Categories
SELANGOR

Selangor batal rumah terbuka Aidilfitri, hormati tragedi MH17

SHAH ALAM, 25 JULAI: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , di sini, yang sepatutnya berlangsung pada hari raya pertama.

Khalid-Ibrahim-SELANGORDalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar di sini, Abdul Khalid berkata, pembatalan itu sebagai menghormati tragedi pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak dan terhempas di timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal , pada 17 Julai lalu.

“Seluruh negara bersedih dengan tragedi ini, namun umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri selepas sebulan mengerjakan ibadah bulan Ramadan.

“Kita berharap rakyat Selangor menyambut Aidilfitri tahun ini secara bersederhana dan penuh tertib,” katanya.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

EKSKLUSIF: Jangan peralat rakyat untuk agenda politik – MB

Oleh NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu rakyat Selangor diperalat sebagai batu loncatan ke Putrajaya bagi memenuhi agenda politik pihak tertentu.
Beliau mengakui Pakatan Rakyat perlu bercita-cita untuk terus berkembang dengan menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran untuk ke Putrajaya.
Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat perlu memberitahu rakyat yang mungkin tidak memikirkan negeri itu akan dijadikan sebagai alat.
Copy of nazli-mb“Kalau ini (asas ke Putrajaya) hendak dijadikan, adalah baik bagi Pakatan meminta mandat semula kepada rakyat Selangor.
“Kita mestilah mempertahankan prinsip. Kita menjalankan reformasi untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan diri sendiri,” katanya pada temu bual khas bersama SelangorKini.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan untuk menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya ketika memulakan pelan Langkah Kajang.
Bagaimanapun, ia tersekat berikutan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak boleh bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, sebaliknya diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
jiwa rakyat aPada temu bual itu, Abdul Khalid turut ditanya mengenai dakwaan berkaitan Splash yang dikatakan mendekati individu dalam PKR untuk mendapat penyelesaian yang berpihak kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
“Jika itu berlaku bermakna parti membenarkan seseorang melobi ke atas keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri.
“Ini membelakangkan tujuan memberikan kuasa rakyat dapat kebaikan dan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab,” katanya.
Beliau mahu hal itu dihindar dan menyerahkannya kepada Kerajaan Negeri untuk menentukan pembelian konsesi air dibuat dengan harga munasabah dan menguntungkan rakyat.
Categories
SELANGOR

Rakyat beri amaran Pakatan akan ‘diajar’ pada PRU 14 jika tukar MB Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 8 JULAI: Serangan, desakan dan terbaru fitnah terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar meletak jawatan sebagai Menteri Besar nyata mencetus kemarahan ramai rakyat Selangor.

Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati rata-rata ramai yang kesal dengan tindakan berkenaan, malah tidak kurang juga yang mengancam untuk menghukum Pakatan Rakyat (PR) kelak.

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL“Kamu apa-apakan Menteri Besar Selangor, kami anak jati Selangor akan ajar kamu dalam pilihanraya nanti.

“Jangan amal politik kotor, Aku tujukan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Ini janji.

“Jika Tan Sri Khalid digugurkan, maka harapan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya bakal hancur. Rakyat tidak akan percaya sesiapa pun lagi selepas ini. Kerana bagi rakyat, PR serupa saja dengan Umno-BN,” Kata Posmen Hensem.

Posmen Hensem1

“MB yang begitu baik, Pakatan Rakyat nak ganti. Adakah Pakatan sudah berubah menjadi BN?

“Bertaubatlah, tambahan pula sekarang bulan Ramadan. Kekayaan di dunia tidak dapat dibawa ke akhirat nanti,” komen Yaakob Ali.

amukrakyat2

“Terdesak! Namun kita yakin Abdul Khalid tetap dengan pendirian akan kekal sebagai MB Selangor yang tidak gentar kepada sebarang bentuk provokasi,” kata Zainal Abidin pula.

“Yang nak menjatuhkan Abdul Khalid semua nak senang atas angin, hancurlah kalau diikutkan permintaan dia orang, tak lama Selangor pun hancur.

amukrakyat3

amukrakyat8

“Untung banyak, akhirnya depa sapu. Saya minta biarlah Abdul Khalid teruskan jawatan MB sampai pilihan raya umum 14 (PRU14),” pinta Kamaruzaman Kamarul.

amukrakyat4

 

Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu menerusi Agensi Berita Nasional (Bernama) kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya.

berita palsuKesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang semalam menantikan sebarang kemungkinan yang dikhabar akan berlaku.

Bagaimanapun, Bernama melalui laman mikro Twitter memaklumkan pihaknya mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Sanggup jadi saksi SELCAT bukti Abdul Khalid telus

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JUN: Kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai saksi dalam sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) membuktikan beliau komited dan telus.

Abdulu Khalid (PKR-Pelabuhan Klang) dipanggil sebagai saksi berhubung isu kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS).

IMG_3376Kehadiran Abdul Khalid sebagai saksi pendengaran SELCAT, pada 25 Mac itu mendapat pujian daripada ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim (DAP) yang menyifatkannya sebagai sikap yang baik dan perlu dicontohi semua pihak termasuk Perdana Menteri.

“Dalam sesi pendengaran ini ada satu perkara unik kita nampak apabila Jawatankuasa SeELCAT yang ditubuhkan di dewan yang mulia ini buat pertama kalinya memanggil Menteri Besar.

“Menteri Besar hadir dan memberikan kerjasama penuh kepada jawatankuasa ini. Ia adalah contoh yang baik kerana sebagai ketua kerajaan beliau bertanggungjawab atas segala isu berkenaan kerajaan.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah, seorang Menteri Besar sanggup menampilkan diri sebagai saksi walaupun di Parlimen. Kalau kita tanya Perdana Menteri, beliau juga tidak pernah melakukan perkara demikian.

“Inilah contoh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang bertanggungjawab dan mengamalkan ketelusan,” katanya ketika membentangkan usul berhubung isu penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan penamatan kontrak 20 kakitangan kontrak PKNS Holdings.

attactserangNG SUEE LIM-AZMIN2 copyBeliau berkata demikian dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang memasuki hari ketiga, di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika menyentuh isu penamatan Mohamed Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS, Suee Lim menggesa Kerajaan Negeri menjelaskan status sebenar kedudukan beliau.

“SELCAT mendapati tiada bukti yang mengesahkan penamatan Azmin sebagai Lembaga Pengarah PKNS. Sebarang tindakan menamatkan perkhidmatan kakitangan kontrak perlu dijalankan lebih teratur pada masa hadapan,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA : MB pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014

Sinopsis

1. Abdul Khalid pilih Brazil juarai Piala Dunia 2014
2. MB: Tidak perlu bentang kertas putih isu air
3. MB: LLM diberi tempoh seminggu sedia kertas keja lebuh raya
4. Isu Hudud dibincang pada sidang DNS
5. Kroni Umno kaut untung bayaran sewa UiTM, rakyat tanggung rugi
6. Speaker Selangor terima usul pembangkang kaji hudud
7. Kes BSM: JAIS diarah dapat nasihat Exco & Penasihat Undang-Undang
8. Hannah Yeoh: “Saya perlu ‘neutral’ kendali DNS”
9. Skandal Bank Rakyat, Ahmad Maslan gagal bagi jawapan meyakinkan
10.Xavier ambil tindakan undang-undang terhadap Chegu Bard, Malaysia Kini
11.Umno usul hudud di Selangor, bila MCA ingin berdemo?
12.Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat
13.Saifuddin: Ahli PKR perlu tolak politik ugutan, wang
14.Pinda akta, LHDN bakal jadi 1MDB
15.397 pemilik kilang USJ 1 dapat hak milik tetap
16.Ugut Ketua Pengawas Pemilihan, 3 ahli PKR dipecat
17.Klinik Guaman Pusat Wanita Berdaya jadi medium perlindungan
18.Longkang terbiar Taman Sri Nanding tingkat masalah aedes

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik

Pemilihan PKR: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Dalam kesibukan jadual hariannya sebagai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan hadir ke majlis pengagihan barang keperluan kepada warga kurang berkemampuan sempena Hari Wesak, semalam.

Beliau menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada kira-kira 70 orang warga kurang bernasib baik bertempat di Pertubuhan Penganut Buddha, Taman Ikan Emas, Cheras, di sini.

DSC_2128Kehadiran beliau disambut mesra hadirin yang mengambil peluang bersalam dan bergambar dengannya yang kini juga sibuk berkempen bagi mememenangi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Hari Wesak adalah hari agama Buddha lahir dan juga hari agama Buddha dapat ‘enlightenment’.

“Untuk mereka yang beragama Buddha, saya ingin ucapkan selamat menyambut Hari Wesak,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menyumbangkan RM10,000 bagi menjayakan program berkenaan.

DSC_2177Selain penyampaian sumbangan, beliau dan hadirin turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian kanak-kanak.

Selesai majlis, Abdul Khalid juga berkesempatan melawat serta meninjau insiden pokok tumbang yang mengakibatkan kerosakan kereta penduduk di Flat Sri Johor, Bandar Tun Razak.

Categories
SELANGOR

Rampasan Bible dilaksana mengikut undang-undang, tidak ada agenda lain

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 APRIL: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sekali lagi menegaskan tindakan Kerajaan Negeri berhubung isu rampasan Bible dilakukan mengikut undang-undang.

Beliau berkata, keputusan semasa dibuat berasaskan kedudukannya sebagai ketua pentadbiran negeri dan bukan atas agenda lain.

Katanya, tindakan merujuk kepada Peguam Negara (AG) juga dilakukan atas nasihat pegawai undang-undang negeri sementara menunggu sebarang keputusan selanjutnya.

IMG_8932“Saya menjalankan satu tugas, sebagai orang yang memimpin negeri kena ambil kira kepentingan undang-undang dan pentadbiran.

“Keputusan juga perlu mengambil kira peranan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dalam kerja yang kita lakukan,” katanya pada sidang media di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu Kerajaan Negeri bertindak lebih tegas seterusnya memulangkan semula kitab Bible yang dirampas.

Pada awal tahun ini, JAIS bertindak merampas lebih 300 kitab Bible dalam Bahasa Melayu daripada premis Persatuan Bible Malaysia (PBM).

bible bahasa melayuMenjawab soalan lain, Abdul Khalid juga menafikan tindakan menanti keputusan AG dibuat sebagai satu teknik ‘permainan selamat’ dalam menghadapi pemilihan PKR yang bermula hujung bulan ini.

“Saya jalankan tugas ini dan tidak ada kaitan dengan pemilihan, sebab kalau tidak betul, ada juga tidak marah dan sokong. Jadi, saya akan buat secara tertib dan teratur dalam menangani isu ini,” katanya.

-NFN-

JURNAL BERITA – MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

1. MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

2. MB: Perjanjian baru akan dimeterai selepas pelaksanaan WSIA

3. MB: BSM dicadang tulis surat kepada AG mohon bible dipulangkan

4. MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

5. Abdul Khalid sambut baik cabaran 6 penjuru bertanding Timbalan Presiden PKR

6. Mesyuarat Exco lulus pembayaran 2 lukisan A Samad Said

7. Exco: Nelayan terjejas akibat jerebu, sumber kewangan alternatif perlu ada

8. Exco: PPA seluruh Selangor lancar “Program Baca Bersama 10 Minit”

9. Denggi: 25 kematian berlaku di Selangor

10. MBSA sasar 100,000 kg barangan kitar semula dikumpul

11. Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

12. Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

13.Kerajaan Pusat patut ambil alih pengurusan tol bukan terus beri pampasan

JURNAL BERITA – Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

1. Hasil kredibiliti 5 tahun, Abdul Khalid percaya ahli PKR beri sokongan

2. Perpustakaan Selangor lancar khidmat u-Pustaka, kaedah segera cari bahan bacaan

3. Lori Lynas terbalik, kesihatan penduduk Mantakab terancam

4. Kak Wan utamakan Kajang, belum umum bertanding Pemilihan PKR

5. Warga Facebook bengang, ‘Bomoh 1Malaysia’ buat hal lagi

6. ADUN Sungai Pinang salur RM20,000 beli 100 basikal, atasi masalah kesesakan

7. SYABAS lanjut catuan air hingga 30 April

8. Pemilihan PKR 2014 : Pertembungan Anwar, Azizah jawatan Presiden

9. Pembeli Taman Kencana kesal, pemaju naik harga rumah terbengkalai

10.Hanya kawasan masalah pam, tinggi lewat terima sambungan bekalan air

11.Kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang meragukan, kementerian perlu umum segera

12.Rakyat Sarawak teruja, kagum kejayaan pengurusan Selangor

13.MBSA anjur Advokasi Denggi, kaedah tingkat kesedaran masyarakat

14.MBPJ tingkat aspek keselamatan, lancar tempat letak kereta khas wanita

Categories
SELANGOR

MB: Mesej ‘Demi Selangor’ fitnah, cubaan lagakan pimpinan PR

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 22 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej yang tersebar bertajuk ‘Demi Selangor’ yang cuba mengeruhkan hubungan erat pimpinan Pakatan Rakyat di hari akhir sebelum pengundian PRK Kajang esok.

Abdul Khalid dipetik dari laman Facebooknya berkata, mesej itu direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan terdesak yang bertujuan memberikan persepsi buruk terhadap diri beliau dan Pakatan Rakyat.mesej

“Mohon rakan-rakan media sosial tidak terkeliru,” kata Abdul Khalid.

Dalam sebaran mesej fitnah itu ia komen Abdul Khalid berkenaan pandangannya berhubung perjalanan PRK Kajang dan jawatan Menteri Besar serta hubungan dengan pimpinan PKR lain.

Sebelum ini, 11 telefon bimbit pimpinan PKR turut digodam pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tidak berasas yang terdesak dengan kemaraan PR dalam kempen PRK Kajang.

EZY