Categories
SELANGOR

MB puji kematangan pemilihan Ahli Majlis PBT

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 14 JAN: Sikap matang ditonjolkan KEADILAN, DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) berkenaan pengagihan kerusi Ahli Majlis di Selangor dipuji Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar itu berkata, semua parti menyedari jawatan itu bukan sebagai ‘anugerah politik’, sebaliknya tanggungjawab yang perlu dipikul untuk menyelesaikan isu di kawasan masing-masing.

suk“Keputusan sudah muktamad, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan umumkan dan mereka angkat sumpah minggu depan.

“Semua parti termasuk AMANAH sudah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan itu, saya berterima kasih atas sikap matang ditonjolkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di SUK, hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, peruntukan kerusi itu sudah ditentukan dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pertama berdasarkan permuafakatan bersama.

Katanya, tidak timbul isu ancaman dalam menentukan kedudukan itu dan menyifatkannya sebagai sensasi media yang sengaja digembar-gemburkan.

“Di Selangor saya gembira kerana semua parti tunjukkan kematangan berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik.

“KEADILAN, DAP, PAS dan AMANAH dapat menunjukkan muafakat baik di Selangor dan harus menjadi contoh untuk diteladani,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

KEADILAN tolak ansur, lepas 19 kerusi Ahli Majlis

SHAH ALAM, 7 JAN: Kuota pembahagian kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor diselesaikan melalui sikap tolak ansur KEADILAN.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei, berkata kuota KEADILAN menyusut daripada 120 kerusi kepada 101 untuk penggal baharu bermula 15 Januari 2016 hingga 31 Disember 2017.

Katanya, tindakan itu bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan lancar yang menjadi keutamaan semua.

“Kita bukan mengalah tetapi bersetuju bertolak ansur demi kestabilan pentadbiran Kerajaan Selangor.

shuhaimi isu lompat parti“Pastinya dalam proses perbincangan ini ada yang setuju dan sebaliknya, tetapi akhirnya kita dapat keputusan di mana PAS, DAP dan KEADILAN mestilah meletakkan kepentingan Kerajaan Negeri di tempat utama,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Shuhaimi berkata, PAS kekal dengan jumlah kerusi sedia ada dan bertambah tiga, manakala PKR pula bertindak melepaskan 19 kerusi kepada DAP, PAS dan juga Parti Amanah Negara (AMANAH).

Katanya, penambahan itu susulan formula sebelumnya di mana PAS sepatutnya mendapat satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Ahli Majlis, ketua kampung dan jawatan lain setelah dikurangkan satu kerusi Exco.

“Proses untuk mendapatkan sesuatu akan membingitkan, namun ia harus dihadapi kerana kita sentiasa mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan tidak puas hati dan menerima kelebihan serta kekurangan,” katanya yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor.

Mengulas keadaan parti itu terpaksa mengorbankan 19 kerusi milik mereka, Shuhaimi berkata, ia adalah jalan terbaik untuk menamatkan konflik berkenaan.

“DAP juga berikan beberapa kerusi, jika ikutkan mereka pun dapat satu per tiga daripada perjanjian terdahulu, namun mereka juga sedia tolak ansur,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

MB: Ahli majlis PBT diumum sebelum 16 Januari

OLEH : NORHAYATI UMOR

AMPANG, 5 JAN: Pengumuman perkhidmatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) tetap diputuskan sebelum 16 Januari depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tidak ada penangguhan berlaku kerana Kerajaan Negeri sudah memuktamadkan keputusan terbabit minggu lalu.

“Perkara itu dibincangkan dan beliau percaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan penyertaan semua parti politik sebagai ahli majlis.

mb markshort web 5“Ia bukan isu. Perkara itu dibincangkan dan saya percaya Kerajaan Negeri menimbangkan penyertaan semua parti politik.

“Kita membuat keputusan dan berkuat kuasa pada 16 Januari. Tak ada penangguhan dan akan umumkan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Bas Percuma Smart Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas soalan pemberita berhubung sama ada Kerajaan Negeri sudah membuat keputusan untuk memperuntukkan mana-mana kerusi majlis tempatan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri menerima prinsip demokrasi dalam semua parti politik dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

EZY

Categories
SELANGOR

Ahli Majlis MPSJ berbaju kuning sokong BERSIH 4.0

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 26 OGOS: Beberapa Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggayakan baju berwarna kuning dengan tulisan ‘BERSIH 4’ ketika menghadiri mesyuarat penuh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, hari ini.

IMG_8726Mereka masih mengenakan pakaian separuh rasmi seperti yang diperuntukkan dalam etika menghadiri mesyuarat walaupun hadir dengan gaya berkenaan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bermula sekitar jam 10.00 pagi dan berlangsung lancar.

Sejurus selesai mesyuarat pada jam 1.oo petang, 18 Ahli Majlis berkenaan merakamkan gambar kenangan dengan penuh keceriaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ahli Majlis sambut baik batal Kidex

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 FEB: Ahli Majlis MBPJ Zon 17, Raja Fairus Raja Mazlan menyambut baik keputusan pembatalan Kidex seperti diumumkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Sebagai Ahli Majlis, kita menyambut baik keputusan itu dan akan terus bersama Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, selepas ini sudah tentu ada rundingan yang memerlukan penglibatan banyak pihak dalam isu ini,” katanya.

kidex2Cynthia Gabriel dari zon 12, pula menyifatkan keputusan yang dibuat Dato’ Menteri Besar adalah tepat dan berasas.

“Kami memang positif dan gembira dengan keputusan itu kerana ia adalah keputusan tepat selepas mempertimbangkan semua perkara.

“Selama ini, banyak bantahan dari pelbagai pihak dalam isu ini kerana ia merupakan projek yang tidak memberi manfaat kepada penduduk malah membahayakan penduduk sekitar,” katanya.

Pada 6 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek KIDEX selepas syarikat konsesi gagal mematuhi tiga syarat ditetapkan seperti diminta sebelum 14 Februari 2015.

Keputusan itu dibuat selepas meneliti maklum balas orang ramai selain berpendirian pembinaan lebuh raya di Selangor perlu bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi turut dinikmati penduduk di lebuh raya itu dibina.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelantikan 23 Ahli Majlis baru diluluskan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 OKT: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor meluluskan 23 pelantikan baru Ahli Majlis dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mengisi 55 kekosongan kerusi seluruh Selangor.

Pelantikan itu membabitkan dua kerusi bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Pelantikan baru itu turut membabitkan tiga bagi Majlis Perbandaran Klang (MPK), satu bagi Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), dan empat bagi Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

sumpah ahli majlis baruExco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah berkata, baki 32 lagi kekosongan akan diisi sebaik sahaja Kerajaan Negeri menerima nama daripada PKR, DAP dan PAS untuk mengisi baki kouta masing-masing.

“Kerajaan Negeri meluluskan 23 orang Ahli Majlis. Kekosongan di bawah kuota PKR adalah 48. Jadi, kita isi 23, manakala 25 lagi kerana masalah dokumentasi tak lengkap seperti tidak ada sijil yang diminta dan sebagainya.

“Kalau mereka boleh serahkan sijil dengan cepat, kita boleh luluskan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat ini,” kata Ean Yong dalam sidang media di pejabat beliau di tingkat 15, Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Katanya, kelewatan perlantikan Ahli Majlis baru mampu memberi kesan terhadap mutu perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat Selangor.

eanSelain PKR yang mempunyai baki kouta 25 kerusi yang perlu diisi, PAS turut memiliki baki kekosongan untuk dua kerusi dan lima kerusi bagi DAP.

Beliau berkata, pelantikan 23 Ahli Majlis baru itu akan berkuatkuasa sehingga tahun hadapan berikutan permintaan PKR sendiri yang memendekkan tempoh kepada hanya setahun bagi setiap penggal berbanding PAS dan DAP selama dua penggal.

Ean Yong juga berharap Ahli Majlis yang baru dilantik itu mampu memikul tanggungjawab dan amanah untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat Selangor.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

MB: Ahli Majlis kekal, 51 kekosongan dibuka kepada rakyat Selangor

Kerajaan Selangor memutuskan semua Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sedia ada dikekalkan jika mereka bersedia untuk terus berkhidmat di bawah kerajaan negeri rakyat ini.

Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang diadakan  hari ini selepas mengambil kira senario politik semasa di negeri ini dan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya tempatan.

Bagi mengisi kekosongan 51 jawatan Ahli Majlis PBT di seluruh negeri,  MTES membuat keputusan supaya tawaran untuk mengisi sebahagian kekosongan itu dibuka kepada rakyat Selangor yang berkelayakan.

Kerajaan Negeri  mahu memastikan khidmat kesemua PBT di negeri ini kepada rakyat  dipertingkatkan  selari dengan taraf negeri Selangor negeri maju,.

Sehubungan itu, Kerajaan Selangor mengalu-alukan rakyat Selangor dari golongan profesional dan aktivis masyarakat untuk memohon menjadi Ahli Majlis sekaligus sebahagian daripada kerajaan rakyat ini.

Iklan tawaran ini untuk mengisi kekosongan Ahli Majlis ini akan disiarkan dalam akhbar-akhbar utama dalam tempoh terdekat ini.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Categories
SELANGOR

19 angkat sumpah ahli majlis MBPJ, ikrar terus khidmat cemerlang

Oleh: Afix Redzuan

PETALING JAYA, 19 FEB: Seramai 19 orang daripada 25 mengangkat sumpah pengakuan penerimaan jawatan dan menandatangani surat akujanji integriti sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk sesi baru 2014-2015.

Upacara Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis dibuat dihadapan Datuk Bandar, Datin Paduka Alina Ahmad di sini hari ini dengan dimulakan oleh Ir Lee Suet Sen dan diikuti dengan 18 ahli yang lain.

ahli majlisTempoh perkhidmatan Ahli Majlis daripada PAS, DAP dan NGO bermula dari 5 Februari 2014 sehingga 31 Disember 2015 sementara Ahli Majlis dari PKR akan berkhidmat untuk tempoh setahun dari 5 Februari 2014 hingga 31 Disember 2014.

Dalam pada itu, Halimey Abu Bakar, 40, bersyukur dan gembira apabila dilantik semula menjadi Ahli Majlis untuk sesi kali ini.

Katanya, pelantikan semula ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melaksanakan kerja tertangguh sebelum ini dan akan memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah kemasyarakatan serta gejala sosial.

“Pelantikan semula ini saya gembira kerana saya ingin laksanakan tugasan saya yang tertangguh sejak 2008 hingga 2011.

“InsyaAllah dengan musim baru ini saya akan cuba selesaikan perkara yang belum diselesaikan dan ditambah baik,” katanya.

Bagi Ang Ming Ern, 34, ini merupakan penyertaan pertama beliau dalam pasukan Ahli Majlis MBPJ dan berharap banyak masalah di kawasan bandar dapat diselesaikan.

“Saya gembira untuk turut serta. Saya rasa kami boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan perbezaan untuk kebaikan bandar ini.

“Saya rasa isu yang paling penting adalah kebersihan dan keselamatan. Ini keutamaan kita, selepas itu kita akan tengok isu lain untuk diketengahkan,” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Pusat tubuh JPP hanya kelirukan rakyat

Naeem Raffi

SHAH ALAM 12 NOV : Tindakan Kerajaan Pusat mewujudkan Jawatakuasa Perwakilan Penduduk (JPP) bagi menyokong program pembangunan masyarakat khususnya di kawasan bandar hanya mengelirukan rakyat kerana ia mempunyai peranan sama ahli majlis.

raja fairuzAhli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Raja Fairuz Raja Mazlan, berkata konflik dan kecelaruan di kalangan rakyat akan timbul apabila wujud dua pihak memegang peranan sama di sesuatu kawasan.

“Tindakan Kerajaan Pusat ini seolah-olah sengaja mahu menganggu-gugat dan memecah belahkan hubungan yang terjalin antara masyarakat dan ahli majlis,” katanya kepada Selangor Kini,

Fairuz berkata kewujudan entiti di bawah kelolaan Kerajaan Pusat itu bersifat politik yang mempunyai agenda tersembunyi.

“Kewujudan JPP seolah-olah ingin menonjolkan peranan Kerajaan Pusat sebagai juara dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Ia sekaligus menyemai persepsi negatif kononnya Kerajaan Selangor, PBT dan ahli majlis gagal membawa dan menyelesaikan isu rakyat sehingga terpaksa merujuk kepada JPP,” katanya.

Sebelum ini, Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata beliau kesal apabila kerajaan pusat bertindak mengumumkan perkara itu tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan dan ia mungkin melanggar Perlembagaan.

-EZY

Kerajaan Selangor bantu penduduk Kg. Buloh Telor atasi tebing sungai runtuh

Sinopsis

FOKUS Untuk 07112013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Penduduk Kampung Buloh Telor kini boleh menarik nafas lega apabila runtuhan tebing sungai yang merosakkan satu-satunya jalan menghubungkan perkampungan Orang Asli itu akan dibaiki sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

2. Kerajaan Selangor komited membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk Kampung Buloh Telor dengan menyediakan pelbagai prasarana untuk kemudahan penduduk kampung Orang Asli itu.

3. Tourism Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan mengambil inisiatif mempromosikan tempat pelancongan dan rekreasi di sekitar Selayang.

4. Pertubuhan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (SAHABAT) adalah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan bagi membantu dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan serta emosi pesakit ketika menjalani rawatan serta pemulihan di hospital.

5. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kekal fokus dalam usaha membangun sektor infrastruktur pengangkutan awam dan pengurusan lalu lintas yang efisyen serta berintegrasi bagi memastikan kemudahan juga keselesaan penduduk sekitar.

Categories
SELANGOR

Jawatankuasa Perwakilan Penduduk bertujuan politik dan rampas kuasa PBT

Sim-Tze-TzinKUALA LUMPUR 7 NOV : Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang ditubuhkan kerajaan pusat bagi menyokong program pembangunan masyarakat disifatkan mempunyai tujuan politik dan cubaan rampasan kuasa daripada kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, berkata fungsi JPP yang dicadangkan kerajaan pusat didapati sama dengan tugas ahli majlis dan mungkin melanggar Perlembagaan.

Katanya, JPP yang tertumpu di kawasan bandar itu akan mensasarkan PBT di negeri Pakatan Rakyat (PR) dan mungkin bertujuan bersaing dengan ahli majlis lantikan kerajaan negeri.

“Penubuhan JPP diputuskan selepas Barisan Nasional (BN) gagal meraih undi majoriti daripada penduduk di kawasan bandar ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

“Kami syak kerajaan pusat ingin memusatkan kuasa dengan menubuhkan JPP sebagai ‘Ahli Majlis Lantikan Persekutuan’ yang jelas bercanggah dengan Perlembagaan kerana PBT adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Saya menyeru kerajaan tempatan dan kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap inisiatif ini,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, adalah lebih baik jika kerajaan mebenarkan pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memberi mandat yang lebih besar kepada pentadbiran PBT.

Beliau berkata, pilihan raya itu dijamin akan menjadikan ahli majlis sedia ada lebih efektif dalam urusan pentadbiran dan perbandaran.

“Penubuhan JPP hanya membuang masa dan peruntukan kerajaan kerana akan menghadkan kuasa PBT yang sebenarnya terletak di bawah kerajaan negeri. Kerajaan pusat harus akur berkenaan kuasa PBT yang terletak di bawah kerajaan negeri dan elakkan daripada melanggar kuasa,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan bajet sejumlah RM63 juta untuk menubuhkan 24 zon JPP di setiap PBT, pada 25 Oktober lalu,

JPP akan bertindak sebagai satu entiti yang dianggotai wakil masyarakat setempat bagi menyokong program pembangunan masyarakat, di samping menangani isu perbandaran di kawasan PBT dan inisiatif terbaru itu adalah hasil maklum balas yang menunjukkan kebanyakna penduduk bandar tidak memahami dengan jelas berkenaan program dana dasar kerajaan, ketika PRU-13 lalu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan perlu turun harga bahan api ikut pasaran dunia

ron95

KUALA LUMPUR 31 OKT – Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan subsidi bahan api sebanyak RM2.326 bilion dalam pembentangan Belanjawan Negara 2014 kerana kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM3.3 bilion tahun hadapan.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, berkata pertambahan subsidi menjadikan jumlah perbelanjaan meningkat kepada RM22.341 bilion, namun hanya RM20.015 diperuntukkan dalam Belanjawan Negara 2013.

“Subsidi minyak untuk tahun depan akan meningkat sebanyak 11.62 peratus iaitu daripada RM20 bilion ditingkatkan kepada RM22 bilion. Harga subsidi minyak perlu ditingkatkan bukan dikurangkan.

“Jadi kita ada persoalan besar, kenapa subsidi perlu meningkat secara mendadak kerana pengumuman Perdana Menteri menjelaskan bahawa RON95 dan Diesel ditingkatkan 20 sen membolehkan penjimatan RM3.3 bilion dicatat tahun 2014, pada September lalu,” katanya pada sidnag media, di Parlimen, di sini, hari ini.

Wei Aik berkata, harga minyak semasa dunia menurun berikutan keredaan krisis di Syria dan Iran ke paras USD102 satu tong dan beliau turut mendesak kerajaan menurunkan harga bahan api selaras dengan penurunan harga pasaran dunia.

“Harga bahan api adalah masalah besar yang membebankan rakyat kerana mereka ingin harga diturunkan bukan semakin bertambah,” katanya.

Antara negara yang mengurangkan harga minyak adalah India, Taiwan, Ghana, Vietnam, Bermuda, Afrika Selatan, Georgia dan China, dalam tempoh hampir tiga bulan lalu. -NFN-