Hari terakhir kempen diwarnai cat merah

http://tv.selangorku.com

Categories
BERITA UTAMA

Bersatulah beri undi kepada Wan Azizah

Oleh: Lim Kit Siang

Seruan kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihanraya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia

Saya telah mengungkapkan dua harapan terhadap pilihanraya kecil Kajang hari Ahad ini.

IMG_7002Pertama, para pengundi Kajang akan mencipta keajaiban dengan menyebabkan calon Barisan Nasional hilang wang pertaruhan pada hari mengundi 23 Mac nanti.

Sasaran ini hampir mustahil dan kemungkinan tidak akan dicapai pada hari Ahad nanti, kerana ia bermakna calon Pakatan Rakyat/PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bukan saja perlu memenangi pilihanraya kecil kali ini dengan perbezaan undi lebih besar dari yang diperolehi oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Lee Chin Chen dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu, iaitu dengan beza undi 6,824, malah beliau juga perlu mencatatkan perbezaan sebanyak 24,000 dalam pilihanraya kecil Kajang.

Untuk membuatkan calon BN hilang undi pada pilihanraya kecil Ahad nanti, satu per lapan dari undi yang dibuang perlu dinafikan dari BN.

Sekiranya 80% dari 40,000 pengundi Kajang keluar mengundi, bererti kita mesti menafikan BN dari mendapat lebih dari satu per lapan undi, atau memastikan BN tidak mendapat lebih dari 4,000 undi – bererti 28,000 undi kepada Wan Azizah dan hanya 4,000 undi kepada BN dari 32,000 undi keseluruhan.

Dalam PRU13 bulan Mei lalu, calon PKR memenangi 80 peratus undi Cina, 60% undi India, dan 35% undi Melayu.

Apakah mungkin untuk Wan Azizah dan Pakatan Rakyat mengatasi pencapaian tahun lalu dengan meningkatkan sokongan kepada 90% undi Cina, 70% undi India dan 75% undi Melayu?

Saya diberitahu bahawa calon BN pasti akan mendapat “paling kurang” 8,000 undi – menunjukkan betapa sukar dan hampir mustahil untuk membuatkan calon BN hilang wang pertaruhan dalam pilihanraya kecil Kajang.

Saya akan menjadi orang paling terkejut di Malaysia jika harapan pertama ini menjadi hakikat dan keajaiban tercipta dalam pilihanraya kecil Kajang hari Ahad nanti.

Namun, tiada kesempatan lebih baik dalam sejarah pilihanraya Malaysia yang telah berlangsung selama lebih separuh kurun dari kesempatan yang kita miliki dalam pilihanraya kecil Kajang kali ini untuk menyebabkan calon BN hilang wang pertaruhan.

Percubaan untuk menyebabkan calon BN hilang wang pertaruhan ini tiada kena-mengena dengan Chew Mei Fun sebagai calon MCA/BN.

IMG_6952Tujuan kita ialah untuk menghantar mesej yang jelas dan tegas kepada tiga peribadi di Malaysia – bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan Presiden Perkasa Ibrahim Ali, kerana ketiiga-tiga mereka perlu dipertanggungjawabkan atas pelbagai krisis yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia – terutamanya kewujudan jurang perkauman dan keagamaan paling luas dalam sejarah negara ini.
Harapan kedua saya ialah agar 40,000 pengundi pilihanraya kecil Kajang memainkan peranan sebagai Hakim Bao – yang digelar sebagai “Bao Langit Cerah” (包青天) – dengan menjadikan Kajang sebagai Kaifeng, ibu kota kuno Dinasti Song, tempat Hakim Bao meraih reputasi sebagai hakim yang bersih, tidak bertolak-ansur dengan ketidakadilan serta korupsi, bagi menggapai empat matlamat mulia, iaitu:

– Bagi menyelamatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari ketidakadilan hukuman lima tahun penjara yang akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh;

– Untuk menyelamatkan Pengerusi Kebangsaan Karpal Singh dari ketidakadilan hukuman denda RM4,000 atas kesalahan menghasut yang akan menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor sedangkan beliau seharusnya tidak didakwa, memandangkan beliau hanya mengemukakan pandangannya sebagai peguam terkemuka negara ini dan sebagai pemimpin politik yang kanan sewaktu kudeta politik di Perak berlaku pada Februari 2009;

– Untuk menyelamatkan badan kehakiman dan sistem keadilan di Malaysia dari terjerumus kembali ke “Zaman Gelap bagi Keadilan” seperti di zaman 80an dan 90an dulu, ketika keyakinan rakyat Malaysia sendiri serta warga dunia terhadap badan kehakiman di Malaysia terhakis; dan

– Sebagai patriot, untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis enam serangkai yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara Malaysia sejak PRU13 Mei lalu – krisis pembinaan negara, ekonomi, pendidikan, keselamatan, rasuah dan sistem keadilan.

IMG_6522aSaya tidak yakin harapan pertama yang saya sebutkan di atas akan tercapai pada hari Ahad nanti kerana ia hampir mustahil. Namun, saya percaya bahawa harapan kedua mampu dicapai, iaitu agar pengundi Kajang mewakili 30 juta pengundi di titik penting dalam sejarah negara ini untuk mencapai empat matlamat, iaitu menyelamatkan Anwar, menyelamatkan Karpal, menyelamatkan institusi kehakiman dan menyelamatkan negara.

Hanya tinggal dua hari lagi sebelum pilihanraya kecil Kajang. Di sini saya ingin menyampaikan seruan ketiga kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihanraya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia.

Jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-14 dengan memenangi majoriti kerusi Parlimen di Malaysia, negara ini akan mungkin akan mendapat Perdana Menteri wanita yang pertama,

khususnya jika Anwar Ibrahim hilang kelayakan untuk bertanding merebut kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang akibat helah politik dan perundangan Umno/BN.

Di Asia, kita telah menyaksikan wanita diangkat sebagai Perdana Menteri, antaranya Indira Gandhi yang menjadi Perdana Menteri India sebanyak dua kali dan memerintah selama 16 tahun; Pratibha Patil yang menjadi Presiden India selama lima tahun dari tahun 2007; Sirimavo Bandaranaike yang tiga kali menjadi Perdana Menteri Sri Lanka dalam tempoh 17 tahun;

Benazir Bhutto yang menjadi Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali bagi tempoh lebih empat tahun; Bangladesh yang telah menghasilkan dua Perdana Menteri wanita, iaiatu Khaleda Zia yang dua kali menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun dan Sheikh Hasina Wajed yang juga dua kali menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun; selain Park Geun-hye yang kini adalah Presiden Korea Selatan.

Di kalangan negara ASEAN, Filipina telah memiliki dua Presiden wanita – Corazon Aquino selama enam tahun dan Gloria Macapagal Arroyo selama sembilan tahun; Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia selama lebih tiga tahun; dan Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand sekarang, sejak tahun 2011.

Di luar rantau ini, kita melihat Perdana Menteri dan Presiden wanita seperti (1) Angela Markel, Canselor Jerman selama lebih lapan tahun; (2) Helle Thorning-Schmidt, Perdana Menteri Denmark; (3) Erna Solberg, Perdana Menteri Norway; (4) Alenka Bratusek, Perdana Menteri Slovenia;

(5) Cristina Fernandez de Kirchner, Presiden Argentina selama lebih enam tahun; (6) Dilma Rousseff, Presiden Brazil sejak tahun 2011; (7) Atifete Jahjaga, President Kosovo sejak tahun 2011; (8) Laura Chinchilla, Presiden Costa Rica; (9) Ellen Johnson Sirleaf, Presiden Liberia selama lebih lapan tahun dan (9) Joyce Banda, Presiden Malawi sejak tahun 2012.

Wanita-wanita lain yang telah memainkan peranan sebagai ketua kerajaan atau negara termasuk Margaret Thatcher, Perdana Menteri United Kingdom selama lebih 11 tahun; Gro Harlem Brundtland, Perdana Menteri Norway sebanyak tiga kali selama sembilan tahun;

Mary Robinson, Presiden Iceland selama lebih enam tahun; Tansu Ciller, Perdana Menteri Turki selama lebih dua tahun; Jenny Shipley dan Helen Clarke yang menjadi Perdana Menteri New Zealand masing-masing selama dua dan sembilan tahun; Julia Gillard, Perdana Menteri Australia selama lebih tiga tahun; Michelle Bachelet, Presiden Chile selama lebih empat tahun; Dalia Grybauskaite, Presiden Lithuania selama lebihempat tahun dan Roza Otunbayeva, Presiden Kyrgyzstan.

Telah tiba masanya untuk Malaysia meletakkan namanya sebaris dengan negara-negara dunia yang lain dari segi kesetaraan gender, bermula dengan Perdana Menteri wanita pertama dalam masa terdekat – dan tiada calon lebih baik dari Datuk Seri Dr. Wan Azizah.

Inilah peranan bersejarah yang boleh dimainkan oleh para pengundi Kajang, iaitu dengan mengundi Wan Azizah sebagai langkah pertama ke arah Putrajaya dan untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.

* Lim Kit Siang adalah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah

JURNAL BERITA – 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

1. Kajian UNISEL : Abdul Khalid di tangga teratas tahap kepimpinan baik

2. MB : Jawatankuasa Khas Pengangkutan Awam Selangor kaji kesesakan lalu lintas

3. Kapasiti empangan bertambah, catuan diteruskan hingga paras memuaskan

4. Exco: BN dicabar serah maklumat rumah urut kepada PBT

5. Empangan kritikal dijangka pulih selepas peralihan monsun

6. LUAS : Kapasiti air empangan Selangor kurang peningkatan

7. Selangor tawar premium RM1,000 perbaharui pajakan tanah kediaman

8. Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

9. FMFA: Mei Fun patut sekolah semula belajar Geografi

10. Naik taraf Stadium Shah Alam, langkah terbaik untuk prestasi antarabangsa

11. Exco: Orang ramai jangan terpengaruh hebahan fitnah terhadap Kerajaan Selangor

12. Anwar : Zaharie cintakan reformasi demokrasi

13. SMITF 2014 dijangka tarik 30,000 pengunjung

JURNAL BERITA – 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

1. Kajian UNISEL: 63% responden mahu Abdul Khalid kekal MB Selangor

2. Wan Azizah : Pengundi tidak boleh ambil mudah PRK Kajang

3. PKR: 11 telefon bimbit digodam, SKMM berdiam

4. Mahfuz : Najib ‘beri isyarat’ siasat juruterbang MH370

5. SPR : Belum ada calon mohon tidur lokap, pasti peti undi selamat

6. PRK Kajang: Pertambahan pengundi awal daripada 300 kepada 1187 meragukan

7. Selangor bantu anak Allahyarham Kpl Raja Aizam dapatkan pekerjaan

8. PKR: Ahli Parlimen PR terus pertikai sesi penjelasan ‘sulit’ MH370

9. Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

10. Selangor bekerjasama bawa pasukan Liga M ke Stadium Kajang

11. AKTIVITI YB : Adun Sementa turun padang lawat kawasan ribut

12. AKTIVITI YB: Anak gembira ibunya terima sumbangan kerusi roda

13. AKTIVITI YB: Seramai 25 orang tamat kursus jahitan PWB

Categories
SELANGOR

Wan Azizah hanya mampu pandang sekolah dirasmi suaminya dari luar

Oleh : NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 18 MAC: Menyedari tidak wajar berkempen di dalam kawasan sekolah, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memilih untuk bertemu ibu bapa pelajar di pondok bas luar pagar sekolah.

Ironiknya, sekolah terbabit, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan sebenarnya adalah sekolah yang pernah dirasmikan suami beliau sendiri ketika menganggotai kabinet kerajaan.

20140318_123812Menariknya, kehadiran beliau di pondok bas yang terletak sebelah luar pintu utama sekolah, bukan sahaja menarik perhatian ibu bapa yang sibuk menghantar dan mengambil anak masing-masing, bahkan turut menarik perhatian sekumpulan tiga hingga lima guru sekolah berkenaan.

Enggan melepaskan peluang bertemu Dr Wan Azizah, kumpulan guru terbabit dilihat secara curi-curi sempat menghampiri ke pagar berhampiran untuk bertemu dan bersalaman dengan Presiden PKR itu.

Kumpulan guru terbabit yang kelihatan teruja juga sempat memberi kata-kata perangsang kepada Dr Wan Azizah yang menjalankan kempen PRK sekitar Sungai Kantan hari ini.

Selepas pentadbiran Kerajaan Negeri bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Pusat bertindak menghalang Menteri Besar dan pemimpin negeri PR mengadakan program di dalam kawasan sekolah di negeri itu.

Azizah123Larangan tersebut turut meliputi program yang boleh memberi manfaat kepada pelajar dan warga guru.

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini turut pernah dihalang untuk menyampaikan wang sumbangan kepada sebuah sekolah di Selangor.

Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai kepada Barisan Nasional (BN) apabila pemimpin mereka kerap masuk ke sekolah bagi memenuhi keperluan politik mereka.

-NFN-

JURNAL BERITA- MB: MH370 hilang, jangan buat spekulasi

1. MB: Jangan buat spekulasi anak kapal, penumpang MH370

2. MB jumpa menteri untuk bincang penguatkuasaan WSIA

3. MB : Stadium Shah Alam bakal setaraf standard antarabangsa

4. Isteri polis mati ditembak warga asing sebak terima sumbangan Kerajaan Selangor RM20,000

5. PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN

6. PR: Kerajaan Pusat khianati MOU air, desak guna WSIA

7. Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

8. Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

9. Adun: Konsesi Lebuh Raya Kidex patut beri maklumat terperinci

10. Guan Eng : Rakyat Kajang perlu bangkit tolak politik perkauman

11. Ibu bapa di Selangor perlu main peranan galak anak sertai PTRS

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

JURNAL BERITA – MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah

1. MB: Projek Horas tambah bekalan air mentah, siap Julai 2015

2. MB: Manifesto PR PRK Kajang tingkat pembangunan negeri

3. Sultan Selangor: Ibu bapa perlu serius didik anak budayakan Al-Quran

4. PKR: Kesesakan trafik di Kajang sejak zaman Umno

5. Risalah burukkan Wan Azizah, PKR Selangor lapor Polis

6. Exco: Pemilik buat pembakaran terbuka berdepan tindakan undang-undang

7. Kerajaan Pusat digesa naik taraf Lebuhraya Besraya bagi atasi kesesakan

8. Bekas timbalan menteri Umno isytihar sokong Wan Azizah

9. Haniza : Program MES perlukan pendedahan lebih meluas

10. Ahli Parlimen Serdang kesal projek Park ‘n Ride gagal siap ikut tempoh

11. PBT perlu rangka dasar kutip minyak masak untuk kitar semula

12. PKNS anjur seminar pengurusan nilai dan kejuruteraan 17 Mac ini

Wan Azizah: ‘Upgrade Kajang, do better for Kajang’

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Anwar: Belajar hidup susah sebelum perlekeh Wan Azizah

KAJANG 17 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar agar tidak memperlekehkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Baru kena ugut tampar sudah panik, inikan pula mahu mempelekehkan Wan Azizah Wan Ismail yang sudah hidup susah dan kenal makna sebenar keadilan,” demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

az1Katanya, Khairy tidak layak berbuat demikian sehinggalah beliau sendiri mengenali erti keadilan dan belajar cara hidup susah tanpa bergantung kepada kemewahan keluarga.

“Khairy… Jangan cakap sombong, kamu belajar dulu hidup susah dulu dan cakap banyak.

“Kalau salah, hukum tak apa, 16 tahun setiap hari dimalukan, sejak 1998 saya setengah mati kena pukul, jangan sombong, ini hari ini kamu menteri, esok belum tentu lagi,” katanya pada ceramah umum di Kampung Baru Sungai Chua, di sini, malam tadi di petik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Belia dan Sukan itu yang menggelar, Presiden PKR itu sebagai boneka kerana terpaksa menjadi calon bidang terjun di PRK N25 Kajang.

Menurut Anwar yang mempertahankan isterinya sambil berkata, Wan Azizah merupakan pelajar cemerlang yang dianugerahkan pingat emas sewaktu melanjutkan pelajaran di luar negara dalam jurusan kedoktoran tanpa sebarang bantuan dan pengaruh keluarganya.

“Masa Wan Azizah belajar di Royal College of Surgeons Ireland, dia adalah salah seorang daripada ‘top student’, bukan sebab kouta atau bapa dia kaya dan menteri.

“Bila saya masuk penjara, dia ambil alih tanggungjawab (tuntut keadilan),” katanya lagi.

EZY

Categories
SELANGOR

Wan Azizah : “Saya bukan boneka ganti Anwar”

Oleh : AFIX REDZUAN

KAJANG, 16 MAC: Suasana hujan renyai membasahi bumi Kajang menemani kempen calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sesi walkabout bersama penduduk sekitar.

Lebih menarik, sesi walkabout di Pasar Awam Sungai Chua itu turut disertai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang turun ke Kajang sebagai tanda sokongan terhadap calon Pakatan Rakyat (PR).

Kesempatan itu diambil pengunjung dan peniaga untuk menyapa Kak Wan, yang juga isteri kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IMG_6624aDalam ucapan ringkasnya, Wan Azizah menegaskan, beliau bukan boneka atau ‘puppet’ dengan menyertai PRK DUN Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar sebaliknya mahu menggunakan pengalaman sebelum ini bagi memberikan bakti kepada masyarakat Kajang.

“Jangan kata saya puppet. Saya bukan puppet. Saya ingin bantu selesaikan masalah di Kajang dan harap anda semua mengundi saya, pada 23 Mac ini,” katanya yang turut berbesar hati dengan kehadiran Guan Eng.

IMG_6650aTurut kelihatan jentera kempen Barisan Nasional (BN) yang tiba di lokasi sama selepas Wan Azizah selesai mengadakan sesi ramah mesra bersama peniaga.

PRK Dun Kajang akan berlangsung membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara calon PKR dengan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

-NFN-

Biarlah pengundi Kajang berbicara – Wan Azizah

http://tv.selangorku.com

JURNAL BERITA: Solat Hajat disoal siasat, ritual bomoh dibiar

1. Jerebu : Abdul Khalid nasihat rakyat tidak terbabit aktiviti luar

2. Selangor panggil ejen hartanah, elak jualan rumah kos rendah tidak adil

3.Pelabuhan Klang, Banting terus catat IPU berbahaya

4. Kempen Pengurangan Kompaun MBSA sehingga 80 peratus

5. Bekas pesakit teruja jumpa Wan Azizah di Pasar Kajang

6. Suhaimi : Langkah Kajang diteruskan, tiada kaitan pertukaran MB

7. Anwar : Cara kerajaan BN urus krisis MH370, calar imej Malaysia

8. Wan Azizah doakan hakim diberi hidayah

9. MPSJ anjur Program Kami Prihatin MH370

10. Solat hajat di KLIA diambil keterangan, ritual bomoh tidak ditahan