Categories
SELANGOR

Selangor Laksanakan Perkhidmatan Bas Tempatan Dalam Dua Bulan

pakatan selangor

SHAH ALAM, 15 JUN : Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyempurnakan serta menambah baik beberapa perkara dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai memenuhi Pelan Tindakan Lima Tahun Jawatankuasa Tetap PBT Negeri Selangor (Rangka Pertama).

Ini termasuk menyediakan perkhidmatan bas tempatan di peringkat PBT dan menyelaraskan undang-undang kecil e-lesen untuk bangunan perniagaan.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dalam sidang media berkata, antara rangka lain yang dikenal pasti ialah penambah baikan sistem pengauditan dan pemantauan cara kerja.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada peningkatan kerja warga PBT dan perlesenan burung walit.

“Usaha ini akan diselaraskan untuk seluruh negeri di mana kita akan membuat perbincangan dari semasa ke semasa mengenai perkara tersebut.

“Berhubung perlesenan burung walit, pihak Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan pengusaha burung walit sebelum kita membuat keputusan terakhir.

“Butirnya akan diumumkan kemudian bila kita sudah mempunyai langkah yang konkrit,” katanya selepas sesi perjumpaan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam semalam.

Perkhidmatan bas tempatan pula akan dilaksanakan sebagai menepati janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 Pakatan Rakyat Selangor.

Categories
NASIONAL

Himpunan Kesyukuran PR Di Hadapan Amcorp Mall Esok

tony-pua

SHAH ALAM 22 MEI : Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Justeru, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat seperti berikut:

Tarikh: 23hb Mei 2013 (Khamis)
Masa: 7 malam
Tempat: Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall)

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

“Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, kami telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon kami,” kata Tony dalam satu kenyataan media.

Turut diundang sebagai penceramah ialah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim, Tan Kok Wai dan lain-lain.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada polis kerana akan memberikan kerjasama untuk menjalankan ini.

“Polis akan membantu mengawal trafik. Bagi mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya,” ujar Tony

Categories
NASIONAL SELANGOR

Teng Chang Kim (PKR) – Fokus Calon PRU 13

yb teng

Categories
NASIONAL

Sahut Cabaran : Khalid Tunggu Najib Esok di Pelabuhan Klang – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tan Sri Abdul Khalid menunggu Perdana Menteri dan Calon Menteri Besar Selangor BN untuk berdebat esok.

2. Datuk Teng Chang Khim melahirkan rasa sedih dengan sifat berpura-pura Perdana Menteri Najib Tun Razak.

3. Datuk Sri Anwar Ibrahim tidak mendoakan Tun Mahathir mati cepat tetapi mendoakan sebaliknya untuk mantan Perdana Menteri itu menyaksiakan perubahan negara.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Teng : Umno-BN Munafik Politik

teng_chang_k_pc_01

SHAH ALAM 30 APRIL : Calon Pakatan Rakyat DUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim melahirkan rasa sedih dengan sifat berpura-pura Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sifat itu dapat dilihat jelas dengan sikap Umno-BN yang menunggu sesuatu masalah diselesaikan Pakatan Rakyat terlebih dahulu, sebelum menerjah untuk mengambil kesempatan kata Teng.

Sebelum ini, Najib didakwa cuba meraih sokongan dengan menawarkan potongan harga rumah Bukit Botak, sebuah projek perumahan yang diabaikan Umno-BN tetapi diselamatkan dan disiap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Najib, yang juga Pengerusi Umno-BN Selangor, turut disangah oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila beliau cuba mengambil kredit dalam penyelesaian projek rumah terbengkalai Alam Perdana.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, dikesan cuba mengambil kredit daripada projek pengambil-alihan perumahan terbengkalai di Ukay Bistari, Hulu Kelang.

“Mengapa menunggu sehingga kerajaan Pakatan Rakyat menyelesaikannya? Ni barulah tampil menunjuk muka menyerahkan kunci”

Turut menarik perhatian bekas Speaker Dewan Negeri Selangor ini adalah janji pemberian air percuma yang dibuat Umno-BN.

“Bila dilaksanakan kerajaan PR Selangor beliau menuduh Selangor akan bankrup, namun kini menjanjikan air percuma dalam manifesto beliau untuk Selangor”

Sikap bermuka dua ini, tegas Teng, tidak mencerminkan sikap pemimpin yang beriman.

“Kami yakin rakyat akan membuat pilihan bijak dan memilih Kerajaan Pakatan Rakyat yang berhemah, bersih serta prihatin bagi meneruskan kecemerlangan.”

Categories
NASIONAL

Dewan Negeri Selangor Bubar, Rakyat Disaran Bijak Mengundi

Sidang Dun Selangor

KLANG 4 MAC : Dewan Negeri Selangor (DNS) dibubarkan secara rasminya hari ini apabila Warkah Pembubaran ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di hadapan Menteri Besar serta Ahli-Ahli Dewan Diraja yang hadir.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor akan berpeluang sekali lagi menjalankan hak dan tanggungjawab mereka dalam menentukan kerajaan yang memerintah

“Ahli Mesyuarat Kerajaan Selangor menyembahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Baginda Sultan di atas tunjuk ajar serta panduan yang berikan sepanjang lima tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim selepas pertemuan dengan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang di sini.

Abdul Khalid berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam di negeri ini yang telah berkhidmat dengan cemerlang serta kerjasama yang mereka berikan kepadanya dan seluruh pimpinan di Selangor.

Beliau berharap semua penjawat awam akan terus bekerja dengan dedikasi meskipun kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dipilih.

“Begitu juga dengan seluruh anggota pasukan keselamatan negara yang diharap akan sentiasa menjaga keselamatan awam terutama ketika hari penamaan calon, tempoh berkempen dan sehingga hari pengundian.

“Ketua-ketua kampung, penghulu, ketua-ketua taman dan persatuan penduduk perlu menjaga keselamatan kawasan masing-masing supaya proses pilihan raya berjalan dalam suasana harmoni dan selamat.

“Kita juga perlu memastikan anak buah kita menjaga kesejahteraan komuniti dan mengelak diri daripada terpengaruh dengan segala bentuk provokatif mana-mana pihak,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membantu beliau dalam menjalankan tugas-tugas dengan memberi liputan sama ada secara positif atau negatif serta hebahan.

“Saya masih mengharap media memberikan laporan yang adil dan profesional sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian.

“Kepada semua pengundi di Selangor, saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Saya juga mengharapkan rakyat di Selangor ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” ujar Abdul Khalid.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri Sumbang RM 20,000 Kepada Keluarga Polis Yang Terkorban Di Sabah

exco melawat keluarga azrul tukiran 03

KLANG, 8 MAC : Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyerahkan sumbangan sejumlah RM20,000 kepada keluarga Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Sumbangan itu diserahkan Kerajaan Negeri dengan diwakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

exco melawat keluarga azrul tukiran 02Turut serta Speaker Dewan Negeri, Datuk Teng Chang Khim dan MP Batu, Tian Chua.

Bantuan tersebut adalah peruntukan daripada Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.

Dalam pertemuan yang diadakan di kediaman keluarga Mohd Azrul di Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Rodziah turut membaca amanat Menteri Besar sebagai tanda takziah terhadap keluarga Mohd Azrul.

Rodziah ketika ditemui berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban khususnya untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

exco melawat keluarga azrul tukiran 01Katanya, sumbangan itu tidak akan terhenti begitu sahaja, sebaliknya akan dilaksanakan secara berterusan terhadap mana-mana ahli keluarga parajurit negara yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Apabila Kerajaan Negeri mengumumkan Tabung Wira Rakyat Selangor untuk membantu anggota yang terkorban, kita mengambil pendekatan untuk terus turun padang dan menyerahkannya sendiri kepada keluarga mereka.

“Tabung ini akan dimanfaatkan untuk ahli keluarga parajurit sehingga kita yakin mereka telah lepas daripada kesusahan akibat mata pencarian itu telah tiada atau terkorban semasa mempertahankan negara,” katanya.

exco melawat keluarga azrul tukiran 04Sementara itu, Tukiran Ahamad, 67, yang merupakan bapa kepada Mohd Azrul melahirkan kesyukuran atas bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

Menurutnya, walaupun nyawa anaknya tidak boleh dicari ganti, namun beliau tetap berbangga dengan usaha murni anaknya yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dalam mempertahankan kedaulatan negara.

“Saya sekeluarga masih berduka atas kehilangan anak saya. Tetapi ketentuan Allah itu tidak boleh ditolak.

“Namun, saya terharu dengan kunjungan barisan Exco dan para pemimpin lain yang tidak putus-putus menziarahi kami sekeluarga,” luahnya.

Mohd Azrul, 27, atau lebih mesra dipanggil Ayon oleh keluarganya, antara anggota polis yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah.

Anak ke enam daripada tujuh adik beradik itu mula menyertai Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau pada 2006.

Jenazah Azrul selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, 4 Mac lalu.

Selain Azrul, turut terkorban ialah Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman, Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA) Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau).

Turut terkorban Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna), Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah).

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Lebih Berminat Jaga Kebajikan Rakyat Berbanding Memberi Keuntungan Kepada Syabas – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 20022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri akan membina Rumah Mampu Milik (RMM) di Taman Sentosa, Klang dan kawasan sekitarnya bagi memenuhi kehendak rakyat setelah masalah banjir dikawasan tersebut berjaya diselesai.

2. Kerajaan Negeri lebih berminat untuk menjaga kebajikan rakyat di Selangor berbanding memberi keuntungan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas).

3. Pihak polis digesa menjalankan siasatan segera dan menangkap dalang disebalik perbuatan mengsabotaj papan billboard yang mempromosikan pelancongan di Sekinchan.

Categories
SELANGOR

MB : Dasar Ketelusan Dan Kebertanggungjawaban Tarikan Utama Pelaburan RM 48 Bilion Ke Selangor

MB malam penghargaan pelaburan ssic 01

SHAH ALAM 17 FEB : Dasar Ketelusan dan Kebertanggungjawaban yang diamalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah pemangkin kepada tarikan dan pertumbuhan pelaburan negeri itu.

Pencapaian RM 48 bilion dalam lima tahun lepas menunjukkan dasar-dasar tersebut yang menjadi tunjang prinsip pentadbiran PR, berjaya menarik pelaburan sehingga Selangor menerajui semua negeri dalam jumlah pelaburan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dasar ketelusan menunjukkan Kerajaan Negeri terbuka dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan yang sihat.

Beliau berkata sejak 2008 Selangor konsisten menduduki tempat pertama atau kedua negeri yang mendapat pelaburan tertinggi. MB malam penghargaan pelaburan ssic 04

Negeri kedua yang mencapai jumlah pelaburan tertinggi di negara ini adalah Sarawak yang memperolehi jumlah pelaburan sebanyak RM 40.72 bilion.

“Itulah sebabnya kita mengumumkan bahawa Negeri Selangor sebagai negeri pertama yang mencapai jumlah pelaburan yang tertinggi sejak 2008,” ujar Abdul Khalid.

“Kerajaan Selangor mengucapkan terima kasih kepada semua para pelabur dengan sokongan dan kejayaan anda semua,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penghargaan Pelabur 2012 anjuran Selangor State Investment Center (SSIC) yang diadakan di I-Walk I-City di sini.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Selangor, Teresa Kok dan Dr Xavier Jayakumar serta Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim.

MB pelaburan ssic tarian budaya 02Di majlis itu, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Perbandaran Shah Alam menerima penghargaaan kerana terpilih sebagai ?Kawasan Yang Paling Digemari Para Pelabur Bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan.?

Sementara itu, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Hulu Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Petaling Jaya dan Pejabat Tanah Dan Galian Daerah Klang menerima anugerah bagi kategori Daerah.

Untuk Kategori Pelabur Dalam Negara Dengan Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Asia Pasific Truck And Bus Sdn Bhd dan SKS Building Coach Sdn Bhd.

Manakala Kategori Pelabur Luar Negara Yang Pelaburan Tertinggi, Anugerah diberikan kepada syarikat Baker Mansion dan DSG (M) Sdn Bhd.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Puashati Perjalanan Dewan, Yakin Selesai Isu Air Melalui Perbincangan

SHAH ALAM 30 NOV : Kerajaan Negeri berpendirian Loji Langat 2 dan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor hendaklah dibincangkan bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu berbincang secara menyeluruh dalam memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di bawah Model Holistik.

Katanya, perkhidmatan air semasa yang tidak holistik akan terus menyumbang kepada pengurusan air yang tidak cekap dan membebankan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak lagi berupaya mengendalikan pengagihan air kerana menanggung defisit kewangan dan berhutang dengan operator rawatan air melebihi RM400 juta serta gagal membayar royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM3 juta,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas ucapan penutup sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) hari ini.

Beliau turut menyeru rakyat Selangor supaya terus menyokong usaha penstrukturan industri perkhidmatan air bagi memastikan bekalan air lebih cekap pada harga munasabah.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati terhadap perjalanan sidang DNS yang bukan sahaja membuktikan Kerajaan Negeri berjaya membentangkan belanjawan berimbang malah berjaya menyerahkan Kertas Putih hutang Talam dan laporan status penstrukturan industri air.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua ahli dewan yang mengambil bahagian dalam perbahasan, saya terima cadangan, kritikan serta hujah yang boleh memberi penambahbaikan kepada Kerajaan Negeri.

Saya mengucapkan terima kasih terima kasih kepada Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana mengendalikan persidangan Dewan penggal kelima dengan baik dan lancar,” katanya lagi.

Adun BN Batang Kali Didapati Bersalah Keluar Kenyataan Berbaur Seksis

SHAH ALAM, 30 NOV : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mendapati Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada 22 November lalu.

Ekoran itu, Isa dikenakan denda sebanyak RM1,000 melalui potongan Elaun Khas Ahli Dewan Negeri.

Keputusan itu ditetapkan Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim setelah mengambil kira persetujuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul pindaan berhubung mengenakan denda kepada Isa.

“Bahawasanya dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk mengenakan denda RM1,000 yang akan dipotong dari Elaun Khas Ahli Dewan Negeri ke atas Adun Kawasan Batang Kali terhadap kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Adun Bukit Lanjan pada 22 November 2012 semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang berbunyi “…(Tapi) jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri”,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan itu dipertikaikan Isa dengan mendakwa Speaker tidak berlaku adil terhadapnya ekoran kenyataannya tempoh hari tidak melanggar mana-mana peraturan tetap dewan.

Namun, Teng menegaskan tindakan itu adalah adil berdasarkan Peraturan 36(4) di mana Adun dilarang untuk menggunakan bahasa biadap.

“Bagi saya itu mencukupi untuk membuktikan kenyataan yang dikeluarkan adalah berbaur seksis,” ujarnya.

Usul berkenaan dibawa Gan Pei Nei (PKR-Rawang) dan disokong oleh kumpulan penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak puashati dengan keputusan usul tersebut Adun-adun BN bertindak keluar dewan sebaik Speaker membacakan keputusannya.

SALAM SELANGOR Episod 5 24092012 – Suburnya Demokrasi


Sinopsis:
Suburnya Demokrasi

Program ini telah bersiaran secara langsung pada 24.09.2012 jam 12.10 tengahari. Bersama pengacara Zubli Zainordin dan tetamu Datuk Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor.

Layari http://www.selangorkini.net