Categories
NASIONAL

Muhyiddin cuma kekal dalam parti ‘nazak’ – Saifuddin

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 3 MAC : Keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Umno tidak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah sebaliknya berkata Umno adalah parti nazak dan kini semakin hilang majoriti besar sokongan rakyat.

najib muhyiddin putrajaya“Saya faham mengapa beliau masih dalam Umno. Mungkin dia berasa yang perubahan dari dalam masih boleh dilakukan.

“Tetapi, Umno hari ini begitu nazak. Saya tak pasti kalau perubahan dapat itu dilakukan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Bangunan SSAAS hari ini.

Muhyiddin dalam sidang medianya pagi ini mengumumkan untuk terus kekal dalam parti itu meskipun digantung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden.

Datuk-Saifuddin-AbdullahNamun kata Saifuddin juga itu, langkah diambil Muhyiddin itu cuma bagi tujuan kedudukan dan bersifat peribadi.

“Saya fikir dia masih kekal pun untuk tujuan siasatan pihak ROS kepada Umno yang menggantung keahliannya tanpa sebab.

“Atau mungkin dia kekal buat sementara ini untuk mencabar (pemilihan) Majlis Tertinggi Umno nanti,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Muhyiddin mahu lebih lantang bersuara

KUALA LUMPUR 3 MAC: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar kesahihan penggantungannya sebagai Timbalan Presiden Umno kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Katanya, beliau akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan bagi untuk memastikan kesahihan tindakan penggantungannya.

najib muhyiddin putrajaya“Saya akan hantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di bawah Seksyen 16 Akta Pertubuhan supaya pendaftar pertubuhan menjelaskan sama ada proses pergantungan saya sah di sisi perlembangaan atau mengikut peraturan,” katanya.

Beliau menyatakan perkara demikian dalam satu sidang media di sini.

Beliau turut mengumumkan kekal sebagai ahli Umno untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Muhyiddin turut menolak dakwaan berkenaan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Katanya jika pendakwaan terhadap Perdana Menteri sebagai konspirasi ia bermakna Perdana Menteri kebal daripada tindakan undang-undang.

“Peguam Negara diminta bertindak dengan adil dan amanah.

“Saya akan terus bersuara dan lebih lantang daripada dahulu,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Terpulang Muhyiddin tubuh parti baru

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 DIS: Terpulang kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal bersama Umno mahupun menubuhkan parti baru ketika perselisihannya bersama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak terus disaksikan semua meskipun salam silaturrahim sudah dihulurkan.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata demokrasi dalam Umno tidak lagi wujud hingga mengakibatkan Muhyiddin tidak dibenarkan bercakap di hadapan perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU).

najib muhyiddin putrajaya“Apa yang saya boleh lihat dari luar, amalan demokrasi dalam Umno yang dipuji Datuk Seri Najib tidak lagi wujud kerana ini merupakan kali pertama Timbalan Presiden tidak dibenarkan berucap.

“Ini merupakan amalan demokrasi tidak sihat,” katanya kepada Selangor Kini.

Namun katanya, rakyat kini bijak menilai berdasarkan pemerhatian semasa sebelum membuat keputusan terbaik untuk mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Muhyiddin: Tunggu keputusan ketua whip, tiada hasrat jadi Pengerusi PAC

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 29 JULAI: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan akur kepada pendirian ketua whip parti itu di Parlimen.

Beliau yang secara rasmi gugur sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) mulai hari ini enggan mengulas lanjut pendiriannya jika terdapat usul berkenaan.

“Saya tak tahu usul undi tidak percaya akan diadakan di Parlimen, ia cuma hipotetikal. Sehingga perkara itu diadakan, kita kena tunggu.

muhyiddin1“Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab, maka saya akan buat keputusan berdasarkan ketua whip dalam Parlimen,” katanya dalam sidang medi di kediamannya di Bukit Damansara, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan barisan kabinet baru yang menyaksikan Datuk Seri Zahid Hamidi menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.

Peralihan itu didakwa mempunyai kaitan rapat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan Najib.

Menjawab sama ada beliau sedia menggalas tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Muhyiddin berkata, tidak berhasrat mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Nur Jazlan Mohamed itu.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang. Biar ia diusul pihak tertentu di Parlimen,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin turut mendedahkan beliau hanya diberitahu penggugurannya daripada kabinet sejam sebelum pengumuman rasmi oleh Najib.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Muhyiddin, Jangan bermimpi!

Oleh: ZURAIDA KAMARUDDIN

UMNO dan BN hanya bermimpi jika mereka fikir bahawa mereka boleh rampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi DUN Cempaka dari Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar yang hilang kelayakan secara tidak adil untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal sebagai kubu kuat dan benteng Pakatan Rakyat. Semangat BN yang tinggi untuk kononnya merampas amat dialu-alukan untuk menguji dan mengukur kekuatan mereka sendiri.

Namun yang sedemikian, jika UMNO dan BN bijak, menyelamatkan diri adalah jalan terbaik untuk mengelak dari malu yang sangat besar pada kemudian hari. Ini kerana rakyat masih terkesan dan kecewa diatas pembunuhan politik Anwar melalui hukuman tanpa keadilan yang disabit baru-baru ini. Jikalau Mahathir masih dengan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”, tetapi sebenarnya “Melayu Tidak Mudah Lupa dan Lawan tetap Lawan!”.

Jangan kita lupa, Najib dan BN adalah orang-orang yang menyebabkan ekonomi Malaysia kini merosot ke tahap yang amat membimbangkan dengan segala hutang dan projek 1MDB. Berbeza pula dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim bekas Menteri Kewangan yang membawa kemakmuran kepada negara. Ini jelas bahawasanya Melayu menderita di tangan UMNO dan BN dengan semua rasuah dan kenaikan harga barang yang mendadak menyebakan rakyat berada di tahap yang amat membebankan.

Situasi kini tidak mudah untuk menerima UMNO yang terus menerus melalukan ketidakadilan terhadap rakyat lebih-lebih lagi apabila kerajaan yang terbentuk ini hanyalah sebuah kerajaan minoriti yang memperolehi sokongan sebanyak 47 peratus pada pilihanraya yang lalu.

Walaupun ia adalah satu tugas yang sukar untuk melawan jentera BN yang menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menang, namun Wanita Keadilan pasti penyokong Pakatan Rakyat akan terus berjuang menentang rejim yang kotor ini untuk mendapatkan semula keadilan di negara ini.

# Zuraida Kamaruddin adalah  Ahli Parlimen Ampang merangkap  Ketua Wanita Keadilan

Categories
NASIONAL

Muhyiddin & Naib Canselor UM perlu letak jawatan, gagal kekang campur tangan politik

SHAH ALAM, 24 JAN: Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Amin Jalaluddin harus melepaskan jawatan kerana gagal mempertahankan kakitangan kampus itu kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lim berkata, Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu melepaskan jawatan kerana kementeriannya campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran universiti.

Lim Kit Siang white 01Lim mengulas isu dua timbalan naib canselor UM yang dilaporkan tidak disambung tugas selepas didakwa tidak menyokong parti pemerintah dan terlalu berlembut dengan mahasiswa.

Mereka adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Rohana Yusof.

“Jika ada individu yang perlu melepaskan jawatan, mereka adalah Muhyiddin Yassin kerana campur tangan politik diteruskan terhadap kebebasan akademik dan kecemerlangan di UM.

“Mohd Amin gagal mempertahankan kakitangan akademik dan pelajar UM terhadap campur tangan politik itu oleh ahli politik dari Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysia Kini.

Categories
NASIONAL

Berlepas ke Jakarta, peletakan jawatan Muhyiddin makin hampir?

OLEH: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 24 JUN: Khabar yang mengatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam kabinet semakin hampir menjadi kenyataan.

Hal itu diperkuatkan lagi apabila Muhyiddin berlepas ke Jakarta dengan beberapa  pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan pertukaran orang keduanya itu.

najib muhyiddin putrajayaDalam blog bekas Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin mendakwa pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai beliau serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Katanya, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan.

“Sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang mengejutkan.

“Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Shahbudin berkata hubungan dingin Muhyiddin dengan Najib sudah lama berlaku kerana dikatakan Muhyiddin tidak bersetuju dalam beberapa perkara tetapi tidak mampu bertindak ekoran pemusatan kuasa yang terlalu tertumpu kepada Najib dan Seri Perdana.

“Sudah lama perkara itu berlaku iaitu sebelum tersebar berita mengenai perletakan jawatan Muhyiddin yang dihebohkan melalui media sosial.

Umno-Najib-Muhyidin-1“Banyak blog turut mendedahkan kesengsaraan yang dialami oleh Muhyiddin sebagai pemimpin nombor dua yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.

“Berbanding ramai pemimpin dan ahli Umno yang kecewa dengan Najib, Muhyiddin mungkin merupakan orang yang paling sengsara,” katanya.

Dalam blog bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin atau Zam juga menulis bahawa Muhyiddin ada memberitahu beberapa rakannya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan dengan alasan faktor usia namun hakikatnya ialah Muhyiddin kecewa dalam beberapa hal.

“Najib pula, disebalik menafikan desas-desus mengenai Muhyiddin tetapi masih lagi menangguhkan rancangannya untuk merombak kabinet, meskipun wakil daripada MCA dan Gerakan yang sebelumnya dipelawa dan dijanjikan jawatan dalam kabinet sudah tidak sabar-sabar mahu berada dalam kerajaan,” katanya.

Shahbudin percaya rombakan kali ini bertujuan untuk menaikkan pangkat sepupunya iaitu Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kewangan.

“Langkah itu pastinya akan membuatkan Muhyiddin tersinggung kerana ia menunjukkan seolah-olah Najib sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya selain tujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan.

“Penafian Najib sambil mengatakan ia hanyalah rekaan politik tetapi dalam masa yang sama masih menangguhkan rombakan kabinet, lebih membuktikan bahawa beliau memang ada rancangan untuk menaikkan pangkat Hishammuddin sambil menyisihkan Muhyiddin secara perlahan-lahan.

“Jika rombakan kabinet sekadar untuk memasukkan wakil MCA dan Gerakan atau menukar portfolio beberapa menteri Umno yang tidak menjejaskan masa depan Muhyiddin, tiada sebab Najib masih menangguhkannya sehingga sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Shahbudin berkata kemungkinan besar isu itu akan ditangguhkan ekoran ianya sudah menjadi perbualan ramai.
EZY

Categories
NASIONAL

Bekas Menteri: Muhyiddin Yassin bakal letak jawatan TPM?

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 JUN: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Zainuddin menulis diblognya di zamkata.blogspot.com menyatakan khabar angin sedang bertiup kencang di seluruh tanah air mengatakan Muhyiddin akan hilang daripada rombakan kabinet yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MuhyidinKatanya, Muhyiddin meletakan jawatan Timbalan Perdana dan akan digantikan oleh Datuk Hishammuddin Hussein Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.

“Muhyiddin memang telah diketahui umum memberitahu hasratnya untuk bersara kepada rakan rakan rapatnya.

“Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal,” katanya.

Katanya mengasaskan khabar angin ini tersebar dengan luasnya kerana beliau banyak menerima pertanyaan mengenainya dari utara , selatan dan timur tanahair.

“Dua orang menteri baru yang pasti akan diantik ialah dari MCA dan Gerakan dan khabarnya Datuk Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri akan berpindah kementerian untuk digantikan dengan Menteri Pelancongan Datuk Nazri Aziz,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

BERSIH: Muhyiddin cuba semarak protes ganas, anggap tindakan Pemuda Umno normal

 

SHAH ALAM, 25 MEI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab sepenuhnya jika protes ganas yang dilakukan anggota Pemuda Umno minggu lalu merebak.

maria chin bersihMemetik Malaysia Kini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, berkata gabungan itu menyifatkan Muhyiddin menyemarakkan api dalam isu berkenaan.

“Kenyataannya bahawa samseng itu hanya mempertahankan maruah parti, ditambah pula dengan sikap acuh tidak acuh polis, menimbulkan persoalan jika sengaja dibuat untuk menjejaskan kestabilan negara dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri,” katanya.

Akibat tidak puas hati dengan ungkapan celaka oleh wakil rakyat DAP, RSN Rayer pada pemimpin Umno, ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur dan pejabatnya di Kuantan menjadi mangsa perhimpunan ganas.

UMNO WP bantah DAP 1Di Kuala Lumpur, ancaman membakar ibu pejabat itu dibuat dan papan tandanya dirobohkan, manakala di Kuantan pula kelihatan beberapa individu menerajang pintu pejabat DAP kerana tidak puas hati.

MCA dan BN mengutuk tindakan itu, namun Muhyiddin sebelum ini berkata, ia hanya ‘reaksi semula jadi apabila dicabar’.

Beliau bagaimanapun berkata, peraturan perlu dihormati dan tidak harus dilanggar.

JURNAL BERITA – ‘Chinese for Chinese’, serlah politik perkauman BN

1. Pengundi Kajang jangan mudah serah salinan kad pengenalan

2. PRK Kajang : PR tolak provokasi, seru penyokong lawan kezaliman

3. Parlimen : Kos terowong bawah tanah MRT RM340 juta tidak rasional

4. Provokasi laga komponen PR, bukti BN terdesak di Kajang

5. FMFA : Mei Fun perlu mohon maaf kepada Kerajaan Selangor

6. Umno-BN akhirnya mengaku biayai PERKASA

7. SAMM : PRK Kajang serlah politik perkauman BN

8. Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

9. Apa motif SPR pindah DUN pengundi?

10. UNISEL : Image East beri peluang pelajar ketengah bakat

11. MBSA anjur Kayuhan Santai Shah Alam edisi kedua

Categories
NASIONAL

ASB2: Strategi Baru, Pendekatan Lama

dr zul ahmad pic mzaSHAH ALAM, 15 SEPTEMBER – Permodalan Nasional Berhad (PNB) memerlukan perubahan struktur supaya ia menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefli Ahmad berpandangan pendekatan sedia-ada antara faktor hasil pulangan yang rendah seperti simpanan tetap 8 hingga 10 peratus sahaja.

Menurut beliau, PNB sebenarnya boleh mengerakkan Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) tanpa perlu menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuat demikian.

“PNB 1 ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.  Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahumemecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan,” jelas Dr Dzulkefli.

PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera. ASB2 diumum semalam oleh Najib Razak sebagai sebahagian dari inisiatif pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Menyifatkan pengumuman Najib itu sebagai melepaskan batuk di tangga, Dr Dzulkefli berpendapat program-program yang diumum tidak mengambil iktibar daripada kegagalan program-program terdahulu. Jelas beliau pendekatan lama hanya membantutkan matlamat mendapatkan pendapat lebih tinggi.

“Pada saya kalau mereka berfikir secara bersungguh, memikirkan dan menganalisa apa lompang serta kegagalan model yang lalu khususnya untuk mengangkat apa yang dikatakan pendapatan berkapita org melayu. Dalam hal ini, saya dapati mereka tidak menganalisa secara mendasar dan struktural.

“Mengambil contoh kalau kita katakan PNB2 mempunyai ‘terms of reference’ yang bukan sahaja mengambil pendekatan jalan selamat tetapi terlibat dalam membangunkan ‘upstream’, ‘down stream’ termasuklah terlibat dalam urusan pasaran.

“Tidak hanya mengambil ekuiti semata-mata tetapi mempunyai keprihatinan seluruh vendor. mereka terlibat dalam menjana nilai tambah dan mempunyai keprihatinan untuk membangunkan seluruh vendor dalam supply change itu,” katanya.

 

 

Categories
NASIONAL

Muhyiddin Mula Tonjol Kuasa Bagi ‘Cabar’ Najib

SHAH ALAM 4 SEPT : Kontroversi berhubung pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula untuk menonjolkan kuasa bagi mencabar bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kedua-dua pemimpin itu sebenarnya sedang menyembunyikan pergeseran bagi perebutan kuasa politik tertinggi negara.

Sebelum ini, Muhyiddin memanggil dua Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu masing-masing dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Dan Sukan berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan Seksyen 114A, Akta Keterangan itu.

Mesyuarat kabinet pada 15 Ogos, dipengerusikan oleh Muhyiddin ketika Perdana Menteri berada di luar negara. Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin memutuskan untuk menegur dua oarang Timbalan Menteri terlibat.

Ini bertentangan dengan keputusan Najib mesyuarat kabinet yang lalu di mana membatalkan keputusan awalnya untuk menegur mereka.

Lebih hangat apabila di negeri kelahiran Muhyiddin iaitu Johor, kini terdapat poster-poster bekas Menteri Besar itu yang menuntut beliau menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

“Dulu dilihat Mahathir dilihat bagai bergabung dengan Najib untuk menolak Pak Lah, kini Muhyiddin menggunakan perkara yang sama untuk barangkali menjatuhkan imej Najib,” jelas Mohamad Sabu ketika dihubungi.

Mohamad Sabu berkata, peluang untuk Muhyiddin menjadi Perdana Menteri semakin tipis jika Najib mendapat mandat sepenggal lagi dalam PRU yang akan datang.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pergeseran antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berlaku sejak sekian lama.

Malahan ujarnya, ia semakin meruncing tatkala Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri dengan menyingkirkan timbalan-timbalannya yang dilihat memberikan ancaman politik.

“Begitu juga dalam kes (Tun)Abdullah Badawi, apabila keputusan pilihan raya 2008 menyebabkan sokongan terhadap Umno-BN semakin lemah dan merosot.

“Maka terdapat tindakan-tindakan politik yang dipelopori oleh Muhyiddin sendiri untuk mengusir dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.

“Saya yakin tindakan ini yang mungkin berlaku di dalam Umno sekarang ini, apatah lagi Najib sebagai Perdana Menteri mempunyai banyak liabiliti dan tanggungan yang boleh mencacatkan nama di pihak BNl,” ujar Shamsul ketika dihubungi.

Tambah beliau,ramai pemimpin-pemimpin Umno yang semakin tidak senang dengan Najib Razak dan isterinya,Rosmah Mansor, yang akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN dalam PRU-13 nanti.

“Justeru, Muhyiddin Yasin selaku timbalan dan malah melihat perkara ini sebagai peluang untuk beliau naik ke atas sebagai Perdana Menteri yang tentunya akan berbuat sesuatu.

“Ini adalah modus operandi yang sentiasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dalam keadaan Umno-BN semakin lemah dalam mendapatkan sokongan padu rakyat,” jelas Shamsul.

Poster misteri menyokong Muhyiddin menggantikan Najib sebagai perdana menteri sebelum PRU13 diedarkan berleluasa di Johor walaupun dinafikan Umno Johor bahawa poster itu dicetak oleh parti itu.

Imej poster itu menunjukkan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi ‘Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13’ di bahagian bawah dan ‘Selamatkan Barisan Nasional’ di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan ‘Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor’.