Categories
SELANGOR

Penggunaan air dan api meningkat, penduduk Subang Jaya harus berjimat

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 25 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh mengingatkan penduduk di kawasannya supaya mengawal penggunaan air, selain mendapati penggunaan eletrik yang tinggi sejak kebelakangan ini.

Hannah berkata, beliau sudah menghubungi Tenanga Nasional Berhad (TNB) berkenaan perkara berkenaan dan agensi terbabit sedia maklum berkenaan perkara itu.

api airKatanya, penggunaan eletrik yang tinggi disebabkan pendingin hawa ekoran cuaca panas disebabkan kehadiran El Nino.

“Saya berharap penggunaan air dapat dijimatkan dan tidak membazir,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Pada 24 Jun lalu, Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB, Omar Sidek dalam satu laporan berkata Malaysia merekodkan penggunaan elektrik 16,583 MW, pada 28 Mei lalu.

Penggunaan tenaga elektrik kini berada pada tahap puncak antara jam 2.00 hingga 5.00 petang setiap hari.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Kerajaan dan TNB untung jika kontrak IPP ditamatkan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 24 MEI: Keuntungan sedia ada dinikmati Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika ini mampu digandakan dan memberikan penjimatan tinggi kepada kerajaan sekiranya kontrak syarikat pengendali Penjana Tenaga Bebas (IPP) swasta ditamatkan.

Ini berikutan keuntungan dinikmati syarikat IPP itu ketika ini mengatasi keuntungan TNB walaupun syarikat IPP terlibat hanya menjana bekalan tenaga jauh lebih rendah berbanding TNB.

tnb 2Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, keadaan ini ditambah lagi dengan keadaan TNB terpaksa menampung pelbagai kos seperti jumlah kakitangan ramai berbanding syarikat IPP terlibat.

“Antara sebab TNB tidak mendapat keuntungan sepatutnya kerana mereka membeli tenaga dari IPP dengan harga lebih tinggi dan menjualnya kepada rakyat dengan harga lebih rendah.Itu sebab TNB terpaksa naik tarif elektrik.

“Keuntungan diperolehi TNB disalurkan kepada IPP dan ini merupakan tindakan menjejaskan ekonomi dan hanya menguntungkan golongan tertentu.

“Sekiranya IPP itu tidak ada dan semua loji penjanaan tenaga IPP diambilalih TNB atau kerajaan maka keperluan membeli tenaga dengan harga lebih tinggi tidak lagi perlu dan menjamin keuntungan lebih baik untuk TNB,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Kata Khalid, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar subsidi seperti mana yang dinikmati syarikat pengendali IPP seperti yang diamalkan sekarang.

“Rakyat perlu memahami keadaan ekonomi negara meruncing dan hutang bertambah adalah hasil dasar dilaksanakan Barisan Nasional (BN) dan mereka meletakkan kepentingan negara sebagai kedua berbanding kepentingan kroni,” kata Khalid lagi.

khalid samad white pc 03Perjanjian konsesi antara kerajaan dan IPP menyebabkan negara mengalami kerugian apabila dikatakan sejumlah RM19 bilion diperuntuk setahun membayar subsidi kepada pihak terbabit.

Terdahulu dalam buku Memoir Tan Sri Ani Arope, bekas CEO TNB itu mendedahkan kejadian black out pada 1992 sememangnya sudah dirancang bagi tujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Buku setebal 143 muka surat itu turut menceritakan permulaan IPP dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang ketika itu dikuasai (mantan) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

EZY

Categories
NASIONAL

‘Black out’ 1992: Sengaja atau tidak, wujudkan IPP khianati rakyat

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 23 MEI: Langkah Kerajaan Pusat menjadikan alasan kejadian ‘black out’ seluruh negara pada 1992 untuk mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) swasta merupakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mengkhianati rakyat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, ini berikutan Kerajaan Pusat ketika itu mempunyai kemampuan tanpa perlu bergantung kepada syarikat swasta untuk menambah kapasiti tenaga yang diperlukan negara.

blackout-Getty“Tidak kira sama ada blackout 1992 itu sengaja dirancang atau tidak, tetap bukan alasan untuk mewujudkan IPP kerana Kerajaan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) masa itu mempunyai kemampuan untuk menambah penjanaan kapasiti tenaga mereka sendiri seperti melalui pinjaman atau simpanan yang ada.

“Usaha untuk menswastakan penjanaan tenaga dan kemudiannya dijual pula dengan harga yang tinggi dengan mendapat subsidi pula lagi daripada kerajaan adalah satu tindakan khianat,” kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

aniKata Khalid lagi, ekoran tindakan Kerajaan Pusat pada masa itu, bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan.

“Maka sebab itulah (bekas) Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatannya kerana protes tetapi tindakan ini tidak dijelaskan kepada rakyat bagi kerajaan menghalang rakyat mengetahui keadaan sebenar.

“Tindakan ini juga menyebabkan ramai kroni Barisan Nasional (BN) mendapat manfaat dan menjadi jutawan yang boleh dikatakan jutawan segera melalui keuntungan IPP ini,” kata Khalid lagi.

Terdahulu dalam buku Memoir Tan Sri Ani Arope, bekas CEO TNB itu mendedahkan kejadian ‘black out’ pada 1992 sememangnya sudah dirancang bagi tujuan mewujudkan IPP di negara ini.

Buku setebal 143 muka surat itu turut menceritakan permulaan IPP dimana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang ketika itu dikuasai (mantan) Perdana Menteri Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

EZY

Categories
NASIONAL

Bekas CEO TNB dedah ‘Black out’ 1992 rancangan kerajaan wujud IPP

KUALA LUMPUR 22 MEI: Insiden ‘Black Out’ yang berlaku di seluruh negara pada 1992 adalah perancangan yang bertujuan mewujudkan Penjana Tenaga Bebas (IPP) di negara ini.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Tan Sri Ani Arope mendedahkan perkara itu dalam buku beliau ‘Memoir Tan Sri Ani Arope’ setebal 143 surat.

Buku itu menceritakan permulaan IPP, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang dikuasai Dr Mahathir Mohamad ketika itu memaksa TNB menyerahkan tanah di Paka, Terengganu dan Pasir Gudang, Johor kepada pihak ketiga bagi pembinaan loji janakuasa.

ani arope“TNB mempunyai rancangan untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dengan membina loji di Pasir Gudang dan Paka. Pembiayaannya tidak ada masalah dan kredit kami adalah sangat tinggi. Kami mempunyai tanah dan bersedia untuk membina loji.

“Tetapi, kami diberitahu oleh EPU bahawa ia mempunyai rancangan sendiri. Kami diberi amaran oleh EPU bahawa jika loji itu, yang mengambil masa dua bulan untuk disiapkan tidak dibina, Malaysia akan mengalami satu lagi ‘black out’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temuramah oleh Starbiz baru-baru ini berkenaan apa yang berlaku pada tahun 1992 dipetik Keadilan Daily.

blackout-GettyKatanya, TNB pada masa itu memiliki 250 jurutera dan adalah mustahil mengatakan kejadian black out disebabkan perancangan lemah syarikat tanaga berkenaan.

Ani berkata, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit, selepas peristiwa itu,

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit.

Katanya, tiada rundingan dilakukan dan perjanjian itu menyebabkan 20 juta pengguna pada tahun-tahun tersebut tiada pilihan dan terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik.

ani“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” katanya yang terpaksa meletak jawatan sejurus selepas kejadian itu.

Beliau berpendapat perjanjian itu adalah salah dari segi moral dan berat sebelah.

Berdasarkan laporan tahunan Petronas pada 2008, IPP mendapat subsidi gas berjumlah RM8.1 billion, manakala TNB pula memperoleh sebanyak RM5.7 billion.

PPA menyebabkan saham TNB jatuh menjunam daripada 20 sen pada tahun 1993 berkurangan kepada 10 sen pada tahun 1994.

TNB terpaksa menaikkan tarif elektrik untuk mengekalkan keuntungan syarikat.

 

Categories
NASIONAL

Rakyat tidak terbeban jika TNB henti beli elektrik IPP

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 MEI: Rakyat di negara ini tidak perlu berdepan kenaikan tarif elektrik yang melampau jika Kerajaan Pusat menamatkan perjanjian yang memerlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membeli elektrik dengan harga tinggi daripada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Syed Husin Ali, berkata IPP memperoleh sekurang-kurangnya RM20 bilion subsidi daripada kerajaan dengan tujuan ‘melindungi’ dan ‘menyelamatkan’ syarikat itu.

Katanya, ekoran itu TNB ‘dipaksa’ membeli bekalan elektrik daripada syarikat berkenaan walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi dan akan membebankan rakyat.

syed husin ali 01“Najib (Datuk Seri Najib Razak) kata dia tiada pilihan melainkan terpaksa naikkan tarif elektrik. Jika kerajaan hentikan TNB daripada beli mahal (elektrik) dengan IPP tentu harga tidak perlu naik.

“Memang ingin selamatkan IPP yang dapat subsidi RM20 bilion sebab kalau ikut perjanjian yang Tun Mahathir buat, TNB kena beli eletrik mahal daripada IPP. Rugilah. Rakyat beban!” kata Syed Husin di twitternya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula secara sinis di twitternya menganggap keuntungan RM1.742 bilion pada suku ketiga tahun kewangan 2013 yang diperoleh TNB adalah satu’ kerugian’ buat Najib.

RafiziKatanya, disebabkan itu kerajaan BN tidak lagi mempunyai pilihan lain selain menaikkan tarif elektrik tanpa memikirkan kesengsaraan rakyat.

“Untung RM1.7 bilion itu bagi Najib rugi,” katanya.

Semalam, Najib dalam satu majlis bersama kakitangan TNB di ibu kota berkata kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini dilakukan supaya kerajaan tidak perlu mensubsidi operasi TNB dengan dana awam kemudiannya.

Katanya, kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana 85 peratus kos TNB terdiri daripada kos bahan api dan harganya semakin meningkat.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tarif elektrik : Tony Pua selar tindakan Najib

Oleh : Norhayati Umor

SHAH ALAM 8 DIS : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mempertahankan kenaikan tarif elektrik dengan alasan tidak akan memberikan kesan keterlaluan.

Tony turut mempersoalkan tindakan Najib yang mahu menyelamatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedangkan syarikat terbabit mendapat keuntungan berbilion ringgit tahun ini.

tony-pua“Najib perlu jawab mengapa mahu terus selamatkan TNB sedangkan syarikat itu banyak kaut keuntungan hingga mencecah berbilion ringgit.
Mengapa rakyat yang kena bayar dan tanggung tetapi kroni penjana bebas untung,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan pusat tidak boleh membebankan rakyat kerana syarikat itu sudah diberi konsensi jangka masa lama dan harga yang mahal.

“Mereka ini mereka sudah cukup untung. Mengapa kontrak kenaikan elektrik tidak dirunding semula dan tidak seperti yang dijanjikan, bahkan jelas kita dapat lihat rakyat dibelakangkan serta kroni diutamakan,” katanya.

Beliau meminta perwakilan Umno yang tidak bersetuju dengan kenaikan elektrik itu supaya tidak hipokrit.

“Sudah tentu mereka yang tidak bersetuju itu tidak mendapat manfaat. Jika tidak, sudah tentu mereka tidak akan bantah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kadar caj perlu disusun semula dengan formula tertentu supaya dapat meningkatkan keberkesanan TNB.

“Mereka berhak naikkan tarif, tetapi biar kelemahan diatasi sebab kini TNB kurang efisyen. Jadi, TNB harus tanggung perbelanjaan itu dan perlu ada formula untuk mengatasi bukannya ditentukan kabinet,” katanya.

najib mugshot interview 01Semalam, Malaysia Kini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik Malaysia dengan alasan TNB memerlukan wang untuk pelaburan sebanyak RM6 bilion setahun.

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keuntuhan kewangan negara, selain menegaskan kenaikan itu tidak akan memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

-NFN-

 

Categories
SELANGOR

MB : Kenaikan tarif elektrik hanya beri kesan buruk

Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI

SHAH ALAM 3 DIS : Kenaikan tarif elektrik yang diumumkan kerajaan pusat dilakukan pada masa yang salah dan hanya mengakibatkan pelbagai masalah kepada pelbagai pihak.

Menteri Besar, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata alasan yang diberikan kerajaan pusat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menghadapi kerugian akibat peningkatan kos adalah tidak tepat.

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 03Katanya, kerajaan pusat seharusnya melakukan kira-kira semula kerana kesan peningkatan tarif elektrik bakal menjejaskan industri perniagaan dan pelaburan Malaysia.

“Reaksi awal saya adalah (kenaikan tarif elektrik) masa yang salah dan kita perlu mengkaji sifat industri tenaga.

“Selain daripada itu, saya fikir kerajaan pusat perlu berhati-hati kerana ini membabitkan kesan terhadap perniagaan dan pelaburan, yang mana perlu melakukan pengiraan,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Forum Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) di Hotel Concorde Shah Alam, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi.

Beliau mengulas kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Tarif elektrik meningkat 14.89 peratus bersamaan 4.99 sen setiap kilowatt yang menjadikan harga tarif semasa daripada 33.54 sen sekilowatt naik kepada 38.53 sen.

Bagaimanapun, Maximus dipetik sebagai berkata, kerajaan pusat akan terus memberi subsidi kepada pengguna domestik di seluruh negara bagi penggunaan di bawah 300kWJ sebulan.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Biro Kepenggunaan PKR kecam TNB naik tarif elektrik

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 2 DIS : Biro Kepenggunaan PKR mengecam Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kementerian Tenaga Hijau dan Air yang menaikkan tarif elektrik sebanyak 15 peratus.

Pengerusinya, Yahya Sahri, berkata kementerian perlu lebih peka terhadap beban rakyat kerana kos barangan semakin meningkat saban hari.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan semua kos perkhidmatan, pembuatan dan perindustrian turut meningkat.

“Kami rasa kesal dan dukacita apabila TNB melalui kementerian bertanggungjawa menaikkan tarif elektrik kerana akan menjadi rungutan rakyat disebabkan semua kos akan melambung tinggi.

“Subsidi gula baru ditarik balik dan kini rakyat dikejutkan dengan kadar elektrik yang tinggi. Sudah pasti rakyat akan mendapat derita baru kerana semua kos akan meningkat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Yahya berkata, dalam manifesto Pakatan Rakyat jelas menginginkan harga minyak turun bagi memastikan kos keseluruhan menjadi lebih murah.

Beliau berkata, pihaknya mendesak menteri yang terbabit supaya menolak kenaikan dengan mengambil kira derita rakyat.

Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 peratus atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kilowatt yang akan berkuatkuasa, pada Januari 2014.

Kenaikan itu diumumkan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.

Pengumuman itu bakal mengundang kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa, pada suku pertama 2014.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR ucap takziah mangsa tragedi arus deras Cameron Highland

Banjir lumpur di cameron

SHAH ALAM 24 OKT : PKR mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi arus deras akibat pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet,Cameron Highland yang mengakibatkan kematian tiga jiwa.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang buruk namun beliau runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut.

“Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit?

“Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima?,” soal Azmin dalam satu kenyataan.

Azmin berkata, beliau mempersoalkan siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran.

“Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai,” kata Azmin.

Dalam kejadian itu berlaku banjir kilat di Cameron Highland apabila TNB membuka pintu empangan hidroeletrik itu sehingga menyebabkan kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dilanda arus deras, awal pagi semalam.

MPS roboh 10 gerai,3 warga asing ditahan

roboh premis Majlis Perbandaran Selayang 01

SELAYANG , 26 Sept : Operasi bersepadu membabitkan Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Imigresen, Syabas, TNB dan polis dijalankan di Kolam Air Panas, di sini.

Hasil pantauan MPS, 10 buah gerai haram yang beroperasi selama 10 tahun, diroboh.

Sebelum ini banyak notis dan kompaun dikeluarkan, yang terbaru, notis bertarikh 2 september diberikan kepada peniaga terlibat, namun tidak diendahkan.

roboh premis Majlis Perbandaran Selayang 02“Dakwaan peniaga di sini mengatakan kami mengambil tindakan tanpa notis adalah tidak benar sama sekali,” kata Penolong Pegawai Penguatkuasa, Megat Ainul Fadhil Ainul Fadzil.

“Gerai-gerai ini didapati menceroboh tanah Kerajaan Negeri dan diambil tindakan meroboh di bawah notis halangan 46(1)a Akta Parit danBangunan 1974.

“Hasil pantauan yang dibuat, didapati premis ini juga tidak menjaga kebersihan dan memberikan pandangan negatif kepada pelancong,” katanya.

Menurut beliau, kawasan ini bakal dibangunkan menjadi salah satu kawasan pelancongan di masa akan datang.

roboh premis Majlis Perbandaran SelayangOperasi ini disertai kira-kira 50 orang penguatkuasa termasuk imigresen.

Pemilik-pemilik gerai ini kesemuanya berasal dari luar Selangor dan menjadikan premis sebagai tempat tinggal.

Peniaga ini pernah memohon permit, namun ditolak kerana lokasi terbabit tidak sesuai memandangkan kawasan terbabit bakal dinaiktaraf.

Sementara itu, Jabatan Imigresen yang diketuai Norazilawati Che Anuai Tim, berjaya menahan tiga warga asing, dua warga Bangladesh, di bawah kesalahan menyalahgunakan pas kerja, manakala seorang wanita warga Indonesia menetap lebih masa.

Kesemua mereka ditahan selama 14 hari untuk sisatan dan jika disabit kesalahan akan dikenakan hukuman kompaun, diusir atau didakwa.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Caj Elektrik Tinggi Bila Guna Meter Elektronik, PKR Minta Kerajaan Siasat

tarif eletrik 01 wong chan

PETALING JAYA 23 JULAI : PKR menggesa Kerajaan Pusat melantik satu badan bebas bagi menyiasat dan mengkaji kadar tarif elektrik masakini ditetapkan Tenaga Nasinal Berhad (TNB) yang dikatakan tinggi dan membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, siasatan itu perlu kerana majoriti pengguna sekarang menerima kesannya yang berpunca daripada pemasangan meter elektrik elektronik yang baru menggantikan meter analog lama.

“TNB tidak boleh memberikan alasan dan mesti membenarkan badan bebas dilantik untuk memeriksa dan menguji meter digital ini.

“Kerajaan boleh melantik badan bebas ini, begitu juga Suruhanjaya Tenaga. Ini kerana meter kepunyaan TNB maka kebenaran dari TNB diperlukan bagi membuka meter dan menyiasat.

“Kita juga mahu pihak berkepentingan terlibat termasuk Pakatan Rakyat (PR) dan BN kerana ini adalah isu rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, PR menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perkara itu yang menyatakan rasa tidak puashati mereka.

wong chan - tarif eletrik 02

Katanya, alasan diberi TNB bahawa bil elektrik tinggi dari meter baru berpunca daripada bacaan meter lama yang tidak tepat adalah tidak munasabah sama sekali.

Berikutan itu, Wong memberitahu, PR menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan mengetengahkan isu itu yang dianggotai Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan beliau sendiri.

“Jawatankuasa ini akan melancarkan satu kempen awam untuk menegaskan kepentingan ketelusan berhubung dengan bil elektrik tinggi.

“Kita juga akan melancarkan laman sesawang minggu depan bagi penglibatan awam dan satu petisyen akan dihantar ke TNB untuk tujuan ini,” katanya yang mendakwa orang ramai menyatakan kesanggupan membayar RM20 bagi kos pemeriksaan untuk mendapatkan bacaan meter yang tepat.

Manakala Chua berkata, tarif elektrik ditanggung rakyat ketika ini begitu tinggi dan satu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengatasinya.

“Satu masalah membebankan rakyat, pihak peniaga dan yang lain. Hampir setiap isi rumah mengalaminya dengan kenaikan sampai 100 peratus, 200 peratus atau lebih.

“Jawatankuasa ini akan membantu rakyat bagi penggurangan kadar tarif elektrik kepada satu kadar yang lebih rendah atau hampir dengan bacaan meter lama,” ujarnya.

Categories
NASIONAL

Najib Dolak-dalik, Tidak Ikhlas Selesai Projek CAR

Rampas Tanah di Kampung Sungai Terentang 01

SELAYANG, 30 APRIL : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berdolak-dalik berhubung penyelesaian isu projek pemasangan kabel bervoltan tinggi di Kampung Sungai Terentang di sini.

Calon PKR DUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, janji yang dibuat Najib semasa mengadakan lawatan ke kampung itu disifatkan tidak ikhlas malah berbentuk ugutan.

Ini kerana dakwanya, Najib meletakkan syarat berbaur paksaan kepada rakyat di kawasan itu supaya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) kali ini sebelum projek itu dapat diselesaikan.

“Kita telah hantar memo dan surat berulang kali kepada Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk membuat rundingan bagi menyelesaikan kes ini tetapi tiada respon yang diberikan sehingga sekarang.

“Lawatan Najib ke Kampung Sungai Terentang tidak menunjukkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah ini. Rakyat perlu ubah kerajaan, itu sahaja caranya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR Selayang, di sini.

Sementara itu, calon PKR Parlimen Selayang, William Leong kesal terhadap tindakan pimpinan BN yang menjadikan isu ini sebagai medan politik untuk meraih undi.

Tegasnya, masalah itu boleh diselesaikan dengan segera memandangkan Najib mempunyai kuasa untuk mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan prrojek pemasangan kabel itu mengikut laluan alternatif yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, penduduk membantah projek itu kerana laluan bagi pencawang kabel voltan tinggi akan merentasi kampung mereka dan dikatakan akan menyebabkan penduduk berdepan risiko penyakit kanser, keukimia dan masalah kandungan.

Rumah penduduk, padang, dewan orang ramai, rumah ibadat dan premis perniagaan bakal dirobohkan jika TNB mengikut laluan asal CAR.

Bagaimanapun, pelan asal itu dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor yang berunding dengan TNB untuk mencari laluan alternatif yang tidak akan menjejaskan kampung tersebut