Categories
NASIONAL SELANGOR

Beribu Pengundi Taman Medan Dipindahkan Tanpa Pengetahuan – BULETIN 13

<iframe width=”420″ height=”315″ src=”http://www.youtube.com/embed/zb-noNGESFE” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 03042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha mendakwa terdapat beribu pengundi di Dun beliau yang ditukarkan lokaliti mengundi tanpa pengetahuan mereka.

2. Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral Besara Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon PKR bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13.

3. Apa kata rakyat dengan dakwaan negara akan muflis jika harga minyak diturunkan dan tol di bandar-bandar utama dihapuskan?

Layari http://www.selangorkini.net

Dr MAZA : Tolak Fitnah, Uja Politik Idea – Buletin 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor akan memanggil pemaju yang masih berhadapan dengan masalah kelulusan projek disebabkan status bekalan air dalam tempoh dua minggu lagi.

2. Orang awam tidak perlu menunggu berminggu-minggu untuk memperoleh status pemeriksaan tanah mereka, sebaliknya hanya memerlukan sehari sahaja untuk berbuat demikian.

3. Kejadian tanah runtuh di Puchong 26 Mac lepas dikenalpasti berpunca dari kebocoran paip pembentungan, paip saluran air bersih dan sistem pengaliran rain water down pipe (RWDP) yang tidak sempurna.

4. Budaya ugutan dan memburukan peribadi pemimpin politik melalui fitnah video seks haruslah dihentikan kerana tindakan tersebut mendorong rakyat memilih pemimpin bukan berdasarkan idea yang dibawanya.

Aktivis PR Berjaya Patahkan Serangan Orang Upahan – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. RM50. Itu adalah nilai yang BN janjikan hingga menyebabkan sekumpulan pelajar merusuh diberkas polis dan kini menghadapi tindakan undang-undang.

Kami ada videonya.

2. Kira-kira 20 anak muda menimbulkan suasana tegang sebelum polis berjaya menyekat sebarang kejadian tidak diingini.

Dari slogan yang dilaungkan, mereka datang untuk Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

3. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tarikh pembubaran Parlimen dikhuatiri memberi implikasi kewangan apabila keputusan eksekutif peringkat pusat dibuat ketika mkandat pemerintahan negeri berakhir.

4. Hanya kerana membantu satu keluarga menyiasat kematian seorang pemuda dalam tahanan polis, wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

PR Selangor Jayakan Cita-cita Anak Anda


 

Sinopsis:

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membantu menjayakan cita-cita anak Selangor dengan berbagai program pendidikan daripada peringkat sekolah hingga ke universiti.Tonton video pendek ini untuk senarai program-program tersebut.

Dengkil dan Masjid Al-Qayyum – Salam Selangor

Episod 103

Sinopsis:

Segmen Kenali selangor edisi Dun Dengkil membawa anda menijau perkembangan selepas 5 tahun pemerintahan Pakatan rakyat di Selangor. Bertempat di Pejabat penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Dengkil yang terletak di Balai Penghulu Dengkil. Tuan Hj Borhan Bin Aman Shah yang diberi amanah sebagai Penyelaras DUN Dengkil sentiasa sibuk tugas dan jadual program kemasyarakatan bagi memastikan Visi Kerajaan Pakatan Rakyat dapat merealisasikan Selangor sebuah Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan serta Misi Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia dan Alam Sekitar dapat dijayakan.

Setelah 5 tahun memikul tanggungjawab sebagai penyelaras DUN Dengkil, nama Tuan Haji Borhan Aman Shah semakin popular dikalangan masyarakat berbilang kaum dkawasan DUN Dengkil atas komitmen yang di lakukan.

Ketokohan dan sifat semulajadi yang mudah mesra dan suka bergaul dengan semua peringkat golongan masyarakat, anak jati Selangor kelahiran Batu Laut, Tanjong Sepat Banting ini sempat berkongsi serba sedikit tentang sejarah hidupnya..

Masjid Al-Qayyum dibina menggunakan peruntukan Geran Selangorku sebanyak RM 900 ribu yang terletak di Taman Armada Putra, Pulau Indah.

Tetamu:
1. Hj Borhan Aman Shah
2. Hajah Rahimah Misran
3. Kamal Hussin Naim
4. Fariza Hassan
5. Mohd Sapinar Osman
6. Hajarah Abdul Samad
7. Nor Azmi
8. Baharuddin Misran
9.Mr. Sumugam
10. Mohammed Hanipa Maidin
11. Hamidah Ali

dengkil

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kajian PRU-13: Sokongan BN Di Sabah Sarawak Dijangka Semakin Kendur – BULETIN 13


Sinopsis

Buletin 13 Untuk 25032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sokongan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap Pakatan Rakyat terus meningkat, sokongan kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) yang bakal berlangsung tahun ini dijangka terus menyusut.

2. Dikala pentadbiran Umno-BN dahulu memberikan kewarganegaraan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dengan mudah, masih ramai lagi rakyat yang lahir di negara ini dinafikan kerakyatannya.

3. Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai jasa pengorbanan dan professionalisma anggota pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh bersenjata di Sabah.

4. Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM80 juta bagi membantu 37,000 penerima dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi program khairat kematian di seluruh Selangor sepanjang pentadbirannya setakat ini.

5. Hasrat penduduk Kampung Nahkoda dan Kampung Melayu Batu Caves Selatan untuk memiliki tanah akhirnya terlaksana.

Sulaman Reben – Salam Selangor

Sinopsis:

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Sembang Buku kali ini menemuramah seorang Usahawan Sulaman Bunga Reben dan penulis buki variasi seni sulaman reben.

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : Suzana Mustafa

reben

Anwar Saman Papagomo RM100 Juta – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 200322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 MAC 2013 :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan setelah beliau memohon maaf atas kenyataannya berhubung kes pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan saman fitnah terhadap blogger pro-Umno, Papagomo kerana menyebar gambar menyerupai Ketua Umum PKR itu di laman sosial pada 16 Mac lalu.

3. Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan segera mengenai siasatan agensi antarabangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

4. Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ.

Layari http://www.selangorkini.net

Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 190322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 MAC 2013 :

1. Bekas Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Liputan TVSelangor ke program Jom Shopping Parlimen Bandar Tun Razak mendapati sambutan positif kumpulan warga emas yang terus mendapat manfaat daripada hasil kekayaan Selangor.

3. Sambutan menggalakkan daripada ibubapa terhadap bantuan tambang bas sekolah menyebabkan Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan skim tersebut di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Pusat Jahitan dan Dataran Anak Muda Kg Parit Serong – Salam Selangor

Episod 101

Sinopsis:

Kampung Parit Serong di kawasan DUN Permatang, Tanjung Karang. Kampung ini antara yang telah mendapat bantuan dari 264 projek pembangunan infrastuktur yang dibangunkan di bawah geran Selangorku.

Kejayaan hasil dari penubuhan pusat Wanita Berdaya atau PWB dapat melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing. Pusat jahitan kampung ini dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar dengan memperuntukkan 4 unit mesin jahit biasa dan satu unit mesin jaht tepi.

Dataran anak muda memuatkan gelanggang bola keranjang, futsal serta pentas yang dibina dengan kos sebanyak rm 160 ribu yang dibiayai daripada peruntukkan RM 20 juta geran Selangorku.

Tetamu:

1. Hj Yahya Sa’ari (Penyelaras DUN Permatang)
2. YB Dr Xavier Jayakumar (Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan
Prihatin)
3. Nur Salam Khalid (Stiausaha AMK)
4. Muhammad Sani Sahri (Pegawai Komunikasi Cabang Tg Karang)

jahit

Categories
SELANGOR

Usahawan Selangor – Salam Selangor

Episod 100

Sinopsis

Saksikan secara langsung “Salam Selangor” yang program baru serta info yang dapat memberi manfaat serta ilmu kepada orang ramai. Salam Usahawan kali ini menemuramah pemimpin bagi mengetahui tentang program-program yang diadakan untuk usahawan di Selangor

Layari http://www.selangorkini.net

Tetamu : YB Rodziah Ismail

PWB

Categories
SELANGOR

Wanita Penentu Perubahan – Salam Selangor

Episod 99

Sinopsis:

Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Kerajaan Negeri Selangor 2013 di sambut meriah di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam pada 9 Mac lalu juga bersempena sambutan 5 tahun pemerintahan kerajaan negeri Selangor.

Bertemakan “Wanita Penentu Perubahan Demi Keselamatan Dan Keamanan Insan”, ia dipilih sejajar dengan hasrat pimpinan pakatan rakyat terhadap wanita selangor khuusnya di mana asas kepada tercapainya keselamatan dan keamanan yang hakiki bermula dengan sebuah kerajaan yang mengkehendaki yang sama untuk semua rakyatnya.

Majlis dirasmikan oleh isteri kepada Dato Menteri Besar Selangor, Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut dan dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail,Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan isteri.

wanita