Categories
SELANGOR

‘Langkah Pekan’ lebih tepat, ‘Langkah Rawang’ hanya propaganda

SHAH ALAM, 23 OKT : PKR lebih fokus melakukan ‘Langkah Pekan’ demi menyelamatkan negara berbanding ‘Langkah Rawang’ yang hanya bersifat propaganda, kata Adun Rawang, Gan Pei Nei.

Tidak hanya menafikan, Pei Nei juga menyelar pencetus propaganda ‘Langkah Rawang’ itu sebagai terdesak dalam usaha mengalihkan perhatian rakyat yang kini tertumpu kepada krisis negara.

Gan pei nie“Jelas proganda ini dibuat oleh pihak terdesak untuk lihkan perhatian terhadap krisis dalaman Umno-BN dan undi tidak percaya terhadap Najib serta skandal 1MDB.

“(Propaganda) juga untuk pecah belahkan PKR dan burukkan imej parti kita!” katanya dalam menerusi Facebook.

Sebelum ini, Blog Babab.net, mendakwa ‘Langkah Rawang’ bertujuan menggantikan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang kini menyertai PKR, Datuk Saifuddin Abdullah.

Mohamed Azmin turut menafikan spekulasi itu.

“Apa dia, Langkah Rawang? Tidak ada, janganlah dengar spekulasi. Saya tidak pernah dengar (Langkah Rawang) sebab itu tidak betul,” lapor Utusan Malaysia.

-nR-

Categories
SELANGOR

Elak guna bekas polystrene pastikan alam tidak tercemar

Oleh: LIZAWATI MADFA

PETALING JAYA, 28 APR: Masyarakat disarankan tidak menggunakan bekas polystyrene bagi menjamin kelestarian alam sekitar disebabkan bahan itu sukar dilupuskan.

Timbalan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Gan Pei Nei berkata, gerakan kempen dijalankan bagi memberi kesedaran dan ilmu dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

11146342_888603911199081_2709414275952660230_n“Sebelum ini pada 2011 kita adakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik dan menerima reaksi positif masyarakat yang mula membawa beg guna semula ketika berbelanja.

“Pada kali ini, kita melangkah setapak dengan Kempen Zero Polystyrene supaya masyarakat tahu bahan itu tidak baik untuk alam sekitar kerana sukar dihapuskan,” katanya dalam sidang media.

Terdahulu, beliau merasmikan Petaling Jaya Environmental Expo 2015 serta melancarkan Kempen Zero Polystyrene di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini pagi ini.

Hadir sama Timbalan Datuk Bandar MBPJ, Johary Anuar yang turut mengiringi Pei Nei melawat gerai-gerai pameran.

Mengulas lanjut, Pei Nei menyeru rakyat terutama persatuan penduduk menjalin kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan menganjurkan kempen kesedaran.

“Mereka boleh adakan di kawasan tempat tinggal mereka untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat,” katanya.

EZY

Adun, PKR gesa kenaikan bayaran lesen (fee) niaga ditangguh untuk kajian semula

Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong menggesa Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan aduan menangguh dan mengkaji semula penyelarasan kadar bayaran lesen (fee) niaga Pihak Berkuasa Tempatan.

“Kaji semula dasar ini supaya tidak membebankan rakyat. Sekarang bukan masanya untuk kita naikkan harga lesen atau mana-mana kadar dibawah PBT,” kata Pei Nei.

Lawatan tapak jalan utama Bandar Country Homes

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Gentian optik perkukuh komunikasi rakyat dan pimpinan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 25 NOV : Selangor berhasrat menzahirkan ‘fiber optic linkages’ atau hubungan gentian optik bagi mewujudkan sistem komunikasi yang berkesan dalam usaha menghubungkan rakyat dengan pemerintah negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata rancangan itu masih dalam kajian menyeluruh dan sedang dalam pertimbangan dengan pihak Telekom Malaysia.

“Kita mempunyai rancangan untuk menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook sebagai medium sistem terbabit.

sidang dun 21-11-13 - 5“Jika rancangan ini menjadi kenyataan, mungkin kita akan dapat mengawal pemberitaan, namun ia tidak menepati kod kebebasan bersuara mengikut pandangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Gan Pei Nei (PKR-Rawang) berhubung rancangan kerajaan negeri menggunakan aplikasi telefon pintar bagi menyalurkan berita dengan lebih berkesan.

Cover Selangorkini Oktober 3-2013Terdahulu, Abdul Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) menjawab soalan daripada Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) berkenaan senarai keanggotaan dan perbelanjaan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang menguruskan akhbar mingguan kerajaan negeri, Selangor Kini.

Beliau menjelaskan, CCSB mempunyai 61 warga kerja dengan perbelanjaan sebanyak RM 840, 000, pada 2009 dan seramai 84 pekerja dengan perbelanjaan mencecah RM 3.4 juta (2010).

CCSB mencatat jumlah 91 warga kerja dengan perbelanjaan RM 3.7 juta (2011), 67 warga kerja dengan perbelanjaan sebanyak RM 3.4 juta (2012) dan 58 warga kerja membabitkan perbelanjaan RM 2.5 juta, sehingga September lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Rasuah boleh kucar-kacirkan negara

mb hari belia 01
SHAH ALAM 25 OGOS: Golongan belia mesti menolak amalan rasuah kerana ia membawa kesan buruk dan boleh menyebabkan negara kucar-kacir, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Ia boleh menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ia menimbulkan masalah lain meliputi kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.

mb hari belia 03

Rasuah boleh menghancurkan pentabiran dan kepemimpinan sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia mahupun di Asia Barat, Eropah, Afrika dan Latin Amerika,” kata Menteri Besar itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Selangor 2013 bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, malam tadi.

mb hari belia 04Majlis itu diserikan dengan pelbagai program termasuk Bicara Santai menampilkan arits terkenal, Afdlin Shauki dan Man Raja Lawak serta Ustaz Zulkifli Ahmad dan Dr Ismail Tambi.

Program itu disekali dengan sambuttan Aidilfitri dan Ambang Merdeka Selangor yang dihadiri Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Elizabeth Wong, selain Adun Rawang, Gan Pei Nei serta lebih 2,000 hadirin.

mb hari belia 02

mb hari belia 03Abdul Khalid berkata, golongan muda yang mewakili 45 peratus dari lima juta rakyat Selangor perlu melatih diri untuk berfikir dan berpandangan bijaksana terhadap isu membabitkan kepentingan awam.

Beliau berkata, ia perlu kerana masyarakat negara ini majmuk dan banyak isu memerlukan tindakan bijaksana dalam hal menanganinya.

– FZL

mb hari belia 04

Categories
NASIONAL

Najib Dolak-dalik, Tidak Ikhlas Selesai Projek CAR

Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang 01

SELAYANG, 30 APRIL : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdolak-dalik berhubung penyelesaian isu projek pemasangan kabel bervoltan tinggi di Kampung Sungai Terentang di sini.

Calon PKR DUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, janji yang dibuat Najib semasa mengadakan lawatan ke kampung itu disifatkan tidak ikhlas malah berbentuk ugutan.

Ini kerana dakwanya, Najib meletakkan syarat berbaur paksaan kepada rakyat di kawasan itu supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) kali ini sebelum projek itu dapat diselesaikan.

“Kita telah hantar memo dan surat berulang kali kepada Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membuat rundingan bagi menyelesaikan kes ini tetapi tiada respon yang diberikan sehingga sekarang.

“Lawatan Najib ke Kampung Sungai Terentang tidak menunjukkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Rakyat perlu ubah kerajaan, itu sahaja caranya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Selayang, di sini.

Sementara itu, calon PKR Parlimen Selayang, William Leong kesal terhadap tindakan pimpinan BN yang menjadikan isu ini sebagai medan politik untuk meraih undi.

Tegasnya, masalah itu boleh diselesaikan dengan segera memandangkan Najib mempunyai kuasa untuk mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan prrojek pemasangan kabel itu mengikut laluan alternatif yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, penduduk membantah projek itu kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka dan dikatakan akan menyebabkan penduduk berdepan risiko penyakit kanser, keukimia dan masalah kandungan.

Rumah penduduk, padang, dewan orang ramai, rumah ibadat dan premis perniagaan bakal dirobohkan jika TNB mengikut laluan asal CAR.

Bagaimanapun, pelan asal itu dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berunding dengan TNB untuk mencari laluan alternatif yang tidak akan menjejaskan kampung tersebut

Categories
NASIONAL SELANGOR

Penduduk Dakwa MCA Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang

Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang 01

RAWANG, 29 APRIL : Seorang penduduk di Kampung Sungai Terentang di sini mendakwa tanah milik keluarganya seluas 6000 kaki persegi yang dimiliki sejak tahun 1954 dirampas dan ditukar hak milik secara sulit oleh pimpinan MCA yang mentadbir kawasan itu lebih 10 tahun lalu.

Penduduk, Ng Phei Yun mendakwa, kejadian itu mula dikesan pada tahun 1998 apabila beliau gagal memperbaharui tempoh pajakan tanah (geran) miliknya di pejabat tanah dan daerah.

Katanya, cubaan pertama untuk memperbaharui geran di pejabat tanah gagal dan ditolak atas alasan dokumen yang dibawa tidak lengkap.

Bagaimanapun setahun selepas itu, beliau terkejut apabila mendapati tanah itu sudah ditukar hak milik, malah keluasan asal tanah juga diubah dan disempadankan.

“Semasa BN menjadi pemerintah di Selangor, kebanyakan penduduk berjumpa dengan pemimpin MCA untuk mendapatkan sebarang bantuan berhubung tanah.

“Apabila sudah sampai tempoh untuk memperbaharui geran dan rujuk kepada MCA, mereka kata tanah itu ditukar milik dan dijual kepada ahli mereka juga.

“Kami sekeluarga merasa teraniaya kerana diperlakukan sebegini rupa. Apa hak mereka untuk merampas tanah kami? Mula-mula janji nak bantu kemudian mereka rampas,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Selayang, di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon PKR Parlimen Selayang, William Leong dan calon PKR DUN Rawang, Gan Pei Nei.

Tambah Phei Yun, beliau bimbang tanah milik keluarganya itu tidak dapat dikembalikan semula kerana sehingga kini ia masih dimiliki oleh pimpinan MCA.

Sementara itu, Gan Pei Nei menuntut supaya pihak MCA segera memulangkan tanah yang dirampas kepada penduduk asal kerana mereka tidak berhak untuk berbuat demikian memandangkan ia dimiliki keluarga Phei Yun lebih 50 tahun lalu.

“Terlalu banyak penyelewengan kuasa yang berlaku di zaman BN termasuklah mengambil tanah rakyat. BN harus sedar bahawa merompak dan merampas harta rakyat itu adalah satu kesalahan besar kerana mereka tidak berhak,” tegasnya.

Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang 02

Categories
NASIONAL

Fitnah PR, Calon BN Sendiri Amal Sentimen Perkauman

ceramah selayang 21 apr gan pei nei 02

SELAYANG, 21 APR : Isu perkauman yang menjadi senjata Umno-BN untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat (PR) akhirnya memakan diri apabila parti itu menempatkan calon yang secara jelas mengamalkan sentimen tersebut.

Calon PKR Parlimen Batu, Tian Chua berkata, tindakan Umno-BN menempatkan calon yang mengamalkan sentimen perkauman jelas menunjukkan parti itu kekurangan pemimpin berwibawa malah hanya mengundang jelik di kalangan rakyat.

“Mereka fikir dengan menempatkan calon seperi Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia, Datuk Zulkifli Noordin di Parlimen Shah Alam yang memainkan isu perkauman boleh meraih undi dan sokongan rakyat.

“Namun, mereka tidak sedar bahawa rakyat terutama masyarakat Melayu sendiri sudah jemu dengan sentimen yang sering dimainkan oleh Umno-BN itu.

“Umno-BN meletakkan calon yang terang-terangan menghina agama lain tetapi pemimpin ini tidak pula dihukum,? katanya dalam ceramah Pakatan Harapan Rakyat di perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), di sini malam tadi.

Zulkifli yang baru-baru ini dilanda kontroversi berhubung sebuah video yang mendakwa dia menghina agama Hindu, akan berhadapan dengan calon Pas Khalid Samad untuk kerusi Parlimen Shah Alam.

Sementara itu, penyandang Parlimen Selayang, William Leong berpendapat, Umno-BN ketandusan idea untuk meraih sokongan rakyat dengan meniru manifesto PR baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Bagaimanapun tegasnya, Umno-BN tidak mampu untuk menyaingi pentadbiran PR yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

ceramah selayang 21 apr 01

Katanya lagi, rakyat juga harus membuat penilaian bijak dengan tidak terpengaruh terhadap pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang disifatkan tidak membantu rakyat untuk jangka masa panjang.

“Jangan disebabkan BR1M, kita sanggup jual undi dan gadaikan masa depan negara. Apa sahaja yang rakyat boleh beli dengan bantuan one-shot begitu?

“Selepas 42 tahun dengan dasar ekonomi baru, didapati 73 peratus termiskin di desa adalah orang melayu, begitu juga miskin bandar sebanyak 53 peratus yang turut melibatkan Melayu.

“Masanya sudah sampai untuk rakyat membuat perubahan dengan bersatu padu menyokong PR,” katanya.

Bagi penyandang DUN Rawang, Gan Pei Nei, beliau menyifatkan pentadbiran PR yang telus tidak akan memufliskan negara seperti yang didakwa Umno-BN, sebaliknya dilihat mampu membantu lebih ramai rakyat.

“Kita melaksanakan pentadbiran berdasarkan kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang bertemakan hasil negeri utk rakyat.

“Sekiranya Kerajaan PR diberi mandat sekali lagi untuk memerintah Selangor, kita bukan sahaja beri air pecuma tetapi beri saham industri air kepada rakyat,” ujarnya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Gelombang Sokongan Rakyat Makin Kuat Di Selayang

Penamaan Calon Di Selayang 01

SELAYANG, 20 APRIL: Gelombang sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat(PR) makin kuat di Selayang berdasarkan kecemerlangan pentadbiran dan pelbagai program yang diaturkan Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini.

Calon Parlimen Selayang, William Leong(PKR) berkata, rakyat dapat merasai perbezaan ketara di bawah pentadbiran PR Selangor yang dilihat lebih banyak menyelesaikan masalah berbanding Umno-BN.

“Saya yakin rakyat telah buka mata dengan satu keyakinan bahawa Kerajaan PR boleh memerintah dengan baik, jujur dan telus.

“Saya sendiri sering turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat dan sekaligus memberi satu harapan kepada rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru,” katanya.

Bagi calon DUN Rawang, Gan Pei Nei(PKR), beliau berharap rakyat akan memberi mandat sekali lagi kepada PR untuk mentadbir Selangor bagi meneruskan kecemerlangan yang dilaksanakan sejak tahun 2008.

Beliau yang kekal bertanding di kerusi DUN tersebut buat kali kedua yakin manifesto gabungan itu serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) mampu memikat hati rakyat untuk terus kekal menyokong PR.

“Saya rasa rakyat melalui maklum balas yang kita terima mereka nampak ada perbezaan ketara di bawah pemerintahan PR khasnya seperti polisi air percuma, program MES dan sebagainya.

Penamaan Calon Di Selayang 02“Kita dilihat sebagai sebuah kerajaan bebas rasuah dan terbukti bersih serta amanah di mana ia diakui oleh Ketua Audit Negara sendiri.

“Secara tidak langsung ia memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menyokong PR,” ujarnya.

Sementara itu, calon PAS DUN Taman Templer yang ditandingi Zaidy Abdul Talib berjanji akan meneruskan kecemerlangan pentadbiran PR di Selangor dengan membawa harapan rakyat yang menuntut perubahan.

Katanya, beliau akan melakukan yang terbaik dengan menawarkan khidmat kepada rakyat dan menyerahkan kepada mereka untuk memilih pemimpin yang dirasakan layak.

“Kami di sini akan meneruskan kecemerlangan yang dibuat oleh PR dalam tempoh lima tahun. Di Malaysia.

“Kita akan tawarkan khidmat kepada rakyat dan serahkan kepada mereka untuk memilih calon yang terbaik. Saya cukup yakin dengan kebangkitan rakyat yang percaya kepada PR,” katanya.

Calon PKR DUN Kuang, Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman pula berharap rakyat akan memberi sokongan padu kepada PR yang sentiasa berusaha membela nasib rakyat.

Beliau juga berharap pilihan raya kali ini akan berlangsung secara aman tanpa sebarang provokasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya ingin memenangi kerusi DUN ini untuk masa depan warga Kuang kerana saya telah pantau keadaan di sana sejak tahun 2000 lagi.

“Saya akan meneruskan apa yang ingin dilaksanakan oleh PR di mana ia terbukti telah berjaya malah akan ditambah baik lagi seperti yang ditawarkan dalam manifesto PR Selangor,” ujarnya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Dulu Mengundi Di Malaysia, Kini Dipaksa Undi Pos di Taiwan

PC William Leong 01

PETALING JAYA, 19 APRIL : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didakwa mendaftar pemilih biasa sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka bagi PRU13 ini, kata Bendahari Agung PKR, William Leong Jee Keen.

William memperoleh bukti di mana beberapa warganegara Malaysia yang menuntut di Taiwan didaftarkan sebagai pengundi pos biarpun sebelum ini mereka mendaftar sebagai pengundi biasa atau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yakin bukan sekadar tiga kes sepertimana didedahkan hari ini tetapi banyak lagi kes lain di mana pihak tertentu membuat pendaftaran secara sulit demi kepentingan politik Umno-BN.

“Ini menunjukkan bahawa pilihanraya ini (PRU13) amat kotor yang akan dihadapi. Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) perlu memberi penjelasan mengenainya.

“Kita menyatakan tindakan diambil adalah tindakan pengecut oleh kerajaan Umno-BN,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada hari ini, tiga kes yang didedahkan itu adalah Ho Kin Khee, 30; We Lay Buan, 30; dan Liew Chern, 26, yang sebelum ini menuntut di Taiwan didaftarkan sebagai pengundi pos bagi PRU13 ini.

William mendakwa dalam kes pendaftaran tanpa pengetahuan individu sebenar, beliau berkata pihak tertentu akan menggunakan identiti-identiti tersebut untuk mengundi pada
Mei 5 kelak.

Beliau menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersikap adil dan menyerahkan hak rakyat negara ini menentukan masa depan mereka di dalam pilhanraya.

“Jika benar dia percaya kepada demokrasi dan mengatakan kerajaan Umno-BN sudah berubah dengan segala program transformasi, dia mesti bertindak serta merta bagi memastikan semua pengundi ini diberikan hak mereka,” ujarnya.

Salah seorang mangsa, Ho Kin Khee menjelaskan dia pernah mendaftar sebagai pengundi di Subang Jaya pada 2010 namun terkejut apabila mendapati dia didaftarkan sebagai pengundi pos bila pulang ke tanahair.

“Saya tidak pernah mengisi borang untuk membuang undi secara pos. Adakah saya perlu pulang ke Taiwan untuk mengundi.

“Saya mendaftar sebagai pengundi biasa pada 2010 tetapi keliru dengan jawapan SPR iaitu saya didaftarkan sebagai pengundi pos pada Februari 2008 menerusi Kedutaan Malaysia di Taiwan,” ujarnya.

Penyandang bagi DUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, SPR sepatutnya berkecuali dalam perkara ini dan menjalankan pilihanraya secara adil dan bersih.

“Nampaknya ada pihak tertentu melakukan pendaftaran ini secara berkelompok.

“Sebelum ini banyak kes telah dibangkitkan dan nampaknya tiada tindakan drastik daripada SPR untuk menyakinkan orang awam bahawa pilihanraya umum kali ini akan bersih dan telus.

Categories
NASIONAL

PR Tekad Teruskan Perjuangan PI Bala

PI bala ziarah PKR 01

RAWANG, 16 MAC: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berikrar akan meneruskan perjuangan mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala) demi mencari kebenaran berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaaribu.

Meskipun pemergian PI Bala mengejutkan pelbagai pihak, namun beliau disifatkan sebagai pejuang yang berani demi menegakkan kebenaran di dalam kes berprofail tinggi itu.

Ini dikatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang menziarahi keluarga mendiang Balasubramaniam di Taman Pelangi, Rawang,
bagi memberi penghormatan terakhir kepadannya.

Antara yang hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Naib Ketua Wanita PKR, Norsham Abu Samah.

Isteri mendiang, Sentamil Selvi melaungkan ‘Demi Rakyat’ sejurus ketibaan isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.PI bala ziarah PKR 02“Apabila saya bertemu dengan isteri beliau perkataan pertama yang diungkapkan adalah ‘Demi Rakyat’.

“Dua perkataan yang sungguh mendalam untuk rakyat dan negara. Kita akan teruskan perjuangan demi keadilan mereka semua,” katanya

Sementara itu, William meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat sebenar berhubung kes ini supaya tampil agar keadilan sepenuhnya dapat ditegakkan.

“Yang penting apa telah dimulakan itu untuk mencari kebenaran siapa yang telah membunuh Altantuya mesti dilakukan dan tidak berhenti sehingga mereka yang terlibat diheret ke mahkamah untuk memberikan keadilan.

“Dengan terang dan nyata yang telah dihukum bersalah untuk pembunuhan Altantuya hanya mengikut arahan.

“Maknanya ‘mastermind’ belum ditangkap, saya percaya ada yang berani untuk mmberikan keadilan,” ujarnya lagi.

Adun Rawang, Gan Pei Nei menghargai usaha yang dilakukan mendiang PI Bala sebelum menghembuskan nafas terakhir apabila mengambil keputusan untuk menghadiri siri ceramah sekembalinya semula ke Malaysia.

“Ini adalah keputusan yang dibuat beliau bersama dengan siri ceramah untuk menceritakan perkara ini kepada rakyat.

‘Kita akan teruskan perjuangan ini. Kita akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga,” katanya lagi.

Mendiang PI Bala meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu Kishen, 16 Menaka, 14 dan Rishi, 9.

Beliau yang baru pulang dari persembunyian di India terlibat dalam kempen bersama PR bagi mendedahkan apa yang berlaku di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 yang lalu.

Beliau memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Altantuyaa, yang mengkaitkan pemimpin tertinggi negara.

Malaysiakini melaporkan bahawa beliau dimasukkan ke hospital apabila jantungnya berhenti berdenyut selepas terlibat dalam beberapa siri kempen bersama PR Balasubramaniam

Portal berita tersebut melaporkan bahawa Balasubramaniam mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba.

Menurut peguam yang juga Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, Mendiang PI Bala sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu.