Categories
SELANGOR

DAP Selangor ajak penyokong turun BERSIH 5.0

OLEH AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 29 SEPT: DAP Selangor akan menggerakkan ahlinya untuk turun menyertai Himpunan BERSIH 5.0 yang bakal dianjurkan, pada 19 November ini.

img_20160929_110541_526Pengerusinya, Tony Pua berkata, semua cawangan DAP di Selangor akan dimaklumkan mengenainya dan pemimpin parti juga akan terlibat dalam semua jelajah yang dianjurkan.

“Kita akan mengarahkan semua cawangan mengambil bahagian dalam aktiviti BERSIH 5 di semua jelajah yang bakal diadakan.

“Semua pemimpin parti akan keluar menyokong aktiviti yang dilakukan BERSIH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mobalisasi penyokong DAP pada penganjuran Himpunan BERSIH 5.0.

Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, satu siri jelajah seluruh negara akan diadakan selama sebulan sebelum perhimpunan tersebut diadakan.

Konvoi Bersih di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Oktober ini dan berakhir pada 19 November ini.

-NFN-

Categories
NASIONAL

KEADILAN gerakkan ahli hadir Bersih 5.0

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menggerakkan jenteranya bagi memastikan ahlinya hadir ke perhimpunan Bersih 5.0.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, berkata perhimpunan diadakan pada November nanti itu merupakan rapat umum penting bagi menyatakan bantahan rakyat terhadap penyelewengan dalam isu 1MDB.

“KEADILAN gerakkan ahli-ahlinya bagi memastikan perhimpunan itu dapat memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri meletak jawatan,” kata Tian Chua ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, menyifatkan sokongan terhadap Bersih 5.0 sebagai tanggungjawab menyelamatkan negara daripada pemimpin korup yang berterusan merosakkan ekonomi.

IZZAH RAKYAT“Saya mendokong penuh usaha Bersih kerana menjadi tanggungjawab sosial kita untuk menolak pemimpin yang merosakkan negara,” kata Nurul Izzah.

Sebelum itu, Bersih 2.0 mengumumkan Perhimpunan Bersih 5.0 akan diadakan di Kuala Lumpur pada November ini sebagai usaha memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan selepas terlibat dengan skandal 1MDB.

EZY

Categories
NASIONAL

Mahkamah Rayuan tolak tuntutan kerajaan terhadap BERSIH

KUALA LUMPUR 23 OGOS: Mahkamah Rayuan mengesahkan kerajaan dan polis tidak mempunyai hak memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi dialami pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, lapor Malaysiakini.

Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, panel tiga anggota menolak rayuan polis dan kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.

Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan PPA adalah mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.

Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.

Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan ringkas.

EZY

Categories
NASIONAL

BERSIH 5: Masa zahirkan kebimbangan rakyat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM – Rakyat digesa turun pada Himpunan BERSIH 5 bagi menyatakan bantahan terhadap pemerintah supaya bertindak membersihkan imej negara yang kian tercalar akibat dakwaan beberapa skandal kewangan.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata rakyat pastinya perlu bangkit menekan pemerintah supaya melakukan perubahan dalam memastikan kualiti hidup mereka dipelihara.

“Saya ingat pelbagai cadangan sudah dibuat dalam beberapa isu kebebebasan jawatan yang penting itu.

tian-chua-pc-pkr-01“Isu sekarang kembali ke tangan pemerintah. Kalau mereka tidak mahu laksanakan (perubahan), rakyat tidak ada pilihan lain selain meneruskan tekanan.

“Kita tidak ada pilihan. Rakyat sama ada memilih untuk menerima hakikat ini dengan hidup dalam keadaan malu dan membenarkan rasuah berterusan atau bertindak,” katanya ketika diminta mengulas hasrat BERSIH 2.0 yang mahu menganjurkan satu lagi himpunan dalam masa terdekat.

Tian Chua berkata, rakyat pastinya bimbangan ekonomi akan terus merosot dan hilang daya saing selain imej negara terus tercemar sekiranya lambat melakukan perubahan.

Minggu lalu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mengesahkan BERSIH 5 akan dilangsungkan, namun pihaknya masih belum menetapkan tarikh dan lokasi penganjuran.

-NFN-

Categories
NASIONAL

BERSIH 2.0 kutuk siasatan terhadap wartawan Malaysia Kini

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 28 APR: BERSIH 2.0 mengutuk sekeras-kerasnya siasatan polis terhadap wartawan Malaysia Kini, Kow Gah Chie, di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan hanya kerana menulis laporan berita, pada 24 April lalu.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata Gah Chie hanya menjalankan tugas selaku wartawan dalam perkara itu.

HARAM BAJU BERSIH“Ini adalah amat bertentangan dengan tuntutan BERSIH yang mahu akses media bebas serta adil.

“Pada masa sama, BERSIH juga menuntut setiap parti politik yang meletakkan calon bertanding diberikan akses media perdana untuk membentangkan manifesto masing-masing,” katanya dalam satu sidang media.

Bersabit dengan isu itu, Malaysia Kini sudah memanggil pulang wartawannya atas sebab keselamatan berikutan peredaran gambar Gah Chie di media sosial.

Gah Chie disiasat berkenaan tulisan satu artikel yang didakwa mengelirukan dengan memetik kenyataan Adun Barisan Nasional, Nangka Annuar Rapaee.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Badan khas PEMANTAU pastikan PRN Sarawak telus, adil

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 5 APR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan NGO Sarawak menubuhkan satu pasukan khas, Pemantau Sarawak sepanjang proses Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) diadakan.

Fungsinya bagi memastikan PRN diadakan secara telus tanpa berlakunya sebarang penipuan dan kesalahan pilihanraya, sebagaimana pernah berlaku membabitkan kes Blackout pada pilihan raya (PRU13) lalu.

Sarawak“Pemantauan pilihan raya merupakan salah satu usaha penting untuk memastikan pilihan raya Sarawak berlangsung bersih dan adil.

“Melalui pemantauan, rakyat menjadi saksi mencegah dan melaporkan penipuan atau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan gangguan terhadap proses pilihan raya,” kata BERSIH 2.0 dalam kenyataan.

Pemantauan khusus juga turut memberi penumpuan kepada lima kawasan DUN yang berisiko tinggi berlakunya penipuan dan salahlaku pilihanraya.

Lima kawasan DUN yang dipantau ialah :

(1) N02. Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)
(2) N13. Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)
(3) N53. Bawang Assan (Sibu/Rassau)
(4) N75. Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)
(5) N77. Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)

Sementara itu, masyarakat berminat menjadi sukarelawan pemantau digalakkan menyertai pasukan ini dalam usaha memastikan PRN dijalankan penuh intergriti tanpa berlaku penyelewengan.

“Diseru rakyat Sarawak, khasnya mereka yang menetap di lima kawasan DUN di atas, supaya menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak,” katanya kenyataan itu.

Untuk menyertai pasukan PEMANTAU Sarawak, mereka yang berminat boleh mendaftar di laman www.bersih.org/pemantausarawak atau menghubungi pejabat BERSIH 2.0 di talian 03-79314444/019-4380428 atau [email protected]

EZY

Categories
NASIONAL

BERSIH: Ke mana baki berjuta-juta dana RM2.6 bilion?

SHAH ALAM 27 JAN: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) terperanjat dengan pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bebas dari sebarang salah laku rasuah dalam skandal pengubahan wang terbesar.

BERSIH dalam satu kenyataan media mempersoalkan jika RM2.03 bilion dipulangkan kepada penderma Arab, ke mana pergi baki berjuta-juta ringgit.

Najib-1MDBDimanakah duit itu dibelanjakan dan untuk kegunaan apa? Mungkinlah, wang ini digunakan untuk membeli PRU-13, seperti didakwa Wall Street Journal?

“Kenapa Tan Sri Gani Patail perlu dipecat daripada jawatan Peguam Negara jikalau RM2.03 bilion dipulangkan dan tiada salah laku?,” soal BERSIH.

BERSIH juga mempersoalkan Najib apabila tidak menyaman Wall Street Journal jika beliau tidak menyalahgunakan dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaunnya seperti yang dilaporkan WSJ.

“PAC digesa menjalankan siasatan secara terperinci dan bebas ke atas 1MDB supaya orang ramai diberikan jawapan sepatutnya,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Hentikan intimidasi terhadap peserta Bersih 4

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar tindakan berterusan pihak polis untuk menakutkan dan mengganggu peserta perhimpunan aman Bersih 4.

Terbaru hari ini, Saudara Bad Latif Mansor dipanggil untuk memberi keterangan dalam siasatan terhadap perhimpunan tersebut.

CT_8SpfUYAAy0UvIni dilakukan setelah baru sahaja beberapa minggu lalu isteri dan anak beliau, Puan Nashita Mohd Noor dan Asiah Latif dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Kebebasan berhimpun adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai hak sejagat, dan ia tidak wajar disekat-sekat demi kepentingan politik mana-mana pihak.

Bukan sahaja itu, orang ramai juga mempunyai hak demokratik untuk menyuarakan kritikan dan bantahan. Hak ini tidak boleh digugat atau cuba dinafikan dengan menakut-nakutkan orang ramai.

BERSIH 2.0 justeru menggesa supaya semua siasatan dan pendakwaan terpilih terhadap mana-mana peserta perhimpunan aman Bersih 4 dihentikan.

Categories
NASIONAL

Najib perguna mahkamah singkir lawan politik

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempergunakan institusi mahkamah untuk memastikan lawan politiknya hilang kelayakan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, berkata tindakan itu dijalankan dengan melibatkan beberapa pemimpin utama pembangkang yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

pc bersih 7 suaram - web“Human Rights Watch menyifatkan ini siri tindakan balas dendam oleh pentadbiran rapuh dalam rangka mematahkan kritikan disuarakan banyak pihak.

“Tindakan ini bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal calon pilihan raya akan datang selain merupakan usaha penindasan politik,” kata Maria dalam sidang media bersama Bersih dan Suaram (Suara Rakyat Malaysia) di pejabat Bersih di sini, hari ini.

Jelas beliau, antara pemimpin utama pembangkang yang sudah didakwa atau sekurang-kurangnya disiasat termasuk Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Exconya, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy dan Exconya Dr Afif Bahardin.

Selain itu turut terlibat sama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Lim Kit Siang (Gelang Patah), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Rafizi Ramli (Pandan), R. Sivarasa (Subang), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Ko Chung Sen (Kampar), Nga Kor Ming (Taiping), Ng Wei Aik (Tanjung), Tony Pua (Petaling Jaya Utara), Teresa Kok (Seputeh), N.Surendran (Padang Serai) dan mendiang Karpal Singh.

Manakala sekurang-kurangnya dua Adun yang turut menjadi sasaran terdiri Adun Seri Delima, RSN Rayer dan Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh.

“Sekiranya mereka didapati bersalah menyebabkan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya serta menafikan hak pengundi memilih wakil rakyat yang mereka suka,” kata Maria lagi.

Katanya, Bersih 2.0 dan Suaram menyifatkan tindakan itu adalah taktik keji mencantas lawan politik sekaligus membelakangkan proses demokrasi.

“Berbanding menewaskan mereka di medan pilihan raya, proses undang-undang nampaknya disalah guna bagi memastikan mereka ditewaskan sebelum sempat bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Jangan berlakon, hentikan pendakwaan dan siasatan bermotif politik

Human Rights Watch dalam laporan khasnya berkenaan penafian hak asasi di Malaysia telah menggariskan siri pendakwaan dan siasatan terhadap kumpulan pengkritik kerajaan, termasuk dari kalangan masyarakat sivil dan parti politik.

Ini disifatkan HRW sebagai siri tindakan balas dendam oleh sebuah pentadbiran yang rapuh, dalam rangka untuk cuba membungkam bantahan dan kritikan yang disuarakan ramai pihak.

Selain siri siasatan dan pendakwaan terpilih yang semakin rancak dilakukan pihak berkuasa akhir-akhir ini, Suaram bersama-sama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) melihat satu trend tindakan mensasarkan pemimpin-pemimpin politik tertentu terus dijalankan.

Tindakan sedemikian secara efektif bertujuan membunuh lawan-lawan politik dan juga bakal-bakal calon pilihanraya akan datang, selain merupakan sebuah upaya penindasan politik bagi menafikan hak membantah sepertimana yang dituntut dalam perhimpunan Bersih 4.

Akta HasutanSenarai panjang Ahli Parlimen dan ADUN yang telah disiasat malah ada yang telah didakwa di bawah pelbagai akta termasuklah: Dr Ko Chung Sen (Kampar), Nga Kor Ming (Taiping), Rafizi Ramli (Pandan), Dr Afif Bahardin (Adun Sebarang Jaya), Ng Wei Aik (Tanjung), Nurul Izzah (Lembah Pantai), Tony Pua (PJ Utara), Lim Kit Siang (Gelang Patah), R Sivarasa (Subang), Teresa Kok (Seputeh), N. Surendran (Padang Serai), Khalid Samad (Shah Alam), RSN Rayer (Adun Seri Delima), Dr P. Ramasamy (Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang), Phee Boon Poh (Adun Sungai Puyu), Tian Chua (Batu), Azmin Ali (Gombak), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia) dan juga mendiang Karpal Singh.

Kesemua mereka ini telah sama ada disiasat atau telah didakwa di bawah Akta Hasutan atau Akta Perhimpunan Aman, dan sekiranya didapati bersalah akan menyebabkan mereka hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya akan datang serta menafikan hak para pengundi untuk memilih wakil rakyat yang mereka suka.

Ironinya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkali-kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, namun ia terus digunakan terhadap lawan-lawan politiknya.

BERSIH 2.0 dan Suaram melihat ini sebagai satu taktik keji untuk mencantas lawan-lawan politik parti pemerintah, sekaligus membelakangkan proses demokrasi yang telah melantik mereka sebagai wakil rakyat di dewan legislatif masing-masing.

Daripada menewaskan mereka di lapangan pilihanraya, proses undang-undang nampaknya disalahgunakan bagi memastikan mereka tewas sebelum sempat bertanding dalam pilihanraya.

BERSIH 2.0 dan Suaram justeru menyatakan kebimbangan bahawa langkah-langkah licik yang diambil pihak kerajaan akan mengakibatkan negara mempunyai barisan pembangkang yang lemah, setelah tokoh-tokoh utama disumbat ke penjara atau hilang kelayakan bertanding.

Menjelang sidang-sidang kemuncak rantau ASEAN dan kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di tanah air, kami menggesa kerajaan untuk segera menggugurkan siasatan dan pertuduhan bermotifkan politik terhadap aktivis masyarakat dan juga ahli-ahli politik pembangkang, sebagai bukti bahawa negara benar-benar mengamalkan demokrasi yang sebenar.

Kerajaan tidak wajar berlakon seolah-olah negara mengamalkan demokrasi di hadapan para tetamu antarabangsa, namun sebaliknya dalam diam menanam ranjau dalam amalan demokrasi sihat di tanah air.

Kerajaan justeru didesak supaya menghentikan langkah menindas menggunakan undang-undang ini, dan menumpukan secara ikhlas kepada penambahbaikan institusi demi kebaikan rakyat terbanyak.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Polis patut fokus siasat kes jenayah bukan isu remeh

Oleh: Rafizi Ramli

Saya baru selesai memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat dari IPD Dang Wangi yang mengambil keterangan saya dalam dua kertas siasatan berikut:

1. Kes di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkenaan ucapan yang dibuat semasa Perhimpunan BERSIH4

2. Kes di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana dituduh memakai baju BERSIH4 yang diharamkan.

RafiziSaya berasa lucu kerana soalan-soalan yang ditanya berhubung siasatan di bawah Seksyen 505(b) adalah bersabit laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya ditanya sama ada saya ada memimpin laungan itu dan berapa kali saya melaungkan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Saya tidak ditanya langsung mengenai kandungan lain ucapan saya kecuali laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur mengambil sedikit masa meneliti komen-komen yang dibuat oleh rakyat biasa terhadap mereka, kritikan dari rakyat adalah lebih teruk dari “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika Perdana Menteri benar-benar mengambil kira kebajikan rakyat, beliau sudah tentu tahu beliau telah sampai tahap dibenci oleh rakyat.

Oleh itu, adalah menjadi pembaziran masa polis yang ketara apabila polis diarahkan menyiasat perkara-perkara yang telah menjadi sentiment rakyat seperti laungan “Tangkap Najib, Tangkap Rosmah”.

Jika saya disiasat kerana laungan itu, maknanya pihak polis terpaksa menyiasat berjuta-juta rakyat Malaysia yang memberikan komen lebih kasar dari itu.

Saya menyeru supaya kepimpinan polis berhenti dari mengarahkan pegawai-pegawai bawahan yang sepatutnya diberikan ruang memerangi jenayah, bukannya menyiasat kata-kata orang ramai yang menyinggung Perdana Menteri dan isteri beliau.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Categories
NASIONAL

BERSIH: Jangan salah alamat lagi Rahman Dahlan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 7 SEP: Tiada karpet merah bakal dibentangkan buat Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan susulan kesilapan alamat penghantaran notis tuntutan bernilai RM65,000 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap Bersih 2.0 yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4.

Kenyataan sinis itu dipaparkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menerusi laman sosialfacebook sambil memuat naik sekeping foto pintu pagar yang ditanda dengan kain rentang yang tertulis Bersih 4 serta anak panah besar menunjukkan nombor pejabat.

Bersih“(Datuk) Rahman Dahlan – kalau-kalau kamu tak jumpa pejabat BERSIH lagi. Maaf, tiada permaidani merah,” katanya.

Abdul Rahman sebelum ini menuntut penganjur BERSIH 4 membayar kos pembersihan sekitar tapak perhimpunan tanpa memasukkan kerugian kerosakan harta benda sepanjang perhimpunan yang berlangsung selama hampir 36 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Namun, Maria menegaskan mereka tidak akan membayarnya dan akan membawa kes itu ke mahkamah.

EZY