Categories
SELANGOR

Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno-BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau yang dipetik daripada Harakah Daily berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi terbabit adalah cubaan memanipulasi demokrasi sangat memualkan kerana langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

“Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik dengan membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. Umno jangan berlagak baik kerana dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

nik aziz pc rasuah 01“Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam PRK itu nanti,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Beliau berkata, sudah pasti PKR mempunyaisebab tertentu sehingga langkah terbabit terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan berhubung perkara itu.

“Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan berkenaan isu DUN Kajang yang dikosongkan wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu berkenaan strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan terbabit.

“Justeru, saya perlu menunggu penjelasan daripada PKR sendiri yang pasti mempunyai sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan semasa,” katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK DUN Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh yang diisytiharkan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.

Categories
NASIONAL

Husam: Ada Formula Selesai Masalah Perumahan Di Putrajaya

Husam

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Masalah utama yang dihadapi rakyat marhaen di pusat pentadbiran Putrajaya seperti perumahan akan diselesaikan jika mengundi Pakatan Rakyat(PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13).

Calon PAS Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa, berkata beliau mempunyai beberapa pendekatan terbaik bagi menyelesaikan permasalahan penduduk yang rata-rata merupakan kakitangan awam kerajaan.

Katanya, beliau berjanji akan berusaha menurunkan sewa Pangsapuri Putra Permai pada kadar yang seharusnya dibayar penduduk.

“Sewa RM350 untuk kakitangan Perbadanan Putrajaya dan untuk perkhidmatan bas Putrajaya untuk ulang biasa RM500.

“Saya boleh katakan kepada anda penghuni pangsapuri ini, RM350 saya turun kepada RM250, yang RM500 turun kepada RM350,” katanya dalam satu siri jelajah merdeka rakyat di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon PAS Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin serta hampir 10,000 hadirin.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, beliau memberi cadangan kepada Kerajaan Pusat untuk membina 20,000 buah rumah mampu milik khusus kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya.

orang ramaiBagaimanapun, sebaik sahaja Husam diumumkan sebagai calon Parlimen Putrajaya, Ketua Setiausaha Negara(KSN), Datuk Mohd Ali Hamsa terus mengumumkan akan membina sebanyak 10,000 buah rumah Prima di Presint 11.

Menurut Husam, tindakan Kerajaan Pusat untuk membina 10,000 buah rumah Perumahan 1Malaysia(Prima) dengan kos RM2 bilion di atas tanah di Presint 11 Putrajaya adalah suatu yang merugikan.

Ini kerana nilai hartanah di Presint 11 meningkat sehingga RM150 sekaki persegi dan tindakan sewajarnya dilakukan Kerajaan Pusat adalah menjualnya kepada pihak lain dan membeli tanah di kawasan berhampiran yang lebih murah.

Menurutnya, tanah di Bukit Damar bernilai RM50 sekaki persegi dan dengan peruntukan RM2 bilion itu, sebanyak 20,000 buah rumah boleh dibina dengan keluasan yang lebih besar.

“Dengan peruntukan yang disebutkan KSN, kita boleh bina 20,000 rumah dengan keluasan 1000 kaki persegi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Husam turut bercadang untuk membuka Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya jika PR berjaya pada PRU-13.

Katanya, konsep maahad tersebut berjaya dibuktikan di Kelantan dan bakal memberi manfaat kepada 95peratus penduduk beragama Islam di kawasan itu.

“Kenapa terbang nak cari di Kelantan, ibu-bapa duduk di Putrajaya.

“Kita dah berjaya di Kelantan, model kita diikuti, budak ini boleh belajar perubatan sampai di Russia, dah keluar balik jadi doktor,” ujar bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pada PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei ini, Husam akan mencabar penyandang kerusi parlimen berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Umno.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kritikan BN Terhadap Manifesto PR Berdasarkan Angka Tidak Tepat – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 15042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bidasan demi bidasan tidak masuk akal yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpunca dari unjuran kewangan Barisan Nasional yang tidak tepat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli berkata kritikan Umno-BN terhadap manifesto Pakatan Rakyat adalah berdasarkan angka perbelanjaan BN yang boros dan tiris.

2. Sebanyak 94 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM 2.41 juta.

3. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan ‘Islam Untuk Semua’ hanya mengerunkan Umno dan bukannya masyarakat bukan Islam yang sudah faham mesej politik bawaan PAS.

4. PKR Selangor yakin memenangi kesemua kerusi Parlimen dan 19 kerusi daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi pada pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dasar Nasionalis Umno Terus Perbodohkan Rakyat

Tuan Guru Nik Aziz melancarkan bukunya di karangkraf 01

SHAH ALAM, 15 APRIL : Dasar nasionalis yang diamalkan Umno kini hanya memperbodohkan rakyat , kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Oleh itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyeru rakyat mengundi Pakatan Rakyat(PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke13(PRU13) bagi mengelak terus diperbodohkan.

“Saya mintak di pihak rakyat Kelantan keluar mengundi kerana kita negeri demokrasi. Demokrasi mesti mengundi.

“Bila mengundi jangan biar siapa paksa. Pilihan raya lain, paksaan raya lain. Malaysia sejak saya masuk politik nampak sangat paksaan raya.

“Saya Menteri Besar. (Saya)Ketua parti, Mursyidul Am, di Kelantan Ketua Pesuruhjaya tapi tidak pernah diberikan kepada kami bercakap di radio, bercakap di dalam televisyen. Ini bukan demokrasi, ini komunis,” tegasnya.

Tambahnya, Islam agama dari Allah. Nasionalis bukan agama, Komunis bukan agama dan Sosialis bukan agama, ini manusia buat yang kita boleh tolak dan terima sesuai dengan agama.

Katanya lagi, ketakutan Umno-BN selama ini terhadap beberapa individu bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara sebaliknya mengundang bahaya kepada Umno-BN sendiri

“Tangkap orang ISA. Bahaya untuk keselamatan negara. Karpal Singh ditangkap, Lim Guan Eng ditangkap, anak saya ditangkap,(Datuk) Mahfuz Omar ditangkap kerana bahaya untuk negara.

“Bila keluar jadi calon orang undi dia. Ertinya bukan bahaya kepada negara tetapi bahaya kepada Umno,” ujarnya lagi.

Bercakap pada sesi ‘Bicara Cinta’ anjuran Kumpulan Karangkraf, beliau berkata, sekatan yang dihadapi Kerajaan PAS Kelantan merupakan satu bentuk ‘kerja jahat’ Umno-BN yang terus mengamalkan diskriminasi sehingga menubuhkan Jabatan Pentadbiran Pusat (JPP) untuk menguruskan kewangan yang disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ini kejahatan yang dibuat oleh pemimpin Umno yang memusnahkan taraf manusia. Manusia begitu liar.

“(Rakyat) Kelantan tak pilih Umno dan ada JPP. Semua duit dari kerajaan pusat beri kepada JPP. Dia buat jalan, hospital kita tidak tahu berapa harga,”katanya.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Bicara Ini Demi Ilahi’ terbitan Grup Buku Karangkraf bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pendapatan RM4,000 Sebulan Dalam Penggal Pertama Pentadbiran Pakatan Rakyat – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 26022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 26 FEBRUARI 2013 :

1. Pakatan Rakyat mensasarkan agar setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahannya di Putrajaya.

2. Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kepimpinan Menteri Besar Kelantan dan Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang sukar dicari dalam sejarah politik negara malah menjadi contoh bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara kelak.

3. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim optimis bahawa dasar dan inisiatif di dalam Manifesto Pakatan Rakyat dapat direalisasikan sekiranya gabungan PKR, PAS dan DAP diberi mandat menerajui Putrajaya dalam pilihanraya akan datang.

4. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifarkan pemberian “one-off” seperti BR1M oleh kerajaan Umno-BN seperti pemberian zaman Firaun yang mendidik rakyat menagih simpati dan patuh walaupun kerajaan zalim keatas mereka.

Categories
NASIONAL

Anwar Ibrahim : Kenyataan Nik Aziz Diputar Media (Video)


 

Sinopsis – Kenyataan Nik Aziz diputar Media

– DSAI mengecam tindakan pihak media serta PM yang sengaja menfitnah TG Nik Aziz berhubung kenyataanya terhadap BR1M

Categories
NASIONAL SELANGOR

Majlis Petroleum Negara Akan Ditubuh Jika PR Memerintah

SHAH ALAM,3 OKT : Majlis Petroleum Negara akan ditubuhkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Putrajaya jika rakyat memberi peluang kepada gagasan itu dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Exco Kelantan,Datuk Husam Musa berkata,ianya adalah bagi memastikan Kerajaan PR dapat merintis sistem pengurusan kewangan berhemah dari hasil petroleum negara bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin dan hasil negara diurus dengan baik.

Katanya,rakyat di Sabah dan Sarawak juga akan mengalami perubahan besar khususnya dalam mempertingkatkan sosio ekonomi dan kemudahan asas negeri itu jika berjaya menukar kerajaan di peringkat pusat.

“Jika Petronas meletakkan 2.5 peratus kepada zakat maka ia akan banyak membantu membasmi kemiskinan rakyat.

“Akta Petroleum 1974 tidak terpakai kerana Kelantan adalah sebuah negara berdaulat,” kata Husam dalam pidato sempena persinggahan Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya.

Katanya,sehingga kini kerajaan pusat perlu membayar tunggakan royalti kepada Kelantan berjumlah RM10.4 bilion.

Sementara itu,Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,apabila Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya maka empat buah negeri yang berhak mendapat royalti akan dikembalikan sebanyak 20 peratus.

Katanya dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan PR lalu, syarikat minyak milik kerajaan negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak akan ditubuh bagi memastikan hasil daripada sumber itu kembali kepada rakyat negeri terbabit

“Pihak pimpinan Umno BN tidak boleh dipercayai akan mengembalikan royalti itu kembali. Semoga ada kebangkitan rakyat,ini harapan kita untuk membela rakyat,” kata Anwar.

Kira-kira 5,000 berhimpun di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi. Manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai solat hajat dan munajat.

Kira-kira 600 buah kereta dari Kelantan menyertai konvoi itu yang akan memberikan sokongan moral kepada kes perbicaraan tuntutan royalti minyak yang kini dibicarakan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat memberikan sokongan penuh gerakan tuntutan royalti ini bagi memastikan hak yang dinafikan kerajaan pusat sebelum ini dikembalikan kepada rakyat.

Kata Nik Aziz, sikap kerajaan pimpinan Umno-BN itu seolah-olah bertindak seperti pihak Zionist Israel dan Amerika Syarikat yang memusuhi gerakan-gerakan Islam dengan memberi tekanan kepada negeri-negeri yang dipimpin pemimpin Islam.

Abdul Hadi dalam ucapannya menegaskan penafian hak royalti minyak kepada negeri-negeri yang berhak adalah satu pengkhianatan.

Ujar beliau, duit royalti yang dirampas merupakan wang haram kerana ia merupakan amanah rakyat.

Categories
NASIONAL

Pemuda Pas : Siasat Posting Samakan Nik Aziz Dengan Khinzir

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pemuda Pas mengesa kerajaan pusat mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 114A terhadap seorang pengguna laman sosial Facebook yang menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ini bagi membuktikan yang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serius di dalam menguatkuasakan undang-undang tanpa berat sebelah.

Ketua Penerangan sayap itu mendakwa seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook, yang memberi nama ?Idham bin Zulkifli?, menyamakan Nik Aziz dengan seekor babi.

“DPPM melihat kenyataan beliau serta posting yang beliau sebarkan terlalu berniat jahat, biadap serta menghina peribadi Nik Abdul Aziz.

“Individu ini telah merendahkan darjatnya dengan begitu hina sekali sehingga hilang kewarasan, dan kemanusiaan serta adab-adab dalam penulisan beliau,” kata Riduan.

Menurut Riduan, Idham telah bertindak memuatnaikan foto Nik Aziz seolah-olah sedang menghirup kuah bersebelahan dengan foto seekor khinzir sedang minum air.

Foto bertajuk ‘Antara Dua Haiwan ini mana yang lebih sopan?’ itu turut disertakan komen oleh Idham, ‘nampaknya begitulah. Babi tu lebih sopan dari Nik Aziz.?

Baru-baru ini kerajaan pusat telah meluluskan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan yang memberi lebih kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap perkara hasutan di alam cyber termasuk laman facebook.

Pindaan tersebut dikecam oleh pemimpin Pakatan Rakyat kerana didakwa bertujuan untuk menyekat kebebasan bersuaran di internet.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB: Serangan Bas Perbuatan Tidak Demokratik

 

BISTARI JAYA 02 SEPT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbuatan samseng ke atas serangan bas Merdeka Rakyat di Kota Bahru, Kelantan semalam, tidak menggambarkan negara demokrasi.

Dengan nada sinis, Abdul Khalid berkata sekiranya pihak yang terlibat mahu mengikut inisiatif dari PKR itu, lakukan sahaja bukannya dengan cara mensabotaj seperti itu.

“Kalau mahu ikut cara itu ikutlah. Boleh buat cara yang sama, guna bas juga.

“Kalau mahu marah, marah sendiri bukan marah orang lain. Cara samseng ini tidak menggambarkan negara demokrasi,” katanya dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2012 DUN Ijok, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad.

Beliau berkata bas bergerak itu akan tetap meneruskan program Jelajah Merdeka Rakyat walaupun berhadapan dengan kekangan seperti kejadian itu.

Semalam, kira-kira jam 4.30 pagi, bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.

Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

 

Categories
NASIONAL

Walau Disabotaj Bas Merdeka Teruskan Perjalanan

PETALING JAYA 1 SEPT: Walau diserang, Bas Merdeka Rakyat tetap meneruskan program gelajahnya, demikian tegas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Menurut Azmin serangan samseng ke atas bas Merdeka Rakyat berkenaan gagal mematahkan kemaraan jelajah tersebut.

Malah dalam sidang media sama, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli memberitahu bas tersebut telah mula bergerak menuju ke distinasi jelajah seterusnya, Grik.

Pagi tadi kira-kira jam 4.30 pagi Bas Merdeka Rakyat yang memulakan perjalanan di sebelah pantai timur dicemari dengan insiden buruk apabila ia diserang di Kota Bharu.

Memetik laporan portal rasmi PKR, keadilandaily.com akibat serangan itu cermin depan retak dan simbahan cat merah di bahagian depan Bas dua tingkat yang digunakan untuk program jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian berlaku ketika bas berkenaan diparkir di depan pasar besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Bas berkenaan sebelum ini dinaiki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam dua pagi selepas ceramah perdana Merdeka Rakyat di Padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.

Ia disedari pemandu bas berkenaan, SP Raman, 39, yang kemudianya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Bharu dan siasatan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Fazillah.

Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsulkamar dipetik berkata kos membaik pulih bas berkenaan dianggar lebih RM10,000.

Sementara itu, pemandu bas SP Raman pula berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang tidur di tingkat atas bas.

?Saya dengar ada bunyi kaca pecah. Saya segera keluar bas dan nampak ada sebuah kereta Proton Wira dengan bunyi bising, laju meninggalkan tempat ini. Kemudian, saya nampak ada dua batu dan dua plastik cat berwarna merah di tepi bas,? katanya seperti dilapor Keadilandaily.

Categories
NASIONAL

Kecewa Tidak Bergabung Dengan Umno Punca Nasharuddin Minta PAS Keluar PR, Kata Khalid Samad

SHAH ALAM 16 OGOS : Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.

“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.

Khalid menambah, kenyataan yang dikeluarkan itu adalah berkisarkan hudud bagaimanapun Khalid mempersoalkan Umno yang menolak hudud.

Beliau turut menggesa Nasha agar melihat kembali kepada kenyataan Umno yang turut menolak hudud sebelum ini.

“Beliau kata PAS perlu keluar Pakatan kerana DAP tidak terima hudud tetapi adakah Umno menerima hudud?

“Beliau sengaja menimbulkan isu, mungkin itulah dia lihat ‘peluang’ terlepas dan pada masa yang sama dia pun kecewa kerana dia kalah dalam pertandingan merebut jatan timbalan presiden.

“Ini menyebabkan dia tidak seperti dulu dan dia memang nampak semakin rapat dengan pimpinan Umno walaupun di Parlimen,” katanya.

Nasharuddin sebelum ini, pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ketika muktamar Agung PAS tahun lalu, Nasha gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan jawatan itu dimenangi Mohamad Sabu.

Jelas Khalid lagi, keputusan sama ada nasib Nasha bakal menjadi seperti Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali juga tidak berasas kerana dalam PAS keputusan itu adalah hak individu.

“PAS bukan parti yang menentukan nasib sama ada nak pecat atau tidak, lucut jawatan ahlinya terpulang kepada mereka sendiri,” katanya.

Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah

 

SHAH ALAM 26 JUN : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.

Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.

“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

?Wang rakyat mestilah dibelanjakan secara berhemah dan perbelanjaan perlu dilakukan secara berjimat-cermat tetapi tidak sampai dilihat seperti kedekut,? Nik Aziz berkata ketika mengulas langkah-langkah yang beliau amalkan sehingga Kelantan dinobatkan sebagai bebas rasuah.

Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media sejurus selesai ucaptama Wacana Buku Rasuah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, bangunan SUK pagi tadi.

Dalam sidang media yang sama, beliau yang juga Mursyidul Am PAS mengkritik amalan demokrasi Malaysia yang dilihat tidak adil.

“Contohnya dalam isu royalti minyak di Kelantan, walaupun Tuanku Sultan Kelantan sendiri sudah titahkan dalam Dewan Undangan Negeri namun perkara itu langsung tidak diperdulikan Kerajaan Pusat.

“Sehingga kini, rakyat Kelantan tidak merasa walau seringgit pun hasil minyak yang diambil dari Kelantan,” luahnya dengan kecewa.

Sementara itu, Exco Negeri, Dr. Halimah Ali menjelaskan program hari ini diadakan khusus untuk berkongsi pengalaman dan kecemerlangan Negeri Kelantan sebagai sebuah negeri Kerajaan Pakatan yang bebas rasuah.

“Kita ingin memastikan bahawa negeri-negeri Pakatan bebas rasuah dan kita serius bekerja untuk menghapuskan gejala tidak sihat ini di negeri Selangor pula.?

Beliau berkata Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 15 juta di bawah Geran Selangorku untuk diberi sebagai insentif kepada rakyat bagi membantu memerangi rasuah.