Categories
SELANGOR

Sultan Selangor: JAKIM perlu patuh dasar MAIS

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG, 13 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pegawai Persekutuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berkhidmat di negeri itu, supaya patuh dengan dasar dan garis panduan ditetapkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Sultan Sharafuddin bertitah, pegawai JAKIM perlu memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam, di Selangor sepanjang tempoh berkhidmat walaupun menerima gaji dan elaun daripada Kerajaan Persekutuan.

Baginda turut bertitah semua perkara berkaitan hal ehwal Agama Islam negeri terletak sepenuhnya, di bawah kuasa pertimbangan baginda.

“Beta ingin mengingatkan JAKIM yang bertindak sebagai badan agama di peringkat Persekutuan hanya berfungsi selaku agensi pusat yang berperanan menyelaras perkara berkaitan agama Islam antara negeri, di Malaysia.

“Setiap satu dasar berkaitan agama Islam daripada JAKIM sebagai contohnya isu persijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa, wakaf dan sebagainya yang ingin dilaksanakan di negeri ini perlu merujuk kepada MAIS terlebih dahulu.

“MAIS sebagai badan penasihat agama Islam kepada Beta sebelum perkara ini diangkat untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota MAIS bagi sesi 2018-2020 dan Majlis Santapan Tengah Hari Bersama Imam Masjid-masjid Seluruh Negeri Selangor, di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menerima wakaf RM5 juta daripada Kerajaan Negeri bagi pembinaan Masjid Denai Alam, Shah Alam.

Selain itu, Kerajaan Negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memberi tanah wakaf seluas 10 ekar bernilai RM74 juta khas bagi pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz Sains Selangor.

Categories
AGAMA BERITA UTAMA NASIONAL

Rujuk enakmen keluarga Islam anak tak sah taraf

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 SEPT: Isu berkenaan kesahtarafan anak di negara ini perlu sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perkara itu dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan bersama mufti bagi membincangkan isu anak tidak sah taraf, pada 21 Ogos lalu.

Katanya, pertemuan itu dihadiri mufti Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, timbalan mufti Wilayah Persekutuan dan wakil mufti Sarawak.

“Keputusan itu turut membabitkan wakil dari Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri yang hadir pada pertemuan diaturkan JAKIM untuk menzahirkan kesepakatan bersama dalam isu kesahtarafan anak.

“Peruntukan undang-undang ini selaras fatwa diwartakan di negeri berkenaan dengan kesahtarafan anak dan pandangan hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-57, pada 10 Jun 2003,” katanya dalam kenyataan.

Othman-MustaphaBeliau berkata, Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam atau Pentadbiran Negeri antara lain memperuntukkan seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki.

“Dan melahirkan seorang anak lebih dari enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam tempoh empat tahun qamariah selepas perkahwinannya dibubarkan, sama ada sebab kematian lelaki itu atau perceraian.

“Perempuan itu pula tidak berkahwin semula, justeru lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu tetapi lelaki itu boleh dengan cara li’an atau kutukan, menafikan anak berkenaan sebagai anaknya di hadapan mahkamah,” katanya.

Julai lalu, Mahkamah Rayuan menyatakan anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah, layak di sisi undang-undang berbinkan nama bapanya.

Susulan itu, Jabatan Pendaftaran Negara menerusi Jabatan Peguam Negara menfailkan rayuan berhubung keputusan berkenaan di Mahkamah Persekutuan.

Categories
NASIONAL

JAKIM tidak keluarkan sijil halal pada minyak masak kitar semula

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JUN: Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendakwa tidak pernah memberikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia ke atas minyak masak yang dikitar semula.

JAKIM melalui satu kenyataannya menjelaskan, ia susulan selepas isu minyak masak jenama Buah Sawit tular dan didakwa di proses dari minyak guna pakai dari kedai makan dan restoran Cina mula dikongsi pengguna di alam maya.

“JAKIM tidak pernah memberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk minyak masak yang dikitar semula.

minyak masak“Minyak masak jenama Buah Sawit keluaran Syarikat Jaburan Sdn Bhd pernah diambil tindakan pada tahun 2016 kerana menggunakan logo halal tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah,” katanya.

Bagaimanapun, status terkini syarikat itu adalah dalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Sehubungan itu, JAKIM amat mengalu-alukan usaha syarikat di luar untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard serta panduan halal yang serta ditetapkan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, pengguna boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar MyJakim.

Categories
NASIONAL

Daftar sekolah agama persendirian, madrasah bawah JAKIM

KUALA LUMPUR, 27 APR: Sekolah aliran agama persendirian termasuk madrasah tahfiz akan diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, langkah itu diperlukan selepas mengenal pasti garis panduan tepat ke arah pelaksanaan hukuman rotan di sekolah berkenaan diwujudkan.

Bagaimanapun, keperluan itu tertakluk kepada pengumunan di peringkat Kerajaan Persekutuan melalui rangkaan program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang dirancang sebelum ini.

“Jika ini berlaku, maknanya semua sekolah persendirian aliran agama akan didaftarkan dan mudah untuk diurus sebarang prosedur yang hendak dikenakan kepada sekolah ini.

rotan pelajar“Namun, sekolah agama persendirian dan madrasah tahfiz di bawah mana-mana tanggungjawab harus berpandu kepada SOP kementerian sama ada berkaitan disipilin, kebajikan, tanggungjawab guru dan pelajar.

“Begitu juga merotan, kena ikut prosedur yang ditetapkan,” katanya sebagai mengulas cadangan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan supaya garis panduan pelaksanaan hukuman rotan dikaji semula.

Cadangan itu dikeluarkan susulan insiden kecederaan dialami Mohamad Thaqif Amin yang tular di media sosial selepas mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul oleh pembantu warden sekolahnya, sejak dua minggu lalu.

Mohamad Thaqif yang dipotong kedua belah kaki hingga paras peha akibat dijangkiti kuman meninggal dunia, semalam.

Terdahulu, pelajar itu dijadual akan menjalani pembedahan memotong tangan kanannya daripada bahagian jari hingga bawah siku pada jam 8 pagi semalam, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Sementara itu, warden lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai menyebabkan kecederaan Mohamad Thaqif kini ditahan dan direman bagi membantu siasatan kes, sehingga 29 April ini.

Categories
NASIONAL

JAKIM jawab isu tular Biskut Sembahyang Orang Cina

SHAH ALAM 10 JAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan ‘Biskut Sembahyang Orang Cina’ didaftarkan dengan nama Iced Gem dan dikilangkan/dikeluarkan oleh beberapa syarikat yang merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

JAKIM menyatakan perkara demikian ekoran tular mendakwa menyebut biskut tersebut dari lelemak haiwan yang tidak halal mula disebarkan dan mengundang keresahan dalam kalangan pengguna.

“Kebanyakan pemborong menjualnya kembali dalam bentuk timbang/sukat dan paket-paket yang kecil (pembungkusan semula) dan ada di antaranya yang belum memohon pensijilan halal.

“Justeru, jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk biskut yang mempunyai Sijil/Logo Pengesahan Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM,” kata Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal JAKIM.

Untuk semakan lanjut berkenaan produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular (viral) boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal, JAKIM di https://m.facebook.com/HabHalalJakim.

=EZY=

Categories
NASIONAL

JAKIM perjelas dakwaan coklat Kit Kat wujud alkohol

SHAH ALAM 18 DIS – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, menyatakan dalam hal ini, Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

“Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat,” jelas kenyataan JAKIM.

Oleh itu, JAKIM menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu sebarang sebaran cerita sebelum menyebarkan kepada orang awam.

“Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM dalam melakukan pembelian produk luar negara.

Jelas JAKIM sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 56 badan dan logo halal luar negara.

“Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, viral di media sosial bahawa coklat Kit Kat Nestle di dakwa mengandungi alkohol dan telah dipasarkan di Malaysia.

=EZY=

Bauksit lebih bahaya dari vape, kenapa tidak haram?


“Bila isu vape timbul, JAKIM menjemput semua mufti bersidang khas untuk isu itu. Semuanya dijemput datang dari negeri masing-masing. Maaf, saya tidak hadir tetapi menghantar wakil,” Mufti Perlis.

JURNAL BERITA – MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

1. MB: Bonus kepada kampung promosi program kemahiran teknikal belia

2. MH17: Selangor sedia bantu ringan beban waris

3. DYMM Sultan Selangor rasmi Masjid Bandar Bukit Puchong

4. Selangor terima peruntukan RM37.54 juta daripada JAKIM untuk program keagamaan

5. Pakatan: Najib patut contohi Chile putus hubungan dagang Israel

6. Pembunuhan beramai-ramai rejim Zionist meningkat 438 rakyat Palestin

7. Piala Malaysia: Red Giants mahu tumpu lepasi peringkat kumpulan

8. Perpustakaan Awam Anggerik Vanilla tawar keahlian percuma hingga 31 Disember

9. Jom Shopping ringankan beban 500 keluarga sambut Aidilfitri]

10. Jadikan Ramadan universiti membina taqwa

11. Kawasan pentadbiran MPSJ catat 17 kes denggi berdarah minggu lalu

12. AKTIVITI YB: Kumpulan Perangsang & Gombak Setia edar 2,500 bekas bubur lambuk

Categories
SELANGOR

Selangor terima peruntukan RM37.54 juta daripada JAKIM

Oleh: AFIX REDZUAN

PUCHONG, 19 JULAI: Kerajaan Selangor menerima peruntukan berjumlah RM37.54 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai program keagamaan di negeri itu bagi tahun 2014.

Peruntukan itu diserahkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Sultan berbuka di Masjid Bandar Baru Puchong (1)Majlis penyerahan itu disaksikan sendiri oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor; Sahibus Samahah Ahmad Zaharin Mohd Said.

Peruntukam itu meliputi bayaran elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM29.832, elaun imam masjid (RM6.273 juta), elaun guru takmir masjid dan surau (RM1.249 juta) serta elaun pegawai penyelaras masjid daerah (PPDM) berjumlah RM180,720.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tubuh Badan Audit Halal Profesional segera, elak keraguan status halal

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUN: Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaan mewujudkan segera Badan Audit Halal Profesional supaya berfungsi mengenalpasti sebarang produk tidak halal secara berterusan.

Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata badan terbabit boleh dilantik di kalangan ahli akademik, profesional, pengilang, badan pengguna, ahli perniagaan dan individu yang mahir dalam hal terbabit.

Katanya, pendekatan itu diambil supaya pengguna tidak ragu akan status halal seterusnya yakin terhadap kredibiliti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

yahya shari 01Langkah itu dicadangkan ekoran isu halal kembali diperdebatkan ekoran penemuan DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam produk coklat terkenal Cadbury.

JAKIM dalam siasatannya kemudian mengesahkan produk berkenaan tidak mengandungi DNA berkenaan dan halal dimakan penganut agama Islam.

“Jadi, langkah itu perlu diambil kerana ketika ini pengguna masih dalam keadaan ragu-ragu dengan produk syarikat itu. Pengguna juga ragu dengan keupayaan JAKIM,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, badan audit itu boleh melakukan ujian pensampelan mengikut tempoh tertentu supaya semua syarikat pengeluar makanan mematuhi peraturan sijil halal.

“Contoh, syarikat Cadbury. Kita tahu KKM mengambil sampel coklat pada Februari lalu dan didapati mengandungi DNA babi. Namun, baru-baru ini JAKIM pula sahkan tiada DNA babi selepas ujian dijalankan.

cadburrybab“Itu menimbulkan keraguan. Adakah perkara ini dijamin tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang, sebab itu kita mahu badan ini bertindak setiap masa,” katanya.

Beliau berkata, tugas pemantauan badan audit itu boleh dilakukan secara menyeluruh daripada proses bahan hingga pembungkusan.

“Biar syarikat mematuhi kaedah yang sama ketika permohonan sijil halal dibuat,” katanya.

Ketika ini, JAKIM mempunyai kumpulan audit yang akan melakukan pemeriksaan di kilang bagi melihat pengurusan, penyimpanan bahan mentah dan pengeluaran makanan, namun hanya dilakukan sebelum sijil halal dikeluarkan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

JAKIM perlu tegas, uji semua jenama terkandung sijil halal

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 30 MEI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran untuk menguji kandungan semua jenama makanan yang mempunyai sijil pengiktirafan halal.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, berkata langkah itu bagi menjamin kesahihan halal sesuatu produk makanan terutama bagi pengguna beragama Islam.

Katanya, teknologi yang ada pada hari ini membolehkan kandungan dalam sesuatu produk makanan dikenal pasti.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Diharap isu terbaru berkenaan Cadbury baru-baru ini dapat ditangani secara tegas dan adil untuk semua pihak termasuk pengusaha itu sendiri.

“Pada masa sama, JAKIM dan KKM juga digesa bertindak segera dan mengenal pasti sumber pencemaran seperti dikatakan sebelum ini.

“Apa yang penting bagi pengguna Islam, mereka mahu jaminan halal. Jika berlaku kes begini akan menimbulkan was-was,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui sejurus selesai menyempurnakan majlis perasmian penutup program International Children Storytelling Camp di Kelab Sri Damansara,di sini, semalam.

halalPada 24 Mei lalu, dua produk Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) disahkan KKM mengandungi DNA khinzir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam reaksinya berkat, beliau tidak menolak kemungkinan kewujudan DNA khinzir dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond berlaku disebabkan pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan makanan berkenaan.

Penemuan itu turut disambut dengan pelbagai reaksi antaranya daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Berajaan (ACCIN) yang mahu pengeluar coklat itu menanggung kos mencuci darah orang Islam yang memakan dua produk coklat itu.

-NFN-

JURNAL BERITA : ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan


Sinopsis

1. ‘Atuk’ lawat 5 beradik yatim piatu hulur bantuan

2. Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BN

3. RM1.044 bilion hasil negeri dikembalikan kepada rakyat

4. Red Giants pamer aksi menarik berdepan Juara Liga Europa 2013

5. SPRM patut siasat skandal pinjaman RM40 juta

6. Najib Razak digesa beri penjelasan skandal pinjaman RM40 juta

7. PRK Teluk Intan: Manifesto BN hanya janji kosong

8. Jakim: Produk tempatan dengan Kod E boleh diguna tanpa waswas

9. Dikaitkan dengan penipuan perniagaan, Rodziah buat laporan polis

10. Rodziah yakin sokongan tinggi di cabang ada pemilihan semula

http://tv.selangorku.com