Categories
SELANGOR

Selangor teruskan misi bantu mangsa banjir, Kelantan puji sikap proaktif

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 FEB: Kerajaan Negeri memutuskan untuk terus menghantar bantuan dan sokongan pasca banjir ke Kelantan.

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, pihaknya kini masih berbincang dengan Kerajaan Kelantan berkenaan bentuk bantuan yang perlu disalurkan.

“Kita akan teliti dahulu keperluan Kelantan sebelum sebarang keputusan dibuat supaya kepentingan dapat didahulukan.

ean“Kerajaan Negeri sentiasa berbesar hati untuk bersama membantu rakyat Kelantan,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beliau menerima lawatan rasmi Kerajaan Kelantan di pejabatnya di Bangunan SUK, di sini, ditemani timbalannya, Lee Kee Hiong.

Kerajaan Kelantan diwakili Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood; timbalannya, Abdul Rahman Yunus dan  Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Hazmi Abdul Hamid.

azmin banjirPada masa sama, Abdul Fattah memuji sikap Kerajaan Selangor yang proaktif dan sistematik dalam menghulurkan bantuan ke Kelantan sebelum ini.

“Kerajaan Selangor bukan sahaja antara terawal menghantar misi tetapi lebih tersusun kerana memaklumkan terus kepada Kerajaan Kelantan.

“Jadi, kami dapat susun gerak kerja pasukan Selangor dan menjadikannya lebih tersusun. Kita berharap Selangor sudi membantu lagi,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kelantan bentuk sukarelawan rakyat 10,000 anggota bersih kesan banjir

SHAH ALAM 10 JAN: Kerajaan Kelantan mewujudkan sukarelawan rakyat kalangan peserta Perbadanan Ladang Rakyat dan kakitangan lantikan politik bagi membersih kesan banjir di seluruh Kelantan.

Lantikan politik terdiri daripada penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat yang mempunyai kekuatan lebih 10,000 anggota.

Banjir KelantanMenteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebelum ini mereka tidak dikerah kerana ramai terbabit dengan banjir.

“Peserta Ladang Rakyat, penghulu, ahli-ahli majlis daerah juga ramai terbabit dengan banjir. Selepas keadaan reda kita bentuk sukarelawan rakyat kalangan mereka di setiap Dun.

“Seramai 100 peserta Ladang Rakyat bergabung dengan kakitangan lantikan politik digerak bagi melakukan kerja-kerja kebersihan dan sisa pepejal di kawasan yang terjejas akibat banjir,” katanya dipetik Harakah Daily.

Menteri Besar juga melahir rasa syukur selepas musibah banjir Allah Taala turunkan pula rahmat hujan yang mencurah-curah kelmarin.

“Hujan dapat membersihkan lumpur dan debu di kawasan bandar. Allah amat adil hujan turun membersihkan kawasan bandar.

“Kalau tidak ada hujan kita khuatir boleh menyebabkan penyakit akibat debu. Hujan lebat membersihkan segala debu,” katanya.

Pada lawatan itu Menteri Besar turut meninjau jambatan kereta api di Kemubu yang runtuh akibat rempuhan arus deras.

Longgokan kayu-kayu hanyut tersangkut di atas jambatan terbabit. Biar pun keadaan lumpur agak tebal dan hujan lebat Ustaz Ahmad berjalan kaki melewati tempat tersebut.

Turut serta di lokasi itu anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, Penyelia Dun Dabong Ku Mohd Zaki Ku Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Azman Ahmad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Dun Nenggiri, Syed Azhar Syed Ahmad.

Rombongan Menteri Besar turut meninjau kesan banjir di Kampung Bertam Lama dan Kampung Pasir Tumbuh di Dun Nenggiri.

EZY

Selangor sumbang RM5 juta bangunkan semula Kelantan

Seluruh kekuatan Kerajaan Negeri bersama-sama jalinan kerjasama pihak swasta dikumpul dan ditumpukan untuk pembangunan semula negeri Kelantan yang dibadai banjir baru-baru ini.

Categories
NASIONAL

Bekalan elektrik Kelantan mula pulih

SHAH ALAM, 3 JAN: Lebih 80 peratus pengguna elektrik di Kelantan mula menerima bekalan itu setakat petang semalam, kata
Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, 506 lagi pencawang elektrik belum dipulihkan setakat ini, berbanding 1,017 pada 1 Januari lalu.

LOGO-TNB“Setakat jam 4 petang ini, 46 janakuasa bergerak dengan kapasiti sehingga 1,000 kVA (kilo Volt Ampere) juga sedang dioperasikan di Kelantan,” katanya dalam kenyataan yang dipetik dari Bernama.

TNB juga, katanya, sedang berusaha untuk memasang beberapa lagi set janakuasa di lokasi yang memerlukannya.

Syarikat pembekal tenaga itu berkata, di Pahang, jumlah pencawang yang belum dipulihkan menurun kepada 239, berbanding 301 semalam, manakala 58 pencawang di Perak masih dihentikan operasi.

TNB mengingatkan mangsa banjir yang kembali ke premis masing-masing supaya menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memeriksa terlebih dulu pendawaian dan peralatan elektrik sebelum digunakan.

Pengguna di Kelantan dan Terengganu boleh menghubungi pejabat ST di talian 09-7487390, Pahang (09-5142803) dan Perak (05-2535413).

Categories
SELANGOR

MPSJ hantar bantuan kemanusiaan ke Kelantan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JAN: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak ketinggalan melancarkan Misi Menghantar Bantuan Kemanusiaan ke Kelantan atas dasar keprihatinan dan peduli rakyat.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporatnya, pelepasan konvoi misi itu berlangsung di hadapan bangunan MPSJ, pada 29 Disember lalu dan selamat kembali pada 31 Disember lalu.

IMG-20141231-WA0012Konvoi yang diketuai Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid itu turut disertai ahli majlis, Sufari Tinnin dan Michael Noel Jalleh serta 30 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan MPSJ.

Konvoi misi melibatkan sembilan buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan tiga buah lori MPSJ yang membawa barangan keperluan untuk mangsa banjir.

Antaranya, barangan seperti kain batik dan pelikat, telekung, sejadah, pakaian dalam wanita dan lelaki, lilin, pemetik api, air mineral, makanan kering serta makanan dalam tin bernilai RM20,000.

IMG-20141231-WA0009Selain itu, kakitangan MPSJ turut terlibat di dalam memberi sumbangan masing-masing dan antara lokasi yang dikunjungi adalah Manek Urai, Dabong dan Kuala Krai.

MPSJ turut melaksanakan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir yang ditempatkan di lobi MPSJ dan cawangan MPSJ di Bandar Puteri, Puchong serta Stadium Tertutup Serdang, selain misi terbabit.

Orang ramai boleh memberi sumbangan bermula 29 Disember lalu sehingga 7 Januari ini.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Lupakan politik tak matang, mangsa banjir lagi penting

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Semua pihak harus melupakan kepentingan politik di saat beberapa negeri dilanda musibah banjir, sejak 16 Disember lalu.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, politik matang penting dalam usaha memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya.

10403046_10204664791413038_6956631859797183949_nKatanya, Kerajaan Negeri sudah meluluskan sumbangan RM1.3 juta membabitkan agihan RM1 juta untuk Kelantan, manakala baki RM300,000 untuk Terengganu, Pahang dan Perak.

“Apa yang penting sekarang adalah sikap peduli semua pemimpin terhadap rakyat di beberapa negeri yang sedang menghadapi banjir.

“Kerajaan Negeri sendiri hari ini turun padang menghulurkan sumbangan RM1juta kepada Kelantan, manakala tiga negeri lain masing-masing menerima RM100,000,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan banjir di Maktab Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Lawatan itu turut disertai Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi serta Amirudin Shari juga Pengerusi Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS), Hamsah Djabir.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, pihaknya sudah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor untuk mengerahkan pasukan bagi membantu Kelantan untuk kerja pembersihan pasca banjir.

“Pasca banjir memerlukan tenaga dan bantuan ramai untuk memulihkan persekitaran yang teruk dilanda musibah.

“Usaha berterusan diharap dapat membantu mangsa banjir di semua negeri,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB serah sumbangan RM1 juta, lawat pusat pemindahan mangsa banjir Kelantan

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

KOTA BHARU, 26 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, menyerahkan sumbangan RM1juta kepada Kerajaan Kelantan, di Masjid Telipot, di sini, hari ini.

Sumbangan itu diterima Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang mewakili Kerajaan Kelantan.

MB banjirDalam pertemuan itu, Mohamed Azmin turut berbincang berkenaan bentuk bantuan lain kepada Kerajaan Kelantan terutama pasca banjir.

“Hampir separuh Kelantan dinaiki banjir yang dapat dilihat dari atas kapal terbang lagi.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri merakamkan simpati kepada Kerajaan Kelantan dan mangsa banjir. Selangor sudah memutuskan pemberian bantuan, sejak 24 Disember lalu.

MB“Namun, semalam keadaan banjir di negeri ini nampak semakin teruk. Jadi, pagi ini kita adakan mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk teliti balik jumlah itu,” katanya kepada Selangor Kini, selepas melawat lebih 2,000 mangsa banjir di Kolej Sultan Ismail, di sini.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, Kelantan menghargai sumbangan dan keprihatinan Kerajaan Selangor.

“Banjir kali ini antara paling besar yang berlaku selepas kejadian terburuk pada 1967. Ramai yang tidak menjangkakan kejadian banjir tahun ini kritikal.

“Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan Kerajaan Selangor di saat Kelantan menghadapi musibah dan sehingga kini 35,000 penduduk ditempatkan di kawasan pemindahan seluruh negeri,” katanya.

Categories
NASIONAL

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

SHAH ALAM, 22 NOV: Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sekitar Kota Bharu dan Pasir Puteh meningkat kepada 155 orang pagi ini berbanding 130 orang, semalam.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 96 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 34 mangsa ditempatkan di SK Tiong di daerah Kota Bharu, manakala di Pasir Puteh pula, 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja.

Memetik Bernama, bacaan air di Sungai Golok, Rantau Panjang pada jam 8 pagi ini menurun sedikit daripada paras amaran iaitu daripada 9.05 meter malam tadi kepada 8.79 meter (bahaya 9 meter).

Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup.

Cuaca di Kelantan pagi ini cerah dan tiada hujan.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu beransur pulih apabila ramai mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak semalam kerana keadaan cuaca yang semakin baik.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, 2,741 mangsa masih berada di 15 pusat pemindahan di tiga daerah sehingga jam 9 pagi ini, berbanding 3,879 orang yang dilaporkan malam tadi.

“Sebanyak 1,138 orang dibenarkan pulang sejak petang semalam,” menurut laporan itu.

Katanya, Kuala Terengganu kekal kawasan paling ramai mangsa banjir dipindahkan berbanding kawasan lain iaitu membabitkan 2,350 orang daripada 591 keluarga dan ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Diikuti daerah Marang 303 orang (74 keluarga) yang ditempatkan di tiga pusat, manakala di Setiu 88 mangsa (20 keluarga).

Di Setiu, mangsa banjir ditempatkan di dua pusat iaitu Surau Kampung Nyatoh (56 orang) dan Surau Pengkalan Gelap (72 orang).

Categories
NASIONAL

Bajet 2015: Nafi peruntukan pembangunan Kelantan, Kerajaan Pusat terus berdendam

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Ahli Parlimen Kelantan melahirkan kekecewaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana terus meminggirkan negeri itu dalam Bajet 2015.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar menjelaskan, suatu yang memeranjatkan apabila Kerajaan Pusat terus berdendam dengan Kelantan apabila menafikan peruntukan pembangunan untuk negeri itu.

Beliau berkata, peruntukan yang kecil diberikan hanya menaik taraf landasan keretapi dengan peruntukan RM150 juta sahaja membabitkan laluan Gua Musang ke Tumpat.

Datuk Kamarudin Jaffar“Kita ikuti pembentangan bajet yang diumumkan itu, banyak tempat disediakan kemudahan awam seperti lebuh raya termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita menyokong apa yang Sabah dan Sarawak dapat tetapi paling memeranjatkan bila Kelantan tidak tersenarai langsung dalam pelaksanaan lebuh raya.

“Nampaknya, Kelantan terus menjadi mangsa kerana tidak mengundi Barisan Nasional (BN), bila kita tidak pilih maka tiada peruntukan diberikan,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, menegaskan atas prinsip Persekutuan, kerajaan seharusnya mengagih kekayaan negara dengan adil.

“Rakyat Kelantan turut membayar cukai termasuk GST yang akan dilaksanakan nanti. Tetapi cukai yang rakyat Kelantan bayar itu tidak dikembalikan untuk pembangunan serta kemudahan awam, ini satu sikap yang tidak adil,” katanya.

Najib bajetKatanya, sikap kerajaan yang berat sebelah itu akan mengakibatkan jurang kekayaan antara Kelantan dan Pantai Barat tidak seimbang.

Kekecewaan itu turut dikongsi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Bachok yang turut menyifatkan Najib gagal berlaku adil dalam pentadbirannya serta menjadikan Kelantan sebagai dendam politik.

Pada masa sama, mereka turut kesal apabila tidak ada seorang ahli parlimen BN Kelantan yang berani menegur Perdana Menteri kerana meminggirkan negeri itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Subsidi baja : Hak rakyat Kelantan terus dinafi

Oleh : NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR 14 NOV : Ahli Parlimen PAS Kelantan, mendesak kementerian bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meneliti pemberian subsidi baja di negeri itu kerana ramai rakyatnya hak mereka atas perkara itu.

Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, berkata hal itu selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (C), Akta SPRM iaitu meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam untuk memudahkan penemuan.

Katanya, disebabkan penafian subsidi itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan RM1.5 juta subsidi kepada rakyat Kelantan.parliment

“Saya percaya kerajaan sengaja buat tidak tahu berkenaan permainan politik terhadap skim bantuan subsidi baja padi ini.

“Kelantan mengalami diskriminasi subsidi baja padi oleh Barisan Nasional (BN) tetapi menjelang Pilihan Raya Umum, calon BN akan memberi kupon baja dan berkempen supaya mengundi parti itu,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media berkenaan adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazlan dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaki Atiqullah.

Beliau berkata, laporan polis juga sudah banyak kali dibuat dalam isu itu, namun sehingga kini masih tidak ada tindakan dilakukan.

“Saya harap penemuan laporan audit 2012 bahawa buku stok baja tidak disahkan secara mingguan dan tidak diselenggarakan secara harian di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dapat diatasi. Syor audit supaya dikaji pengeluaran program dasar jaminan bekalan makanan dan skim insentif pengeluaran padi dapat dilaksanakan dengan lebih tepat perlu diteliti,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mat Taib: Hidup Melayu Tiada Dalam Al Quran

muhd taib ceramah 26 apr 02

TANJONG KARANG 28 APRIL: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan  Umno-BN  sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.

“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

“Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh ‘steady’ je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh.

“Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas,” ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini.

Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik.

Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu.

Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.

Categories
NASIONAL

Nik Aziz : DAP Tidak Takut Kepada Islam, Sebaliknya Umno Yang Takut Islam

Nik Aziz DAP Tidak Takut Kepada Islam Sebaliknya Umno

SHAH ALAM, 15 APRIL: Penerimaan bukan Islam khususnya kaum Cina mengenai dasar Islam yang dibawa PAS sehingga mereka tidak lagi berasa takut merupakan satu perkembangan baik untuk lanskap politik Malaysia.

Perkara ini menunjukkan dakwah ‘Islam Untuk Semua’ dibawa PAS sebagai agama daripada Allah SWT hanya menggerunkan Umno sahaja tetapi diterima baik masyarakat seperti yang berlaku di Kelantan.

Atas dasar ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, DAP boleh menggunakan lambang parti PAS sekiranya pendaftaran mereka dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bersabit kontroversi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

“Alhamdulillah kerana Islam adalah agama untuk semua, bukan untuk orang Arab sahaja, sekarang Cina mula tidak takut kepada Islam. Islamphobia tidak ada.

“DAP dalam seminggu lepas sekiranya parti DAP diharamkan ROS, DAP nak bertanding guna lambang bulan (PAS).

“DAP sudah tidak takut kepada Islam sebaliknya Umno yang takut kepada Islam,” katanya.

Mengulas lanjut ketika sesi soal jawab ‘Bicara Cinta’ katanya, kumpulan Sami Buddha di Tumpat, Kelantan memberikan contoh yang baik berbanding Umno apabila memberikan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada kerajaan negeri untuk projek pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

“Waktu Datuk Husam iklan nak buat lebuh raya, sami (Buddha) Tumpat jemput saya dan beri hadiah.

“Hampir RM70,000 sami Buddha derma kepada Kerajaan Kelantan. Dia yakin dengan Islam yang PAS bawa.

“Umno Kelantan buat apa? Dia bawa kereta sorong buruk. Otak umno mempersenda Kerajaan Kelantan buat lebuhraya,” jelasnya lagi.

Di samping itu katanya, dalam usaha menawan pengundi Kelantan, Umno-BN ingin menampilkan calon berstatus ‘ulama’ sedangkan dasar perjuangan mereka menumpukan kepada politik kebangsaan.

Tegasnya, sekiranya Umno-BN ingin ‘meniru’ dasar PAS yang mengetengahkan tokoh agama untuk dijadikan pemimpin, mereka seharusnya mengambil kira semua aspek dan bukannya memilih perkara tertentu sahaja.

“Umno Kelantan buat kenyataan dalam seminggu dua ini nak memlih calon ulama. Dia kebangsaan, pilih ulama. Dah kenapa tidak pilih kebangsaan?

“Nak tiru dengan sebab orang Kelantan suka ulama, pilih ulama. Mana ada ulama dalam kebangsaan. Ulama ertinya orang yang mahir dengan agama Allah,” tambah Nik Aziz lagi.

Bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz turut melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Bicara Ini Demi Ilahi’ terbitan Grup Buku Karangkraf.

Nik Aziz DAP Tidak Takut Kepada Islam Sebaliknya Umno 01