Umno tiada lagi cinta pada Najib?

Ketiadaan gambar Presiden Umno Najib Abdul Razak pada poster-poster yang dinaikkan jentera Umno-BN PRK P044 membayangkan boikot sedang berlangsung!

Categories
NASIONAL

Berhenti bohong Zahid, Muhyiddin

SHAH ALAM, 28 APR: Barisan Nasional (BN) tidak perlu berbohong kepada rakyat di Permatang Pauh dengan menabur janji manis demi memenangi pilihan raya kecil (PRK) parlimen itu.

Pengarah Pilihan Raya Wanita PKR, Haniza Talha berkata, BN sering mengkhianati rakyat dengan memberi janji kosong sejak pilihan raya umum (PRU) lalu.

hanizaKatanya, BN pernah berjanji untuk membina rumah mampu milik di seluruh Pulau Pinang dengan mendirikan papan iklan bagi menarik perhatian pengundi, namun tidak dilaksanakan sehingga kini.

“Mengapa kita perlu PRU atau PRK sebelum BN mula menjanjikan imbuhan kepada rakyat?

“Kerja menaik taraf dan pembangunan di negara ini perlu dilakukan berterusan bukan ketika pilihan raya sahaja untuk memenangi hati pengundi,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Haniza berkata, jawatankuasa pilihan raya perlu membatalkan penyertaan BN kerana ia adalah rasuah secara terang-terangan dan menyalahguna dana awam.

muhyiddin-zahid-300Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penduduk Permatang Pauh bakal menerima peruntukan khas lebih RM5 juta jika BN menang dalam PRK Permatang Pauh.

Katanya, peruntukan itu akan digunakan bagi membaik pulih serta menaik taraf pelbagai kemudahan dan infrastruktur.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berjanji memperuntukkan RM400 juta kepada hospital Permatang Pauh.

Categories
NASIONAL

Penduduk Permatang Pauh mahu PKR kekal menang

Oleh: NORHAYATI UMOR

PULAU PINANG, 24 APR: Penduduk tempatan terus menanti siapa yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, menjelang penamaan calon, pada 25 April ini.

Harapan tinggi pasti ada terhadap calon yang bakal bertanding merebut kerusi panas yang juga kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri ANwar Ibrahim, sejak 1982.

Bagi Johar Ahmad, 60, dia berharap siapa juga calon yang dipilih PKR akan dapat menewaskan Barisan Nasional (BN).

PRK-P44“Saya tidak kisah siapa juga yang diletakkan asal PKR menang dan Umno jatuh. Tidak kira Wan Azizah (Datuk Seri) atau sebaliknya yang penting lawan Umno habis-habisan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Sementara itu, suri rumah, Samsiah Mat Ismail, 48, berkata calon yang menang diharap dapat membawa Permatang Pauh jauh ke hadapan.

“Moga beliau dapat membawa perubahan lanskap pembangunan kepada penduduk di sini. Tidak kisah siapa calon, janji PKR menang,” katanya.

Manakala, Abdul Razak Abdullah, 54, pula menganggap pembangunan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen sebelum ini sudah mencukupi.

“Apa yang ditinggalkan Datuk Seri Anwar sudah cukup. Apa yang kita mahu adalah kepedulian kepada rakyat dan itu yang dilakukan beliau selama ini.

Anwar“Kalau boleh kami mahu PR mengekalkan kerusi parlimen ini,” katanya.

Sementara itu, suasana sekitar Permatang Pauh masih lagi tenang menjelang penamaan calon.

Tinjauan Selangor Kini sekitar pekan di tiga DUN kawasan berkenaan juga mendapati penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Antara lokasi tinjauan adalah Permatang Rawa, Permatang Batu, Berapit, Pekan Permatang Pauh, Samagagah dan Mengkuang Semarak, bahkan beberapa pondok keselamatan polis juga sudah tersedia di setiap kampung.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK: Jangan ada sabotaj, dukung perjuangan PR

SHAH ALAM 21 APR: Gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh harus dijalankan berdasar semangat Pakatan Rakyat (PR) tanpa sebarang sabotaj.

Ketua Angkatan Muda Keadikan (AMK) Pahang, Wong Chun Yuan berkata, sokongan penuh tanpa syarat diberikan kepada calon bertanding mewakili PAS di PRK Rompin.

Katanya, keputusan PRK menjadi referendum suara rakyat terhadap isu semasa seperti pelaksanaan GST, pemenjaraan ketua pembangkang dan 1MDB.

spr on black 01“Diingatkan, semua pihak yang mendukung perjuangan PR tidak mengamlakan sabotaj supaya kita mencapai kemenangan,” katanya dalam kenyataan media.

Ketua Pemuda PAS Pahang, Nazri Ahmad diumum sebagai calon PRK Rompin, pada 5 Mei ini.

Ia diumum Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ceramah pengisytiharan calon di Bandar Satelit Muadzam Shah, di Rompin, malam tadi.

Nazri, 40, berasal dari Felda Keratong 5, Rompin, memiliki Ijazah Sarjana Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

amkBeliau yang juga Yang dipertua PAS Rompin pernah menjadi guru Al-Quran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal selepas mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

Categories
NASIONAL

PKR bantu calon PAS di Rompin

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 14 APR: PKR akan membantu calon PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Rompin, pada 5 Mei ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan  Ismail berkata, PAS dijangka meletak calonnya kerana parlimen berkenaan ditandingi parti itu pada pilihan raya lalu.

spr“Kita akan bantu terutamanya PKR di Pahang. Kita akan mengambil bahagian dalam memastikan sokongan padu dan kuat pada calon kita di Rompin,” katanya dalam sidang medi,  di sini, hari ini.

Parlimen Rompin diisytiharkan kosong oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

PRK Rompin 5 Mei, Permatang Pauh 7 Mei

SHAH ALAM, 10 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin akan diadakan pada 5 Mei ini susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam satu nahas helikopter yang terhempas, pada 4 April lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau yang sebelum ini pernah mengatakan PRK berkenaan berkemungkinan akan diadakan serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menegaskan tarikh itu tidak sesuai kerana ia cuti umum untuk Pahang.

spr on black 01“Ia tak menghalang SPR untuk mengadakannya lebih awal daripada Permatang Pauh, asalkan ikut syarat dalam Malaysia dan undang-undang lain.

“Pada asalnya, nak adakan serentak pada 7 Mei, tapi bagi Pahang ia Hari Hol iaitu cuti umum untuk negeri itu dan banyak program yang diatur dari tengah hari dan sebelah malam melibatkan pihak istana serta ketua jabatan.

“Kalau diadakan pada tarikh itu, ia tidak sesuai,” katanya yang memetik laporan Malaysia Insider.

Sementara itu, hari penamaan calon ditetapkan pada 24 April dan pengundian awal pada 30 April.

Categories
NASIONAL

PRK Dun Chempaka 22 Mac, penamaan calon 10 Mac

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 FEB: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka, pada 22 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, penamaan calon ditetapkan, pada 10 Mac ini.

sprKatanya, kos PRK Dun Chempaka dianggarkan berjumlah RM810,000.

Kerusi Dun Chempaka kosong apabila penyandang, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, pada 12 Februari lalu

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Nik Aziz (PAS) menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

Muhyiddin, Jangan bermimpi!

Oleh: ZURAIDA KAMARUDDIN

UMNO dan BN hanya bermimpi jika mereka fikir bahawa mereka boleh rampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi DUN Cempaka dari Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar yang hilang kelayakan secara tidak adil untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal sebagai kubu kuat dan benteng Pakatan Rakyat. Semangat BN yang tinggi untuk kononnya merampas amat dialu-alukan untuk menguji dan mengukur kekuatan mereka sendiri.

Namun yang sedemikian, jika UMNO dan BN bijak, menyelamatkan diri adalah jalan terbaik untuk mengelak dari malu yang sangat besar pada kemudian hari. Ini kerana rakyat masih terkesan dan kecewa diatas pembunuhan politik Anwar melalui hukuman tanpa keadilan yang disabit baru-baru ini. Jikalau Mahathir masih dengan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”, tetapi sebenarnya “Melayu Tidak Mudah Lupa dan Lawan tetap Lawan!”.

Jangan kita lupa, Najib dan BN adalah orang-orang yang menyebabkan ekonomi Malaysia kini merosot ke tahap yang amat membimbangkan dengan segala hutang dan projek 1MDB. Berbeza pula dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim bekas Menteri Kewangan yang membawa kemakmuran kepada negara. Ini jelas bahawasanya Melayu menderita di tangan UMNO dan BN dengan semua rasuah dan kenaikan harga barang yang mendadak menyebakan rakyat berada di tahap yang amat membebankan.

Situasi kini tidak mudah untuk menerima UMNO yang terus menerus melalukan ketidakadilan terhadap rakyat lebih-lebih lagi apabila kerajaan yang terbentuk ini hanyalah sebuah kerajaan minoriti yang memperolehi sokongan sebanyak 47 peratus pada pilihanraya yang lalu.

Walaupun ia adalah satu tugas yang sukar untuk melawan jentera BN yang menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menang, namun Wanita Keadilan pasti penyokong Pakatan Rakyat akan terus berjuang menentang rejim yang kotor ini untuk mendapatkan semula keadilan di negara ini.

# Zuraida Kamaruddin adalah  Ahli Parlimen Ampang merangkap  Ketua Wanita Keadilan

Categories
NASIONAL

PAS yakin rampas semula DUN Pengkalan Kubor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 SEPT: PAS yakin calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim mampu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu daripada Barisan Nasional (BN).

Pengarah Operasi PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Wan Rosdi merupakan seorang Penyelia DUN dan aktivis PAS yang sudah dikenali masyarakat di Pengkalan Kubor.

Logo-PKR-DAP-PAS“Bukan dia sahaja cergas sebagai aktivis PAS tetapi Allahyarhamah isteri beliau yang meninggal bulan puasa lepas juga merupakan Ketua Muslimat PAS Kawasan sejak 1995. Jadi kedua-duanya ini sudah jadi aktivis dalam PAS sudah lama sejak hampir 20 tahun lalu.

“Dia merupakan aktivis yang sudah biasa dengan program kemasyarakatan di sini, dikenali dan sudah mesra rapat dengan orang di sini, salurkan bantuan rakyat ditimpa musibah dan macam-macam tugas yang selalunya dilakukan ADUN.

“Kehadiran dalam masa enam tahun sudah jadi kelaziman, setiap hari, bukan sekali sekala. Malah bagi masyarakat di sini sudah kenal dia dan anggap bukanlah satu kejutan apabila beliau dipilih untuk bertanding di sini,” kata Wan Abdul Rahim ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Tambah Wan Abdul Rahim lagi, Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal PAS Kawasan Tumpat pertama iaitu sebuah unit sering membantu orang ramai ditimpa kesusahan atau musibah seperti banjir dan lain-lain.

Mengulas hari kedua kempen PRK Pengkalan Kubor yang sedang berlangsung, Wan Abdul Rahim memberitahu tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang kempen.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sambutan di hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubur juga berjalan meriah dan lancar dengan kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

“Semua berjalan lancar dan bertambah meriah lagi dengan kehadiran Presiden PAS yang turut sama-sama berkempen membantu kemenangan calon PAS,” kata Dr Mohd Hatta kepada Selangor Kini.

EZY

Categories
NASIONAL

SPR: Tiada PRK, DUN Bukit Assek kekal kosong

SHAH ALAM, 23 JUN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, pada 21 Jun lalu

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata keputusan itu dilakukan dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.

“PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek jika tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas tempoh terbabit iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.

spr“Jadi, dalam Perlembangan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak, PRK tidak perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA, hari ini.

Ho Leng, 54 yang juga bekas Pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu akibat barah otak.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.

wong ho lengAbdul Aziz berkata, sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.

“Tempoh matang DUN Sarawak adalah pada 20 Jun 2016. Bagaimanapun, Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada,” katanya.

JURNAL BERITA – MB : Air lombong selamat diminum

1. MB: Air lombong selamat diminum

2. Manfaatkan air hujan, tukar corak penggunaan air lebih jimat

3. Anwar: Barack Obama hadapi tekanan Najib tiada pertemuan Ketua Pembangkang

4. GST tak selesaikan hutang negara lebih RM500 bilion, defisit negara

5. GST sebab kos kesihatan dan perumahan naik, turun 1 Mei bantah

6. Lebuh raya Kidex manfaat semua, bukan untung konsesi semata

7. MPK sedia 4,000 petak bazar Ramadhan

8. Biro Pengguna PKR: Bantu penoreh, jangan tunggu harga getah jatuh sampai RM1.40/kg

9. PKR tubuh Panel Rayuan Pengajian Tinggi bantu pendidikan keluarga miskin

10. TPPA: Warga asing bebas miliki hartanah, kedaulatan negara terancam

11. Impian Malaysia: kelas percuma bantu anak Orang Asli

12. PRK Parlimen Bukit Gelugor, penamaan 12 Mei, undi 25 Mei

13. TPPA: Warga asing nikmati petrol subsidi, rakyat terus merana

14. 3 syarikat serah Zakat Perniagaan RM6.2juta kepada LZS

15. 1,675 anak pokok ditanam hijaukan Shah Alam

JURNAL BERITA – Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

1. Wan Azizah angkat sumpah Adun Kajang

2. Tewas PRK, BN lupa janji ganti Hospital Kajang berusia 125 tahun

3. Muhasabah diri, rakyat Selangor jangan putus asa hadapi krisis air

4. Setinggan Seri Temenggung setuju tandatangan akujanji pindah kediaman

5. Hospital Shah Alam hampir siap baru bagi peluang lawat tapak

6. Kepakaran KSSB bantu tingkat kapasiti air

7. Tidak timbul soal taraf hidup, catuan air babit semua golongan

8. Keluarga Allahyarham Penolong Pengarah Kastam Selangor saman kerajaan, SPRM RM8 juta

9. Projek lebuh raya KIDEX perlu kajian lebih mendalam untuk manfaat penduduk

10. Pejabat ADUN Paya Jaras terima reaksi positif program terbaru TAWAS

11. Pencapaian 1,115 pelajar cemerlang UPSR SJKT diraikan Selangor

12. MPK roboh tapak bazar haram sekitar Lorong Kepayang