Categories
EKONOMI NASIONAL

KLIA menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018

KUALA LUMPUR 21 MAC: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk kategori keseluruhan serta kategori ‘Lebih 20 Juta Penumpang’, menewaskan hab lain di rantau ini.

Anugerah Pemasaran Laluan Asia tahunan itu dianggap sebagai penghargaan tertinggi dalam pembangunan laluan dan industri penerbangan kerana mereka diundi dan diadili oleh komuniti perancangan rangkaian syarikat penerbangan.

Ia mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada, kata MAHB dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada 2017, sembilan syarikat penerbangan baru terbang ke Kuala Lumpur dan 25 laluan baru telah dilancarkan, sementara keseluruhan lalu lintas penumpang meningkat 11.2 peratus kepada 58.6 juta dan tambahan 30,535 pergerakan pesawat komersil dicatatkan, menjadikannya 386,054 pergerakan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) muncul sebagai pemenang dalam kategori ‘Penumpang Lebih 20 Juta’, menewaskan lima lagi lapangan terbang yang disenarai pendek.

“Malaysia Airports sangat berinovasi dalam mewujudkan strategi pemasaran syarikat untuk mempromosi destinasi yang dikehendaki,” katanya.

Menurutnya, Malaysia Airports juga mengadakan beberapa misi ke Eropah, ASEAN, Asia Selatan, India dan China untuk bertemu lebih 30 syarikat penerbangan di ibu pejabat mereka bagi memasarkan KLIA sebagai hab yang berkembang pesat.

Sebagai pemenang keseluruhan, KLIA akan disenarai pendek secara automatik untuk Anugerah Pemasaran Laluan Dunia di Guangzhou pada September.

Malaysia Airports adalah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang dan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

MAHB belum rancang bina terminal KLIA3

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tiada perancangan segera membina terminal ketiga bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti dilaporkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali berkata, MAHB kini sedang menimbang untuk meluas dan mengubah suai Terminal Utama KLIA serta menaik taraf sistem, yang dijadualkan dilaksanakan dalam masa lima tahun lagi.

“Pelan Induk KLIA memperuntukkan tanah yang luas dan boleh menampung lebih banyak terminal tengah bagi KLIA dan klia2 serta landasan tambahan, pada masa hadapan.

“Pada masa ini, kami komited membuat pelaburan dalam menaik taraf dan meluaskan terminal yang ada untuk meningkatkan kapasiti.

“Selepas itu, baharulah kita boleh berbincang berkenaan terminal baharu tetapi ia masih jauh lagi,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang menyatakan MAHB merancang untuk membangunkan terminal baharu dalam tempoh lima tahun lagi kerana terminal sedia ada, KLIA dan klia2 hampir mencapai kapasiti penuh.

Pada masa ini, kapasiti digabungkan KLIA adalah 75 juta penumpang setahun.

Pada 2017, ia mencatatkan 58.6 juta pergerakan trafik penumpang dan masih mempunyai kapasiti mencukupi untuk menampung pertumbuhan trafik dalam masa terdekat.

Categories
NASIONAL

Landasan ketiga KLIA kembali beroperasi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 24 JAN: Landasan ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kembali beroperasi seperti biasa apabila dibuka, pada jam 6 pagi, hari ini.

Sebelum itu, landasan terbabit ditutup sementara untuk kerja penyelenggaraan.

Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, pengoperasian semula landasan itu akan melancarkan sistem perjalanan, di KLIA.

“Kita dengan sukacitanya mengumumkan landasan ketiga di KLIA dibuka semula dan beroperasi seperti biasa mulai jam 6 pagi, hari ini.

“Terima kasih kepada pasukan di lapangan terbang yang membetulkan keadaan dengan segera dan berharap semua penumpang menikmati perjalanan menyenangkan,” katanya.

Kerja penyelenggaraan bagi landasan itu adalah salah satu prosedur operasi standard (SOP) keselamatan lapangan terbang.

Ia tidak mengganggu jadual penerbangan kerana masih ada landasan lain, di KLIA beroperasi seperti biasa.

Categories
EKONOMI

MAHB catat pertumbuhan penumpang

KUALA LUMPUR 11 NOV: Trafik penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (Istanbul SGIA), berkembang 6.9 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2017 dengan 10.6 juta penumpang berbanding bulan yang sama pada 2016.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, MAHB berkata, trafik antarabangsa mencatat 4.9 juta penumpang, naik 12.6 peratus tahun ke tahun, manakala trafik domestik menokok 2.4 peratus kepada 5.7 juta penumpang.

Katanya, tahun ke tahun, keseluruhan pergerakan pesawat merosot sebanyak 0.3 peratus.

Pergerakan antarabangsa mencatat pertambahan 8.9 peratus manakala pergerakan domestik merosot 5.6 peratus pada Oktober 2016.

“Pada asas 12 bulan, jumlah rangkaian lapangan terbang MAHB mencatat pertumbuhan 8.1 peratus dengan 126.7 juta penumpang,” katanya.

Katanya, di sektor tempatan, lapangan terbang di Malaysia mencatat 7.8 juta penumpang pada Oktober, iaitu pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak tujuh peratus.

Sektor antarabangsa mencatat empat juta penumpang, kenaikan 13.1 peratus tahun ke tahun manakala sektor domestik mencatat 3.8 juta penumpang, kenaikan 1.3 peratus tahun ke tahun.

MAHB berkata, trafik antarabangsa untuk destinasi ASEAN berkembang 10.9 peratus kepada 1.96 juta penumpang manakala trafik bukan ASEAN mencatat pertumbuhan 15.3 peratus kepada 2.07 juta penumpang, dengan keseluruhan pergerakan pesawat meningkat 1.2 peratus.

“Keseluruhannya, purata faktor muatan ialah 74.1 peratus pada Oktober 2017, kenaikan 2.3 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas,” katanya.

Trafik penumpang untuk Terminal Utama KLIA menyaksikan penurunan 0.6 peratus semasa bulan di bawah kajian manakala klia2 mencatat pertumbuhan 18.3 peratus tahun ke tahun.

Pada asas 12 bulan, trafik penumpang di Terminal Utama KLIA mencatat 28.3 juta penumpang, iaitu kenaikan 16.2 peratus manakala klia2 meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun dengan 29.6 juta penumpang.

Sementara itu, katanya, Istanbul SGIA mencatat pertumbuhan 6.6 peratus pada Oktober 2017 dengan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing meningkat 10.3 peratus dan 4.9 peratus tahun ke tahun.

“Momentum pertumbuhan antarabangsa dua angka bagi Istanbul SGIA menunjukkan pemulihan trafik yang berterusan,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Jenazah pendaki Malaysia dari Iran selamat tiba di KLIA

SEPANG 4 NOV: Jenazah Ramli Abd. Majid yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Damavand, Iran tahun lalu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham dilihat keluar dari Kompleks Kargo KLIA kira-kira 11.20 pagi.

Terdahulu pesawat Mahan Air penerbangan W583 yang membawa jenazah Ramli berlepas dari Lapangan Terbang Imam Khomeini, Tehran pada 10 malam tadi sebelum selamat mendarat di KLIA 10.20 pagi ini.

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama untuk disembahyangkan dan akan ke ke Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong untuk dikebumikan selepas Zohor.

Pada 29 Oktober lalu, Wisma Putra mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran, adalah Ramli, pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 20 November 2016.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Exco kesal, pengurusan MAHB gagal tangani masalah tren rosak

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 27 MEI : Kelewatan pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyelesaikan masalah tren terminal rosak sejak seminggu lalu menyukarkan pengguna di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Exco Jawatanakuasa Tetap Pelaburan, Periindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim yang turut terperangkap dalam tren terminal meluahkan rasa kesalnya di Facebooknya, pagi tadi.

image (5)“Penumpang terperangkap dalam terminal kerana tren terminal rosak. Saya terperangkap dalam salah satu tren yang rosak (sejak) Sabtu lalu dan selepas seminggu masalah masih belum diselesaikan.

“MAHB kena buat sesuatulah,” tulis Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Pinang itu.

Bagaimanapun, hanya empat jam selepas Teng memuat naik beberapa gambar dan status di Facebook berhubung masalah tersebut, pengurusan Malaysia Airports berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut pada kadar segera.

“Terima kasih Dato’ atas maklumat dan kami amat kesal dengan segala kesulitan ini. Pihak kami sedang menyelesaikan peprkara tersebut.

1“Pihak kami juga kini telah menyediakan perkhidmatan bas kepada pengguna yang terkandas,” tulis Malaysia Airports pada ruangan balas Facebook Teng.

Diharapkan kejadian seumpama tidak berlaku lagi kerana sebarang kelewatan ataupun masalah membabitkan aspek perkhidmatan di KLIA boleh mencemarkan imej Malaysia.

KLIA merupakan antara pintu masuk pelancong dari negara luar ke negara ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Pesawat terbesar dunia Antonov 225 mendarat di KLIA

OLEH : MOHD EZLI MASHUT

SEPANG 14 MEI: Pesawat terbesar dunia, Mriya Antonov 225 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 pagi di sini, hari ini.

AntonovPesawat itu sebelum ini berlepas dari Rajiv Gandhi International Airport, Hyderabad dalam perjalanan ke Perth, Australia apabila singgah di KLIA untuk mengisi minyak.

Pesawat Antonov 225 berkenaan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dengan pesawat itu sendiri seberat 640 tan serta dilengkapi enam enjin dan 42 tayar.

Antonov-225_main_landing_gear_2Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Pesawat terbesar dunia itu yang mengatasi Airbus 380 mendarat kali pertama di KLIA pada 2007.

Pesawat itu direka pada asalnya untuk membawa kapal angkasa Buran untuk mengendalikan aktiviti penerokaan angkasa lepas.

Pengendali KLIA, Malaysia Airports, kini mengendalikan lebih 70 syarikat penerbangan di KLIA dengan kehadiran penumpang sekitar 50 juta orang setahun.

CiYJsUPUYAAH_F2

 

CiYU6JwUYAAMWa8

Antonov
GAMBAR: MAB

Antonov

 

GAMBAR: BERNAMA/ MEDIA SOSIAL 

EZY

Categories
NASIONAL

Mendapan KLIA2 patut diselesai segera elak bahaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 JUL: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa segera selesaikan isu mendapan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) secepat mungkin.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Kementerian Pengangkutan dilihat lemah apabila gagal menyelesaikan masalah yang mula dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum pembukaannya pada Mei 2014.

KLIA mendapMalah, katanya, laporan siasatan, Independent Audit Committee yang sepatunya diumumkan pada Jun lalu sehingga kini masih tiada khabar berita.

“Umumkan laporan siasatan tersebut dengan serta merta untuk memulihkan keyakinan para penumpang domestik dan antarabangsa tentang keselamatan mereka.

“Selepas tiga insiden nahas kapal terbang, Malaysia tidak berupaya lagi melengah-lengahkan masalah keselamatan penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, menerusi laporan Bloomberg, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Aireen Omar melahirkan kebimbangan mendapan KLIA2 menyebabkan kelewatan jadual penerbangan serta membahayakan keselamatan.

Mengulas lanjut, Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, pihak kementerian juga dilihat lemah dan tunduk kepada Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB).

“MAHB mengubah Pelan Induk KLIA2, ingkar arahan kementerian untuk selesaikan masalah mendapan sejak tahun lepas, malah tiada pengawal selia penerbangan di MAHB.

“Lebih setahun menjadi Menteri Penagngkutan, beliau tidak boleh lemah dan memberi pelbagai alasan.

“Rakyat tertunggu-tunggu melihat apakah kemampuan beliau menyelesaikan masalah serius ini,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Terima kasih Kerajaan Negeri bagi peluang kami tunaikan umrah-rakyat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEPANG, 26 FEB: Kalangan peserta program umrah Lambaian Kaabah Selangorku memuji langkah Kerajaan Negeri yang mementingkan soal ibadah dan agama kepada rakyat.

Mereka yang terpilih juga mengucap syukur kerana Kerajaan Negeri menghargai segala sumbangan rakyat yang turut membantu dalam pembangunan Selangor.

ZAINUDDIN AHMAD 37Petugas Invest Selangor Berhad, Zainuddin Ahmad, 37, berkata program itu bagus kerana tidak semua orang mampu membiayai kos mengerjakan ibadah umrah atau haji.

“Alhamdulilah, saya terpilih memenuhi kuota syarikat untuk program kali ini.

“Kerajaan Negeri begitu peka terhadap keperluan rakyat kerana bukan semua orang menyediakan kos untuk menunaikan umrah,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Seramai 64 peserta terpilih dalam program itu berangkat hari ini yang turut dihadiri Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, (Jais), Datuk Haris Kassim bagi meraikan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MOHD MISLAH  44Rakan sekerjanya, Mohd Mislah Maryaman, 44, turut memjui memuji langkah Kerajaan Negeri yang sinonim dengan konsep peduli rakyat.

“Saya terpilih kali pertama dan memang teruja kerana tidak menyangka impian selama ini menjadi kenyataan. Semoga ia berterusan kerana banyak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Peserta dari Rawang, Siti Fatimah Mohd Amar, 47, berkata penekanan dalam mengerjakan ibadah dan soal agama oleh Kerajaan Negeri wajar dipuji dan menjadi contoh kepada pihak lain.

“Program ini sangat bagus kerana ramai terpilih untuk turut serta. Memang patut diadakan lagi supaya lebih ramai rakyat Selangor dapat menunaikan ibadah ini,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Maklumat pergerakan jenazah mangsa tragedi MH17 selepas istiadat ketenteraan

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pesawat khas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa jenazah 20 warga Malaysia mangsa tragedi pesawat MH17 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),pada jam 10 pagi ini.

Memetik Astro Awani, semua jenazah itu akan disambut dengan satu istiadat penuh ketenteraan sebagai tanda penghormatan.

mhBerikut adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa tragedi it sebaik sahaja Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 berakhir:

1. Mastura binti Mustafa:

Laluan: KLIA-LRUS-Tol Senawang-Jln Seremban-Kuala Pilah-Masjid Taqwa, Paroi-Tanah Perkuburan Paroi.

2. Ahmad Hakimi Hanapi:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-Lebuh Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin-Lebuh Precint 20

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin:

Laluan: KLIA- L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Wangsa Maju (Rumah Jenazah)-Tanah Perkuburan Gombak

4. Nur Shazana Mohamed Salleh:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Putrajaya-L/raya Persiaran Perdana-Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin – Lebuh Precint 20

5. Dora Shahila Kassim:

(akan diberitahu kemudian oleh PDRM)-Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara

6. Foo Ming Lee:

Laluan: KLIA- L/rata Elite-L/raya Max- Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

7. Karamjit Singh Karnail Singh:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya KESAS-Susur Seksyen 20-Nirvana Shah Alam

8. Ng Qing Zheng:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

9. Mabel Anthony Samy:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

10. Paul Rajasingam Sivagnanam:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Jalan Kuchai Lama-Nirvana Sg Besi

11. Elisabeth Ng Lye Ti:

Laluan: KLIA-L/raya Elite-L/raya Max-Susur Bukit Jalil-L/raya MRR2-Bulatan Kuari-Xiao En Bereavement

12. Lee Hui Pin:

Laluan:KLIA- L/raya Elite- L/raya Kesas-Susur USJ-Rumah Mangsa

13. Angeline Premila Rajandaran:

Laluan:KLIA- L/raya Elite-L/raya Kesas-Susur Banting/Klang-Jln Ampuan Rahimah -Rumah mangsa

14. Ariza Binti Ghazalee:

Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan) 

15. Muhammad Afif Bin Tambi:

Laluan: KLIA-TUDM Kuching-Jalan Lapangan Terbang-Jalan Tun Jugah-Jalan Tun Razak-Jalan Marikan Salleh-Jalan Tun Sallehudin-Bulatan Bersik-Bulatan Mahkamah-Bulatan Sesco-Jalan Sarawak Golf Club-Jalan Masjid Negeri-Bulatan Semariang-Jalan Sultan Tengah (Tanah perkuburan)

16. Rahimmah Noor:

Laluan: KLIA-LTAS Ipoh (Charlie C130) LTAS-Jalan Persiaran Azlan Shah-Jalan Azlan Shah-Jejantas Jalan Gopeng-Jejantas Pantai Puteri-Jalan Tambun-Jalan Tambun Ampang-Tanah Perkuburan Kg Masjid Lama Tambun, Ipoh.

17. Chong Yee Pheng:

KLIA-LTAS Ipoh -Jalan Persiaran Azlan Shah-Rumah

18. Azrina Binti Yakob:

Laluan: KLIA -LTAS Ipoh (c)-LTAS-LP Tekah, Taiping, Jalan Tekah-Masjid Al Hidayah Assam Kumbang-Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Jalan Muzaffar Shah, Assam Kumbang, Taiping.

19. Mohd Ali Md Salim:

Laluan: KLIA-IKBN Pagoh (LP-Helikopter)-IKBN-Jalan Pagoh-Pekan Pagoh-Jalan Sengkang-Jalan Kg Raja (Tanah Perkuburan) 

20. Hasni Hardi Bin Parlan:

Laluan: KLIA-LP Padangan B Sek.Tinggi Segamat (Helikopter)-Masjid Jamek Segamat-KM185-198 Jalan Johor Bahru-Seremban-Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kg paya Luas, 85100 Batu Anam, Segamat Johor.

Sementara itu, 10 lagi jenazah warga Malaysia sudah dikenal pasti tetapi masih berada di Amsterdam kerana perlu melalui proses tertentu dan akan diusahakan dibawa pulang secara berperingkat-peringkat bermula Ahad ini (24 Ogos). 

 

 

JURNAL BERITA – Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

1. MB: Selangor berjaya bangunkan sistem bank tanah, kini fasa kedua

2. Ops Dawn Raid bukti MB pemimpin berpengalaman luas

3. Unisel lancar 3 jurnal usaha memasyarakatkan ilmu

4. 14 filem pendek Unisel didik masyarakat bina jati diri cemerlang

5. MAS: MH192 tayar pecah, patah balik ke KLIA

6. Dr Rosli, Rafizi boleh beri ceramah GST percuma, RM2.2 juta bagi rakyat miskin

7. Anwar ada bukti Tun Daim punyai akaun di Tanzania

8. Kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

9. Bertindak terhadap perasuah, bukan berlari

10. Perarakan himpunan tolak GST ‘berakhir’ di Dataran Merdeka 1 Mei

11. Guan Eng: Contohi Karpal perjuangkan keadilan

12. RM100,000 menanti warga PJ

13. Bantah projek 33 tingkat: Penduduk Damansara Damai lega keputusan MBP

JURNAL BERITA: Solat Hajat disoal siasat, ritual bomoh dibiar

1. Jerebu : Abdul Khalid nasihat rakyat tidak terbabit aktiviti luar

2. Selangor panggil ejen hartanah, elak jualan rumah kos rendah tidak adil

3.Pelabuhan Klang, Banting terus catat IPU berbahaya

4. Kempen Pengurangan Kompaun MBSA sehingga 80 peratus

5. Bekas pesakit teruja jumpa Wan Azizah di Pasar Kajang

6. Suhaimi : Langkah Kajang diteruskan, tiada kaitan pertukaran MB

7. Anwar : Cara kerajaan BN urus krisis MH370, calar imej Malaysia

8. Wan Azizah doakan hakim diberi hidayah

9. MPSJ anjur Program Kami Prihatin MH370

10. Solat hajat di KLIA diambil keterangan, ritual bomoh tidak ditahan