Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh – INFO 12

 

Sinopsis

Info 12 Untuk 07112012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 NOVEMBER 2012 :

1. Agensi Kerajaan Diminta Pantau Banjir Kilat Dan Tanah Runtuh
2. MBPJ Diminta Ambil Tindakan Tegas Tempat Buang Sampah Haram
3. PBT Perlu Pantau Akaun Kutipan Tapak Pasar
4. Putar Belit Fakta, Nurul Izzah Ambil Tindakan Undang-Undang

Layari http://www.selangorkini.net

Pulau Indah ‘Port’ Memancing Terbaik – Singgah Selangor


Sinopsis Pulau Indah :
Pulau Indah adalah sebuah pulau Selat Melaka yang terletak di pintu masuk Pelabuhan Klang. Di sini terdapat 4 buah kampung, antara aktiviti paling terkenal disini adalah memancing. Keluasan pulau adalah 1445.35 ekar dan 47 peratus kawasan pulau ini adalah paya bakau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kajian UM : Disebalik Selaran MCA, Kaum Cina Makin Faham Hudud

SHAH ALAM, 5 NOV: Meskipun isu hudud semakin kerap dijadikan bahan mainan politik MCA dan Umno, sokongan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina didapati makin meningkat.

Keadaan ini berlaku apabila masyarakat bukan Islam di negara ini mulai memahami isu sebenar mengenai undang-undang jenayah Islam ini.

Selain itu, kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini juga menjadi pendorong utama kepada golongan bukan Islam itu menerima hudud sekiranya dilaksanakan.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor ketika mengulas kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

“Alhamdullilah, ini juga disebabkan usaha kita memberikan penerangan kepada orang ramai termasuk yang bukan Islam bahawa hudud itu adil untuk semua.

“Mereka juga semakin tertekan dengan peningkatan kadar jenayah di negara ini lalu mereka perlu memilih samada peningkatan jenayah atau hudud,” kata beliau.

Beliau juga percaya masyarakat bukan Islam semakin percaya bahawa hukum hudud mampu membendung peningkatan kadar jenayah di negara ini.

Dalam kaji selidik terbaru UMCEDEL, menunjukkan masyarakat Cina di seluruh negara semakin ramai yang memberikan sokongan perlaksanaan hukum hudud.

Menurut kajian yang dijalankan pada 1 hingga 16 September tersebut, sokongan pengundi Cina meningkat sebanyak 12 peratus kepada 24 peratus berbanding kajian sama yang dijalankan kira-kira sembilan bulan lalu.

Kesimpulan kajian yang melibatkan seramai 385 responden dari kaum Cina itu turut menyebut peningkatan hanya satu peratus penentangan dan penurunan 13 peratus bagi golongan tidak pasti terhadap perlaksanaan hukum hudud menjelaskan bahawa pengundi Cina semakin memahami isu tersebut.

Kajian tersebut turut menjelaskan bahawa generasi muda Cina menunjukkan kecederungan untuk memahami perlaksanaan hukum hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur.

 

Pulau Indah dan Klang Bandar Diraja Selangor – Salam Selangor


 

Sinopsis – Episod 33

Pulau Indah :
Pulau Indah adalah sebuah pulau Selat Melaka yang terletak di pintu masuk Pelabuhan Klang. Di sini terdapat 4 buah kampung, antara aktiviti paling terkenal disini adalah memancing. Keluasan pulau adalah 1445.35 ekar dan 47 peratus kawasan pulau ini adalah paya bakau.

Klang Bandaraya Diraja:
Klang merupakan antara bandar tertua di Malaysia. Mengikut Sejarah, Klang mula diduduki sejak 2,000 tahun yang dahulu lagi. Catatan ditulis mengenai Klang bermula pada zaman Kerajaan Majapahit sejak 600 tahun dahulu lagi.

Layari http://www.selangorkini.net

PKNS Kemukakan Notis Tuntutan Terhadap Utusan Malaysia Dan Zaini

SHAH ALAM, 2 NOV : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan ?Cuit? akhbar itu, Zaini Hassan, berhubung artikel yang berunsurkan fitnah terhadap pemaju hartanah itu.

Tindakan ini selari dengan saman Kerajaan Selangor terhadap akhbar itu yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu ini.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, artikel yang disiarkan dengan tajuk ?Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?? bertarikh 31 Oktober 2012 seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah, terlibat dengan kesalahan jenayah, tidak jujur, korup dan tidak beretika.

Beliau berkata, penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.

?Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan tertentu,? katanya.

PKNS menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, dan mengemukakan permohonan maaf kepada PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS.

Akhbar tersebut dan Zaini harus memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya.

?Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan,? katanya dalam satu kenyataan media kepada TV Selangor.

Artikel itu mendakwa PKNS dan Kerajaan Selangor akan menjual lima aset PKNS iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dengan harga RM 85 juta, Menara PKNS Petaling Jaya (RM90 juta), Shah Alam Convention Centre (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Perkara ini turut dibangkitkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas tani, Datuk Seri Noh Omar.

Abdul Khalid dan PKNS telah menegaskan, bahawa semua aset ini tidak akan dijual kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya lima bangunan milik PKNS akan dipindahmilik kepada anak syarikatnya milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC) bagi meningkatkan pengurusan aset tersebut.

Belia Sijangkang : Kursus Penyembelihan Binatang Halal – Salam Selangor


Episod 32

Sinopsis : Penyembelihan binatang ternakan secara yang betul bersih dan halal penting dalam kehidupan masyarakat dunia Islam. Jika penyembelihan tidak betul, kesakitan kepada ternakan. Jika tidak bersih maka kotoran pula dimakan. Jika tidak halal, maka haram pula memakannya. Dengan itu hos Zubli Zainordin mengajak anda menerusi Segmen Salam Agama, Salam Selangor, mendalami hal ini dalam kursus berkenaan anjuran bersama Belia Dewan Negeri Selangor N51 Sijangkang.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Fiesta Jalanan Selangor Tarik Perhatian Anak Muda

KLANG, 14 OKT: Fiesta Jalanan Selangor Daerah Klang Dan Fiesta Teater Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Klang berjaya menarik perhatian anak-anak muda daerah tersebut.

Dianggarkan lebih separuh penyertaan dalam acara-acara yang dianjurkan selama sehari tersebut melibatkan golongan belia di bawah umur 40 tahun.

Dalam program yang diadakan di Dataran Seni Klang itu, pelbagai acara diadakan termasuklah persembahan teater, bacaan puisi, tarian tradisional, gamelan, muzik asli dan lain-lain.

Selain itu pelbagai pertandingan yang mampu menarik penyertaan golongan anak muda seperti pertandingan kompang, congkak, batu seremban, galah panjang, dam harimau dan memasak turut diadakan.

Pertandingan karaoke yang dikhususkan bagi golongan 40 tahun ke atas turut diadakan pada sebelah petangnya pula.

Beberapa pengunjung dan perserta yang ditemui di tapak fiesta tersebut memberitahu TV Selangor, program seperti ini haruslah diteruskan lagi pada masa hadapan.

“Program seperti ini memang bagus sebab memberi peluang anak-anak muda mengenali budaya tempatan seperti alat muzik dan permainan tradisional yang kadang-kadang tidak semua kita tahu,” kata Nurain Kamil, 19 tahun.

Nurkamila, 16 tahun yang juga adik kepada Nurain pula memberitahu program seperti ini mampu menghidupkan kembali permainan tradisional yang semakin dilupai oleh generasi muda hari ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Pinang Bandar, Hamdan Yusuf mencadangkan agar pihak penganjur membuat promosi secara besar-besaran di masa akan datang.

“Program ini memang bagus, kita boleh kenal kebudayaan sendiri contohnya seperti permainan dam ular yang saya rasa ramai tak tahu.

“Ia harus diteruskan lagi dengan promosi lebih besar lagi supaya mampu menarik lebih banyak penyertaan dan kunjungan orang ramai,” ujar Hamdan.

 

LAPORAN KHAS : Mana Didahulukan? Udang Atau Rakyat?


 

Sinopsis

Sejauh mana pembabitan ahli politik Barisan Nasional, Datuk Seri Noh Omar dalam projek ternakan udang?

Ketika rakyat berhimpun menyuarakan bantahan kepada projek yang mereka dakwa menjejaskan mata pencarian mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Swee Lim berkata beliau mempunyai bukti bahawa telah berlakunya percanggahan kepentingan melibatkan menteri itu dalam kes ternakan undang ini.

Layari http://www.selangorkini.net

Islam dan Masyarakat Bahagian 2 – Salam Selangor


 

Sinopsis

Islam baik dari segi takrifnya, tetapi kenapa ada buruk dari aspek amalannya? Mahukah anda memperbaiki amalan bertepatan dengan Islam yang Syumul? Muslim itu termasuk Melayu. Anggapan ramai Melayu itu semestilah Muslim. Sanggupkah anda sebagai Melayu mengakui Muslim, sedangkan Allah tidak iktiraf begitu? Bersama Ustaz Yob Zainal Ismail dalam mengupas isu-isu berkenaan Islam dan Masyarakat bahagian 2.

Layari http://www.selangorkini.net

Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM2.5 Juta – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 12102012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 12 OKTOBER 2012 :

Kerajaan Negeri Pantau Ban Yang Pecah,
Kerajaan Negeri Beri RM 50,000 Kepada Atlet Paralimpik Negara,
Haniza : Demonstrasi Air Taman Medan Dusta Semata-mata,
Kerana Dituduh Pencuri Air, SYABAS Disaman RM2.5 Juta.

BN Jaguh Putar Belit Isu Tanah Kubur, Kuil

KUALA SELANGOR 9 JUN: Pembangkang DUN Selangor diingatkan agar tidak memutar belitkan fakta yang melibatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik mereka.

Demikian menurut Pegawai Penyelaras Pejabat Kerja Menteri Besar, Abdul Rahman Umar ketika ditemui TV Selangor baru-baru ini.

Menurut Rahman, antara isu sensitif yang diputar belitkan pemimpin BN di Ijok ialah isu tanah perkuburan Islam dan tapak Kuil Kuil Sri Subramaniam yang terletak dalam tanah milik Arimaju Sdn Bhd.

Jelasnya, BN tuduh Kerajaan Negeri beri tanah kubur kepada pemaju, sedangkan tanah kubur itu tidak disentuh langsung. Dahulu begitu lama berkuasa, mereka(BN) tidak mahu gazetkan tanah berkenaan.

“Sekarang tanah perkuburan yang ada dah digazetkan, memang kekal ada di situ, malah ada dua tanah perkuburan digazetkan,”katanya.

Begitu juga isu kuil, padang bola dan pondok rehat yang ada. Menurut Rahman, BN sepatutnya terlebih dahulu mewartakan kawasan yang melibatkan kepentingan masyarakat terutama melibatkan rumah ibadat sebelum menyerahkan kepada pihak lain.

“Kenapa pada masa nak beri hakmilik mereka tak selesaikan betul-betul tentang padang bola, pondok rehat dan terutama sekali Kuil itu?

“Pada masa itu mereka sendiri tahu Kuil itu wujud di situ pada 1978 lagi, sedangkan BN beri hakmilik kepada pemaju tahun 1998,” tegasnya.

Sekarang apabila Pakatan Rakyat mentadbir, kita adakan perbincangan untuk selesaikan masalah ini.

Difahamkan, sebelum ini Kerajaan Negeri menganjurkan perbincangan antara penduduk dengan pemaju dan persetujuan bersama berjaya dicapai dalam pertemuan itu.

Bagaimanapun keputusan yang pada awalnya memuaskan hati semua pihak terlibat, dirosakan oleh pemimpin pembangkang BN, dengan menghasut wakil Kuil dan penduduk kawasan terlibat agar menolak semula persetujuan yang dicapai itu.

Menurut Rahman, Kerajaan Selangor akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan pihak terlibat bagi memperolehi keputusan muktamad.

Masalah tanah ini bermula pada tahun 1998 apabila sebuah syarikat memohon agar diberi hakmilik tanah tersebut dari Kerajaan Negeri BN sebelum ini untuk dimajukan.

Selepas permohonan mereka diluluskan, syarikat terlibat telah menjualkan tanah yang merupakan tapak Taman Sejati, Ijok yang ada hari ini kepada pemilik tanah sekarang.

Projek pembinaan Taman Sejati yang dijalankan dalam tiga fasa itu, sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah dalam fasa pertama dan kedua.

Bagaimanapun masalah mula timbul apabila di peringkat fasa ke tiga projek ini melibatkan beberapa kawasan sensitif yang menimbulkan pertikaian penduduk setempat.