Categories
SELANGOR

Azmin: “Baru 3 minggu, BN dah 50 tahun gagal”

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 17 OKT: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin meminta diberikan peluang untuk membuktikan kebolehannya melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Selangor memandangkan baru menggalas tanggungjawab itu selama tiga minggu.

Berbanding 50 tahun Selangor di bawah pentadbiran Umno-BN beliau berkata, parti berkenaan tidak mampu mengangkat kedudukan negeri berkenaan berada dalam kedudukan sekarang,

azmin1“Saya menyambut baik, Insya Allah ini satu tanggungjawab.

“Saya telah nyatakan tugas ini adalah satu tanggungjawab dan bukan keistimewaan yang akan saya galas sebaik mungkin.

“Berikan saya peluang membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor Insya Allah malahan saya akan tumpukan salah satu teras utama dalam belanjawan Negeri Selangor ialah soal pendidikan. Itu saya beri jaminan.

“Jadi beri peluang kepada saya. Baru tiga minggu. Umno 50 tahun tidak boleh buat apa-apa,” katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mempersoalkan kebolehan Adun Bukit Antarabangsa sama ada mampu meletakkan kedudukan Universiti Selangor (Unisel) pada kedudukan terbaik dalam soal pendidikan.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mempersoalkan kedudukan kemasukan pelaburan di Selangor yang kini berada di kedudukan ke-5 sehingga Mei 2014 memandangkan dua tahun sebelum itu berada di kedudukan dua teratas.

Mohamed Azmin sebelum itu dengan tenang menepis kenyataan sinis Noh Omar yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar Selangor diatas linangan air mata orang lain.

Sebaliknya beliau berkata, Barisan Nasional sebenarnya yang menangis selepas kemelut jawatan nombor satu Selangor itu berjaya diselesaikan.

“Selangor Alhamdulillah kita selesaikan cara baik pelantikan Menteri Besar Baru.

“Tiada siapa yang menangis, yang menangis ni belah sana (BN),” jawabnya sekaligus menggamatkan Dewan Rakyat semalam.

Noh turut mengucapkan ‘tahniah’ kepada Mohamed Azmin yang telah dilantik selaku Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim namun disambut dengan sorakan ‘cemburu’ oleh Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.

Mohamed Azmin dilantik secara rasmi menjadi Menteri Besar Selangor ke-15 pada 23 September lalu.

EZY

Categories
NASIONAL

Khalid: ‘Takziah’ Noh Omar tidak terpilih jadi Menteri

Oleh :LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JUN: Khalid Samad mengucapkan ‘takziah’ kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar yang gagal menempatkan diri dalam rombakan kabinet semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata beliau bersimpati dengan Noh yang begitu lantang membela Umno-BN dalam Dewan Rakyat tetapi tidak dilantik menjadi menteri semula.

noh-omarKatanya, usaha Noh itu kelihatan sia-sia apabila tidak dihargai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun dia begitu lantang dalam Parlimen tetapi nampak gaya matlamat diimpikan untuk menzahirkan kehebatan dalam Parlimen tidak tercapai.

“Dia dengan jelas tidak dilantik menjadi menteri dalam rombakan baru-baru ini,” katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pembesaran kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Pada masa sama, Khalid turut menasihati Najib untuk menonjolkan hero lain jika benar-benar serius mahu mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kalau dia serius, cubalah cari orang lain selain Noh Omar.

“Noh Omar juga seolah-olah perkenalkan begitu (calon Menteri Besar) kerana kerap bercakap pasal Selangor.

“Jika begitu, boleh dikatakan tiada harapan, cari hero lain,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Noh Omar tak boleh terima hakikat Selangor di bawah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 16 JUN: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Noh Omar menjadikan sesi perbahasannya untuk menghentam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Perbahasan ahli parlimen BN itu dibidas oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat kerana ia tidak menjurus kepada Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

noh-omarMenurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, perkara yang menyentuh dasar Kerajaan Selangor sepatutnya dibahaskan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bukannya di Parlimen.

Bahkan katanya, tindakan Ahli Parlimen Tanjung Karang terbabit sekali gus menafikan penglibatan Adun BN di dalam DUN Selangor.

“Kenapa tidak sahaja YB dedahkan perkara atau fakta yang ada kaitan dengan kerajaan Selangor di DUN. Di sini kita membincangkan soal dasar Kerajaan Persekutuan.

“Tindakan ini seolah-olah Tanjung Karang tidak percaya kepada Adun-Adun BN di DUN Selangor,” katanya dipetik Harakah Daily.

Suasana bertambah gamat apabila Khalid berkata Ahli Parlimen Tanjung Karang itiu tidak boleh menerima hakikat bahawa Kerajaan Selangor masih di bawah Pakatan Rakyat.

Sementara itu Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin bangun mencelah dan menyifatkan pendedahan Tanjung Karang telah menafikan hak Kerajaan Selangor untuk menjawab.

“Kita tidak ada Exco kerajaan untuk jawab pendedahan Tanjung Karang. Kenapa tidak dedahkan dalam sidang DUN? Kenapa Selangor, kita bincang di Parlimen?

“Adakah kerana sukar untuk pelaburan asing atau pelaburan Umno? Sebab menyukarkan Umnolah, meroyan semacam sahaja,” bidas Hanipa.

 

JURNAL BERITA – MB:Penstrukturan air di peringkat akhir

Sinopsis

1. MB: Puncak Niaga terima tawaran pengambilalihan, penstrukturan di peringkat akhir

2. El Nino: Selangor tiada rancangan catu air, mampu sedia bekalan secukupnya

3. MB: Telekomunikasi 4G seluruh Selangor jana pendapatan negeri

4. MB: Kit Halal kesan DNA babi dalam tempoh singkat dibangunkan

5. MB puas hati perjalanan Dialog Belanjawan, idea peserta bermakna

6. MB: Peruntukan perbaiki lif pangsapuri dirangka ketahui jumlah tepat

7. MB: ‘Selangor Japanese Industrial Park’ dibangun tarik pelaburan asing

8. Panda dapat rumah mewah, rakyat pula diusir, rumah diroboh

9. Anwar: Jabatan Agama perlu berhemah elak persepsi negatif

10. Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

11.Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

12.Keunikan burung berhijrah merentas benua boleh jadikan Selangor terkenal

13.Pemilihan PKR: Jadual pemilihan semula bocor walau JPP belum umum

14.Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

15.Jadikan Sekinchan model pembangunan pelancongan berjaya

16.ACP Azmi Ketua Polis Petaling Jaya baru

layari http://tv.selangorku.com

Categories
NASIONAL

Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

SHAH ALAM 10 JUN: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar patut membuat pengesahan maklumat yang diterimanya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membawa fitnah.

Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.

dyana kiniDyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.

“Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu,” katanya dipetik Malaysiakini.

Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.

“Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu,” katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

 

Categories
SELANGOR

Mansuh 2 tol Shah Alam hanya gimik Umno Selangor

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 JUN: Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi jaminan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat untuk memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam dilihat hanya sebagai gimik politik.

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau, berkata tindakan itu juga dipercayai turut mempunyai kaitan dengan tekanan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini yang berulang kali menggesa supaya dua plaza tol di lebuh raya berkenaan dimansuhkan segera.

V-Ganabatirau“Saya rasa beliau hanya meneruskan gimik Barisan Nasional (BN), bahkan saya percaya perkara itu berpunca daripada tekanan PR yang memaksa Kerajaan Pusat mengkaji semula pemansuhan tol berkenaan.

“Mungkin Noh juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menaikkan namanya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah berkata, dua tol terbabit sangat membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan mengundang kesesakan trafik yang serius pada waktu pagi dan petang.

noh omar pic 1Pada 1 Jun lalu, Umno Selangor memaklumkan akan membuat rayuan kepada Kerajaan Pusat dalam usaha memansuhkan dua plaza tol Lebuhraya Persekutuan di Batu Tiga dan Sungai Rasau, di sini.

Noh berkata, beliau akan membuat rayuan terbabit kepada Kerajaan Pusat dan tidak menolak kemungkinan menyuarakan isu itu ke Parlimen.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Khalid: Noh mengaku bukan pakar agama, tetapi cabar debat?

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 13 FEB: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kecewa apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar gagal ‘mengsekolahkan’ beliau seperti dilaungkan Noh ketika mencabar beliau berdebat dalam isu kalimah Allah.

Khalid berkata, kegagalan itu menyebabkan perdebatan bertajuk ‘Muzakarah Kalimah Allah’ anjuran Mob TV yang berlangsung lebih sejam baru-baru ini tidak menambahkan ilmu pengetahuan beliau.

khalid samad white pc 02“Beliau (Noh) mengaku bahawa tidak pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima atau rujuk keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

“Kalau Noh menganggap saya dan dia sama-sama tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat?

“Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya?” kata Khalid dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini,semalam.

Kata Khalid, sikap yang ditunjukkan Noh itu, hanya membuktikan sikap tipikal pemimpin Umno yang gemar mempermainkan sentimen keagamaan dan bangsa semata-mata untuk memburukkan imej lawan mereka.

“Umno menambah mengelirukan orang Islam. Dia kata ini isu akidah tetapi mengapa di sini tak boleh (Kitab Bible dalam bahasa Melayu) dan di Sabah, Sarawak boleh pula. Akidah umat Islam Semenanjung berbezakah dengan Islam di sana?.

“Umno dan NGO pro Umno juga sering laungkan Allah milik kita, itu pun dah tak betul. Sebenarnya kita semua milik Allah, bukannya Allah milik kita” Kata Khalid lagi.

Kata Khalid lagi, mungkin Noh tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini dan terpaksa memilih jalan selamat dengan tidak memberi sebarang komen terhadap hujah yang dikemukakan.

“Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan kamu bukan ulama, kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS dan sebagainya.

“Itu sahaja kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan,” kata beliau lagi.

EZY

JURNAL BERITA – Jepun mohon maaf kepada Anwar

1. Selangor terima RM564.6 juta peruntukan Marris baiki jalan.

2. MB ucap takziah kanak-kanak mati lemas.

3. Anwar : PRK DUN Kajang pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor.

4. Anwar menang PRK, Umno tiada harapan rampas Selangor.

5. SPF mohon maaf, Anwar ke Jepun 26 Februari ini.

6. Tian Chua : Harap SPR tidak ‘lupa’ goncang dakwat kekal secukupnya.

7. Noh Omar tidak layak sentuh isu kuasa MB.

8. Tamrin : Perbezaan 3 Tun dengan Najib, Rosmah.

9. Waytha letak jawatan, tamparan buat Najib.

10.Janji dicapati, TV3 sengaja malukan Najib?

11.Surendran : BN gagal tunai janji, Hindraf khianati kaum India.

Categories
SELANGOR

Noh Omar tidak layak sentuh isu kuasa MB

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 FEB: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar disifatkan tidak layak bercakap isu kuasa orang nombor satu negeri kerana beliau sendiri pernah terpalit perebutan kuasa jawatan itu dengan Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Shuhaimi Shafei berkata Noh hilang kelayakan untuk mempertikaikan jawatan Menteri Besar antara Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Noh tidak layak mempertikaikan soal kuasa kerana beliau bukan orang yang sesuai berada di posisi itu kerana pernah berebut dengan Md Zin.

“Jadi, jika orang yang terpalit dengan isu sama ia nampak logik tetapi untuk Noh beliau hilang kelayakan itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

shuhaimi kongres ke 9 PKR 04Shuhaimi turut menyifatkan kenyataan Noh itu juga adalah untuk mengganggu pimpinan Pakatan Rakyat (PR) kerana laluan Barisan Nasional (BN) menjadi sukar di negeri itu jika Anwar berjaya di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Sehubungan itu, BN cuba melakukan propaganda untuk memburukkan PR supaya tidak bersatu.

“Soal berkenaan Anwar menjadi Menteri Besar tidak berbangkit. Fokus kita adalah PRK Kajang dan apa yang diutarakan adalah melambangkan kegusaran BN jika Anwar menang, jadi mereka bermain politik untuk mengacau pimpinan PR,” katanya.

Semalam, Noh meramalkan negeri itu akan berlaku krisis perlembagaan jika Anwar dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid.

noh omar pic 1Katanya, tidak mustahil akan berlaku pertembungan antara kuasa politik dan sultan dengan menggambarkan Anwar memberikan kenyataan membelakangkan institusi beraja dan pemimpin PR lain.

Mengulas lanjut, Shuhaimi berkata, PR mempunyai persefahaman untuk memperkukuhkan intitusi raja berdasarkan perlembagaan, tetapi BN bertindak terlebih dahulu yang mengurangkan kuasa raja dan tidak membela raja.

“Mereka sebenarnya yang melakukan semua perubahan dalam Dewan Rakyat dan Negeri. Bercakap pada perkara yang belum berlaku, kalau betul Anwar membelakang raja tentu beliau boleh melakukan perkara itu ketika dalam BN,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Saham kelab penyokong bola sepak Selangor dikaji

1.MB: Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea

2.Forum Anwar: Pastikan PR kukuh terajui Selangor hadapi politik perkauman Umno

3.MB: Pegawai Khas bebas dilantik siasat isu PKNS

4.Abdul Khalid: Teguran pada pemimpin lumrah politik

5.Exco Sukan: Usah dilibatkan Chong Wei dengan politik kotor BN

6.PR ada kelebihan main banyak isu, BN serang peribadi Anwar

7.PRK Kajang : PR tidak guna formula komposisi kaum

8.PRK Kajang: Umno-BN lebih awal membazir – Saifuddin Abdullah

9.PRK DUN Kajang: SAMM Muar cadang MB sebagai Pengarah Pilihan Raya

10.Kemaraan Anwar di Selangor, Najib dan BN kian tertekan

11..SAMM Perlis sokong Abdul Khalid jadi Pengarah PRK Kajang

12.MCA main ‘politik batu api’, pura-pura sokong MB Selangor

13.Khalid Samad: Menteri kunjungi Shah Alam jumpa ‘kaki’, bincang strategi sabotaj Selangor?

14.Noh Omar dicabar anjur debat kalimah Allah dalam masa 10 hari

15.MBSA ungguli Anugerah Zon Bersih PBT Selangor 2013

Categories
NASIONAL

SAMM sedia anjur debat Khalid Samad – Noh Omar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 2 FEB: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersedia mempertemukan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar dalam satu gelanggang debat yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah.

Debat yang dicadangkan pada 10 Febuari itu diadakan bagi menyambut gesaan Khalid agar debat penggunaan kalimah Allah itu diteruskan dan mengubati kekecewaan Noh apabila Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Perundangan’ dibatalkan pada saat akhir.

debatPengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, selain itu SAMM juga percaya bahawa rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’ dalam perdebatan yang masih belum ditentukan lokasinya itu.

“Drama yang ditonjolkan oleh Noh Omar yang hadir ke venue debat di auditorium Karangkraf walaupun berita pembatalan telah dimaklum secara meluas, membuktikan betapa seriusnya hasrat Noh untuk ‘bertemu’ Khalid Samad.

SAMM dengan ini sedia untuk merealisasikan hasrat tersebut dan percaya rakyat juga ingin melihat siapa yang bakal ‘disekolahkan’.

samm“SAMM juga berpendapat debat antara Khalid dan Noh ini harus menjadi cetusan awal memecahkan ‘taboo’ pemikiran rakyat seandainya pihak yang lebih afdal membicarakan soal ini secara terbuka masih belum bersedia,” kata Edy menerusi satu kenyataan medianya hari ini.

Justeru itu menurut beliau, SAMM mengambil tanggungjawab ini bagi menyediakan platform terbaik buat kedua-dua seteru politik ini saling berhujah.

“SAMM percaya Khalid Samad punya hujah untuk dipertahankan dan Noh Omar juga tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi ‘guru’ dan sudah sampai masanya rakyat dimatangkan pemikiran dengan hujah yang bernas.

“Ia bukan dengan cara menunjukkan kekuatan fizikal dan memomokkan orang lain. Ini zaman pakai otak, bukan pakai otot,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Noh Omar tidak sertai Forum RTM1 tindakan penakut

SHAH ALAM 1 FEB: Tindakan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar tidak menyertai forum bersama Pemuda PAS di RTM1 malam tadi menerima kecaman pelbagai pihak yang menganggapnya tindakan penakut.

Forum anjuran RTM itu yang dijadualkan disertai oleh Noh itu hanya disertai bekas Ketua Wira Perkasa merangkap Exco Pemuda Umno, Armand Azha.

Noh Omar RTMHasilnya dalam forum malam tadi, Suhaizan Kaiat terpaksa berdepan dengan tiga yang lain iaitu moderator dan dua lagi penal termasuk Armand.

“Maka sah dan terbuktilah Noh Omar memang takut nak berdebat macam Umno Sabak Bernam bersama pemudanya sekali. Cakap saja lebih buatnya tidak pernah.

“Jika dengan Suhaizan Kayat yang ‘cool’ pun anda tidak berani, bagaimana pula anda nak berdepan ‘gedebe’ Khalid Samad?,” tulis Facebook Dewan Pemuda PAS Sabak Bernam.

Semasa Sinar Harian membatalkan debat beliau dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Noh Omar telah datang ke pejabat Sinar Harian dengan marah-marah kerana kononnya beliau sudah bersedia dengan debat itu.

noh omar pic 1Sementara itu menurut blog,omakkau.blogspot.com, menyatakan sepatutnya masa inilah peluang terbaik Noh untuk mematahkan hujah Ketua Pemuda PAS Pusat itu.

“Cakap kat luar bukan main samseng gedebe berdegar-degar macam nak terbalik dunia ajak Khalid Samad berdebat dalam isu Kalimah Allah.

“Bila Sinar Harian batalkan mengamuk sakan konon dia sudah bersedia. Yang mudah untuk dipulas pun dia (Noh) lari mencicit sampai tidak cukup tanah,” katanya.

EZY