Categories
NASIONAL

Pejabat PM halang M’Kini buat liputan Jokowi

SHAH ALAM 6 FEB: Wartawan Malaysiakini disekat daripada membuat liputan acara melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya hari ini.

Memetik laporan portal itu, sekatan itu dibuat walaupun Malaysiakini mempunyai kad wartawan Kementerian Penerangan serta kad kebenaran khas untuk liputan acara melibatkan Jokowi daripada jabatan sama.

B9ENtgJCIAAlZXVKetika melalui laluan pemeriksaan keselamatan, pegawai di situ berkata, walaupun mempunyai kad media lawatan khas, Malaysiakini tidak boleh boleh berada di PMO “atas arahan pihak atasan”.

Malaysiakini memperoleh kad media khas yang disahkan oleh ketua pegawai keselamatan PMO minggu lepas.

Tertulis di kad itu: “Kad ini adalah kad rasmi lawatan dan harus dipakai setiap masa” dan “kad ini sah digunakan ketika masa lawatan sahaja”.

Jokowi yang pertama kali datang ke Malaysia selepas menjadi presiden mengadakan lawatan tiga hari bermula semalam sehingga Sabtu.

Semalam Malaysiakini dibenarkan membuat liputan ketibaan Joko.

Ini bukan kali pertama PMO menyekat Malaysiakini menghadiri acara yang di pejabat itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Anwar: “Ekonomi negara tak menantu, mana Najib?”

SHAH ALAM 12 DIS: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bangkit dan menunjukkan kepimpinan tegas berhadapan ketidaktentuan ekonomi.

Anwar berkata ia ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia dan ringgit yang semakin lemah terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

Anwar PCKatanya, yang lebih menakutkan adalah keadaan ekonomi tidak dikemudi baik dengan ‘nakhodanya’ pula tidak berperanan.

“Di manakah kepimpinan kita? Tidak pernah keluar satupun kenyataan daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan mengenai keadaan ekonomi negara dan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi rakyat – dan bebanan ekonomi lebih besar yang bakal mereka hadapi.

“Tiada sebarang tindakan dilakukan dan sebaliknya pemimpin Umno-Barisan Nasional lebih gemar membuat penafian. Sungguh tidak bertanggungjawab Najib dan jemaah menteri membiarkan negara dalam keadaan tergantung dan penuh debaran.

“Rakyat perlukan jawapan. Perdana menteri mesti bertindak segera dan jangan tangguhkan penjelasan,” kata Ketua Pembangkang itu pada satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, dipetik The Malaysian Insider.

EZY

Categories
NASIONAL

Rakyat pun “letih” dan “malu” dapat PM macam Najib

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 NOV : Kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau “letih” dan “malu” setiap kali Barisan Nasional (BN) digelar sebagai pembangkang di Selangor mengundang pelbagai reaksi rakyat terutama di laman sosial.

Tinjauan Selangor Kini di Facebook mendapati rata-rata pengguna membalas kenyataan Perdana Menteri itu dengan sindiran mereka juga letih dan malu dengan kepimpinan Najib.

najib-popularSeorang pengguna yang dikenali sebagai Al Khair, berkata sekiranya pemimpin tertinggi negara itu letih terhadap senario politik yang berlaku di tanah air, maka seeloknya beliau melepaskan jawatan yang disandang sekarang.

Beliau berkata BN juga sudah hilang taring untuk meraih sokongan pengundi terutama di negeri yang ditadbir pembangkang seperti Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.

“Jika letih letak jawatan. Umno Selangor pun sudah tiada taring,”sindirnya di Facebook.

Bersetuju dengan pendapat pengguna laman sosial yang lain, Mohd Radzi berkata jika Najib tidak mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, maka jalan terakhir bagi beliau adalah meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin lain.

Katanya masa untuk ‘bersandiwara’ juga sudah tamat kerana rakyat kini lebih bijak memilih siapa pemimpin yang mereka mahukan untuk mentadbir negara.

“Kalau sudah tahu tak dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat, sila letak jawatan.

“Jawatan yang diperolehi itu adalah daripada undi pilihan rakyat, kalau nampak tak ‘perform’ letak jawatan ganti orang lain.

“Tiada masa sekarang nak bersandiwara,” katanya.

Bagi Nudin Dino, beliau berpendapat Najib seharusnya lebih malu dengan rakyat, lebih-lebih lagi corak pemerintahan BN yang jauh lebih lemah berbanding pakatan pembangkang.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, (beliau) harus malu dengan rakyat sekiranya BN masih memerintah sperti sekarang.

“Lambat laun 1Malaysia BN akan jadi pembangkang,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong Freddy Unnau bahawa BN akan digelar pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sekiranya dasar pentadbiran mereka tidak diubah.

Terdapat beberapa komen lain di laman sosial berhubung kenyataan terbaru Najib itu antaranya:komen

Mohd Shafandy : “Kami lagi malu ada Perdana Menteri macam ini.”

Syarif Hidayatullah : “Mimpi la nak ambil Selangor…kami tidak mahu tengok BN di Selangor.”

Tenggiri Tanjung : “Kami rakyat Malaysia pun malu dan letih sebab BN masih dipilih jadi pemerintah.”

Najib dalam ucapannya pada Konvensyen Umno Selangor semalam berkata beliau merasa letih dan malu memalukan apabila BN dipanggil pembangkang.

Beliau turut menggesak anggota parti berkenaan supaya berani membuat perubahan bagi merampas semula negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

EZY

Categories
NASIONAL

Minyak naik, FB PM jadi sasaran tak puas hati

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 4 OKT: Akaun Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sasaran rakyat sejak beberapa hari selepas pengumuman subsidi penarikan subsidi bahan api sebanyak RM0.20.

Rata-rata rakyat meluahkan rasa tidak senang dengan perkara terbabit yang mengakitbatkan kenaikan harga petrol dan diesel.

FacebookSejak hari pertama penarikan subsidi itu diumumkan pada lewat petang Rabu lalu, ruang komen di kebanyakan status Najib terutama yang dimuat naik selepas pengumuman itu, dihujani dengan luahan hati rakyat, walaupun status beliau bukan mengenai isu penarikan subsidi.

Malah lebih menimbulkan kemarahan apabila Najib bertindak berkongsi laman Facebook KPDNKK berhubung penjelasan isu rasionalisasi subsidi.

Status ‘share’ terbabit mendapat hampir 2,000 komen daripada rakyat.

Antaranya, mereka mahu gaji dan elaun Menteri dan Ahli Parlimen dikurangkan kerana mereka mendakwa pihak itu mempunyai kekayaan sendiri.

“Ramai menteri-menteri yang dilantik JPM dianggap rakyat sebagai pekerja buruh. Mereka lakukan tindakan membebankan rakyat, ” tulis Safuddin Yunus.

Ada juga yang mahu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dihentikan kerana ia tidak dapat menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat.

Penerangan dalam bentuk soal jawab yang dimuat naik Najib kira-kira jam 4 petang itu dihujani komen bantahan terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan bentuk bantuan kerajaan terhadap golongan pertengahan bagi meringankan beban kos sara hidup yang tinggi.

Malah, status pemimpin tertinggi negara itu mengenai tragedi MH17 yang dimuat naik semalam turut disambut dengan komen yang membincangkan isu kenaikan harga minyak.

Selain itu, status di Facebook Najib tentang keputusan undian bahawa kebanyakan rakyat memilih kos sara hidup sebagai kategori pilihan utama melalui laman web #Bajet2015 menarik lebih 3,000 komen, kebanyakannya membantah kenaikan harga minyak.

Sejak pengumuman itu, pelbagai gambar mengenai kenaikan harga minyak menjadi viral di laman-laman sosial yang mana kebanyakannya memperli kerajaan.

EZY

Categories
NASIONAL

‘Rombak Kabinet: PM gugur Najib?’

SHAH ALAM 18 JUN: Antara jenaka SMS yang sedang diedarkan mengenai rombakan kabinet, menurut wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin, ialah Perdana Menteri akan gugurkan Najib.

Jenaka atau tidak, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu berkata, Perdana Menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.

NEWS“Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Mohd Najib telah mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

“Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara.

“Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk Kementerian Kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?” tulis Kadir dalam blognya.

Menurut Kadir lagi, sejak Mohd Najib menjadi menteri kewangan pada tahun 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5 peratus.

Katanya, selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan bahawa ia “ok”.

“Jadi PM perlu menilai semula prestasi (KPI) Mohd Najib sebagai menteri kewangan,” katanya.

Lagipun, tambahnya, PM perlu tumpu lebih banyak masa mengurus pentadbiran negara yang semakin mencabar.

-Malaysiakini

Categories
NASIONAL

Najib Razak dicabar buat tinjauan bebas dasar BN ke atas masyarakat Cina

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 4 MEI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar untuk melaksanakan tinjauan bebas di kalangan masyarakat Cina sama ada dasar yang ditetapkan oleh Barisan Nasionaln(BN) secara langsung membantu kejayaan masyarakat Cina.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata pengundi Cina secara bersepadu menolak BN pada 2008 dan pilihan raya umum (PRU) lepas membuktikan perasaan mereka terhadap BN.

“Najib sepatutnya lebih tahu, banyak masalah belum dapat diselesaikan sehingga kini dengan bilangan sekolah dan guru tidak mencukupi, isu yang sekian lama dibawa parti pembangkang.

UMNO BN 55“Malah sehingga kini, lembaga pengurusan sekolah terpaksa mengambil langkah lain mencari sumber kewangan membiayai guru sementara bagi menampung masalah yang ada,” katanya di status Facebook miliknya semalam.

Beliau berkata, masyarakat Cina di negara ini berjaya atas usaha gigih mereka yang mana kenyataan Najib itu menyimpang jauh daripada hakikat sebenar yang berlaku.

“Saya pasti hasil kajian akan menunjukkan majoriti tidak bersetuju dengan dakwaan itu,” katanya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan mendakwa hasil dasar yang dilaksanakan Kerajaan BN banyak mempengaruhi kejayaan masyarakat Cina pada hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Najib untuk tidak membezakan kumpulan bangsa dan etnik di Malaysia seperti mana laungan 1 Malaysianya sejak bergelar Perdana Menteri.

EZY

Categories
SELANGOR

Dakwa beri air percuma punca catuan, Najib Razak dikecam di laman sosial

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 4 MEI : Dakwaan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa pemberian air percuma di Selangor menyebabkan catuan air baru-baru ini ternyata tidak disenangi dan dikecam warga laman sosial.

Semalam, Najib dilaporkan berkata langkah populis Kerajaan Negeri untuk memberikan air percuma dan keengganannya menaikkan tarif air adalah punca kekurangan air di negeri ini.

FacebookTinjauan Selangor Kini di laman media sosial Facebook mendapati rata-rata pembaca mengecam kenyataan selain ada yang menjadikan kenyataan Najib sebagai bahan lawak jenaka dan sindiran.

“Dekat Johor dan Negeri Sembilan tiada air percuma malah mahal pun kena catu, sudah pergilah ‘selfie’ di sana,” tulis Sariph Sariphuddin.

“Air dengan air percuma adalah perkara berbeza. Air percuma kerana ia adalah tanggungjawab pemerintah kepada rakyatnya bukan menekan rakyat dengan pelbagai cukai. Semua orang tahu catuan disebabkan kemarau dan air empangan berkurangan. Jangan buat kenyataan yang kurang cerdik,” luah seorang lagi pemilik akaun Facebook, Roshan Rashid.

Sementara itu, ramai juga yang membandingkan catuan baru-baru ini dengan catuan sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1998.

air pahang“Teringat pula tahun 1998, empat bulan juga kena catu sebab keadaan cuaca, jadi fikir-fikirkanlah ya masa tu siapa yang pegang,” kata Rossi Hail.

“Tahun 1998 Selangor catu air selama 150 hari kerana cuaca, 1998 bukan PR,” ulas Joe Faris pula.

Selepas kontroversi kangkung, ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat, Obama , kenyataan terbaru Najib kali ini turut mengundang sindiran warga laman sosial.

“Aku hairan juga, banyak betul yang komen kutuk Najib, maknanya banyaklah rakyat tak suka tapi dia tak sedar ke rakyat tak suka dia atau dia buat tak tahu saja,” sindir Mohd Firdaus Abdullah di Facebook.

“Beri air percuma menyebabkan musim kemarau, jadi kerajaan berhasrat naikkan tarif air supaya tak kemarau lagi- Jibby,” sindir seorang lagi, Anwar Haldir Aswad.

Sejak penghujung Februari lalu, Kerajaan Negeri mengambil langkah melakukan penjadualan atau catuan air ekoran musim kering luar biasa yang menyebabkan paras empangan semakin merosot.

Bagaimanapun, minggu lepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan catuan ditamatkan ekoran paras empangan semakin meningkat selain taburan hujan di hilir yang banyak membantu pengurangan pelepasan air di Empangan Sungai Selangor.

EZY

JURNAL BERITA – KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat RM5 bilion.

1. MB: Selangor galak industri berpotensi tinggi berkembang

2. MB: Laksanakan WSIA, pelaburan Selangor tidak terjejas

3. Exco: Wanita berpeluang tambah pendapatan jadi pengasuh dari rumah

4. KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat kepada RM5 bilion

5. Tawas perkenal Teras, boleh nikmati rebat cukai

6. Perangsang Selangor salur RM14.7 juta laksanakan CSR

7. Perangsang Selangor tandatangani MOU bangun sukan bernilai RM1.8 juta

8. Hadiah RM100 untuk lepasan SPM di Kuala Kubu Bharu

9. Lebih 1000 sertai Kayuhan Malam Earth Hour MBSA

10.Kes Denggi meningkat, orang ramai patut lebih waspada

11.Town Hall Meeting tingkat kefahaman masyarakat hala tuju MPSJ

12.Salimah gesa Kerajaan Pusat sekat hiburan maksiat

MH370: Sidang media PM macam baca skrip berita

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

MB dan PM tandatangani MOU penstrukturan air Selangor

PUTRAJAYA 26 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat bagi membolehkan Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri itu dengan suntikan dana RM2 bilion bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.

MOU berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor itu ditandatangani di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya.

air MBMemorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan detik bersejarah
tersebut.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

“Alhamdullillah, penstrukturan air Selangor akhirnya tercapai. Ucapan terima kasih kepada Menteri KETTHA atas kerjasama yang diberikan,” kata Abdul Khalid.

Air MB1Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran daripada pengambil alihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Kenyataan media bersama antara Menteri Besar dan Kerajaan Pusat itu boleh layari INI.

Categories
NASIONAL

SAMM: Ejekan kangkung pada PM sentimen seluruh negara

SHAH ALAM 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membidas kenyataan seorang blogger pro-Umno yang cuba mengaitkan sebuah flashmob parodi kangkung dengan sentimen perkauman.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata tindakan blogger itu hanya mengambil kesempatan dari satu aksi semata-mata, namun tidak melihat dari pelbagai sudut yang lebih menyeluruh.

Kangkung3 (1)“Apa yang berlaku dalam negara hari ini ialah, 1Malaysia telah ditindas pemerintah dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak terkawal dan tidak ada kaum yang terkecuali.

“Respon daripada menteri pula dilihat kurang bijak dan mendapat kritikan umum,” kata Edy dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kemuncaknya, lahir parodi disensasikan secara meluas berpunca daripada respon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis di Kemaman.

“Semua kaum di atas nama rakyat Malaysia terlibat dalam menjayakan ‘parodi kangkung’ yang bermula di laman sosial, dan tidak menolak kemungkinan ianya akan diperluas dalam bentuk flashmob yang mana trend ‘kangkung’ ini akhirnya mendapat perhatian dunia,” kata Edy.

sammBeliau berkata, jika blogger Umno menuduh flashmob berunsur kangkung hanya melibatkan kaum Cina, apakah blogger itu mahu melihat 1Malaysia melakukan ‘flashmob kangkung’ selepas ini.

“Justeru, SAMM bersetuju dengan saranan pelbagai pihak agar kempen #Kangkung1Malaysia dilancarkan bagi mengisi keharmonian kepelbagaian kaum yang bersatu meluahkan perasaan,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

PM Mungkir Janji, Tawar Masteel Bhd Bina Rel Melalui Rundingan Terus

tony pua Forum Air

KUALA LUMPUR 15 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilabel mungkir janji apabila menawarkan projek pembinaan sistem rel di Iskandar Malaysia kepada Malaysian Steel Works(Masteel) Bhd melalui rundingan terus.

Tawaran tender berkenaan dianggarkan bernilai RM1 bilion.

Najib didakwa gagal menunaikan janjinya apabila sebelum ini pernah berjanji akan melaksanakan sistem tender terbuka selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam sidang media di Parlimen hari ini berkata, pemilihan Masteel juga dipersoalkan kerana tidak berpengalaman dalam bidang rel kerana aktiviti utamanya adalah pembuatan dan pembekalan pelbagai jenis keluli di Malaysia.

“Syarikat tersebut yang hanya memperolehi keuntungan bersih RM24 juta pada 2012 tidak pernah terlibat dalam kerja pembinaan dan pengoperasian rel.

“Adakah Masteel merupakan syarikat terbaik untuk melaksanakan projek RM1 bilion ini dengan bantuan kerajaan sebanyak RM700 juta?

“Malah apakah keperluan untuk menswastakan projek ini jika kerajaan perlu membiayai 70 peratus daripada kos pembinaan melalui pemberian pinjaman mudah?” soalnya.

Beliau berkata, kerajaan perlu menjelaskan rasional menawarkan projek secara rundingan terus terutama kepada syarikat tiada pengalaman dan dana modal mencukupi.

Tony Pua menjelaskan Masteel mengumumkan pada 31 Mei lalu melalui Bursa Malaysia bahawa mereka menghadiri mesyuarat dengan Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dipengerusikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanazlah Hussain.

Dalam mesyuarat tersebut, anak syarikat Masteel, Metropolitan Commuter Network (MCN) diberikan kebenaran untuk memuktamadkan struktur pinjaman mudah RM700 juta daripada kerajaan untuk membina satu sistem rel yang baru di Iskandar Malaysia di mana sistem rel ini akan melingkungi 20 stesen termasuk Kulai, Gelang Patah, Nusajaya, Johor Bahru dan Masai.

MCN adalah syarikat usahasama di mana Masteel memiliki 60 peratus manakala KUB Bhd di mana Umno mempunyai kepentingan 40 peratus.