Categories
NASIONAL

Caj ‘cat’ rambut mahal, Rosmah setuju GST bebankan rakyat?

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 FEB: Kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi viral di laman sosial sejak dua hari lalu dengan kebanyakannya memberi reaksi negatif.

Kenyataan yang dibuat Rosmah pada 23 Februari lalu, tersiar di portal Malaysia Kini yang mempersoalkan kadar perkhidmatan rumah ke rumah semakin meningkat dengan memberi contoh dandanan serta warnaan rambutnya mencecah RM1,200.

Ia mendapat respon 1,328 suka (like), 223 komen dan 159 kongsi dalam kalangan pemain media sosial, facebook apabila kebanyakannya berpandangan kenyataan itu tidak menggambarkan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup.

rosmah1“Amboi. Dandan rambut pun dah gaji aku sebulan. Itu pun dia kata suri rumah macam kita yang tak berduit ni. Haha,” tulis Ah Chong yang mendapat 61 suka.

Pengguna dengan nama samaran Nasir Lgkwi berpandangan negara mampu berjimat jika Datuk Seri Najib Razak tidak menjadi pemimpin nombor satu negara.

“Kalau kak Mah dan Pak Jib tak jadi PM negara boleh menyelamat banyak wang Malaysia,” katanya.

“So basically, Rosmah setujulah pelaksanaan GST akan bebankan rakyat?,” soal Syahmi Khadari pula.

Marissa Christine pula dengan nada menyindir membandingkan kos dandanan rambut Rosmah dengan pendapatan bulanannya yang kurang daripada itu.

rosmah2“Amboi2 makcik..gaji saya baru RM900 sebulan..saya pekerja awam dan makcik yang suri rumah pula mampu nak belanja dandan rambut RM1200..belum lagi yang lain-lain..buat kuku..sauna..celak mata..baju kurung..sekarang ni makcik suri ke saya yang suri,” tulisnya.

Dalam kenyataan itu, Rosmah menyarankan Putrajaya membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutama selepas GST diperkenal.

Katanya, tanpa kawalan harga pengguna khususnya suri rumah akan terbeban.

“Sekarang ini, bila saya nak cat rambut dekat rumah, dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya!

“Kalau di kedai, dia kata harganya berbeza. Dia (pendandan) kata mahal sebab home service,” kata Rosmah berkongsi pengalamannya dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kos sara: Soalan ‘berani mati’ ahli Umno untuk PM dapat ribuan like di Facebook

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 6 OKT: Soalan ‘berani mati’ pemilik akaun yang mengaku sebagai anggota Umno, Nor Hoda Haji Tarseh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekelip mata menerima lebih 35,00 ‘like’ dan 2,745 komen (nota: setakat berita ini ditulis – editor) selepas dikongsi pengendali akaun laman PenMerahdotcom di laman sosial facebook.

Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Screenshots_2014-10-06-16-09-54“Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?

“Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah),” tulis Nor Hoda.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh ‘start’ pasal bateri ‘kong’, puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?

“Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga,” tulis Nor Hoda lagi.

Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.

“Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!” Tempelak beliau lagi.

Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.

Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.

Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Categories
NASIONAL

Baik kerajaan hapus GST bukan tutup Facebook

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 OGOS: Orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung cadangan Kerajaan Pusat untuk mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook.

Tinjauan Selangor Kini mendapati ada yang menyokong, namun ramai membantah dan ada juga mencadangkan laman sosial alternatif disediakan.

Facebook“Lebih baik cadangkan kabinet berkeras tutup pusat aktiviti judi dan pusat hiburan yg ‘serve arak’,” kata Eric Draven.

“Ramai sokong GST dihapuskan, kerajaan nak hapuskan ke tak,” soal Rizal Rodzuan.

“Nak tutup boleh, tapi mesti digantikan dengan satu aplikasi lain yg seakan Facebook ni supaya senang kita mengikuti perkembangan dunia terutama isu palestin dan isu-isu semasa,” cadang Haswandy Mahuddin pula.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Chee,k berkata Kerajaan Pusat sedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran aduan penyalahgunaan laman berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Shabery bagaimanapun berkata, jumlah aduan aduan yang diterima sekitar 2,000 sahaja berbanding jumlah akaun di negara ini yang mencecah angka 15 juta.

tutupFB2“Jika orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat perkara itu tetapi ia satu pendekatan yang radikal.

“Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun, aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik”, katanya dipetik Bernama.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Majoriti rakyat kecam tindakan sabotaj air, susahkan pengguna Lembah Klang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan perbuatan sabotaj pengeluaran bekalan air di Lembah Klang dikecam rakyat.

Tinjauan di laman sosial Facebook mendapati kebanyakan pengguna melahirkan rasa tidak puas hati dan menyelar tindakan itu yang dikatakan menyusahkan rakyat untuk mendapatkan bekalan air.

p5 (1)Bagi Sim Wifi, insiden seperti itu dilakukan hanya kerana ingin menjatuhkan kewibawaan sesebuah parti politik yang kini ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, walaupun berbeza pendapat politik, namun semua pihak harus mempunyai rasa tanggungjawab demi kepentingan rakyat bukannya merosakkan kesejahteraan dan mengambil kesempatan.

“Sebagai pemimpin, kita harus bermuaafakat walaupun latar belakang politik yang berlainan kerana tujuan menjadi pemimpin demi kepentingan rakyat.

“Ia kerana daripada rakyat wujudnya pemimpin, tetapi sudah menjadi sifat manusia yang tamak haloba, sifat dengki yang keterlaluan, maka terjadilah kejadian seperti ini yang mengambil kesempatan atas kesusahan rakyat untuk berkuasa,” katanya.

p 2Sementara itu, Idaham Rasna, berkata perkara seperti itu turut berlaku di negeri lain dan ada pihak tertentu mahu menambah lagi kekerohan isu air di Selangor untuk kepentingan politik.

“Seelok-eloknyanya semua pihak bersama ke hadapan memberi pendapat positif demi rakyat dan negara,” katanya.

Bagi Archidea Cronixx pula, tindakan sabotaj itu hanya untuk memulakan kemarahan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

p 3“Modus operandi pihak yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kepimpinan PR Selangor,” kata Raja Mohd Shahrim.

Sebelum ini, dua insiden sabotaj dilakukan pihak tidak bertanggungjawab terhadap petugas yang mengendalikan pam di kawasan HORAS, Bestari Jaya.

Baru-baru ini pula, enam ‘power pack’ pam di Kolam Hang Tuah dipotong bagi tujuan mengganggu pengaliran bekalan air di negeri itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Terima kasih MB kepada PAS dapat 12,000 ‘like’ dalam masa 3 jam

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 JULAI: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pendirian Presiden PAS yang mahukan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid di status akaun rasmi laman sosial facebook berkata, sokongan yang diberikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat bermakna kepada Selangor.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor hingga akhir penggal.

khalid“Sokongan ini amat bermakna kerana sesungguhnya Selangor selaku negeri maju memerlukan suasana politik stabil.

“Saya bersama barisan Exco akan memastikan slogan Pilihan Raya Umum ke-13 iaitu ‘meneruskan kecemerlangan’ terus diterjemahkan dalam bentuk tindakan,” katanya.

Status ucapan terima kasih Abdul Khalid itu menarik minat pemilik akaun facebook dengan mendapat 12,000 ‘like’ dan terus bertambah hanya dalam masa kurang empat jam.

Sementara itu status sama turut menerima lebih 1,000 komen yang majoritinya membayangkan perasaan lega terhadap pendirian Abdul Hadi itu.

Pengguna Facebook Khairi Khalid berkata, “MB terbaik pernah Selangor miliki” dan Izara Raffaley berkata “saya orang Selangor sokong Tan Sri. Banyak manfaat Tan Sri bagi pelajar macam saya”.

A.n. Ihsan pula menulis “we need more politician like him” dan Mohd Hasli Alias berkata “yesss!!! Kami rakyat Selangor tak kira pandangan politik mahukan Tan Sri Khalid terus menerajui Selangor” dan pelbagai komen positif dilontarkan.

Semalam, Abdul Hadi berkata kepda BERNAMA, beliau menyokong Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Facebook alami gangguan terburuk hampir seluruh dunia

SHAH ALAM 19 JUN: Rangkaian media sosial terbesar di dunia, Facebook menghadapi gangguan perkhidmatan yang paling lama sejak ia pertama kali diperkenalkan.

Gangguan utama melanda laman web serta menerusi aplikasi di telefon pintar dan tablet.

facebook downKetika gangguan tersebut, pengguna yang cuba untuk melayari facebook.com mendapati ia gagal berfungsi dan mengeluarkan nota: “Maaf, laman tergendala. Kami sedang berusaha untuk proses membaik pulih secepat mungkin.”

Menurut NBC News pengguna di United Kingdom, Israel and India adalah yang paling terkesan namun ia dilaporkan berlaku di kebanyakan negara dunia.

Facebook dalam emelnya ke NBC News sedar akan masalah itu namun tidak menjelaskan punca kejadian itu berlaku.

Namun selepas beberapa ketika dalam tempoh setengah jam laman sosial facebook kembali berfungsi seperti biasa.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Pertahan kenaikan tarif elektrik, Facebook Najib jadi sasaran luah kemarahan

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 18 MEI : Gara-gara mempertahankan kenaikan tarif elektrik dengan alasan bagi mengelakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada menanggung kerugian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikecam pengguna laman sosial, sejak semalam.

Orang ramai menjadikan Facebook Najib sebagai medium melampiaskan kemarahan mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau yang dianggap tidak sensitif terhadap kesusahan rakyat.

Seorang pengguna Facebook, Ramnah Kamarudin, berkata walaupun TNB mencatat keuntungan besar hampir setiap tahun, namun tarif elektrik tetap dinaikkan sehingga membebankan pengguna.

NEWS“TNB setiap tahun untung, bahkan pekerja boleh dapat tiga bulan bonus kalau kerja bagus tetapi tarif elektrik tetap naik. Lagi banyak pasaraya, lagi besar TNB untung, bahkan Econsave yang kecil juga bil elektrik cecah RM10,000 sebulan, kalau yang besar?

“Berapa banyak pasaraya yang besar dekat Malaysia ini? Itu belum campur syarikat industri..,Fikir-fikirlah ye,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd Alwi, berkata sebelum Pilihan Raya Umum (PRU), Barisan Nasional (BN) berjanji untuk tidak menaikkan harga barang, tetapi gagal menunaikannya selepas diberi mandat.

Ayie Sempoi pula berkata, “Najib sudah untung kenapa nak naikkan lagi? Nak suruh menjurus ke arah riba pula ke?

Facebook“Negara islam apa ni? Tetapi awakkan Perdana Menteri, suka hati nak buat apa sebab ada kuasa..Tetapi kuasa Allah lebih besar,” katanya.

Terdahulu, Najib menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi TNB daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, ia juga langkah jangka panjang bagi memastikan TNB terus menjadi nadi menjamin tenaga eletrik negara, selain mengelakkan syarikat defisit.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Warga Internet: Peguam muda perlu belajar etika guaman Karpal

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 17 APRIL: Laman sosial Facebook dan Twitter dipenuhi dengan ucapan takziah atas kehilangan tokoh politik dan perundangan terkenal negara, Karpal Singh yang maut akibat kemalangan dekat Tapah, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kebanyakan pemilik akaun Facebook dan Twitter terutama peguam menyifatkan mendiang Karpal seorang yang sangat berdedikasi dan merendah diri serta sering membantu peguam muda, selain gaya berhujah tersendiri.

Laman Facebook milik Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Sidek memperlihatkan beliau membesar dengan kisah ketokohan mendiang Karpal dalam bidang politik dan perundangan.

kak fadh Fadhlina yang juga seorang peguam berkata, melihat mendiang Karpal di mahkamah adalah saat paling manis dalam hidup beliau, terutama suara, tonasi, gaya, hujah dan pembelaannya.

“Ketika berusia 13 tahun, saya memberitahu seluruh kelas bahawa ingin menjadi seperti beliau (Karpal) hingga membuatkan mereka tertanya siapakah dia?

“Innalillahi wainnailayhi rajiun. Harimau Jelutong, bersemadilah dengan tenang,” katanya.

Sementara itu, Peguam, Azizah Aling, menyifatkan mendiang Karpal sangat senior dan kaya pengalaman serta merendah diri saat berurusan dengan peguam muda, selaku petugas mahkamah.

Katanya melalui laman Facebook, beliau sempat bertemu mendiang Karpal untuk satu kes prosiding pengkomitan di hadapan panel, di Mahkamah Rayuan, semalam.

kak jijah“Semalam, sehingga jam 2.30 petang, beliau ada di Mahkamah Rayuan. Sewaktu beliau tiba, bilik bicara sudah penuh dan tiada satu kerusi kosong untuk menempatkan beliau, bahkan kerusi rodanya juga sukar untuk ditolak ke hadapan.

“Saya menghampiri, lalu memaklumkan kepada beliau dan pembantunya yang setia bahawa ada tiga permohonan singkat akan didengar. Dalam tempoh 30 minit, Insya Allah semua itu boleh selesai dan beliau boleh mengambil tempat di hadapan. Dia mengangguk dan tersenyum, lalu berterima kasih.

Azizah menyifatkan, mendiang Karpal seorang yang mudah tersenyum sejak beliau mengenali tokoh itu ketika berkhidmat di Pulau Pinang dan sifat sama turut diwarisi dua anaknya yang terjun dalam bidang perundangan iaitu Gobind Singh Deo dan Ram Karpal.

“Etika kepeguaman itu sudah menjadi darah daging saya kira. Peguam muda yang masih setahun jagung dan hijau seperti kami semua patut belajar akan etika itu.

twit1Bagi pemilik akaun Twitter, Shahrizal Man Harun, mendiang Karpal adalah legenda yang pasti akan dirindui ramai kerana ketokohannya dalam politik dan perundangan.

“Salam takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangannya. Karpal adalah bukti sebenar ‘tokoh pembangkang’, bersemadilah dengan tenang di sana,” katanya.

JURNAL BERITA – Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

1. Hasil kredibiliti 5 tahun, Abdul Khalid percaya ahli PKR beri sokongan

2. Perpustakaan Selangor lancar khidmat u-Pustaka, kaedah segera cari bahan bacaan

3. Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

4. Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

5. Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

6. ADUN Sungai Pinang salur RM20,000 beli 100 basikal, atasi masalah kesesakan

7. SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

8. Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

9. Pembeli Taman Kencana kesal, pemaju naik harga rumah terbengkalai

10.Hanya kawasan masalah pam, tinggi lewat terima sambungan bekalan air

11.Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

12.Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

13.MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

14.MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita

Categories
NASIONAL

Ritual ‘Raja Bomoh’ jadi gurauan warga media sosial

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 MAC : Aksi melampau kumpulan bomoh yang melakukan ritual dalam misi mencari pesawat MAS MH370 yang hilang sejak hampir seminggu lalu menjadi gurauan warga laman sosial.

Tinjauan Selangor Kini di laman Facebook mendapati pelbagai aksi sama dilakukan oleh kebanyakan pihak untuk dijadikan bahan lawak  aksi khurafat itu.

Terdapat aksi tiga wanita yang dipercayai kakitangan hospital melakukan aksi sama yang semakin banyak dimuat turun di laman Facebook.

nurseAksi mereka mendapat komen daripada pengguna Facebook lain antaranya Nur Aini Farhana Annuar yang menyifatkan perbuatan petugas hospital itu kerana terikut ritual bomoh berkenaan yang terbang menggunakan permaidani bersama dua biji kelapa muda.

“Dah kena penyakit Raja Bomoh pulak dah staf hospital ni,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemilik akaun Facebook, Asyiqul Kauthar turut memuat naik gambar tiga robot beraksi sama seperti ritual yang mendapat kritikan ramai.

“Dah start buat perangai lagi ni…Kreatif betul org Malaysia!!! Apa pun tahniah JAIS kerana memantau aktiviti melibatkan ritual di KLIA,” katanya.

bomohAksi ritual bomoh itu mendapat kritikan ramai dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui Naib Presidennya, Fadhlina Sidek turut mendesak pimpinan negara menghentikan khidmat bomoh dalam merungkai misteri kehilangan MH370 kerana perbuatan itu syirik dan khurafat.

Semalam, Ibrahim Mat Zin, 80, yang mendakwa dirinya ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual ala-ala ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 disertai dua lelaki yang memegang buah kelapa, namun tidak diketahui fungsinya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghantar 15 pegawai dan anggotanya bagi menjalankan siasatan serta pantauan di Anjung Tinjau KLIA, kira-kira jam 9.20 malam semalam bagi menunggu kehadiran Ibrahim yang dikatakan bakal membuat ritual sekali lagi di kawasan berkenaan.

Categories
SELANGOR

Pengunjung Facebook Media Selangorku sokong naik gaji tapi…

Oleh  Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 28 NOV: Kebanyakan pengguna Facebook Media Selangorku menyifatkan Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berhak menerima kenaikan gaji.

Mereka mengangap ia munasabah ekoran prestasi membanggakan Kerajaan Selangor yang mencatat pelbagai kejayaan hingga mampu memberi banyak kebajikan kepada rakyat.

Antaranya, peningkatan rizab tunai hampir RM3 bilion – tertinggi dalam sejarah, selain kejayaan membawa pelaburan asing berjumlah RM50 bilion dalam tempoh 2008 hingga 2013.

gaji1Zahrin Muhd bersetuju dengan kenaikan itu dan membandingkan prestasi hasil kerja mereka dalam mengurus pentadbiran dan kewangan negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak setuju jika gaji tinggi tetapi pada masa sama wang rakyat dibazir atau disalah guna dalam skandal projek fidlot kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta.

Firdaus Ghani pula tidak kisah gaji besar asalkan rakyat hidup senang dengan apa yang sudah diusahakan

“Sebab itu rakyat Selangor tidak kisah mereka hendak naik gaji, ia berbaloi dengan apa yang mereka usahakan untuk rakyat Selangor,” katanya.

Ahmed Hemo berkata, jika kenaikan gaji itu boleh mengelakkan mereka dari amalan rasuah, memang ia harus dipersetujui.

Pemilik akaun atas nama Suara Kebangkitan Rakyat pula berkata: “Ok la tu Rizab negeri pun meningkat ke RM2.7 bilion jika hendak banding zaman Khir Toyo RM500 juta sahaja pada 2007,” katanya.

Bagi Nazri Ridhuan, jika ADUN menjaga dan mengurus tadbir negeri dengan baik, kenaikan itu tiada masalah kerana rakyat dapat manfaat dan pemimpin pun patut dihargai.

“…bukan macam kerajaan pusat…boros hutang melambung…kalau naik gaji lagi memang la tidak patut,” katanya.

Bagaimanapun, sebahagian lain kurang senang dengan kadar kenaikan itu walaupun bersetuju ia wajar dinaikkan.

“Aku setuju dinaikkan gaji tapi janganlah terlalu tinggi bagi sesetengah jawatan,” kata Afiy Shah.

Zahid Razali pula berkata: “Naik terlalu banyak. Utamakan rakyat di negeri Selangor dulu. Ramai yang bergaji rendah di Selangor.”

– FZL

Categories
NASIONAL

Kos RM320,000 bina Facebook, Twitter akibat amalan kronisme?

Facebook

KUALA LUMPUR 2 OKT: Pembaziran terhadap pembiayaan laman sosial Facebook dan Twitter oleh Kementerian Kesihatan sebagai antara siri ketirisan kerajaan BN.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, kerajaan gagal mengambil langkah konkrit demi prinsip pemerintahan yang baik.

“Kita lperlu diselidik siapa yang terlibat, siapa yang memberi kepada siapa. Mungkin ada unsur kronisme. Jadi memang pembaziran berlaku di semua peringkat kementerian,” katanya kepada TV Selangor.

Laporan Ketua Audit Negara semalam mempersoal bayaran RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat untuk kempen menerusi Facebook dan Twitter sewaktu ia diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bayaran RM199,068 diberi kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen ‘Tak Nak Merokok’.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’ pula menelan belanja RM120,500.