Categories
BERITA UTAMA

Transformasi: JPN yang dulu bukanlah yang sekarang

Oleh: EDY NOOR REDUAN

Dari dulu hingga kini, seperkara yang kita cuba elak berlaku dalam kehidupan seharian kita ialah kehilangan dompet. Setelah meluangkan masa beberapa minit hingga beberapa jam cuba mengesan kedudukan dompet tidak membuahkan hasil, maka perasaan yang tenang pada awalnya tadi merubah menjadi gundah gulana.

Ya benar, tidak boleh buat ‘misscall’ jika dompet hilang. Misscall dibuat hanya untuk mengesan talipon bimbit yang keciciran atau missplace.

sammJika ada ‘ringing’ tetapi suasananya sepi, itu bermakna talipon bimbit itu masih selamat cuma kita tidak berada di tempat yang betul.

Jika awal tadi ada ‘ringing’ kini sudah tiada, itu bermakna harapan tipis untuk mendapatkan semula talipon bimbit hilang tadi, telah musnah. Kita bukan berada di negara skandanavia atau di negara Iran.

Berbalik cerita kehilangan dompet tadi. Perasaan gundah gulana itu hadir bukan kerana jumlah duit yang memenuhi dompet.
Sebagai seorang warga miskin kota, kebiasaannya jumlah duit yang tertinggal di dalam dompet itu tidaklah banyak mana, cuma ketika luar biasa sahaja dompet itu penuh empuk dengan wang ringgit.

Kebarangkalian dompet hilang atau tercicir ketika dompet penuh wang ringgit adalah sangat rendah kerana sudah pasti tangan kita akan mendakap dompet itu setiap tiga minit.

Perasaan gundah itu hadir bukan kerana gambar kekasih lama yang terselit di kompartmen berzip, ditakuti dompet ini dikesan oleh isteri (lalu berlaku sesi spotcheck), maka gegak gempita lah tetangga kejiranan.

Namun ini zaman ‘anak kecil main ipad’ agak mustahil gambar kekasih lama disimpan dalam dompet, melainkan ia disimpan di dalam ipad, iphone atau android talipon pintar.

Bukan fasal duit, bukan fasal gambar kekasih lama, dan bukan juga fasal kad kredit. Ya memang benar dalam dompet tersebut ada beberapa keping kad kredit, malangnya kad kredit tersebut sudah tiada kredit atau dengan kata lain, sudah cecah limit.

Perasaan gundah gersang itu hadir tidak lain dan tidak bukan, kerana memikirkan kad pengenalan (Mykad) yang turut hilang bersama dompet. Sesudah kehilangan MyKad, terbayanglah kita bermacam-macam musibah yang perlu dihadap.

Pertama, kita tidak sedar berapakah denda yang bakal dikenakan kerana denda kehilangan Mykad berubah-ubah semakin mahal.

Perketat pengeluaran MyKad kerana sindiket jual IC yang berleluasa sering dijadikan alasan maka warga Malaysia yang hilang Mykad akan dihukum seberat yang boleh.

Kedua, selagi kita belum memiliki sijil pengenalan sementara, selagi itu kita mampu dicas sebagai warga asing. Kerana warga asing hari ini bukan saja ramai melimpah ruah, tetapi keterampilan mereka menghampiri keterampilan warga tempatan. Hanya berbeza dengan ketara pada vokalnya sahaja.

Ketiga, terbayang juga sejauh mana lakunya sijil pengenalan sementara yang dibekalkan oleh JPN khususnya dalam soal urusan rasmi seharian. Berapa lama masa yang perlu ditunggu untuk mendapatkan semula Mykad yang baru juga tidak dapat dipastikan, apakah sebulan?

Alkisahnya hari ini, seusai sebutan kes di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi (kes himpunan malam tahun baru), saya telah singgah menjenguk Jabatan Akauntan Negara (JPN) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta.

Tujuan saya menjengah JPN adalah bukan kerana kehilangan Mykad sepertimana mukadimah saya tadi, tetapi kerana cip dalam MyKad milik saya sudah tidak beroperasi sejak sekian lama. Goreslah guna pemadam fabre castell sekalipun, cip tetap gagal dibaca.

Sampai di JPN saya terkejut pejabat itu lengang. Ini luar kebiasaan. Bila saya masuk pejabat JPN, datang seorang pegawai memaklumkan bahawa sistem offline sejak pagi dan tidak dapat menjamin waktu pulihnya, dicadangkan pula kepada saya untuk pergi ke Puduraya aras dua.

Tanpa membuang masa saya beredar dan bergegas ke Puduraya. Saya tidak komplen sistem offline, saya cuma komplen jumlah parkir yang tidak mencukupi. Tidak menolak kemungkinan puncanya ialah pengangkutan awam yang sangat lemah.

Setibanya di JPN Puduraya, ketika mengurus penggantian MyKad, saya mengalami satu kejutan, saya tidak pasti apakah ia kejutan budaya? Urusan penggantian Mykad sangat mudah dan lancar, ini di luar fikrah yang terdoktrin sejak sekian lama.

Akhirnya saya hanya mampu merumuskan bahawa – saya bukan sahaja telah menerima layanan yang cukup baik, malah melihat sistem pengeluaran dan memperbaharui MyKad berlangsung sangat pantas dan penuh efisyen berbanding beberapa tahun lalu.

Dari nombor giliran dipanggil (juga tidak ambil masa yang lama), hingga sesi bergambar, hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit dan kad siap dalam masa beberapa jam.

Tahniah saya ucapkan kepada JPN di atas transformasi ini. JPN yang dulu bukanlah yang sekarang, dulu berbulang sekarang hanya beberapa jam berselang.

Kita tidak lagi perlu mengheret sijil pengenalan sementara ku hulu dan hilir sehingga lunyai fizikalnya. Kita tidak lagi terdedah untuk ditangkap sebagai warga asing kerna rupa kita juga tidak jauh berbeda.

Namun dalam masa yang sama, kita juga harus berdoa agar sistem yang efisyen dan telah di’transformasi’ ini tidak disalahguna khususnya bila tiba musim pilihanraya.

* EDY NOOR REDUAN adalah Aktivis Blogger dan Pengarah Propaganda SAMM

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pendedahan RCI Buktikan SPR Terlibat Proses Beri Kerakyatan

Anwar Ibrahim Konvensyen Days Saing Komoditi 01

KUALA LUMPUR 18 JAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa terlibat dalam proses pendaftaran memberikan hak kerakyatan kepada warga asing sepertimana dilaporkan dalam siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai isu yang berlaku di Sabah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan dalam siasatan RCI itu membuktikan penglibatan SPR dalam isu tersebut dan ini meragukan kerana perkara sama turut berlaku kini di Selangor.

“Yang dipertikaikan sekarang ialah tidak mengikut peraturan, isu rasuah dan lebih mengejutkan ialah peranan SPR dalam proses penipuan ini.

“Kita mahukan respon segera daripada SPR kerana ia berlaku pada masa lalu dan kita mempunyai bukti berhubung perkara ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum ini, bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada 1990-an.

Mohd Nasir ketika memberi keterangan kepada RCI mengenai masalah imigrasi Sabah mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada SPR Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.

Beliau yang pernah ditahan di bawah ISA mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.

Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi ‘Bumiputera Islam’.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata, Kerajaan Negeri Selangor telah menjalankan kaji selidik mengenai pendaftaran pengundi baru berjumlah kira-kira 400,000 orang.

“Terdapat lebih kurang 138,000 tidak dapat dikesan. Adakah mereka ini dalam kategori sama sebagaimana dikatakan dalam RCI.

“Sekarang ini ialah tanggungjawab SPR supaya menghentikan penipuan dan penyalahgunaan kuasa ini,” katanya.

Katanya, mereka yang didaftarkan ini mungkin tidak hanya mengundi di Sabah tetapi di Selangor, Kuala Lumpur atau Johor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin: HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR Berlaku Adil

HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR1

KUALA LUMPUR 18 JAN : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa supaya segera membersihkan senarai daftar pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dihadiri ratusan ribu rakyat di negara ini pada 12 Januari lalu memberi mesej jelas kepada SPR bahawa rakyat berhak mendapat keadilan melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil.

“Rakyat berhak mendapat keadilan kerana terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini dicemari demi mempertahankan kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.

“Pengerusi SPR di Indonesia sekarang berada dalam penjara kerana menipu rakyat dalam pilihan raya dan jika PR memerintah di Putrajaya, kita akan buat perkara yang sama demi keadilan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Pasca KL112 ‘Impak dan Halatuju Rakyat’ yang dianjurkan oleh Akademi Pak Sako bertempat di Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.

Forum berkenaan dihadiri lebih 200 orang dan disiarkan secara langsung oleh Radio Web Bangsar Utama. Antara panelis lain ialah bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais dan penulis lirik terkenal Hasmi Hashim.

Tambah Azmin, bukti secara jelas mengenai kewujudan pengundi hantu dalam senarai daftar pengundi melalui Sistem Menang Pilihan Raya (SISMEP) yang diperkenal PKR, namun sehingga kini SPR tetap mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan yang diambil.

Baru-baru ini, ketika siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, beberapa pegawai tinggi di Jabatan Pendaftaran (JPN) Sabah mengakui memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bekas pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin dan bekas ketua JPN Tamparuli, Yakup Damsah mengakui perkara itu dan menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang merupakan setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada warga asing semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR2

Lima Profesional Teliti Projek Kontroversi Kondo Batu Caves – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 20122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 DESEMBER 2012 :

1. Kerajaan Negeri lantik lima profesional bagi menganggotai jawatankuasa bebas meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

2. Rumah Berhala Kecil (Altar) boleh dibina didalam rumah tanpa perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

3. Exco Selangor serah 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya.

4. TNB dan TM digesa segera bertindak terhadap runtuhan jambatan kabel yang menyekat laluan air ke Sungai Kandis, bagi mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

Layari http://www.selangorkini.net

Dr Xavier Serah 631 Permohonan MyKad Biru Kepada JPN

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PUTRA JAYA, 18 DIS: Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.

Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.

“Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.

“Ada yang mempunyai MyKad merah, dah mohon lama untuk dapat MyKad biru, datang ke JPN berkali-kali, tetapi masih tak dapat sehingga ada yang dah hilang kepercayaan kepada JPN, berputus asa untuk mencuba lagi,” kata Dr Xavier selepas menyerahkan borang permohonan kepada pihak JPN.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menurut Dr Xavier, jumlah permohonan yang dibawa ini merupakan sebahagian dari 300 ribu yang tidak mempunyai MyKad seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, N Surendran baru-baru ini.

“Selepas ini kami bawa lagi secara berperingkat, kalau perlu bawa pemohon juga kami akan usahakan,” kata Dr Xavier lagi.

Menurut Dr Xavier, ramai di antara pemohon MyKad tersebut merupakan golongan miskin tegar, tidak mempunyai pendidikan dan tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang prosedur permohonan MyKad.

“Mereka ini termasuklah warga emas dan miskin tegar, jadi mereka terlepas hak mereka untuk menerima pelbagai bantuan samada dari program Kerajaan Negeri mahupun dari Kerajaan Pusat,” katanya lagi.

Dr Xavier memberitahu lagi, selain golongan warga emas, masa hadapan golongan belia yang terlibat turut menjadi gelap apabila mereka tidak menerima sebarang pendidikan formal di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.

Dalam isu sama, Dr Xavier turut menggesa agar Exco berkaitan di negeri-negeri lain agar bertindak pro-aktif mengambil langkah sama menangani masalah warganegara yang tidak memiliki MyKad.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPN, Abu Hassan Dahaman menerima 631 permohonan MyKad biru dari Dr Xavier dan delegasinya.

Selain Dr Xavier turut sama dalam delegasi tersebut, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri.

31,931 Anak Selangor Terima RM31.7 Juta Hadiah Pengajian IPT – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 14122012

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 14 DESEMBER 2012 :

1. 31,931 anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS terima manfaat RM 31.7 juta daripada Kerajaan Selangor.

2. Sekumpulan lebih 300 orang berhimpun dan berarak ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya tuntut taraf kerakyatan.

3. ‘Himpunan Duduk Bantah’ pada tanggal 12-12-12 baru-baru ini juga berjaya membuktikan bahawa kaum melayu juga tidak diberi kewarganegaraan.

http://www.selangorkini.net

Categories
SELANGOR

Tiga Beradik Melayu Tuntut Hak Sebagai Warganegara

PUTRAJAYA 12 DIS : Jika sebelum ini permasalahan kad pengenalan tertumpu kepada masyarakat India, hari ini tiga beradik berbangsa Melayu tampil menuntut hak mereka sebagai warganegara Malaysia.

Abdul Hakam Rosli, 17, Liyana Rosli, 16 dan Noratika Rosli, 14 masing-masing dilahirkan di Hospital Port Dickson namun, sehingga kini masih menggunakan kad pengenalan merah.

Abdul Hakam menceritakan pengalaman mereka tiga beradik berkata, beliau memohon kad pengenalan warganegara berwarna biru sejak berusia 12 tahun namun hanya diberikan kad pengenalan berwarna merah pada usia 15 tahun.

“Kawan-kawan selalu ejek (mempersenda) sebab ada IC merah di sekolah. Masa peperiksaan terpaksa bayar lebih,” katanya yang juga abang kepada lima beradik.

Mereka yang datang hasil inisiatif yang dilakukan PKR Cabang Teluk Kemang kini tinggal bersama datuknya, Atan Samah di Batu 4, Port Dickson selepas bapa mereka meninggal dunia.

Difahamkan, ibunya merupakan warga negara Indonesia.

Sementara itu, seorang lagi pemilik kad pengenalan merah Gnanapregasam A/L Marian, 67 turut melahirkan kemarahan ekoran permohonan yang dilakukan lebih lima kali gagal.

Meskipun memiliki sijil kelahiran tempatan selain mendapat surat sokongan daripada biro pengaduan parti BN beliau masih menggunakan kad pengenalan merah yang diperoleh sejak zaman persekolahan.

“Surat beranak ada. Lima kali sudah mohon. Surat sudah hantar kepada Perdana Menteri, Najib (Razak) pun tidak ada (kad pengenalan).

“Bila lapor kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ada kes. Saya sudah tanya kes apa, dia cakap Perkara 16. Pergi Kementerian Dalam Negeri (KDN)JPN pun cakap Perkara 16.

“Sekarang saya kerja sebagai pengawal,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, beliau turut menyertai program MyDaftar di Batu Caves namun semuanya masih menemui jalan buntu.

Hampir 300 pemohon hadir di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya sempena dengan ‘Himpunan Duduk Bantah 12-12-12’.

Tiga Sekeluarga Minta Kewarganegaraan Dari Mahkamah

KUALA LUMPUR 10 DIS : Sebuah keluarga hari ini memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Permohonan yang dipercayai pertama di Malaysia itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta oleh tiga sekeluarga berbangsa India yang berasal dari Kapar, Selangor.

Mereka meminta agar Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah ?Mandamus? bagi mengarahkan JPN mengeluarkan MyKad bagi mengiktiraf kewarganegaraan mereka.

Mereka mendakwa telah dinafikan hak untuk mendapatkan Kad Pengenalan warganegara sekalipun ketiga-tiganya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.

Dalam afidavit mereka, Letchumy Suppiah, 57, dan dua anaknya Mala Kothandu, 34, dan Sarojini Kothandu, 32, menamakan Ketua Pengarah JPN, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Sebelum ini mereka telah memohon agar diberi kewarganegaraan daripada JPN.

Letchumy mendakwa beliau dilahirkan di Tanjung Sepat, Selangor pada 23 Mei, 1943 dan tinggal bersama suaminya Kothandu Perumal yang lahir di Kuala Langat, Selangor pada 1940.

Suami Letchumy yang meninggal pada 16 Mac 1990, mempunyai Kad Pengenalan bernombor 400101 ? 10 ? 5841.

Sarojini dilahirkan pada 5 Dis 1980 di Kampung Tanjung Layang, Tanjung Sepat, manakala Mala dilahirkan di Hospital Banting pada 6 Jun 1978.

Manakala bapa Letchumy, Suppiah Veerasamy telah diberikan kad pengenalan kertas dengan nombor SL 517334. Bapa dan ibunya merupakan pekerja di ladang Batu Untung, Tanjung Sepat, Selangor.

Tahun lepas, Letchumy telah memperoleh Kad Pemautautin Tetap setelah membuat permohonan daftar lewat Kad Pengenalan di JPN Klang.

Manakala Sarojini dan Mala hanya mendapat sijil kelahiran yang menyebut kewarganegaraan ?belum ditentukan? setelah membuat permohonan daftar lewat kelahiran daripada JPN.

Pada 30 Julai, Letchumy telah memohon taraf kewarganegaraan daripada JPN untuk beliau dan Mala.

Akan tetapi dalam jawapannya pada 29 September lalu, Ketua Pengarah JPN, mengeluarkan surat menyatakan mereka tidak berhak memohon taraf kewarganegaraan Malaysia di bawah mana-mana peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mengikut afidavit itu, surat tersebut juga menghalang Sarojini daripada memohon kewarganegaraan.

Mereka diwakili peguam N. Surendran, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

“Tanpa pengiktirafan hak kewarganegaraan, mereka terpaksa dinafikan hak menikmati pelbagai kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang bekerja.

?Mereka juga berisiko ditangkap dan susah mendapatkan dokumen sivil lain seperti lesen memandu dan sijil perkahwinan.

“Lebih teruk lagi, anak-anak mereka pula kini berdepan masalah kewarganegaraan,” tegas Surendran.

Sarojini yang berkahwin dengan lelaki Malaysia mempunyai dua anak berusia 12 dan tujuh tahun yang masing-masing dinyatakan dalam sijil kelahiran mereka sebagai ‘maklumat tidak diperolehi’ dan ‘bukan warganegara’.

“Kita pasti selepas ini, lebih ramai lagi warganegara yang dinafikan hak mereka untuk mendapat kad pengenalan akan tampil membuat permohonan sama sepertimana hari ini,” tambah Surendran.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Himpunan 5 Dis Di Putrajaya Isu MyKad, Sijil Kelahiran

SHAH ALAM, 9 NOV : Satu perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan di perkarangan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, 5 Disember depan sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan kes ketiadaan MyKad dan sijil kelahiran melibatkan masyarakat India di negara ini dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata, dimaklumkan terdapat hampir 300,000 kes ketiadaan dokumen itu di kalangan masyarakat tersebut setakat ini.

“Kita akan memberi tempoh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan supaya menyelesaikan perkara ini dalam tempoh terdekat atau kita akan jalankan perhimpuan besar ini,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Beliau berkata, ramai masyarakat India dinafikan pemilikan dokumen MyKad dan sijil kelahiran walaupun mereka lahir di negara ini dan sememangnya warganegara.

Berikutan itu, tambahnya, pelbagai masalah terpaksa dihadapi golongan itu seperti kanak-kanak tidak dapat memasuki alam persekolahan.

“Dalam satu kes, S Logeswaran berusia 10 tahun di mana ibunya mempunyai MyKad tetapi ayahnya tidak memiliki dokumen itu biarpun ayahnya lahir di negara ini. Akibatnya kerajaan enggan memberikan sijil kelahiran kepada Logeswaran.

“Logeswaran tidak dapat memasuki alam persekolahan. Dalam tempoh tiga tahun dia hanya menghadiri sekolah tiga minggu apabila dipaksa berhenti,” katanya yang yakin masih terdapat banyak kes seperti itu melibatkan kanak-kanak lain yang dinafikan hak bagi mendapatkan pendidikan.

Surendran berkata, pihaknya menuntut kerajaan dipimpin Umno-BN menyelesaikan perkara itu segera atau menghadapi kebangkitan rakyat.

“Kita umumkan hari ini PKR bersama dengan rakan PR lain akan mengadakan satu perhimpuan besar di JPN Putrajaya pada Disember depan. Kita tidak akan beredar sehingga mendapat jawapan jelas daripada pihak berkuasa di JPN,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

YAWAS Tidak Akan Jadi Seperti Amanah Saham Selangor Yang Lingkup Di Bawah Khir

SHAH ALAM, 17 OKT: Kerajaan Negeri hari ini menyangkal dakwaan bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo bahawa Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan lingkup dan gagal menarik minat rakyat Selangor.

Sebaliknya YAWAS yang menguruskan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tidak akan lingkup kerana YAWAS menerima geran sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasinya.

YAWAS juga mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Menteri Besar hari ini.

“Dari 2008 hingga 2011, YAWAS menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini meringankan kos operasi,” kata Abdul Khalid.

Sambil menerima baik teguran yang dibuat Dr Khir, Abdul Khalid juga menganggap kebimbangan BN itu timbul disebabkan Kerajaan Negeri ketika dipimpin oleh Dr Khir pernah mengalami kerugian hingga Amanah Saham Selangor (Asas) terpaksa ditutup.

Ketika itu menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri juga terpaksa memperuntukan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham terbabit.

Selain itu, dakwaan Dr Khir kononnya skim ini tidak menarik minat rakyat Selangor juga disangkal kerana Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor (JPN) tidak memberikan kerjasama kepada YAWAS untuk mendapatkan stastik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor.

“Jumlah 313,706 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warganegara atau bukan warga Selangor.

“YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar dalam skim ini dan menjangkakan pencapaian pendaftaran sehingga 33.5 peratus, bukan 19.4 peratus,” ujar Abdul Khalid.

Menteri Besar turut menjelaskan, Sijil Simpanan Tetap untuk perserta Skim TAWAS lewat dikeluarkan berikutan pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.

“Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank meningkat kepada RM4,159,700 yang melibat 41,597 ahli di mana 24,473 menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan 30 ribu masih menunggu giliran untuk dihantar kepada bank,” kata Abdul Khalid lagi.

Categories
NASIONAL

PATI Yang Guna Mykad Palsu Adalah Pemilih Sah SPR

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Dua pendatang asing tanpa izin yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana menggunakan MyKad palsu sebelum ini, didapati diberikan hak mengundi.

Seorang daripada mereka, warga Filipina Salleh Bin Samsul didapati memegang Mykad palsu bernombor 670110-12-5035.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Majistret Cindy McJuce Balitus dalam perbicaraan di Kota Kinabalu pada 20 Sept 2010.

Demikian menurut MP Kuantan, Fuziah Salleh dalam satu sidang media yang diadakan di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, semakan TVSelangor pada daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendapati Salleh merupakan pengundi sah di DUN Kempas dalam Parlimen Pasir Gudang, Johor.

Fuziah berkata dalam satu kes berasingan, seorang lagi warga Filipina, Hassanuddin Bin Manna juga didapati bersalah atas tuduhan membeli MyKad palsu dengan harga RM 1,000.

“Hassanuddin mengaku beli MyKad dengan harga RM 1,000 dan dia juga dijatuhkan hukuman penjara setahun,” kata Fuziah.

Dalam perbicaraan tersebut, Hasanuddin mengaku beliau memperolehi MyKad palsu bernombor 741029-12-5463 dari seorang rakannya.

Menurut satu salinan daftar pemilih, Hassanuddin juga merupakan seorang pengundi sah di DUN Karambunai di kawasan Parlimen Sepanggar, Sabah.

Kedua-dua perbicaraan tersebut turut dilaporkan dalam beberapa laporan akhbar tempatan di Sabah termasuk Harian Ekspress dan Daily Exspress.

Selain akhbar tempatan, Fuziah memberitahu, ianya turut dilaporkan dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

“Ini membahayakan keselamatan negara, kerakyatan negara boleh dibeli dengan harga RM1,000 sahaja dan diberi hak menentukan kerajaan.

“Kalau saya sendiri dapat kesan dua kes, sudah tentu ada banyak lagi pendatang asing lain yang memiliki MyKad dan boleh mengundi dalam pilihan raya.

“Saya cuba tanya di Dewan Rakyat, tetapi tidak dibenarkan oleh Yang Dipertua,” kata Fuziah.

Categories
NASIONAL

Projek IC Musnahkan Hak Peribumi Sabah

KUALA LUMPUR, 28 JUN: Pemberian kad pengenalan kepada warga asing mampu memusnahkan etnik asal peribumi Sabah hanya semata-mata untuk menyelamatkan hayat Umno-BN untuk terus berkuasa.

Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu(DAP), Dr Hiew King Cheu, pemberian kad pengenalan(IC) kepada warga asing akan menjadikan masyarakat asal peribumi Sabah seperti Kadazan menjadi etnik minoriti di bumi sendiri pada masa akan datang.

Ketika ditemuramah dalam program Fokus Isu tertbitan TVSelangor, beliau mengakui masalah pemberian kad pengenalan ini sudah berlarutan sejak sekian lama dan mengecewakan rakyat Sabah, namun sehingga kini Kerajaan Pusat masih tidak melakukan sebarang siasatan berhubung perkara ini.

Apa yang penting katanya, Umno-BN menggunakan kaedah ini semata- mata untuk mendapatkan undi rakyat, walhal rakyat Sabah masih kekal dengan kemiskinan dan infrastruktur yang tidak sehebat di Semenanjung Malaysia.

“Impak pemberian kad pengenalan ini sangat besar. Kerajaan tidak mengawal kemasukkan mereka (pendatang asing) ke Sabah.

“Memang ada orang yang bawa mereka masuk untuk kerja dan memberikan kad pengenalan. Mereka mahu orang ini bekerja di Sabah dan paling penting adalah undi.

“Undi ini untuk mempertahankan Kerajaan. Kesempatan ini juga diambil pihak lain untuk mendapatkan keuntungan misalnya satu kad pengenalan bernilai RM 2,000,” katanya.

Jelas beliau, pemberian kad pengenalan ini turut dimanfaatkan oleh beberapa pihak untuk mengaut keuntungan hasil daripada ‘penjualan’ kad pengenalan kepada warga asing.

Menurutnya lagi, perkara ini sudah lama berlangsung rancak termasuk tangkapan terbaru di Tawau yang melibatkan 18 individu termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).