KEADILAN, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Categories
NASIONAL

Zuraida: Manifesto Wanita BN sekadar gah di atas kertas

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 26 APR: Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) untuk wanita sebagai janji palsu yang sama seperti dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelumnya.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, rakyat sendiri boleh menilai keikhlasan wantia BN yang hanya turun padang di waktu Pilihanraya Umum sahaja.

“Tan Sri Shahriat Jalil kononnya mengatakan 25 tindakan disertai dengan 364 inisiatif itu dipersetujui Perdana Menteri.

“Namun, janji terbaru itu sememangnya tidak boleh dipercayai wanita Malaysia, sepertimana manifesto yang masih belum lagi mereka laksanakan pada PRU-12 dan PRU-13 lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuraida mempersoalkan kenyataan wanita BN yang mendakwa mereka peka terhadap wanita, namun mengapa perkara yang dijanjikan tidak dilaksanakan.

“Mereka memegang tampuk pemerintahan sekian lama tetapi gagal memastikan kesejahteraan wanita di Malaysia.

“Janji seperti penggubalan akta gangguan seksual, pelbagai insentif untuk wanita bekerja, koperasi wanita dan latihan vokasional sememangnya mereka boleh laksanakannya semasa mereka memerintah selama 60 tahun, tetapi tiada langsung usaha untuk mereka laksanakannya.

“Saya menyeru kepada semua wanita Malaysia agar tidak terpedaya dengan janji palsu Wanita BN,” katanya.

Zuraida turut menyeru rakyat Malaysia khususnya wanita untuk tidak terus terpedaya dengan janji palsu dan tidak membuang undi kepada BN, kerana mereka telah mengkhianat wanita di negara ini dengan bersengkongkol dengan pemerintahan kleptokrat Kerajaan BN.

Pada masa sama, Zuraida turut membandingkan manifesto BN itu dengan
Agenda Wanita Pakatan Harapan (AWPH) dilancarkan pada Januari tahun lalu yang mengariskan tujuh titik tumpu utama sudah dan akan dilaksanakan.

“Tujuh agenda tersebut adalah pendemokrasi politik dan kepimpinan, masa depan wanita muda, ekonomi peduli wanita, dasar pendidikan progresif, kesihatan mampan, keharmonian sosial serta pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang.

“Manifesto PAKATAN juga peka terhadap pembangunan dan kesejahteraan wanita dimana kita akan melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

“Ini menunjukkan PAKATAN lebih dekat dengan akar umbi berbanding BN yang mengarang manifesto mereka hanya gah di atas kertas sahaja,” katanya.

Categories
NASIONAL

Zuraida: Manifesto BN, hina wanita Malaysia

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 APR: Wanita Pakatan Harapan (PAKATAN) menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) ketinggalan zaman dan sudah direalisasikan oleh Kerajaan Selangor serta Pulau Pinang.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, 90 peratus daripada janji BN itu dilaksanakan Kerajaan Selangor melalui pelbagai program dan inisiatif yang berterusan.

Katanya, pelaksanaan setiap program berkenaan wanita pula dipertanggungjawabkan kepada seorang pemimpin wanita (Exco Wanita Negeri) yang berkebolehan lantas memahami isi hati, cabaran dan aspirasi wanita Selangor.

“Buktinya, kita boleh lihat dengan penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor, Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor dan Dasar Wanita Selangor di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang menyediakan ekosistem kondusif untuk pembangunan wanita.

“Walaupun baru 10 tahun pentadbiran Pakatan Harapan (Pakatan Rakyat), perubahan signifikan dapat dilihat terutamanya dari segi pembangunan wanita dari sudut sosio ekonomi dan pendidikan.

“Lantas, ini membuktikan dari sudut pembangunan wanita, sudah tentu PAKATAN adalah lebih terkehadapan berbanding BN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zuraida berkata BN gagal dalam meneruskan kesinambungan mengangkat martabat wanita, buktinya dalam Menifesto BN bertajuk ‘Ibu dan Wanita’, dan jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia yang akan menjadi pengerusi Majlis Ekonomi Wanita (MEW).

“Ini adalah satu penghinaan yang amat jelas dan nyata terhadap keyakinan Kerajaan BN terhadap kemampuan wanita Malaysia.

“Bayangkan jika program-program PERMATA yang diletakkan di bawah Pejabat Isteri Perdana Menteri dengan peruntukkan ratusan juta ringgit, MEW juga seharusnya ditadbir oleh seorang wanita.

“Apakah para pimpinan BN hanya mempercayai Isteri Perdana Menteri yang bukan datang dari pilihan akar umbi berbanding puluhan pemimpin wanita yang berjawatan di dalam parti itu?,” soalnya.

Pada masa sama, beliau berkata perjuangan PAKATAN adalah memastikan inisiatif dan program yang berkesan bagi pembangunan wanita, tetapi turut melatih lebih ramai pemimpin dari kalangan wanita.

Katanya, ia berbeza dengan visi dan misi parti terbabit yang menganggap wanita hanya diperlukan pada waktu pilihanraya sahaja.

Categories
SELANGOR

Tepis stigma ‘wanita hanya di dapur’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 FEB : Stigma golongan wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu hal rumah tangga perlu ditepis masyarakat kini, kata Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB), Zuraida Kamarudin.

Beliau berkata, martabat golongan wanita juga perlu diangkat seiring kepentingan kaum lelaki dalam menjana perkembangan ekonomi keluarga.

“Perkara sama juga sering dilihat dalam isu menjaga ibu bapa uzur, seolah-olah terdapat satu stigma di mana dalam tugas penjagaan warga tua, tanggungjawab itu jatuh kepada anak perempuan sahaja.

“Keadaan ini boleh berlaku lebih-lebih lagi sekiranya wanita itu belum berkahwin,” katanya.

Beliau berkta demikian ketika berucap pada Seminar Keseimbangan Hidup Bekerjaya anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor di Dewan Auditorium Tingkat 2, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Raja Tun Uda, pagi ini.

Beliau berkata, realitinya golongan wanita kini dilihat semakin berkembang maju dengan pencapaian golongan itu dalam pelbagai bidang ekonomi dan pendidikan.

“Jika dilihat dari sudut pendidikan, nisbah pelajar lelaki dan wanaita di universiti secara purata menunjukkan dominasi pelajar wanita dengan peratusan sebanyak 60 peratus.

“Malah, ada sesetengah IPT di negara ini hampir 75 peratus pelajarnya adalah golongan wanita berbanding lelaki, tetapi jumlah ini secara jelas tidak diterjemah dengan penglibatan wanita di dalam industri pekerjaan.

“Justeru adalah menjadi kerugian amat besar sekiranya graduan wanita terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga sedangkan mereka mampu memperoleh keseimbangan kedua-duanya,” katanya.

 

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Zuraida: Cadangan SPR tidak berasas, ayuh sertai BERSIH 5

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 SEPT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membebaskan diri daripada menyebelahi jentera Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, tindak tanduk SPR seakan memperlihat badan itu bertanggungjawab memastikan kemenangan BN untuk kekal berkuasa.

Katanya, SPR sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan bertindak saksama bagi kepentingan seluruh rakyat.

zuraida-kamarudin“Sekiranya Pengerusi SPR gagal memahami peranan ini, dia sewajarnya melepaskan jawatan dan melantik Maria Chin Abdullah sebagai pengganti beliau.

“Dengan cara ini, tidak ada lagi manipulasi sempadan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, SPR mengumumkan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah yang diwartakan, pada 18 Ogos lalu.

Pada 21 September lalu, Kerajaan Negeri menghantar surat untuk mengadakan pertemuan bersama SPR mengenai cadangan persempadanan semula, namun menerima maklum balas negatif SPR.

Zuraida yang juga Ketua Wanita KEADILAN berkata, surat balasan SPR membuktikan cadangan persempadanan itu tidak berasas untuk dilaksanakan.

“Justeru, Wanita KEADILAN menyeru semua untuk menyokong dan menyertai BERSIH 5 untuk menyelamatkan Malaysia.

“Ayuh kita sama-sama menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini”, katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRN Sarawak: Referendum rakyat tolak GST

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 28 APR: Pilihan Raya Negeri Sarawak dianggap sebagai referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, berkata rakyat Sarawak perlu melakukan perubahan dengan tidak membiarkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) membiarkan GST terus menghukum rakyat.

IMG_3097“Kita tidak boleh biar BN terus bermaharajalela mentadbir tanpa dihukum. Gunakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ini sebagai referendum membantah GST.

“Mandat yang diberi semula kepada BN bakal membawa malapetaka kepada ekonomi rakyat di Sarawak,” katanya pada sidang media, Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

Antara yang hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Pelaksanaan GST enam peratus sejak April 2015 menekan ekonomi rakyat kebiasaan ekoran peningkatan harga barangan di pasaran.

IMG_3139Lebih mengecewakan, kata Zuraida, masyarakat di kawasan luar bandar khususnya pedalaman Sarawak tidak dapat menampung kenaikan terbabit.

“Jelas bahawa Kerajaan Pusat pimpinan BN gagal melaksanankan dasar yang boleh membantu rakyat menjalankan kehidupan dengan lebih selesa.

“Semua rakyat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, apatah lagi mereka hidup di pedalaman Sarawak yang mempunyai sumber pendapatan terhad,” katanya.

Sebelum ini, Institut Rakyat melaporkan pelaksanaan GST menyebabkan aliran kewangan syarikat dan kos perniagaan meningkat disebabkan kos tambahan pengurusan cukai rakus itu.

GST juga penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup dan perniagaan serta mendorong kepada kejatuhan nilai wang ringgit, peningkatan kos pekerja, kesan kepada sistem birokrasi dan peningkatan kos pengangkutan juga kesihatan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Seksis: Bung perlu mohon maaf secara terbuka

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Wanita PKR tampil mengadakan himpunan aman di luar Bangunan Parlimen hari ini bagi mempertahankan ketua mereka ekoran kenyataan bersifat seksis yang dikeluarkan Bung Moktar (BN-Kinabatangan) terhadap Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).

Demonstrasi yang disertai hampir 50 wanita itu melahirkan kekecewaan terhadap keputusan yang membebaskan Bung daripada dikenakan tindakan tatatertib Parlimen.

Zuraida berkata, wanita adalah aset negera yang tidak patut dihina dan beliau turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan diputuskan terhadap Bung kerana itu bukan kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan.

download“Beliau tidak sepatutnya memperlekeh wanita sama ada di dalam atau luar Dewan Rakyat,” katanya.

Fuziah Saleh (PKR-Kuantan) antara Ahli Parlimen yang bersama Wanita PKR menyifatkan kenyataan Bung memalukan dan menjatuhkan martabatnya sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) memohon Bung menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh kaum wanita.

Hadir sama, Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha yang turut mencabar Bung keluar dari Dewan Rakyat untuk meminta maaf.

Penyokong Zuraida turut membawa poster yang memaparkan gambar Bung bersama isterinya dengan perkataan ‘Kinabatangan Sakit Jiwa Dengan Isteri-isterinya’, ‘MP Durjana Kinabatangan Curang Kepada Wanita Malaysia’ dan ‘Shame On You Bung’.

Pada 15 Jun lalu, Bung terlepas daripada tindakan tatatertib walaupun menghina Zuraida dengan mengatakan mukanya seperti hantu ketika sidang Dewan Rakyat, pada 9 Jun lalu.

Zuraida di dalam Dewan mengatakan, Bung menyalahi Peraturan Mesyuarat 37(4) kerana menyentuh peribadi dan mengeluarkan kenyataan bersifat seksis dan mahu tindakan diambil ke atas pemimpin Umno itu.

Namun, Timbalan Yang DiPertua, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee melepaskan Bung daripada tindakan tatatertib kerana menganggap beliau mengeluarkan kenyataan itu bertujuan menegur.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BR1M khas surirumah, Wanita PKR lancar kempen tandatangan seluruh negeri

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Pusat perlu meyalurkan sebahagian pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada surirumah supaya dapat dimanfaatkan secara langsung daripada pembayaran wang tunai berkenaan.

Desakan itu dibuat Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hal itu sejajar dengan Bajet Responsif Gender, yang mana wanita diberi kuasa membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dalam hal ehwal rumah tangga mereka, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

sBeliau yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, ia sangat penting kerana wanita yang bertanggungjawab memastikan bantuan kewangan itu dibelanja untuk barangan asas rumah yang diperlukan.

Zuraida berkata, Wanita PKR akan melancarkan “kempen tandatangan” seluruh negeri bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dalam menjaga kebajikan surirumah dengan menyalurkan BR1M 2015 yang dikhaskan kepada surirumah.

“Sudah terbukti bahawa wanita bertanggungjawab dan lebih teliti dalam pengurusan belanjawan isi rumah. Dengan itu, surirumah perlu diberi pengiktirafan dalam mengendalikan ekonomi rumah tangga dengan bijak.

zuraidah“Ini akan melibatkan perbincangan sihat antara suami isteri dan memerlukan konsensi dua pihak dalam membuat keputusan bersama terutama dalam perihal kewangan,” katanya yang dipetik Malaysia Kini.

Katanya, penyaluran BR1M kepada surirumah akan memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk memainkan peranan secara aktif membangunkan negara serta mendidik anak generasi akan datang.

Categories
KENYATAAN MEDIA

BN Reps rejected RM200K allocation out of fear, not insult

By: Zuraida Kamarudin

BN representatives who turned down the RM200K allocation by the Selangor Menteri Besar YAB Azmin Ali did so out of fear and pressure to reciprocate and adopt the quid pro quo. For 57 years since Merdeka under the BN rule, no allocations were given to opposition leaders even though it is the rakyat’s money.

Now that YAB Azmin has broken that tradition, the BN leaders are at a loss as to what to do. They do not want the allocation, but they take the car and this lacks consistency if the BN rep claims to be ‘insulted’.

The rakyat in Selangor’s BN constituencies should pressure their ADUNs to accept the RM200K allocation to implement programmes under Program Mesra Rakyat. This money belongs to the rakyat and the BN reps should carry out their duties respectfully. They should not consider this allocation as their personal pocket money.

# Zuraida Kamaruddin is MP Ampang

 

Categories
NASIONAL

Rodziah sah cabar Zuraida, AMK babit pertandingan 3 penjuru

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 29 MAC: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan pertembungan antara Exco Negeri Selangor, Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selayang, Amiruddin Shaari dan Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus.

johari abdul parlimen 01Pengerusi Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul ketika mengumumkan senarai penuh calon berkata, pertandingan kali ini juga menyaksikan seramai 78 orang merebut kerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Beliau berkata, Pemilihan PKR 2014 membuktikan kesungguhan pimpinan menyuburkan demokrasi dalam parti itu.

“Harus kita ingat walaupun bertanding sesama kita, musuh utama adalah Barisan Nasional. Oleh sebab itu, kita yakin pemimpin yang bakal dipikih ini akan membawa kejayaan untuk kita dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 28 MAC: Exco Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Pusat PKR dalam pemilihan PKR 2014, sekali gus mencabar kedudukan penyandangnya Zuraida Kamaruddin.

Rodziah dalam satu kenyataan berkata, beliau percaya Agenda Reformasi dapat dilaksanakan dengan pengalamannya dalam barisan pimpinan PKR dan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

rodziah eksklusif pink 03Beliau yang juga Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat berkata, gesaan dan keyakinan daripada anggota kepimpinan Wanita dan akar umbi supaya ada suatu perubahan dalam Sayap Wanita juga perlu diberikan fokus.

“Pembaharuan itu diyakini akan memberikan kesegaran dalam pengolahan agenda masa depan Wanita PKR.

“Ia adalah suatu gesaan yang tidak boleh diketepikan dan saya tampil menyahutnya dengan segala i’tikad dan semangat supaya segera dapat dikotakan kepimpinan yang dikehendaki anggota wanita PKR.

zuraidah“Selain penerapan dan pengaktualan pembuatan keputusan secara kolektif, ketelusan dalam pengoperasian aktiviti wanita dan keakuran berlandaskan panduan serta perlembagaan parti.

“Gesaan daripada akar umbi itu adalah amanah bagi saya yang akan digenggam erat dan memohon supaya sering diperingatkan kepada saya secara jujur dan tulus,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Ketua Wanitta Umno Kuantan tidak bertamadun, ketinggalan zaman

SHAH ALAM 30 DIS : Kenyataan Ketua Wanita Umno Kuantan, Datuk Zaiton Mat, yang bermati-matian mempertahankan kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) dan tergamak mengusir rakyat yang tidak sehaluan menunjukkannya buta terhadap masalah rakyat.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih inklusif memenangi hati rakyat dengan cuba memberi khidmat secara ikhlas, sebaliknya pemimpin Umno gagal memahami apa yang baik dan betul untuk rakyat.

Zuraidah Kamaruddin pink 01“Ketua Wanita Umno itu membutakan mata terhadap masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Suara Keadilan.

Zuraida turut mempersoalkan kewajaran cabaran Zaiton memandangkan keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan hanya 47 peratus rakyat Malaysia menyokong Barisan Nasional (BN).

“Tiada seorang pun ahli Umno diminta supaya meninggalkan Malaysia walaupun mereka sudah menjadi golongan minoriti di negara ini,” katanya.

Pada 28 Disember lalu, Zaiton dilaporkan meminta rakyat Malaysia meninggalkan negara ini jika tidak suka kerajaan BN.

Sehubungan itu, Zuraida berkata, kenyataan Zaiton menunjukkan sikapnya yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

“Punca kemerosotan teruk sokongan rakyat kepada Umno-BN kerana orang Melayu mula sedar bahawa selama ini mereka tertipu. Dasar Ekonomi Baru yang kononnya diwujudkan bagi meningkatkan ekonomi Bumiputra hanya mengkayakan segelintir kroni.

“Kegagalan itu membuktikan Umno bukan juara orang Melayu. Pemimpin mereka sibuk memperjuangkan poket sendiri, sedangkan majoriti rakyat terbeban dengan cukai dan kenaikan harga barang,” katanya.

Beliau turut menuntut Zaiton memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan yang bertindak mengguris hati rakyat di negara ini.

-NFN-