Categories
SELANGOR SUKANKINI

Gunalan: Selangor perlu terus meningkat, catat kemenangan

OLEH HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 21 OGOS: Selangor perlu terus meningkat dalam permainan bagi menghadapi baki perlawanan Liga Super dan suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Pengendali Selangor, K Gunalan, berkata pasukannya harus banyak mencipta ruang dan lebih menyerang ke kubu lawan untuk mendapatkan gol bagi meraih kemenangan.

“Saya kira kita kena banyak melakukan serangan berbanding bertahan.

“Selangor kena bermain seperti mana separuh masa kedua (menentang Kuala Lumpur malam tadi) hingga berjaya menjaringkan gol,” katanya dalam sidang media di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam tadi.

Selangor dan Kuala Lumpur seri 1 – 1 dalam aksi Kumpulan B Piala Malaysia dengan juara bertahan itu menduduki tangga teratas dengan 11 mata dan layak ke suku akhir lebih awal.

IMG_20160820_222015_858The Red Giants memperoleh gol daripada Ahamd Hazwan Bakri (m68) manakala gol Kuala Lumpur dijaringkan Fahrul Razi Kamaruddin (m42).

Gunalan menjelaskan Selangor dihukum Kuala Lumpur apabila banyak memberi ruang kepada lawan pada separuh masa pertama.

“Bagaimanapun saya berpuas hati dengan persembahan pemain apabila saya menurunkan pemain baru dari Piala Presiden dan ia baik bagi Selangor.

“Dengan jadual padat dihadapi, kita perlukan pemain sebegitu dan merehatkan beberapa pemain utama,” katanya yang menurunkan pemain import, Andik Vermanshah, pada separuh masa kedua dan membentuk gandingan berkesan bersama Ahmad Hazwan di bahagian serangan.

Gunalan menjelaskan Selangor perlu fokus terhadap perlawanan liga menentang Sarawak, Rabu ini dan beliau dijangka kembali menyenaraikan penyerang utama, Patricik Ronaldinho Wleh.

“Dia akan kembali (diturunkan) dan juga Ugo Ukah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria berpuas hati dengan persembahan pemainnya yang mempamerkan permainan membanggakan biarpun ia tidak membawa makna kepada pasukan itu.

“Bagi saya yang penting pemain mempertahankan maruah, mereka nampaknya begitu bersemangat dengan bermain bersungguh-sungguh.

“Keduanya, dengan musim liga kini sudah hampir ke penghujung, pemain berusaha membuktikan sesuatu kepada saya supaya dapat kekal dalam pasukan untuk musim depan,” katanya.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Piala Malaysia: PKNS FC turut layak ke suku akhir

SHAH ALAM 21 OGOS: PKNS FC dan Polis Diraja Malaysia mengisi dua slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas berakhir perlawanan Kumpulan C.

PKNS FC membuka tirai jaringan menerusi pemain import dari Palestin, Matias Hadwa seawal minit ketiga perlawanan sebelum bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-42.

Manakala PDRM menewaskan Perak 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sekali gus muncul juara kumpulan dengan kutipan 10 mata, manakala PKNS FC mengiringi mereka dengan kutipan lapan mata setelah seri 1-1 berdepan juara Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Pada aksi di Melaka, PDRM mendahului 2-0 hasil jaringan Guilherme de Paula pada minit ke-21 dan Muhd Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-58, sebelum Elias Fernandez mengurangkan defisit jaringan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-65.

Enam pasukan sudah melayakkan diri ke suku akhir sebelum ini iaitu Kedah dan T-Team dari Kumpulan A, Selangor dan Kelantan (Kumpulan B) serta Felda United dan Negeri Sembilan dalam Kumpulan D.

Peringkat suku akhir Piala Malaysia dijadual berlangsung mengikut format timbal balik pada 27 dan 28 Ogos serta 17 dan 18 September ini.

EZY

Categories
NASIONAL SUKANKINI

Cub Prix: Kasma beri tentangan sengit sebelum muncul juara

KEMAMAN 21 OGOS: Pendahulu keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin diberi tentangan sengit oleh Ahmad Afif Amran sebelum pelumba berusia 17 tahun itu berjaya meraih kemenangan kelima musim ini dalam perlumbaan CP130 pada pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berakhir di Kemaman, Terengganu, semalam.

Berbeza dengan pusingan lepas dimana pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu sentiasa menamatkan perlumbaan jauh dihadapan pencabar lain, perlumbaan minggu ini menyaksikan pelumba tuan rumah, Ahmad Afif (PETRONAS Yamaha-CKJ) memberikan saingan sengit di sepanjang perlumbaan sebelum akur kepada Kasma Daniel yang menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 16’05.980s, 0.275s di hadapan Ahmad Afif.

Peringkat awal perlumbaan menyaksikan persaingan diantara tiga pelumba termasuk rakan sepasukan Kasma Daniel, Ahmad Fazli Sham sebelum pelumba itu terjatuh pada peringkat awal perlumbaan menyaksikan persaingan terarah kepada Kasma Daniel dan Ahmad Afif.

Selepas mengekori Kasma Daniel di sepanjang perlumbaan, Ahmad Afif akhirnya berjaya memintas sebelum pelumba kelahiran Johor itu bijak menggunakan ruang untuk kembali berada di hadapan pada baki dua pusingan terakhir sehingga ke garisan penamat.

Tempat ketiga menjadi milik seorang lari rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan dengan masa 16’15.282s.

“Perlumbaan ini merupakan yang paling sengit pada tahun ini. Gear jentera saya mengalami sedikit masalah sekaligus memberi peluang untuk Afif merapatkan kedudukan.

Saya cuba kekal fokus untuk memeanngi perlumbaan,” jelas Kasma yang kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 125 mata.

Ahmad Fazli yang gagal meneruskan perlumbaan kekal di tangga kedua dengan 98 mata diikuti Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsport) di kedudukan ketiga dengan 57 mata.

Sementara itu dalam saingan CP115 turut didominasi oleh pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor yang menjadi milik Md Akid Aziz setelah mengetepikan pelumba lebih berpengalaman termasuk pendahulu keseluruhan, Tengku Amirul haffirudin, Amirul Ariff Muda dan Azroy Hakeem Anuar sebelum menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’43.049s.

Md Amirul (Givi Honda Yuzy Racing) muncul naib juara dengan masa 13’49.210s diikuti Md Aznil Md Ali ketiga dengan masa 13’50.810s.

Tengku Amirul yang terjatuh setelah perlanggaran dengan Azroy Hakeem kekal mendahului kedudukan keseluruhan dengan 90 mata namun hanya dua mata mendahului Akid yang berada di kedudukan kedua sementara rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairues di tangga ketiga dengan 67 mata.

WIRA- dari kiri, Shafiq, Helmi dan QhuwarismiDalam saingan kelas WIRA, juara pusingan lepas di Teluk Intan, Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) berjaya meraih kemenangan kedua berturut-turut setelah selesa mendahului dari awal perlumbaan sebelum melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11’02.966s.

Pendahulu keseluruhan, Md Shafiq Ezzariq (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) berjaya kembali ke atas podium sebagai naib juara dengan masa 11’06.601s sekalipun masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan. Md Qhuwarismi Md Nasir (Weststar Motorsport) di kedudukan ketiga dengan masa 11’06.802s.

Gelaran naib juara memastikan Shafiq terus mendahului kedudukan keseluruhan dengan 133 mata diikuti Helmi dengan 103 mata. Md Amirul Arif Ramli di kedudukan ketiga dengan 65 mata.

Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS akan berlangsung di Johor pada 3 dan 4 September.

Keputusan:
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 16’05.980s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 16’06.255s 3. Abd Muhaimin Roslan (SGR) Yamaha 16’15.282s 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 16’16.581s 5. Md Khairul Ikhwan Ajis (SGR) Yamaha 16’18.357s

Kedudukan keseluruhan:
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 125 mata 2. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 98 mata 3. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 57 mata 4. Md Azhar Abd Jalil (SGR) Yamaha 55 mata 5. Md Hafiz Nor Azman (PRK) Honda 54 mata

CP115
1. Md Akid Aziz (KUL) Yamaha 13’43.049s 2. Md Amirul Ariff Musa (JHR) Honda 13’49.210s 3. Md Anil Md Ali (TRG) Honda 13’50.810s 4. Md Hafiza Rofa (TRG) Yamaha 13’51.268s 5. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 13’56.194s

Kedudukan keseluruhan:
1. Tg Amirul Haffirudin (TRG) Yamaha 90 mata 2. Md Akid Aziz ( KUL) Yamaha 86 mata 3. Md Haziq Md Fairues (SGR) Yamaha 67 mata 4. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 61 mata 5. Md Harith Farhan Baharin (TRG) Honda 60 mata
WIRA
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 11’02.966s 2. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 11’06.601s 3. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 11’06.802s 4. Md Amirul Ariff Ramlee (JHR) Yamaha 11’06.982s 5. Md Idil Fitri Mahadi (SGR) Yamaha 11’17.162s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 133 mata 2. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 103 mata 3. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 65 mata 4. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 63 mata 5. Md Afizi Supaat (SGR) Yamaha 55 mata

EZY

Categories
BERITA UTAMA SUKANKINI

Piala Malaysia: Selangor-KL sekadar seri

OLEH HAFIZAN TAIB

SELAYANG, 20 OGOS: Selangor dan Kuala Lumpur seri 1 – 1 dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini, malam ini.

The City Boys terlebih dahulu mengatasi skuad Merah Kuning menerusi jaringan Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-42.

Bagaimanapun, The Red Giants bertindak balas menyamakan kedudukan hasil sentuhan penyudah Ahmad Hazwan Bakri (m68).

Dalam separuh masa pertama, Selangor dan Kuala Lumpur berusaha mengatur gerakan berkesan bagi mencari gol awal, namun hampa dengan barisan pertahanan masing-masing berjaya mengekang serangan dilancarkan.

Pengendali Selangor, K Gunalan terpaksa membuat pertukaran awal dengan mengeluarkan Hafiz Kamal (m11) akibat ditimpa kecederaan dan digantikan S Veenod.

Biarpun sekadar melengkap jadual perlawanan dengan kedua pasukan merehatkan beberapa tunggak utama, namun Kuala Lumpur menggunakan peluang terhidang sebaiknya tiga minit sebelum separuh masa berakhir dan Fahrul Razi menewaskan Norazlan Razali untuk gol pendahuluan.

IMG_20160820_222015_858Selangor yang layak ke suku akhir menggandakan usaha pada separuh masa kedua dengan memasukkan Andik Vermanshah (m55) menggantikan Faizzudin Abidin.

Percaturan Gunalan berhasil apabila Andik berjaya mengucar kacirkan pertahanan lawan dan satu hantaran ke depan gol lawan dibuatnya disambut kemas Hazwan untuk gol penyamaan juara bertahan itu.

Perlawanan berterusan hingga ke akhir dengan keputusan tidak berubah.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Pahang menewaskan Kelantan 2 – 0 tetapi skuad The Red Warriors kekal di tangga kedua dan layak ke pusingan seterusnya.

KEPUTUSAN LAIN:

PDRM 2 – 1 PERAK
PKNS 1 – 1 JDT

-AA-

Categories
NASIONAL SUKANKINI

Cub Prix: Kasma terpantas, kecederaan bahu paksa Zaqhwan tarik diri

KEMAMAN 20 OGOS: Mohd Zaqhwan Zaidi terpaksa melupakan hasrat untuk merapatkan jurang perbezaan mata dalam kedudukan keseluruhan CP130 apabila terpaksa menarik diri dari meneruskan cabaran.

Ia ekoran setelah beliau mengalami kecederaan di bahagian bahu pada hari pertama pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016 yang berlangsung di kemaman, Terengganu, semalam.

Pelumba Givi Honda Yuzy Racing yang juga merupakan juara musim 2014 itu terjatuh ketika sesi latihan bebas kedua dan kemudiannya di bawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dinasihatkan oleh doktor agar menarik diri dari meneruskan perlumbaan.

“Zaqhwan tetap ingin meneruskan perlumbaan pada hari esok (Sabtu), namun doktor yang merawat menasihatkan agar dia menarik diri dari perlumbaan kerana ini adalah kecederaan bahu yang pertama kali dialami Zaqhwan.

“Sebagai pengurus, sudah tentu saya mahu dia segera kembali ke atas jenteranya namun ia tidak memberi banyak kelebihan memandangkan dia sudah terlepas sesi ujian masa dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak terakhir.” jelas pemilik pasukan Givi Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

Sesi ujian masa CP130 didominasi sepenuhnya oleh pelumba di bawah tajaan PETRONAS dengan tiga pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor diketuai Kasma Daniel Kasmayudin berada di kelompok hadapan.

Kasma-01Kasma Daniel yang juga pendahulu CP130 muncul pelumba terpantas dengan masa 52.814s manakala rakan sepasukan, Ahmad Fazli Sham ketiga dengan masa 52.53.004s dan Abdul Muhaimin Roslan keempat, 53.350s.

Beraksi di litar baharu sepanjang 1.090km memberi kelebihan buat pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) untuk mencatat masa kedua terpantas dengan masa 52.855s.

Sementara itu, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) muncul pelumba terpantas CP115 dengan masa 53.629s manakala Md Helmi Azman (IUGB AFB Tech Racing) muncul pelumba terpantas kategori Wira dengan catatan masa 54.961s.

Ujian Masa:
CP130
1. Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) Yamaha 52.814s 2. Ahmad Afif Amran (TRG) Yamaha 52.855s 3. Ahmad Fazli Sham (PRK) Yamaha 53.004s 4. Abd Muhaimin Roslan (SGR) 53.350s 5. Ahmad Fazrul Sham (PRK) Yamaha 53.418s

CP115:
1. Azroy Hakeem Anuar (SGR) Honda 53.629s 2. Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) Yamaha 53.818s 3. Ahmad Syukran Aizat (TRG) Yamaha 53.948s 4. Tengku AMirul Haffirudin (TRG) Yamaha 54.119s 5. Md Aznil Md Ali (TRG) Honda 54.429s

WIRA:
1. Md Helmi Azman (SGR) Yamaha 54.612s 2. Md Qhuwarismi Md Nasir (PNG) Yamaha 54.961s 3. Md Shafiq Ezzariq (SGR) Honda 55.071s 4. Md Amirul Arif Ramlee (JHR) Yamaha 55.386s 5. Imran Hadi Md Ismawi (SGR) Yamaha 55.663s

EZY

Categories
SELANGOR SUKANKINI

Badrul Amin idam lebih aksi bantu Red Giants

SHAH ALAM 16 OGOS: Pemain skuad Piala Presiden, Badrul Amin Rusalan berharap diberikan peluang beraksi bersama skuad senior pada baki saingan musim ini bagi mengidam sebagai pemain utama skuad Liga Super Selangor, musim depan.

Beliau yang baru mencecah usia 19 tahun pada 24 Julai lalu muncul pemain ketiga dari skuad Piala Presiden Selangor yang diberi peluang masuk sebagai pemain gantian bersama skuad senior musim ini selepas Muhammad Faizzuddin Mohd Abidin dan Muhammad Syukri Azman.

Sasaran saya jika terpilih sekali lagi untuk bermain bersama skuad utama, saya ingin dimasukkan lebih awal dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan,” kata Badrul dipetik laman sesawang FAS Selangor.

BadrulBadrul yang berasal dari Bandar Baru Bangi turut menaruh keyakinan tinggi bahawa jurulatih sementara, K Gunalan mampu membawa pasukan itu meneruskan momentum kemenangan.

“Jika ada rezeki untuk naik ke skuad utama secara tetap pada tahun depan, saya cuba bekerja keras untuk menjadi tonggak utama dalam pasukan,” katanya.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

MB: Rombakan The Red Giants berdasarkan merit

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 8 OGOS: Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tindakannya mengarahkan rombakan segera dalam pasukan The Red Giants dibuat secara merit.

Katanya, ia adalah langkah awal demi memastikan pasukan kembali ke prestasi sebenar di samping beberapa langkah lain dijangka menyusul sedikit masa lagi.

“Tindakan perlu diambil berdasarkan merit. Sekiranya tiada prestasi yang baik, saya selaku Presiden akan mengambil tindakan sewajarnya.

AZMIN-500x357“Ini hanya langkah awal dan ada beberapa pengumuman yang bakal dibuat. Saya harus mengambil tindakan proaktif supaya prestasi pasukan Selangor dapat dipertahankan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin menerusi laman mikro Twitter meluahkan rasa tidak puas hati ekoran penurunan prestasi Selangor yang mencatatkan kekalahan 1-0 ketika menentang Kedah, pada 6 Ogos lalu.

Itu adalah kekalahan keempat berturut-turut dengan keputusan sama yang dicatatkan ketika bertemu KL Felda United, Pahang dan Terengganu T-Team.

Susulan itu, Selangor mengambil keputusan menamatkan kontrak jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan serta-merta.

Ketika ini, K Gunalan akan menggantikan posisi Zainal Abidin sementara FAS mencari calon sesuai selaku jurulatih Selangor.

The Red Giants menduduki tanggan ketiga liga dengan 26 mata ketinggalan jauh kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Felda United.

-NFN-

Categories
NASIONAL SUKANKINI

ARRC: Dua podium di Sentul bantu Zaqhwan pendahulu Supersports 600cc

SENTUL, INDONESIA 7 OGOS: Dua podium termasuk gelaran naib juara pada Perlumbaan 2 membantu pelumba Malaysia, Md Zaqhwan Zaidi untuk mendahului kedudukan keseluruhan SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Sentul, Indonesia, hari ini.
Di sebalik penguasaan pelumba tuan rumah di litar sepanjang 3.864 kilometer itu, pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mempamerkan aksi cukup agresif apabila berjaya memintas tiga pelumba serentak pada penghujung perlumbaan untuk menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa keseluruhan 24’19.395s.

Gelaran juara menjadi milik pelumba Astra Honda Racing Team, Gerry Salim yang meraih kemenangan berganda di Sentul dengan masa keseluruhan 24’17.743s manakala rakan sepasukan, Dimas Ekky Pratama ketiga dengan masa 24’19.593s.

“Saya terpaksa bekerja keras sepanjang perlumbaan terutama setelah bermula agak perlahan. Saya cuba untuk berada di kelompok hadapan namun agak ketinggalan di kedudukan kelima. Cuma persaingan sengit diantara Dimas, Tomoyoshi Koyama dan Ahmad Yudhistira membolehkan saya merapatkan kedudukan dengan mereka,” jelas Zaqhwan.

“Menuju ke penghujung perlumbaan, kesilapan mereka membuka ruang untuk saya memintas walaupun ia agak berisiko, namun tindakan saya itu berbaloi,” jelas Zaqhwan yang kini berada di tangga teratas dengan mengumpul 131 mata keseluruhan.

Zaqhwan Zaidi
Zaqhwan Zaidi

Koyama berada di kedudukan kedua dengan mengumpul jumlah mata yang sama manakala Yuki Takahashi yang tidak beraksi di Indonesia jatuh ke kedudukan ketiga dengan 104 mata diikuti Dimas dan Gerry, masing-masing dengan 99 dan 99 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba Yamaha Thailand Racing Team, Apiwat Wongthananon menebus kekecewaan pada Perlumbaan 1 apabila muncul juara dengan menewaskan pencabar utama, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) sekaligus melebarkan jurang pendahulu kepada 36 mata.

Apiwat menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 21’51.097s diikuti Yamamoto, 21’51.195s manakala Yusuke Nakamura (Akeno Speed WJR Racing Team) ketiga, 21’51.460s.

Sementara itu, dua pelumba senior, Ahmad Fazli Sham (UMA Racing Yamaha Maju Motor) dan Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) berjaya menamatkan perlumbaan Underbone 130cc di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa 19’17.926s dan 19’17.964s untuk menebus kehampaan gagal menamatkan Perlumbaan 1, semalam.

Gelaran juara menjadi milik Wahyu Aji Trilaksana yang bersendirian melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 19’13.483s.

Kemenangan itu membantu Wahyu untuk naik ke tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 88 mata diikuti pelumba T Pro Yuzy Honda NTS, Md Amirul Ariff Musa dengan 83 mata dan Md Izzat Zaidi Salehan (RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang) ketiga dengan 82 mata.
Keputusan Perlumbaan 2:

SuperSports 600cc
1. Gerry Salim (INA) Honda 24’17.743s 2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 24’19.395s 3. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 24’19.593s 4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 24’19.704s 5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 24’19.990s

Kedudukan keseluruhan:
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 131 mata 2. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 131 mata 3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 104 mata 4. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 99 Mata 5. Gerry Salim (INA) Honda 94 mata

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 21’51.097s 2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 21’51.195s 3. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 21’51.460s 4. Imanuel Putra Pratna (INA) Yamaha 21’51.519s 5. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 21’52.004s

Kedudukan keseluruhan:
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 171 mata 2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 135 mata 3. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 104 mata 4. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 97 mata 5. Yusuke Nakamura (JPN) Yamaha 78 mata

Underbone 130cc
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 19’13.483s 2. Ahmad Fazli Sham (MAS) 19’17.926s 3. Norizman Ismail (MAS) Honda 19’17.964s 4. Wahyu Nugraha (INA) Yamaha 19’17.971s 5. Florianus Roy Brilyaan (INA) Yamaha 19’17.983s

Kedudukan keseluruhan:
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 88 mata 2. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 83 mata 3. Md Izzat Zaidi Salehan (MAS) 82 mata 4. Ahmad Fazli Sham (MAS) 60 mata 5. Norizman Ismail (MAS) Honda 56 mata

EZY

Categories
NASIONAL SUKANKINI

ARRC: Zaqhwan terpantas di Sentul, catat rekod baharu litar

SENTUL, INDONESIA 6 OGOS: Md Zaqhwan Zaidi menyekat dominasi pelumba Indonesia apabila muncul pelumba terpantas kategori SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, semalam.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda itu melakukan catatan terpantas 1’29.936s yang juga merupakan rekod baharu litar mengatasi catatan 1’29.984s milik Md Zamri Baba pada minit akhir sesi latihan bebas kedua sekaligus mengatasi catatan empat pelumba tuan rumah yang mendominasi kelompok depan di sepanjang sesi latihan hari pertama.

“Saya terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan masa terbaik dan mengatasi catatan pelumba tuan rumah yang mempunyai banyak kelebihan di litar ini. Dengan permukaan litar yang sangat mencabar, mereka mempunyai banyak kelebihan kerana kerap kali beraksi di sini.

“Dengan empat pelumba Indonesia berada di kelompok hadapan, situasi seperti ini pasti menjadikan perlumbaan akhir nanti lebih sukar,” jelas Zaqhwan.

Pelumba Rookie Astra Honda Racing, Gerry Salim muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1’29.955s diikuti rakan sepasukan, Dimas Ekky Pratama dengan masa 1’30.244s.

Duo Manual Tech KYT Kawasaki Racing, Andy Muhammad Fadly dan Ahmad Yudhistira masing-masing mencatat masa terbaik 1’30.278s dan 1’30.348s.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, pelumba tuan rumah, Galang Hendra Pratama (Yamaha Racing Indonesia) muncul pelumba terpantas buat kali pertama musim ini dengan catatan masa terbaik 1’44.229s.

Sementara itu dua pencabar utama kejuaraan, Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) dan 1’44.822s Apiwat Wongthananon (Yamaha Thailand Racing Team) kekal memberikan cabaran setelah masing-masing mencatat masa kedua dan ketiga terpantas dengan masa 1’44.822s dan 1’45.204s.

AFS46 - UB130 Fazli
UB130 Fazli

Saingan Underbone 130cc, dua pelumba negara, Md Amirul Ariff Musa dan Ahmad Fazli Sham bakal memulakan perlumbaan dari barisan hadapan setelah mencatat masa kedua dan ketiga terpantas pada sesi superpole.

Md Amirul (T Pro Yuzy Honda NTS With Wow) bermula di petak kedua dengan masa terbaik 1’55.985s diikuti Ahmad Fazli (UMA Racing Yamaha Maju Motor) ketiga, 1’56.135s.

Pelumba Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) bakal bermula dari petak pertama dengan catatan masa terpantas 1’55.802s.

EZY

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

SUKMA 2016: Raja Muda Selangor tiup semangat atlet renang

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 27 JULAI: Atlet renang Selangor terus membuktikan kejaguhan dengan menggondol tiga emas di Pusat Akuatik Sarawak, di sini, hari ini, pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016.

Ketiga-tiga emas itu diperoleh daripada Wong Tzi Rok menerusi acara 100m kuak lentang lelaki, Caroline Chan Zi Xin (100m kuak lentang wanita) dan Kok Cher Ling Maryann (50m gaya bebas wanita).

Tzi Rok mengalahkan pencabar dari Johor, Tern Jian Han (perak) dan Wilayah Persekutuan, Brandy Chew (gangsa).

IMG_20160727_174554Zi Xin pula mengatasi cabaran Tan Rou Ying (Wilayah Persekutuan) juga peserta Sabah, Chris Tan Ling yang mendapat perak dan gangsa.

Manakala, Ling Maryann meninggalkan Ong Ming Fen (Wilayah Persekutuan) dan Elynn Tan (Pulau Pinang) dalam acaranya untuk merangkul emas.

Kontinjen renang negeri itu turut mendapat suntikan semangat daripada Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mencemar duli ke pusat akuatik berkenaan.

Kehadiran baginda dengan memakai jersi The Red Giants menaikkan semangat atlet khususnya dari kem Selangor.

Mengiringi baginda, Exco Selangor, Elizabeth Wong; ADUN Demak Laut, Hazland Hipni dan kenamaan lain.

Tengku Amir Shah turut berdiri bersama penonton bagi menyatakan sokongan kepada atlet bertanding.

Pasukan Selangor terbabit dalam beberapa acara akhir selepas ini dan dijangka meneruskan penguasaan dalam renang dan terjun.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

SUKMA 2016: Selangor terus beri cabaran, capai kejayaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING, 27 JULAI: Kontinjen Selangor mengakhiri cabaran pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, di sini, semalam, dengan kutipan pingat 31 emas, 41 perak dan 34 gangsa.

Kekal di tangga kedua, pasukan Lembah Klang itu mengekori rapat tuan rumah, Sarawak (36 emas, 20 perak, 30 gangsa) yang mendahului pungutan pingat sehingga kini.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan (21 emas, 28 perak, 24 gangsa) jatuh satu anak tangga ke tempat keempat diganti Terengganu dengan catatan 23 emas, 17 perak dan 36 gangsa.

344A2335Prestasi bergaya atlet mencerahkan harapan Selangor untuk mencapai sasaran 48 emas dan tidak mustahil ia diatasi dengan jumlah lebih besar seperti dinyatakan Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

“Saya percaya jika kita dapat menambah semangat dan keyakinan kepada atlet, keputusan luar biasa mampu dicatat,” katanya.

Semalam, acara renang dan terjun terus menceriakan kem Selangor dengan menuai lima emas dan dijangka berlarutan hari ini dengan atlet turun ke gelanggang dalam beberapa acara lagi.

Di samping itu, badminton juga meneruskan cabaran dalam beberapa acara individu bagi mencari tempat ke pentas akhir selepas menyumbang satu emas (berpasukan lelaki) dan perak (berpasukan wanita), semalam.

Pelbagai acara berlangsung membabitkan peserta Selangor antaranya menembak, hoki, petanque dan olahraga terus menjadi sandaran dalam pungutan pingat yang kina rancak serta sengit.

Slogan ‘Smart Selangor Tekad Juara’ menjadi pembakar semangat kepada kontinjen Merah Kuning dalam memburu kejayaan, namun semangat kesukanan tetap menjadi dukungan kepada semua pegawai juga atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR SUKANKINI

FMLLP: 91 pendaftaran pemain baru Liga Super dan 100PLUS Liga Premier

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JULAI: Football Malaysia LLP (FMLLP) mengumumkan 91 pendaftaran pemain baru dilakukan pasukan di Liga Super dan 100PLUS Liga Premier dalam tempoh 25 hari jendela perpindahan kedua untuk tahun ini yang dibuka sejak 20 Jun hingga 15 Julai lalu.

Liga Super menyaksikan pendaftaran 36 pemain baru dengan 17 daripadanya pemain import sementara 55 pendaftaran untuk 100PLUS Liga Premier dengan 23 pemain import.

Katanya, empat pasukan Liga Super Pahang FC, Perak, Terengganu dan PDRM antara pasukan paling sibuk sepanjang jendela perpindahan.

Red Giants“Pahang FC pasukan yang paling sibuk ketika jendela perpindahan dibuka dengan melakukan tujuh pendaftaran pemain baru dan satu-satunya pasukan di Liga Super yang menukar semua empat pemain import diikuti Perak dengan enam pemain termasuk dua import baru.

“Terengganu dan PDRM mendaftarkan lima muka dengan Terengganu membawa masuk dua pemain import dan satu untuk PDRM.

“T-Team FC ialah satu-satunya pasukan di Liga Super yang tidak melakukan sebarang pendaftaran baru dengan hanya perpindahan seorang pemain pasukan, Radhi Yusof yang ke Terengganu,” katanya.

Situasi lebih rancak berlaku di 100PLUS Liga Premier apabila ATM, Melaka dan UiTM FC melakukan rombakan berskala besar dengan mendaftarkan lapan pemain baru untuk pasukan masing-masing.

“ATM yang tidak mempunyai pemain import pada awal musim ini melakukan perubahan drastik dengan mendaftarkan empat pemain import baru.

“UiTM FC membuat keputusan untuk menukar semua pemain import mereka dengan membawa masuk empat import baru, manakala Melaka hanya mendaftar dua pemain import baru,” katanya.

Sementara PKNS FC tidak mendaftarkan sebarang pemain baru sebaliknya dua pemain mereka, Muhaimin Mohamad dan K Satish berpindah ke dua pasukan di Liga FAM, MOF FC serta Air Asia All-Stars FC.

-NFN-