Categories
NASIONAL

Mahfuz Omar dan Dr Rosli umum sertai AMANAH secara rasmi

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara rasmi menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas meninggalkan PAS berkuatkuasa 31 Disember 2017.

Pengumuman itu dibuat di Parlimen dalam satu majlis jamuan tengah hari ini.

“Hari ini saya tamatkan politik bebas tanpa parti.

“Saya mengumumkan menyertai AMANAH untuk bersama Pakatan Harapan bagi melangkah gagah membawa perubahan dalam politik Malaysia,” katanya.

Dalam majlis sama, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop turut mengumumkan menyertai AMANAH berkuat kuasa hari ini.

Kedua-dua mereka menandatangani borang permohonan dan menyerahkannya kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

=EZY=

 

Categories
NASIONAL

Cadangan gabung KEADILAN-AMANAH boleh dipertimbang

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 19 DIS: Cadangan penggabungan parti KEADILAN dan Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh dipertimbangkan jika memberi nilai tambah positif kepada kemenangan blok pembangkang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu perlu diteliti kerana membabitkan soal dinamik parti dan pertubuhan demokratik yang memerlukan sikap terbuka.

Katanya, setiap pihak diharap tidak mewarisi cara pemikiran lama kerana ia bukan reformasi yang diharapkan.

“Itu hanya cadangan tetapi kita tidak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya. Kita boleh berbincang walaupun bukan kerana perebutan kerusi.

“Penggabungan Parti Rakyat Malaysia dan Keadilan Nasional sebelum ini memberi kekuatan baru kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

mb-invest 1“Sudah tentu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengambilnya sebagai contoh dan cadangan itu diutarakan,” katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Bangunan SUK, di sini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pemuda AMK, Dr Afif Bahardin mencadangkan supaya KEADILAN dan AMANAHA bergabung sebagai parti memandangkan kedua-duanya berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana.

Katanya, gabungan itu juga bakal memberi kekuatan baru terhadap blok pembangkang sedia ada.

Walaubagaimanapun, cadangan itu ditolak Setiausaha Agung KEADILAN, Dato’ Saifuddin Nasution Ismail kerana menganggap idea terbabit bersifat pramatang.

-AA-

Categories
NASIONAL

1MDB: Amanah mohon perkenan Agong sokong inisiatif tuntut aset rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) memohon perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong memberi sokongan terhadap tindakan Datuk Husam Musa mengambil tindakan mahkamah di Amerika Syarikat bagi mengembalikan aset dicuri melalui syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata tanggungjawab mengembalikan hak rakyat negara ini sepatutnya diambil oleh Kerajaan Malaysia.

“Sehingga kini bukan sahaja tiada sebarang langkah diambil Kerajaan Malaysia, malah Peguam Negara sendiri mengakui wang 1MDB tidak dicuri dan bila Kerajaan Malaysia mengakui tiada sebarang aset negara dicuri sudah tentu mereka tidak akan melakukan sebarang tuntutan.

“Kegagalan mengembalikan wang rakyat bakal merugikan negara ini sendiri,” kata Raja Kamarul Bahrin pada sidang media di Wisma Amanah di Taman Wahyu di sini, hari ini.

Katanya, Amanah turut mempertimbangkan cadangan supaya aset bernilai berbilion ringgit dikembalikan nanti diuruskan oleh pihak lain dan bukannya pihak sama bertanggungjawab tercetusnya skandal 1MDB.

1MDB-1024x731Katanya, sokongan itu boleh diperolehi berikutan pada Oktober 2015, Majlis Raja-raja Melayu sendiri turut meminta supaya skandal 1MDB diselesaikan secepat mungkin.

“Kami juga menyesali tindakan cuba mengaitkan 1MDB dengan institusi raja seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Amanah tetap hormati PAS, harap dapat baiki hubungan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) tetap menghormati PAS ekoran parti itu sudah melalui pelbagai pengalaman sepanjang lebih 60 tahun berada dalam arena politik negara.

Setiusaha Agung Amanah, Anuar Tahir, berkata beliau berharap hubungan Amanah dan PAS dapat diperbaiki bagi menentang segala kemungkaran berlaku.

“Saya percaya (hubungan dengan PAS) semakin baik sebab kita sebagai manusia kita perlu positif. Kalau mula semuanya dengan negatif sekalipun tidak adalah sampai kiamat pun tidak boleh berbaik dah.

“Saya percaya mudah-mudahan hubungan ini boleh diperbaiki semasa ke semasa. Kita hormat mereka sebagai sebuah parti yang dah lama, lebih 60 tahun,” kata Anuar pada sidang media yang diadakan di Wisma Amanah Negara di Taman Wahyu di sini, hari ini.

Jelasnya, berbanding Amanah yang baru berusia setahun ketika ini mempunyai kira-kira 60,000 ahli dan cuba mensasarkan 100,000 keahlian sebelum 2016 berakhir.

Katanya lagi, semua pihak perlu mengambil contoh di beberapa negeri yang mampu menguruskan pendirian politik masing-masing tanpa perbalahan walaupun berlainan pandangan.

“Kami walaupun setahun, namun tetap merupakan parti politik yang tersendiri, unik dan kita boleh bekerjasama dengan semua parti yang ada selagi ianya untuk kebaikan dan menentang kemungkaran,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Sambutan ulang tahun pertama AMANAH di Muar

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Parti Amanah Negara (Amanah) bakal mengadakan sambutan ulang tahun pertama peringkat Nasional di Y Square Hall, Lebuh AMJ (Alor Gajah, Melaka-Johor), Sungai Abung, Muar, Johor, pada 24 September ini.

Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, berkata sambutan setahun usia parti komponen Pakatan Harapan yang genap setahun penubuhannya pada 16 September ini diadakan di Muar sempena lokasi tercetusnya parti itu.

“Idea dan kesepakatan awal idea untuk menubuhkan Amanah ini kebetulan tercetus di Bakri, Muar, maka sebab itu sambutan pertama kita adakan di sana sebagai tanda terima kasih kepada masyarakat setempat.

ANUAR TAHIR“Keduanya, untuk memberi penghormatan kepada pasukan Aminolhuda Hassan (Pengerusi Amanah dan Adun Parit Yaani) sebagai penggerak awal penubuhan parti ini selain usaha beliau yang aktif sejak Amanah mula ditubuhkan,” katanya pada sidang media parti itu di Wisma Amanah di Taman Wahyu, di sini, hari ini.

Katanya, sambutan itu akan dimulakan dengan acara larian yang bermula seawal jam 7.00 pagi diikuti pelbagai acara lain sehingga jam 12.00 malam.

Antara acara yang akan diadakan ialah pertandingan memancing, catur cina, pemeran, persembahan kebudayaan, ceramah perdana dan ‘Johor Food Fare’.

Katanya, satu majlis makan malam yang akan disertai majlis pimpinan Amanah dan rakan politik lain turut diadakan pada malam 17 September ini di lokasi yang akan diumumkan nanti.

Selain sambutan peringkat kebangsaan, Amanah peringkat negeri dan kawasan juga akan mengadakan pelbagai sambutan di tempat masing-masing.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenyataan AMANAH berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan Parlimen ini kerana mempraktikkan semangat setiakawan dan kejujuran berpakat sepertimana yang sepatutnya wujud dalam Pakatan Harapan (PH).

2. Kenyataan berhubung dua pilihan raya kecil ini sewajarnya dibincang dan dipersetujui dahulu di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH khasnya setelah berlakunya kecelaruan semasa pilihan raya negeri Sarawak.

AMANAH yakin tiada mana-mana rakan PH yang mahu melihat pengalaman buruk tempoh hari berulang.

3. AMANAH amat menghargai cadangan pelbagai pihak dan individu pimpinan parti berhubung kedua-dua PRK ini. Namun, AMANAH menegaskan bahawa tiada yang muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan.

4. Budaya kenyataan dan tindakan unilateral boleh diamalkan oleh pihak lain tetapi AMANAH menegaskan ianya tidak boleh dan tidak wajar menjadi amalan Pakatan Harapan.

Atas keinginan dan komitmen terhadap pendekatan muafakat politik yang jujur dan ikhlas ini, maka AMANAH ditubuhkan meskipun ada yang terpaksa meninggalkan parti asal mereka.

5. AMANAH mahukan PRK ini dijadikan medan memperkukuh Pakatan Harapan sekaligus membina keyakinan rakyat terhadap keutuhan dan kesungguhan Pakatan Harapan mencabar BN sebagai kerajaan menanti.

6. AMANAH berpendapat bahawa dua PRK ini mesti dilihat dalam perspektif yang tepat dengan matlamat yang khusus. Ia mesti dilihat dalam rangka membina kekuatan PH dalam mendepani PRU14.

Implikasi baik buruk terhadap PRU14 perlu dihadam dengan jelas (Fiqh Al-Maalat/Fiqh Kesan-Konsekuensi).

7. AMANAH secara konsisten menyeru semua pihak, khususnya rakan PH, untuk menggembleng seluruh kekuatan pembangkang termasuk mereka yang ingin sekadar menyingkir Najib, di belakang PH.

Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain.

8. Mesyuarat AMANAH peringkat Nasional hari ini telah membuat penilaian dan analisa berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

AMANAH akan mengesyorkan tindakan sewajarnya kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan;

i. Syor yang dibawa AMANAH bertujuan mengukuhkan kedudukan PH sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan PH sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat.

ii. AMANAH menyeru semua pihak supaya meletakkan keyakinan penuh terhadap PH. Tumpukan usaha kepada pengukuhan PH dan menanamkan kefahaman bahawa persaingan antara BN dan PH perlu diutamakan.

iii. Persaingan ini perlu dibawa ke PRU14 supaya PH dilihat sebagai satu-satunya saingan untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

9. Demi mencapai kemenangan ke atas kerajaan BN yang telah lama mengabaikan hak dan kepentingan rakyat, kerja-kerja mengukuhkan PH secara bulat dan muktamad perlu dilakukan sekarang!

“Harapan Baru”

HJ MOHAMAD BIN SABU

Presiden

Parti Amanah Negara

Categories
NASIONAL

Penganalisis: Amanah perlu buktikan kredibiliti

SHAH ALAM, 10 JAN: Pakatan Harapan (Pakatan) menandatangani perjanjian tataetika semalam bagi mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan berkenaan.

Pengukuhan itu penting dilakukan bagi mengelak kemelut sama berulang sebagaimana berlaku sebelum ini.

Perjanjian tataetika Pakatan membabitkan KEADILAN, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi panduan kepada mereka untuk menyelesaikan konflik, membuat keputusan dan membina perpaduan, bahkan ia tidak pernah dilakukan.

Laporan dipetik dari The Malaysian Insider bagaimanapun memberi gambaran Amanah dijangka akan berdepan kesukaran dengan menerima peruntukan kerusi lebih kecil pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ujian pertama dihadapi Pakatan baru-baru ini adalah pembahagian kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di Selangor dengan Amanah memperoleh lapan kerusi.

IMG_1254Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata Amanah adalah parti serpihan PAS dan perlu membuktikan kredibiliti mereka sebagai parti politik yang berwibawa sebelum mampu membuat tuntutan untuk bertanding dalam PRU-14.

Beliau berkata, Amanah juga seharusnya berterima kasih kepada rakan komponen Pakatan di Selangor kerana bermurah hati memberikan lapan kerusi ahli majlis PBT kepada mereka.

“Amanah tidak wajar mohon lebih kerusi, mereka belum ada kredibiliti. Pemimpin mereka dulu parti lain, tidak wajar minta lebih kerusi,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

Beliau berkata, kepimpinan Pakatan Harapan juga sudah pasti menilai keupayaan Amanah sebelum menyerahkan mana-mana kerusi untuk dipertandingkan parti itu pada PRU-14 yang perlu diadakan selewat-lewatnya 2018.

“Apa yang dilakukan Pakatan di Selangor refleksi kepada yang akan berlaku kepada mereka dalam pembahagian kerusi untuk PRU14.

dr.dzul“Kita juga tidak pasti calon Amanah mampu memenangi kerusi dalam PRU-14,” katanya.

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Aris Arif Mundayat pula berpendapat, Amanah mempunyai kekuatan lebih kecil berbanding rakan mereka dalam Pakatan.

“Amanah lebih kecil, kekuatan mereka belum terbukti dan masih baru sertai struktur ahli majlis PBT,” katanya.

Bagaimanapun Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berpandangan berbeza dengan berkata, beliau tidak khuatir perkara itu kerana blok pembangkang akan menandatangani persetujuan secara kolektif bagi tujuan itu.

“Saya sangat positif mengharapkan komponen dapat buktikan mereka faham dan tahu tuntutan serta manfaat politik.

“Macam mana sukar dalam pembahagian kerusi, ia dapat diselesaikan Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

Walaupun tidak menolak akan wujud masalah pembahagian kerusi untuk pembangkang pada PRU-14, beliau positif dengan semangat setia kawan dalam Pakatan dengan penganjuran konvensyen presiden bagi memuktamadkan kerjasama.

-NFN-

AMANAH dapat 8 kerusi Ahli Majlis PBT

Lapan daripada 288 kerusi ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor deperuntukkan kepada wakil AMANAH

Categories
NASIONAL

AMANAH: Kerajaan memang patut halang dua peserta luncur angin Israel

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 DIS: Pemuda AMANAH menyambut baik tindakan kerajaan mengenakan sekatan terhadap dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

Naib Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata sekatan itu perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu dilakukan pada setiap perkara dan bukan hanya sukan semata-mata.

BOIKOT ISRAEL“Tindakan itu juga menunjukkan tanda sokongan dan solidariti Malaysia terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan haram Israel secara berterusan dengan cara tidak bertamadun

“Pemuda AMANAH juga menyokong kerajaan untuk terus konsisten memastikan tidak berlaku sebarang hubungan Malaysia dan Israel termasuk penglibatan firma perunding Israel, APCO Worldwide,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa yang sama, Fakhrulrazi berkata, beliau melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Khairy, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

“Sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan, kami berhak untuk menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara ini dan pencinta keamanan sejagat yang sehingga kini sangat peduli terhadap nasib rakyat di negara Palestin.

“Diharap DAP lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan pandangan khususnya melibatkan sensitiviti umat Islam dan hukum hakam agama,” katanya.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi, hari ini.

EZY

Categories
NASIONAL

Raja Kamarul : PRU-13 Tsunami Nilai Bukan Politik Bangsa

Kamarul Bahrin

SHAH ALAM 16 MEI : Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bukanlah tsunami politik bangsa tetapi perubahan pengundi yang lebih memilih kepada perjuangan sistem nilai demokrasi.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata masyarakat kini tanpa mengira bangsa bangkit dengan memperjuangkan nilai menentang rasuah dan ketidakadilan yang berlaku.

“PAS banyak menang di kawasan yang banyak institusi pendidikan dan bukan kepada sentimen bangsa, di Terengganu banyak isu berkenaan pengabaian hak orang Melayu.

“Kini masyarakat semakin sedar dengan soal kebergantungan kepada pihak kerajaan dan kerajaan (Umno-BN) amat suka orang Felda bergantung harap, kerajaan tidak ingin mereka berdikari dan merdeka daripada mencari nafkah atas usaha sendiri,” kata Raja Kamarul.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu, di sini.

Dalam pada itu Kamarul turut mempersoalkan sikap kerajaan pimpinan Umno-BN yang didakwa gagal dalam menangani isu professional Melayu apabila tidak menghargai peranan mereka dalam membangunkan negara.

Kata Raja Kamarul, beliau mengambil contoh mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican yang kini diambil bekerja oleh syarikat asing di Singapura.

“Orang-orang yang amanah tidak dapat memberikan sumbangan kepada kerajaan dan tiada tempat , seorang Melayu lebih dipercayai oleh negara di Singapura dan Amerika Syarikat,” kata beliau.

Wacana ini turut mengetengahkan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Program ini dikendalikan oleh Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sultan : Jangan Mudah Terpedaya Dengan Fitnah Dan Khabar Angin

sultan mb masjid jelutong 01

SHAH ALAM 17 MAC : Umat Islam diperingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan berita fitnah dan khabar angin yang disebarkan melalui pelbagai media.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar setiap berita harus diteliti dengan lebih mendalam dan terperinci sebelum membuat sesuatu kenyataan atau mengambil tindakan.

“Setiap gerak-geri, percakapan, perbuatan, serta keputusan yang diambil akan menentukan masa depan diri sendiri, keluarga dan negara,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda bertitah demikian semasa Majlis Perasmian Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Masjid tersebut dibina dengan kos RM 25.5 juta.

Kos itu ditampung sumbangan wang wakaf Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebanyak RM 6 juta, Kerajaan Selangor (RM 11 juta), Sime Darby Property Bhd (RM 6 juta) dan kutipan ahli-ahli kariah masjid sebanyak (RM 2.5 juta).

sultan mb masjid jelutong 03

Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong yang juga Masjid Diraja dibina pada Mei 2010 dan siap sepenuhnya pada Mac 2013.

Ia mempunyai keluasan 2.07 hektar dan mampu memuatkan kira-kira 4,000 jemaah ada satu-satu masa.

Sultan Sharafuddin juga bertitah agar ahli jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Jemaah hendaklah terdiri daripada mereka yang sanggup memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan.

“Beta berkenan supaya Ahli Jawatankuasa Masjid ini sentiasa bersikap amanah, berwibawa dan professional serta dapat bekerjasama antara satu sama lain dengan erat bagi merangka program yang boleh memakmurkan masjid.

“Diharap Masjid ini juga dijadikan tempat untuk umat Islam di kawasan ini bersatu padu dengan semangat persaudaraan yang kukuh dan teguh.

“Masyarakat di sini hendaklah sentiasa hidup dalam harmoni dan bersikap muhibbah,” titah Baginda Sultan.

Turut hadir dalam majlis itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

sultan mb masjid jelutong 02