Categories
SELANGOR

MB: PR fokus perolehi majoriti besar di Kajang

Oleh: AFIX FREDZUAN

HULU KELANG 22 FEB: Pakatan Rakyat (PR) memfokuskan untuk memperolehi majoriti lebih besar dalam pertembungan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berbanding kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 lalu.

Menteri Bsar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau mengalu-alukan penyertaan MCA dalam PRK kali ini namun percaya matlamat itu mampu dicapai PR yang meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

.“Kita mengalu-alukan keputusan MCA walau kita mengharapkan mereka tidak bertanding kerana takut kalah, oleh sebab itu kita mengarahkan pergerakan kita ke arah mendapatkan sokongan rakyat Kajang mengundi kita

“Saya rasa tujuan MCA menempatkan calon ialah supaya tidak ketinggalan dalam arus ekonomi negara, saya nampak harapan mereka tidak begitu optimistik,” katanya kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku di sini.

Abdul Khalid yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kajang, berkata beliau menggesa jentera parti melipat gandakan usaha untuk mencapai sasaran kemenangan majoriti besar.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan bekas timbalan menteri, Datin Paduka Chew Mei Fun dari MCA sebagai wakil BN dalam PRK Dun Kajang.

Sebelum itu, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menzahirkan hasrat bertanding.

PRK DUN Kajang akan berlangsung 23 Mac depan sementara penamaan calon berlangsung pada 11 Mac.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: RM100 juta rizab negeri bina ‘Rumah Selangorku’, pastikan rakyat mampu miliki rumah

Oleh: AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 22 FEB: Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.

MB“Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah ‘Rumah Selangorku’ pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.

Abdul Khalid berkata konsep ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.

Rumah SelangorkuKatanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.

Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.

Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.

Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).

“Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos
pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan,” kata Abdul Khalid.

DSC_3868Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang melum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.

Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.

“Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.

“Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus,” kata Abdul Khalid.

MB SelangorSementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.

“Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Bekalan air di Selangor cukup, mampu bertahan 5 bulan

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 21 FEB : Bekalan air mentah di Selangor masih berada di paras selamat walaupun berhadapan dengan cuaca panas dan kering serta mampu bertahan sehingga lima bulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri tetap membuat persediaan sekiranya cuaca panas ini berterusan dalam tempoh panjang.

MB airKatanya, antara persediaan dirangka ialah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta bagi mendapatkan sumber air bawah tanah.

“Syarikat Mega Steel memberitahu Kerajaan Negeri kalau tidak cukup air kita boleh pam air dari bawah tanah. Jawapan saya jangan buat dulu hingga masa ini.

“Sebab kita ada tiga, empat bulan (bekalan air mentah) untuk tunggu lagi satu bulan (sebelum) musim tengkujuh” katanya kepada pemberita selepas menyertai sesi taklimat berkenaan isu air Selangor di sini.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan simpanan air di kesemua empangan di seluruh negara diunjurkan hanya mampu membekalkan air antara satu hingga tiga bulan sekiranya cuaca panas dan kering berpanjangan.

Terdahulu, ketika sesi taklimat, Abdul Khalid menjelaskan punca utama kepada masalah kekurangan bekalan air terawat ini ialah kehilangan air yang tidak berhasil (NRW) antaranya disebabkan kebocoran paip.

“Mengikut perjanjian, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu menurunkan kadar NRW daripada 30 peratus kepada 20 peratus tetapi itu tidak berlaku.

“Jadi, Kerajaan Negeri perlu selesaikan masalah ini sekiranya penyusunan semula industri air berlaku,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata satu pengumuman berkenaan perkembangan rundingan air dengan Kerajaan Pusat akan dibuat dalam masa dua minggu lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

MB arah Syabas aktif pelan tindakan kecemasan atasi gangguan air

SHAH ALAM, 21 FEB: Kerajaan Selangor mengarahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mengaktifkan pelan tindakan kecemasan termasuk mengagihkan air berjadual kepada pengguna dengan SYABAS memaklumkan butiran terperinci pelan pengagihan berjadual.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beiau memandang serius gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di negeri ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

air-syabas_MBaAbdul Khalid berkata, pengagihan air berjadual ini akan diteruskan sehingga 31 Mac sekiranya bekalan air terputus dan tekanan air rendah masih berlaku.

“Kita juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat menghantar bekalan air kepada penduduk terjejas di samping memastikan lif-lif rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) berfungsi bagi memudahkan penduduk mengangkut air.

“Kita meminta Konsortium ABBAS Sdn Bhd, syarikat milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya membekalkan air minuman kepada penduduk terlibat,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, bagaimanapun, kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna pada waktu yang sama.

“Justeru, kita menasihatkan pengguna berjimat cermat dan mengelak sebarang pembaziran supaya lebih ramai pengguna
mendapat bantuan air kecemasan ini,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.

Gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di beberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat yang melibatkan
kira-kira 27,000 rumah terputus bekalan air kerana LojiRawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Dalam masa yang sama, beberapa kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang melibatkan kira-kira 75,000 rumah juga terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran cuaca panas kering dan kekurangan hujan .

Kerajaan Selangor juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan berharap rakyat memahami keadaan ini disebabkan cuaca panas dan kering yang di luar kawalan manusia.

“Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPEL SYABAS di talian 1-800-88-5252 atau Pusat Khidmat Setempat SYABAS yang turut dibuka di kawasan-kawasan yang terjejas,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Projek Rumah Selangorku dilancar MB pada 22 Feb ini

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 FEB: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengadakan Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Projek Rumah Selangorku di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Gombak pada 22 Februari (Sabtu) ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan akan hadir merasmikan majlis pecah tanah itu yang bermula jam 10.00 pagi.

.Majlis menandatangani “Memorandum of Understanding” antara Menteri Besar (Pemerbadanan), Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Ecoworld Development Sdn Bhd turut dijadualkan berlangsung.

Turut dijangka hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Kerajaan Selangor akan memulakan projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku untuk memberi peluang rakyat negeri ini khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman.

Abdul Khalid sebelum ini berkata Majlis Pecah Tanah itu adalah projek perintis dan pembinaan dijangka dimulakan dalam tempoh enam bulan kemudian selepas kelulusan pembangunan serta perlantikan kontraktor selesai.

Rumah Selangorku ini akan dibangunkan di sebahagian tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berkeluasan 28 hektar di Sungai Sering, Hulu Klang, memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik amat tinggi di kawasan berkenaan.

Lebih 2,000 unit rumah akan dibina menerusi projek perintis ini yang terdiri daripada tiga jenis keluasan iaitu 800 kaki persegi, 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Projek Perintis Rumah Selangorku ini mengandungi lapan blok yang akan dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

Kos keseluruhan Projek Perintis Rumah Selangorku ini dianggarkan berjumlah RM591 juta termasuk kos membina jalan keluar masuk, menaik taraf surau menjadi masjid, membina sistem pembentungan dan naik taraf sistem perpaipan.

Pembinaan Rumah Selangorku ini akan mengguna pakai kaedah Industrial Building System (Pre-Fabricated – IBS) atau pasang siap bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.

Projek ini adalah sebahagian daripada 5,000 unit rumah mampu milik berkonsepkan pasang siap yang disasarkan dibina bagi tempoh 5 tahun sehingga 2018 daripada 35,000 unit yang disasarkan keseluruhannya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

MB: Air percuma kepada KL, Putrajaya jika penstrukturan berjaya

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR 18 FEB: Kerajaan Selangor bersedia menawarkan pemberian air percuma 20 meter padu kepada penduduk Kuala Lumpur dan Putrajaya, seperti yang dinikmati rakyat Selangor kini sekiranya penstrukturan air berjaya diselesaikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada perancangan manfaat daripada penstrukturan air Selangor.

air-syabas_MB1“Perbelanjaan kos melaksanakan pemberian air percuma di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dianggarkan RM2 bilion setahun,” katanya ketika berucap dalam Malaysian Power and Water Summit 2014.

Jelas Abdul Khalid, rundingan penstrukturan ini sudah berada di peringkat akhir dan berharap akan dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu.

Tambahnya, pelan penstrukturan air ini bukan menjurus kepada unjuran untuk tahun 2020 malah boleh diteruskan sehingga tahun 2035.

Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri kekal dengan tawaran sebanyak RM9.65 juta kepada syarikat konsesi air dan tidak akan membayar dengan harga lebih rendah daripada itu.

Sekiranya harga berkenaan tidak dipersetujui, syarikat konsesi boleh membawa perkara ini ke peringkat Timbang Tara untuk diputuskan dan Kerajaan Negeri bersedia untuk membayar harga yang bakal diputuskan.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: Selangor Bandar Selamat, 414 CCTV dipasang di 11 PBT

Oleh: Norhayati Umor

KLANG 17 FEB : Selaras dengan usaha menjadikan ‘Selangor Bandar Selamat’, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif memasang sebanyak 414 Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan 22 bilik kawalan di 11 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta setahun untuk perlaksanaan CCTV mengikut langkah sewa beli.

Abdul KhalidKatanya, Kerajaan Negeri percaya dengan penambahan CCTV itu, keadaan keselamatan akan terkawal dengan pemantauan yang lebih.

“Cara pemasangan dibuat secara sewa beli. Ia untuk kegunaan 20 tahun.

“Jadi sebanyak RM500,000 sebulan diperuntukkan, menjadikan RM6 juta setahun,” katanya dalam sidang media selepas majlis perlancaran itu, di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang, di sini.

Abdul Khalid berharap dengan adanya CCTV itu, ia berupaya mencegah insiden jenayah jalanan dan membantu PBT di dalam pemantauan aktiviti harian seperti pengurusan trafik, aktiviti penjaja dan kebersihan.

“Saya juga menyeru kepada PBT dan polis supaya memberikan kerjasama dan menyediakan pasukan kerja yang efisien dan bertanggungjawab bagi memantau bilik kawalan CCTV masing-masing,” katanya.

Sebanyak 60 CCTV dipasang di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Perbandaran Kajang.

IMG_3655aManakala 50 CCTV di pasang di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Sepang.

Selain itu, sebanyak lapan unit CCTV di pasang di kawasan Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam.

Manakala, 10 unit CCTV di Majlis Daerah Kuala Langat.

414 CCTV itu sebagai tambahan CCTV yang dipasang oleh Kerajaan Pusat sebanyak 152 unit pada tahun 2010.

CCTV terbabit mempunyai kualiti terbaik dengan menggunakan sistem ‘fibre optic’ yang mampu memberikan visual yang jelas pada waktu siang dan mampu memantau pergerakan imej pada waktu malam walaupun pencahayaan yang minima.

Sistem itu juga mempunyai ciri terkini dengan keupayaan memaparkan imej dengan resolusi yang tinggi dan jelas pada paparan skrin bilik kawalan.

Selain itu, CCTV itu berupaya membuat pemantauan pusingan sebanyak 360 darjah serta membuat rakaman video bagi tempoh 45 hari secara berterusan.

Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara atau ‘speaker di tiang-tiang berkenaan supaya PBT atau polis boleh membuat sebarang pengumuman apabila diperlukan.

EZY

JURNAL BERITA – MB:Tender Jambatan ke-3 Klang akhir Feb ini

1. MB: Tender jambatan ketiga Klang akhir Februari

2. MB kecam perbuatan hina institusi diraja, seru pertahankan

3. TOD bakal minimumkan jumlah kenderaan di jalan raya — MB

4. Jais perlu terus anjur perpaduan dengan bukan Islam — Anwar

5. ‘Nanti keluar cerita Anwar terlibat perang dunia ke-2 pula’

6. Anwar ‘pekena’ bihun sup dengan anak muda sebelum pidato

7. LUAS: Pembenihan awan selepas ‘lampu hijau’ dari JMM

8. Dakwaan sedia surat peletakan jawatan MB, The Star berbohong

9. MRT Corp digesa pastikan projek tidak ganggu penduduk dan pengguna jalan raya

10. Kampung Sungai Ramal Dalam dijadikan Rancangan Kawasan Khas (RKK) MPKj

11.Selangor bantu sediakan guru tuisyen untuk anak yatim

12. RM100,000 SMUE diagih kepada pewaris DUN Teratai

13. MPK pergiat operasi pantau kebakaran hutan Johan Setia

14. Denggi: MPAJ catat penurunan kes, Hulu Langat tidak akan kompromi

15.Cukai taksiran: MBPJ gesa pemunya harta waspada

MB – Ketua kampung perlu berperanan majukan negeri

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua kampung baru, tradisi dan ketua komuniti India bagi memaklumkan pilihan raya kecil kerusi N25 Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.

JURNAL BERITA – Jepun mohon maaf kepada Anwar

1. Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan.

2. MB ucap takziah kanak-kanak mati lemas.

3. Anwar : PRK DUN Kajang pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor.

4. Anwar menang PRK, Umno tiada harapan rampas Selangor.

5. SPF mohon maaf, Anwar ke Jepun 26 Februari ini.

6. Tian Chua : Harap SPR tidak ‘lupa’ goncang dakwat kekal secukupnya.

7. Noh Omar tidak layak sentuh isu kuasa MB.

8. Tamrin : Perbezaan 3 Tun dengan Najib, Rosmah.

9. Waytha letak jawatan, tamparan buat Najib.

10.Janji dicapati, TV3 sengaja malukan Najib?

11.Surendran : BN gagal tunai janji, Hindraf khianati kaum India.

JURNAL BERITA – Anwar ‘puji’ tindakan SPR beri tempoh panjang berkempen

1.Anwar ‘puji’ tindakan SPR beri tempoh panjang berkempen.

2.Tempoh kempen PRK Kajang ‘khas’ untuk Anwar?

3.Pakatan Rakyat boleh lupakan Putrajaya jika Anwar tewas PRK Kajang

4.Jaafar Shamsuddin dilantik Pengarah Jentera PRK DUN Kajang.

5.PRK Kajang : Calon tawar diri ghairah serang peribadi Anwar.

6.PRK Kajang : AMK Selangor cabar BN segera kemuka calon.

7.SPR anggar kos PRK Kajang RM1.6 juta.

8.Anwar akan bertemu MB, bincang isu pemecatan 23 kakitangan PKNS.

9.Insuran kenderaan naik, BN tambah derita rakyat

10.Gagal peroleh CCC korban dana awam, keselamatan awam terancam.

JURNAL BERITA – MB: Saham kelab penyokong bola sepak Selangor dikaji

1.MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea

2.Forum Anwar: Pastikan PR kukuh terajui Selangor hadapi politik perkauman Umno

3.MB: Pegawai Khas bebas dilantik siasat isu PKNS

4.Abdul Khalid: Teguran pada pemimpin lumrah politik

5.Exco Sukan: Usah dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN

6.PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar

7.PRK Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum

8.PRK Kajang: Umno-BN lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah

9.PRK DUN Kajang: SAMM Muar cadang MB sebagai Pengarah Pilihan Raya

10.Kemaraan Anwar di Selangor, Najib dan BN kian tertekan

11..SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang

12.MCA main ‘politik batu api’, pura-pura sokong MB Selangor

13.Khalid Samad: Menteri kunjungi Shah Alam jumpa ‘kaki’, bincang strategi sabotaj Selangor?

14.Noh Omar dicabar anjur debat kalimah Allah dalam masa 10 hari

15.MBSA ungguli Anugerah Zon Bersih PBT Selangor 2013