Categories
SELANGOR

Kongsi perkembangan terkini DEIG di DNS

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Perkembangan terbaru Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) perlu dikongsi di Dewan Negeri Selangor (DNS), kata Yeo Bee Yin (DAP-Damansara).

Beliau berkata, pembentangan kertas putih DEIG juga seharusnya dilakukan pada persidangan seterusnya.

yeo bee yin“Kita diberitahu kertas putih tidak dapat dibentang pada sidang kali ini tetapi saya kira pembentangannya penting dan perlu dilakukan.

“Buat masa ini, kita harap jasa baik Dato’ Menteri Besar untuk memberi sedikit perkembangan terkini DEIG dalam sesi penggulungan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di DNS, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Bee Yin turut menggesa penjelasan Kerajaan Negeri berhubung pinjaman kepada anak syarikat Kerajaan Negeri pada 2014.

“Seperti status pinjaman kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berjumlah ratusan juta.

“Kita juga mahu tahu langkah Kerajaan Negeri dalam memastikan bagaimana kutipan balik dapat dilakukan tanpa kelewatan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pasukan khas pastikan 2 LRA siap pertengahan 2016

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri disaran menubuhkan pasukan khas bagi memastikan projek pembinaan dua loji rawatan air (LRA) siap sekurang-kurangnya pertengahan tahun hadapan.

Yeo Bee Yin (DAP Damansara Utama), berkata ia penting bagi menjamin kelangsungan bekalan air kepada penduduk dan pelabur Selangor.

“Kita perlu pastikan pertengahan 2017, projek LRA Jenderam Hilir dan Kuala Langat siap kerana seperti sedia maklum Langat 2 tidak akan atasi masalah.

yeo bee  yin“Kita juga mahu tahu bila tender terbuka akan dilakukan, pihak mana yang bertanggungjawab dengan pengendalian dan paling penting bila projek akan siap,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Bee Yin berharap agensi berkaitan dapat menggesa Kerajaan Persekutuan menambah baik infrastruktur terutama di Pelabuhan Klang.

“Pelabuhan Klang diiktiraf sebagai pelabuhan kelima terbesar di dunia tetapi sayangnya kemudahan disediakan sekadar tahap dunia ketiga.

“Kita faham kebanyakannya di bawah persekutuan, maka agensi Kerajaan Negeri perlu lebih proaktif mendesak penambahbaikan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tubuh jawatankuasa tangani isu pelarian elak timbul masalah

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 MEI: Kerajaan Persekutuan perlu mengambil pendekatan serius menangani masalah pelarian Rohingya dan Bangladesh dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) serta badan bukan kerajaan (NGO).

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata jawatankuasa pelarian boleh ditubuhkan terdiri daripada badan bebas, NGO yang berkaitan dan UNCHR serta wakil politik tanpa mengira parti.

ROHINGYA-MT-7-622x414Katanya ia bertujuan menerajui dan membuat rangka kerja perundangan serta pentadbiran dalam menangani isu itu.

“Menurut laporan UNHCR, dianggarkan kira-kira 25,000 bertolak dari Teluk Bengal pada suku pertama 2015 melalui laut ke negara ini. Manakala, lebih seribu pelarian Rohingya dan Bangladesh baru tiba di Pantai Malaysia.

“Kami percaya bahawa ini hanya permulaan dan akan lebih banyak pelarian tiba di kemudian hari,” katanya dalam kenyataan.

Yeo membangkitkan persoalan keupayaan Kerajaan Persekutuan mengekalkan status dasar quo dalam menghadapi peningkatan pelarian.

Beliau berkata sebelum ini, Malaysia sudah menjadi destinasi utama bagi pelarian di Selatan Rantau Asia Timur dan negara kekurangan rangka kerja perundangan dan pentadbiran untuk menangani masalah itu.

“Pelarian diiktiraf UNHCR hanya dibenarkan untuk bekerja secara tidak rasmi dan kanak-kanak pelarian tidak dibenarkan pergi ke sekolah kebangsaan.

“Keadaan seperti ini jika tidak ditangani dengan betul, ia akan membawa masalah sosial, kemiskinan dan jenayah,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Tanpa kuasa eksekutif, Pejabat Integriti ibarat harimau tiada gigi

Oleh: AFIX REDZUAN

DAMANSARA UTAMA, 24 APR: Pejabat Integriti yang akan ditubuhkan Kerajaan Negeri perlu diberi kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, penubuhan pejabat itu disambut baik namun umpama harimau tanpa gigi jika tidak diberikan kuasa sedemikian.

“Saya tidak mengetahui peranan Pejabat Integriti sama ada boleh memecat kakitangan, menurunkan pangkat atau mengenakan tindakan disiplin kerana masih belum dimaklumkan.

integriti 4“Kalau ada Pejabat Integriti, paling penting mempunyai kuasa mencukupi. Jika tidak, ia seperti harimau tidak bergigi,” katanya kepada Selangor Kini.

Bee Yin berkata, Pejabat Integriti juga perlu ada kuasa memanggil semua yang terlibat untuk membantu siasatan termasuk Dato’ Menteri Besar.

Katanya, ia harus memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat terutama melibatkan kakitangan awam berpangkat rendah.

Yeo Bee Yin damansara utama 01“Kita perlu memperkukuh dan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat. Itu penting kerana mungkin ada pemberi maklumat daripada kakitangan awam berpangkat rendah,” katanya.

Pada 22 April lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri dalam proses menubuhkan Pejabat Integriti dan menyambut baik cadangan diwujudkan Pegawai Pejabat Hisbah (Ombudsman) yang berfungsi menyiasat aduan awam.

Katanya, ia selari dengan dasar Kerajaan Negeri yang berpegang kepada prinsip pentadbiran bersih dan berintegriti.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pindaan LRT 3: Prasarana perlu adakan perbincangan segera

Oleh: AFIX REDZUAN

DAMANSARA UTAMA, 23 APR: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin meminta Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berbincang berkenaan pindaan jajaran Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) kerana salah satu stesen yang bakal dibina melibatkan kawasan beliau.

Katanya, dalam jajaran trafik menunjukkan Stesen Damansara Utama akan dibina atas rizab Sungai Kayu Ara dan akan mengibatkan kesesakan di dua kawasan berkenaan.

“Prasarana perlu memikirkan langkah penyelesaian trafik dan kemasukan bas awam. Stesen itu bertentangan Damansara Utama dan dipisahkan melalui sebatang sungai.

lrt asia jaya“Persoalannya, bagaimana pengguna ingin menuju ke sana ekoran pemisahan sungai itu. Keadaan di Jalan 5, Sungai Ara yang menjadi tapak binaan LRT itu sangat kecil kerana kawasan kampung dan tidak mesra trafik.

“Kebimbangan juga timbul kerana membabitkan dua jalan sebagai akses kepada tapak pembinaan jajaran iaitu Jalan 21/42 dan Jalan 21/13.

“Mereka bukan sahaja menggunakan jalan itu, bahka masalah lain dijangka bakal menyusahkan kepada penduduk,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Bee Yin berkata, pembinaan di rizab sungai boleh mencetuskan kebimbangan kepada penduduk terutama masalah banjir dan kawasan takungan air pada masa hadapan.

yeo bee  yinPertukaran pembinaan stesen Damansara Utama diketahui melalui laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dimuat turun secara atas talian, pada Februari lalu.

Beliau berkata, cadangan asal pembinaan stesen bermula di Stesen One Utama menuju Centre Point, namun stesen Centre Point diganti dengan Damansara Utama.

” Saya tidak tahu sama ada pelan jajaran berkenaan sudah dimuktamadkan atau tidak. Saya tidak boleh menjawab sama ada jajaran itu keputusan akhir Prasarana.

“Prasarana perlu mengadakan perbincangan bersama kami dan pihak berkepentingan lain,” katanya.n Klang.

LRT 3 yang menempatkan 25 hentian dijangka akan menerima 70,000 pengguna pada tahun 2020 disebabkan pembangunan Lembah Klang.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Azmin adil laksana Kidex, lulus jika syarat dipenuhi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 JAN: Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yakin kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan bertindak adil dalam pelaksanaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Bee Yin berkata, Mohamed Azmin pasti akan bertindak seperti yang disebut dalam Dewan Negeri Selangor, pada November lalu.

kidex1Katanya, Kerajaan Negeri juga akan memastikan segala syarat ditetapkan dipenuhi sebelum kelulusan Kidex diberikan.

“Selain itu, laporan impak trafik juga perlu diteliti dengan melihat kepada laporan positif.

“Jika negatif, maka tidak ada keperluan untuk Kidex diteruskan dan saya yakin Kerajaan Negeri juga akan bertindak bijak demi rakyat,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Mohamed Azmin meluluskan Kidex yang didakwa mampu meleraikan masalah trafik terutama di Petaling Jaya.

yeo-bee-yinTerdahulu, Mohamed Azmin meletakkan tiga syarat yang harus dipenuhi pemaju lebuh raya, Kidex Sdn Bhd sebelum kelulusan diberikan Kerajaan Negeri.

Antaranya, Kidex Sdn Bhd perlu mengemukakan secara terperinci perjanjian konsesi bersama Kerajaan Pusat.

Dua syarat lain adalah pengumuman menyeluruh cadangan kadar tol dan pulangan projek Kidex termasuk pemilikan saham syarikat serta bukti keseluruhan kesan penilaian projek itu memberikan manfaat kepada pengguna juga penduduk Petaling Jaya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

ICAT platform rai OKU, warga emas

Oleh : AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 7 OKT: Persidangan Antarabangsa Untuk Kemudahan Pelancongan (ICAT) 2014 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember depan bakal menjadi platform bagi golongan kurang upaya (OKU) dan warga emas untuk mendapat kehidupan selesa, sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka.

Pengarah Eksekutif Beautiful Gate Foundation For The Disabled, Sia Siew Chin, berkata persidangan kali ke-5 yang akan berlangsung di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan membawa kedua-dua golongan berkenaan ke arah masyarakat global yang lebih inklusif.

mbpj1“ICAT 2014 adalah acara yang bertujuan untuk membawa warga emas dan OKU ke tengah-tengah masyarakat global yang lebih inklusif, dalam masa sama untuk mewujudkan kesedaran berhubung berpotensi dan pasaran khusus mengenai hal ini.

“Ia adalah acara pertama antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia dan secara positif akan membawa kepada peningkatan pengiktirafan dan galakan daripada dasar dan tindakan untuk menggalakkan pelancongan yang boleh diakses untuk semua,” katanya.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan pada persidangan itu adalah Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa berkaitan Kemudahan Pelancongan, Pertandingan Foto Antarabangsa, Pertandingan Nyanyian dan Tarian untuk OKU serta Konvoi Kesedaran.

mbpj3

Dimaklumkan lebih sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) yang akan terlibat dalam penganjuran persidangan kali ini, antaranya Majlis Pemulihan Malaysia (MCR), Pertubuhan Sukarelawan Heap Hope, At-Home Creative dan sebagainya.

HM

Categories
SELANGOR

MRT Corp digesa pastikan projek tidak ganggu penduduk dan pengguna jalan raya

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 17: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) digesa mengambil tindakan bagi mengurangkan gangguan kepada penduduk dan pengguna jalan raya di sepanjang tapak pembangunan lingkaran MRT.

ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata kejadian paip pecah di Persiaran Suria, Mutiara Damansara, mengakibatkan kekacauan lalu lintas sekitar kawasan pusat membeli belah The Curve, Ikano dan IKEA tengah hari kelmarin.

paip pecahKatanya kejadian itu menyebabkan pili air ditutup bagi menghentikan limpahan air dan berlaku gangguan air di sekitar Petaling Jaya, termasuk Seksyen 11 ke 14, Seksyen 19-21, FTZ, SS1-SS0, Sungai Penchala, Kampung Kayu Ara, Universiti Malaya, Pinggirin, PJU 7, SS22 dan SS25.

“MRT Corp mesti menyiasat dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang kembali,” kata Yeo dalam satu kenyataan media.

Katanya, beliau runsing dengan cara MRT Corp mengendalikan pembangunan projek MRT memandangkan gangguan utiliti bukan sahaja memberi kesan kepada kelangsungan hidup penduduk tetapi juga aktiviti komersial yang berjalan sekitar.

yeo-bee-yin“Kita berharap agar MRT Corp tidak akan mengambil mudah toleransi yang ditunjukkan oleh orang ramai serta segera mengambil langkah perlu bagi memperbaiki pengurusan projek dan kontraktor mereka,” katanya.

Yeo berkata, beliau berharap supaya Syabas, TNB dan TM mengemaskini pelan utiliti di sekitar tapak pembangunan demi memastikan bahawa semua kontraktor mempunyai maklumat lengkap mengenai lokasi paip dan kabel untuk merancang projek pembinaan.

“MRT Corp perlu menambahkan komunikasi dengan orang awam demi memberikan penjelasan lebih baik tentang projek mereka kepada pihak berkepentingan serta mendapatkan maklumbalas daripada mereka.

“Memandangkan masih ada lebih kurang 3 tahun dari sekarang sehingga siapnya fasa pertama, MRT Corp dan semua pihak berkaitan patut duduk bersama dan mencari penyelesaian yang baik meminimakan kesulitan akibat kerja pembangunan MRT itu,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

RM50juta bazir beli peralatan Bomba, boleh bagi bonus RM3,800 seorang

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 25 JAN: Kerajaan Pusat patut memberikan penjelasan berkenaan perbelanjaan RM50 juta Kementerian Kewangan membeli peralatan tidak penting bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibuat tanpa tender terbuka.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata Kerajaan Pusat mesti jujur dan telus sekiranya Jabatan Bomba dan Penyelamat dipergunakan sebagai satu saluran memperkayakan satu pihak dengan merugikan faedah anggota bomba serta keselamatan orang awam.

bomba 1Katanya, perbelanjaan RM50 juta itu boleh digunakan untuk membayar gaji 13,000 anggota bomba (bergaji rendah) – malah boleh dijadikan bonus sebanyak RM3,800 seorang anggota.

“Kami percaya bahawa Jabatan Bomba akan lebih mendapat manfaat sekiranya dana tersebut digunakan untuk membayar anggota bomba dalam bentuk bonus ataupun kenaikan gaji.

“Pada waktu ini, ramai anggota bomba menerima bayaran rendah – gaji pokok seorang anggota muda adalah kurang dari RM1000, malah Ketua Balai pun digaji sekadar RM3,800,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan media.

Katanya, , anggota Bomba tidak berhak untuk tuntutan lebih masa. Dalam skim gaji sedemikian, yang lebih rendah berbanding PDRM, walaupun dengan beberapa elaun, ramai anggota bomba merasakan sukar sekali untuk menampung keluarga, terutamanya yang bekerja di kawasan Lembah Kelang.

“Ini pastinya akan dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung keluarga ahli bomba terutamanya dalam keadaan harga barang yang kian meningkat serta memberikan impak moral yang tinggi kepada jabatan tersebut,” katanya.

yeo bee  yinBeliau berkata, seperti yang didedahkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (Public Accounts Committee, PAC), kerajaan Barisan Nasional telah sekali lagi memperlihatkan kekurangan akauntabiliti dalam membelanjankan wang rakat.

Ia dengan menghabiskan sebanyak RM50 juta membeli “CCS Cobra Cutting Extinguisher E300” melalui rundingan terus yang dibuat meskipun Jabatan Bomba tidak berkehendak untuk peralatan tersebut.

“Kenapa Putrajaya begitu bermurah hati membayar pembekal melalui rundingan terus tetapi memberi bayaran yang begitu ‘ciput’ kepada anggota barisan hadapan yang melindungi nyawa dan harta benda rakyat?,” katanya

Katanya lagi, seandainya RM50 juta itu digunakan untuk membeli jentera bomba yang begitu diperlukan oleh balai seluruh negara, ia pastinya menambah keberkesanan anggota bomba dalam menangani kecemasan akibat kebakaran serta menjaga keselematan mereka sendiri sewaktu melaksanakan tugas.

EZY

 

Wanita bertudung mesti bebas dari diskriminasi

yeo bee  yinSHAH ALAM 11 SEPTEMBER : Mana-mana syarikat tidak boleh mendiskriminasikan wanita-wanita yang bertudung dalam proses pengambilan kerja atau perlantikan jawatan, tegas Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Beliau berkata, majikan sepatutnya menghormati hak kakitangan melaksanakan tuntutan agama dan tidak wajar pihak majikan memaksa mereka untuk meninggalkan tuntutan itu.

“Pihak syarikat patut mengambil pekerja mereka berasaskan merit dan kecekapan,” kata Bee Yin dalam kenyataan medianya.

Baru-baru ini tersebar status Facebook seorang wanita, Mira Kamil, tersebar luas apabila beliau berkongsi pengalamannya didiskriminasi hanya kerana beliau bertudung.

Beliau mendakwa tidak diterima bekerja di beberapa kedai bertaraf antarabangsa di KLCC hanya kerana beliau melaksanakan tuntutan agamanya.

“Syarikat perlu melayan calon pekerja mereka secara adil dan saksama dalam proses pengambilan kerja,” kata Bee Yin.

Jelas Bee Yin, Perlembagaan Persekutuan menyatakan, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.

Malahan tidak boleh juga berlaku diskriminasi dalam pelantikan kepada jawatan atau pekerjaan.

“Ekonomi akan mendapat manfaat apabila syarikat bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi dengan pekerja terbaik diambil bagi menguruskan syarikat,” kata beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB harap lesen tubuh polis bantuan disegerakan

khalid

SHAH ALAM 21 OGOS : Kerajaan Negeri masih menunggu lesen dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membenarkan penubuhan pasukan Polis Bantuan di Petaling Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri ketika ini mengharapkan permohohan itu diluluskan dengan secepat mungkin.

“Kita masih meminta supaya Kerajaan Pusat terutamanya pihak polis untuk memberikan kita lesen tubuhkan pasukan itu bagi membantu memantau keselamatan dan ketenteraman awam.

” Walaupun terdapat kos pengendalian, kita sanggup berikan dana untuk perkara itu kerana ia penting. Kita harap ia diselesaikan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Semalam, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin mendakwa polis memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan bagi mempertingkatkan keselamatan di premis-premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Mahkamah.

Yeoh berkata pasukan Polis Bantuan dengan kekuatan 50 anggota itu boleh membantu PDRM menumpukan rondaan keselamatan di kawasan-kawasan lain.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata ia merupakan projek perintis yang akan ditambah mengikut keperluan dari masa ke semasa dan perlu berkembang ke kawasan PBT lain.

Katanya, beliau menyambut baik perkara itu namun bilangan anggota polis bantuan itu perlu mengikut nisbah antara populasi penduduk mengikut keperluan.

“Kadar nisbah seorang anggota polis 1:1000 ia terlalu ramai, jadi kita rasa ia mesti dikurangkan kepada nisbah 1:300, itu yang perlu dibuat,” katanya.

– HM

Categories
NASIONAL SELANGOR

20,000 tandatangani petisyen polis bantuan di Lembah Klang

POLIS

SHAH ALAM , 19 OGOS : Sebanyak 20,000 tandatangan berjaya diperolehi untuk petisyen kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar meluluskan permohonan dari PBT-PBT di Lembah Klang untuk menubuhkan Polis Bantuan.

Dua minggu selepas kempen itu dilancarkan, desakan orang-ramai mendorong PDRM memberi kelulusan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menubuhkan pasukan Polis Bantuan dengan kekuatan merekrut 50 anggota.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata usaha akan terus dipertingkatkan bagi mencapai sasaran sebanyak 100,000 tandatangan dalam masa terdekat.

“Kita akan meneruskan kempen ini dari masa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam berkenaan keperluan polis bantuan bagi pencegahan jenayah,” kata beliau ketika dihubungi.

Kempen itu yang dilancarkan pada 4 Julai lepas di Dewan Negeri Selangor (DNS) bertujuan mendesak Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Selangor membentuk pasukan polis bantuan.

Orang ramai boleh menyertai kempen dengan mendapatkan borang di pejabat Adun Pakatan Rakyat atau dari laman web : www.safercity.com.my

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai petisyen ini, Sila hubungi:

No Telefon : +6016 878 2472
Alamat E-mail : [email protected]

Alamat Surat Menyurat :
Petisyen Polis Bantuan55M,
Jalan SS21/1A, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor