Categories
NASIONAL

CCTV beri impak positif kurangkan kes buli

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 APR: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah yang dikategorikan ‘sekolah berisiko tinggi’ berjaya mengurangkan kes buli dengan rekod 2,795 kes, bagi 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, sebanyak 3,448 kes buli dilaporkan pada 2016 dan pihaknya memandang serius gejala itu dalam usaha menjayakan kempen ‘Sifar Buli’.

“Kita tidak mendabik dada tetapi masih dalam proses memperolehi kejayaan. Kejayaan ini boleh diperoleh menerusi kerjasama semua pihak termasuk polis untuk merealisasikan hasrat sifar buli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab solan dikemukakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam sesi jawab lisan, Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, sesebuah sekolah dikategorikan sebagai berisiko tinggi berdasarkan tiga ciri iaitu sekolah berada dekat dengan jalan keluar-masuk utama, dalam kawasan perumahan dan kerap berlaku kes kecurian di kawasan sekitar.

Kamalanathan berkata, setiap sekolah dibekalkan dengan lapan CCTV dan dua monitor bagi pemantauan.

Tiga lokasi wajib pemasangan di pintu masuk utama, dalam pondok kawalan serta depan pintu masuk pejabat pentadbiran.

“Pemasangan CCTV dimasukkan dalam skop kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kontrak kawalan keselamatan menetapkan setiap sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah berisiko tinggi dibekalkan dan dipasang lapan kamera serta dua monitor CCTV oleh syarikat kawalan keselamatan dilantik.

“Lima lokasi lain ditentukan sendiri pentadbir sekolah di kawasan sesuai dengan tidak menentang hak kebebasan murid dan guru,” katanya.

Categories
SELANGOR

CCTV untuk 70 pangsapuri kos rendah SEROJA

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JULAI: Pangsapuri kos rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (SEROJA) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami.

iskandar01Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim itu dan RM5,000 pula akan digunakan untuk memasang CCTV.

“Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV.

“RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

SEROJA mula diperkenalkan pada tahun 2013 bertujuan untuk membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme.

SEROJA adalah satu lagi program Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk di perumahan berstrata.

Sehubungan itu, beliau berkata Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa menyertai SEROJA dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Encik Khairol (0102433400)/Lt Kamaruzzaman (0132069522).

Iskandar turut mensasarkan 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai SEROJA tahun ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Sambut baik guna CCTV kekang kes buang sampah haram

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 MEI: Kerajaan Negeri menyambut baik tindakan inisiatif pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani isu pembuangan sampah haram.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri mengalakkan PBT mengambil tindakan inisiatif secara ‘Smart’ dan inovatif selaras gagasan Smart Selangor yang diuar-uarkan.

“Ia perlu mengikut kesesuaian PBT masing-masing.

cctv“Kerajaan Negeri mengalakan PBT mengambil tindakan inisiatif secara “smart” dan inovatif untuk mengawal isu pembuangan sampah haram,” katanya kepada SelangorKini ketika dihubungi.

Ean berkata demikian bagi mengulas tindakan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) bergerak di lokasi tempat pembuangan sampah haram di bawah pentadbiran PBT itu.

Baru-baru ini, Yang Dipertua MPSepang, Datuk Puasa Md Taib berkata, inisiatif itu bagi mengenal pasti pembuang sampah yang menjadikan tempat letak kereta di kawasan komersial sebagai lubuk pembuangan sisa perniagaan.

“Kita sedang dan kenal pasti siapa buang sampah di kawasan tersebut, saya syak mereka peniaga dari kawasan berhampiran termasuk dari kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Sepang,” katanya.

Katanya, MPSepang akan meletakkan papan tanda denda di kawasan yang sering dijadikan tempat pembuangan

Mereka yang ditangkap pula dikenakan kompaun RM1,000 manakala kenderaan digunakan akan disita.

“Kita tempatkan CCTV ni di lokasi panas, yang mana buang di kawasan selain rumah sampah, memang kita akan kenal pasti dan kenakan tindakan. Tahun ini saja dah lima tangkapan dan sitaan dibuat,” katanya.

Pada masa sama Puasa berkata, MpSepang dalam proses membuat lantikan baharu kepada 14 kontraktor sampah domestik.

Katanya, kontraktor lama ditamatkan perkhidmatan pada 30 Jun ini setelah diberi lanjutan sebanyak tiga kali.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Tambahan CCTV pantau Stadium Shah Alam siap Oktober

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 SEP: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Shah Alam dijadual siap sepenuhnya pada Oktober ini, iaitu sebelum Piala Sultan Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulakan kerja pemasangan lebih awal daripada insiden kekecohan sebelum ini.

Katanya, tindakan itu diambil sebagai salah satu langkah keselamatan di dalam kawasan stadium terutama melibatkan aksi penonton.

Stadium Shah Alam“Sebanyak 80 CCTV dipasang sebelum insiden itu lagi, menunjukkan bahawa kita memang mengambil berat hal melibatkan isu keselamatan.

“Kita jangka Oktober kesemuanya siap dipasang dan dapat membantu sekiranya insiden tidak diingini berlaku lagi,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Wanita dan Kanak-kanak DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Bandar, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata sejumlah RM2.2 juta diperuntuk bagi memasang 80 CCTV berkenaan.

Pada 8 September lalu, perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 antara Malaysia dan Arab Saudi dicemari tindakan penyokong membakar suar, bom asap dan mercun.

EZY

MB – Selangor bandar selamat, 414 CCTV di pasang di 11 PBT

Kerajaan Negeri mengambil inisiatif memasang sebanyak 414 Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan 22 bilik kawalan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Categories
SELANGOR

MB: Selangor Bandar Selamat, 414 CCTV dipasang di 11 PBT

Oleh: Norhayati Umor

KLANG 17 FEB : Selaras dengan usaha menjadikan ‘Selangor Bandar Selamat’, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif memasang sebanyak 414 Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan 22 bilik kawalan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta setahun untuk perlaksanaan CCTV mengikut langkah sewa beli.

Abdul KhalidKatanya, Kerajaan Negeri percaya dengan penambahan CCTV itu, keadaan keselamatan akan terkawal dengan pemantauan yang lebih.

“Cara pemasangan dibuat secara sewa beli. Ia untuk kegunaan 20 tahun.

“Jadi sebanyak RM500,000 sebulan diperuntukkan, menjadikan RM6 juta setahun,” katanya dalam sidang media selepas majlis perlancaran itu, di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, di sini.

Abdul Khalid berharap dengan adanya CCTV itu, ia berupaya mencegah insiden jenayah jalanan dan membantu PBT di dalam pemantauan aktiviti harian seperti pengurusan trafik, aktiviti penjaja dan kebersihan.

“Saya juga menyeru kepada PBT dan polis supaya memberikan kerjasama dan menyediakan pasukan kerja yang efisien dan bertanggungjawab bagi memantau bilik kawalan CCTV masing-masing,” katanya.

Sebanyak 60 CCTV dipasang di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Kajang.

IMG_3655aManakala 50 CCTV di pasang di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang.

Selain itu, sebanyak lapan unit CCTV di pasang di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Manakala, 10 unit CCTV di Majlis Daerah Kuala Langat.

414 CCTV itu sebagai tambahan CCTV yang dipasang oleh Kerajaan Pusat sebanyak 152 unit pada tahun 2010.

CCTV terbabit mempunyai kualiti terbaik dengan menggunakan sistem ‘fibre optic’ yang mampu memberikan visual yang jelas pada waktu siang dan mampu memantau pergerakan imej pada waktu malam walaupun pencahayaan yang minima.

Sistem itu juga mempunyai ciri terkini dengan keupayaan memaparkan imej dengan resolusi yang tinggi dan jelas pada paparan skrin bilik kawalan.

Selain itu, CCTV itu berupaya membuat pemantauan pusingan sebanyak 360 darjah serta membuat rakaman video bagi tempoh 45 hari secara berterusan.

Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara atau ‘speaker di tiang-tiang berkenaan supaya PBT atau polis boleh membuat sebarang pengumuman apabila diperlukan.

EZY

Categories
SELANGOR

Polis Bantuan tetap perlu walaupun pasang 1,000 CCTV

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 DIS: ADUN Pakatan Rakyat (PR) Selangor mengalu-alukan cadangan Polis untuk memasang kira-kira 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri itu bagi membendung peningkatan kadar jenayah disamping mempertingkatan tahap keselamatan awam.

Adun Taman Medan, Haniza Talhanizaha, berkata beliau berharap pihak Kerajaan Pusat membenarkan penubuhan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, beberapa agensi swasta mudah untuk mendapatkan lesen perkhidmatan polis bantuan dan sepatutnya sebuah Kerajaan Negeri diberikan peluang sama dalam membantu mempertingkatkan keselamatan awam dari jenayah.

“Permohonan negeri untuk mengadakan polis bantuan perlu dipertimbangkan sebab Negeri Selangor sendiri sudah ada kemampuan untuk melaksanakan, hanya kelulusan Bukit Aman masih belum diperolehi.

“Kalau agensi swasta boleh diberikan kebenaran, kenapa sebuah kerajaan negeri nak mohon polis bantuan tidak diluluskan, apa alasannya?,” kata Haniza ketika dihubungi Selangor Kini.

Haniza berkata pemasanagn CCTV itu perkara ini baik untuk membendung kadar jenayah khususnya di negeri ini.

cctv mdkl2“Kalau pertambahan unit CCTV dipasang oleh pihak PDRM memandangkan memang pihak bertanggungjawab saya rasa itu akan membantu penurunan kadar jenayah di Negeri Selangor.

“Cuma kita nak tahu berapa lama tempoh pemasangan tersebut,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan, polis akan memasang di antara 500 hingga 1,000 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh Selangor pada tahun depan.

Setakat ini, terdapat 666 CCTV sudah dipasang di lokasi strategik 15 daerah di negeri Selangor sejak tahun lalu.

yb-amiruddin-saaricroplg2Adun Batu Caves, Amirudin Shari, berkata CCTV merupakan satu keperluan di beberapa kawasan dan lokaliti yang kerap berlaku jenayah pada lewat waktu malam dan menyebabkan cermin kereta dipecahkan seperti di kawasan pasar borong.

“Saya ingat ia perlu diletakkan di tempat awam bagi memantau jenayah dalam Negeri Selangor terutama jenayah jalanan yang pengurangannya masih sedikit.

“Kita jua berharap tidak menghalang kebebasan rakyat seperti mana yang terdapat di dalam Perlembagaan.

“Saya harap ia digunakan dengan cara yang betul untuk pengesanan jenayah dan mereka-mereka yang menyusahkan serta membawa kerosakan kepada orang lain,” kata beliau.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBPJ tambah CCTV bagi pertingkat keselamatan

cctv mbpj

PETALING JAYA, 31 OKT : Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ) mengambil langkah proaktif dengan menambah lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di laluan pejalan kaki di sekitar stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Kelana Jaya berhampiran Taman Mayang, di sini.

Tindakan itu dilakukan susulan kematian seorang pelajar, Dickson Wong dari Sarawak yang diragut berhampiran stesen LRT berkenaan kira-kira dua hari lepas.

Unit Perhubungan Awam MBPJ dalam satu kenyataan berkata, usaha menambah CCTV di kawasan itu sudah mendapat kelulusan Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad dan akan dilakukan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Pihak Majlis juga akan mensyaratkan kepada premis kormesial dalam pembaharuan lesen supaya mengadakan dan memasang CCTV di premis masing-masing untuk membantu mengawal keselamatan bersama,” kata kenyataan media itu.

Selain pemasangan CCTV, pihak Majlis juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

Terdahulu, Dickson yang koma selepas diserang peragut di Taman Mayang ditemui terbaring dan berlumuran darah berhampiran stesen LRT itu.

-EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

Ketirisan laporan audit: Heret pesalah ke muka pengadilan – Anwar

anwar

KEADILAN merakamkan ucapan terima kasih di atas usaha Tan Sri Datuk Setia Hj Ambrin Buang dan pasukan beliau di Jabatan Audit Negara menerbitkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Namun ianya bagaikan deja vu, satu igauan tak henti-henti. Laporan ini terus membuktikan pentadbiran kewangan dan aset kerajaan pusat yang teruk, pengurusan dan penyeliaan projek-projek kerajaan yang lemah, penyelewengan kewangan yang berterusan, dan yang paling utama ? ketiadaan kesungguhan politik untuk menghentikan ketirisan dan pembaziran dalam pentadbiran kewangan negara.

KEADILAN mengamati satu perkembangan yang cukup jelas dan membimbangkan, iaitu sikap tak kisah yang berterusan dalam membelanjakan dana kerajaan oleh kementerian-kementerian dengan sebegini rupa, dan tiada langsung kesungguhan politik untuk menghukum pesalah berulang.

KEADILAN berpandangan Kerajaan Pusat tidak patut membenarkan penyelewengan kewangan seperti ini berterusan, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia telah diberi amaran oleh badan-badan antarabangsa bahawa ia telah berbelanja secara berlebihan dan tiada langkah kukuh untuk menangani ketirisan dan pembaziran.
Pihak Kerajaan Pusat tetap berdegil dengan sikap berbelanja tanpa mahu berusaha mengurangkan kos perbelanjaan tahunan dan berjimat ? walaupun rakyat seringkali disuruh berbuat sedemikian.
Di sini KEADILAN mengangkat beberapa penemuan Jabatan Audit Negara di mana terbukti Kerajaan Pusat terus mengamalkan pembaziran:

1. RM2.051 bilion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM 3.689 bilion yang diperuntuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian. Walaupun ia berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan telah mengakibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang, dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan anak-anak kita di sekolah.

2. Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan hampir RM 1.42 bilion dari jumlah peruntukan RM1.47 bilion untuk menambahbaik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Walaupun lebih 96% peruntukan telah digunapakai, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap: balai ketibaan dan bilik air-bilik air didapati tidak memuaskan, dan 599 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum dibaiki sejak 2010.

3. Dari 2006 hingga Disember 2012, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah membelanjakan RM 800.3 juta untuk mewujudkan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 bersama Telekom Malaysia. Laporan ini menunjukkan hampir RM 41 juta pembayaran yang tidak patut atau berlebihan, termasuk sesi latihan di Geneva untuk seorang pegawai kanan kementerian, berjumlah RM 303,813 untuk 4 hari.

4. Projek-projek infrastruktur lain seperti Projek Pembetungan Negara (RM 744 juta dibelanjakan), Kolej ATM di Port Dickson (RM 190 juta dibelanjakan), Pusat Pemprosesan, Pengeluaran dan Gudang di Bangi (RM 94 juta diperuntukkan) di mana kesemuanya mencatatkan kehilangan antara 16% dan 20% jumlah peruntukan akibat kelewatan projek disebabkan kekurangan perancangan awal dan pemantauan projek.

5. Kelewatan Lembaga Hasil Dalam Negeri memungut cukai dari syarikat-syarikat perniagaan mengakibatkan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM 62 juta.
6. Pembelian 5 Beechcraft King Air 350 berjumlah RM 175.24 juta, yang tidak dapat dimanfaatkan kerana juruterbang dan juruteknik telah dilatih menggunakan modul latihan yang tidak diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

Antara contoh pembaziran dan budaya ?tak kisah? yang disebut tadi adalah seperti berikut:

1. Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM 67.6 juta untuk Hari Belia 2012, peningkatan yang cukup tinggi dari peruntukan asal RM15 juta; di mana RM1.6 juta telah dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan K-pop.

2. Polis Diraja Malaysia kehilangan aset berjumlah RM 1.33 juta, termasuk 156 pasang gari, 44 pucuk senjata api, 29 buah kenderaan, 26 set walkie-talkie, dan 22 buat radio.

3. Kasut buatan khas untuk pegawai Jabatan Kastam, yang lambat diagih mengakibatkan 7,659 pasang kasut dimusnahkan kerana tidak mengikut spesifikasi. Jumlah kehilangan dianggarkan bernilai RM 602,089.

KEADILAN menggesa SPRM menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas semua kes penyelewengan dan pembaziran ini, dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Pada masa yang sama, KEADILAN mengharapkan Kerajaan Pusat akan satu hari nanti mengubah budaya agar mereka yang didapati merancang pembaziran dan penyelewengan wang rakyat akan dihukum, dan bukan sahaja ?kambing-kambing hitam? yang dijadikan teladan.

KEADILAN mengulangi pendirian bahawa penyelewengan wang rakyat dan budaya pembaziran yang kita saksikan sekarang di dalam pentadbiran negara wajib dihentikan, lebih-lebih lagi apabila rakyat diminta berjimat dengan harga petrol yang meningkat dan GST yang mungkin akan diperkenal tidak lama lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MDKL terima 10 unit CCTV

cctv mdkl2

Sinopsis:

Majlis Daerah Kuala Langat(MDKL) menjadi PBT pertama menikmati kemudahan ini dengan penyerahan rasmi 10 unit CCTV yang telah siap sedia untuk digunakan.

Sistem CCTV menggunakan kombinasi Kabel dan Fiber Optik ini telah mula beroperasi 24 Jam sehari dan dihubungkan terus ke Unit ICT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perluas peranan polis bantuan untuk banteras jenayah

POLIS

SHAH ALAM, 23 OGOS: Pemimpin Selangor mengulangi desakan supaya memperluas penubuhan dan peranan polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membanteras jenayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata hanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diberi kelulusan untuk menubuhkan polis bantuan bagi menjaga keselamatan premis PBT itu.

“Tetapi dihad kuasa mereka hanya untuk jaga harta MBPJ sahaja. Tak guna kerana kita mahu kelulusan untuk jaga keselamatan awam, bukan jaga harta atau bangunan MBPJ,” katanya.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) itu berkata demikian ketika mengulas isu berhubung polis bantuan di kawasan PBT negeri ini.

Kebelakangan ini, kes jenayah termasuk bunuh dan tembak berleluasa di negera ini dengan kebanyakan kejadian berkenaan gagal diselesaikan polis.

Hannah juga meminta kerajaan Persekutuan tidak mempolitik isu polis bantuan di pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

Beliau juga menggesa semua pihak membuat semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) juga perlu bagi memastikan keberkesanan alat membantu mengatasi gejala jenayah.

“Semua PBT mesti semak CCTV mereka dan pastikan bantu selesaikan jenayah,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Surendran : Mati Dalam Tahanan, CCTV Bukan Penyelesaian – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 03062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pegawai Multimedia Pejabat Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Saiful Asraf Idris, dipanggil hadir ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) esok, untuk disoal-siasat dipercayai berhubung siasatan suruhanjaya itu terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

2. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokap balai polis bukan jalan penyelesaian untuk menangani kes kematian tahanan ketika di bawah pengawasan polis – Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran