Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

INVEST ikat MoU dengan Victoria Australia

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Invest Selangor Berhad (INVEST) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri Victoria (Victoria), Australia bagi mengikat kerjasama dalam bidang teknologi komunikasi dan informasi, makanan dan perniagaan agro serta pendidikan juga latihan.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana serta Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, usahasama itu selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai hab industri teknologi tinggi bagi negara Asia Tenggara (ASEAN) termasuk industri e-dagang, aeroangkasa dan bioteknologi.

“Sebagai negeri termaju di Malaysia, Selangor perlu mengambil peluang ini dan menjadi ejen perubahan atau kita tidak akan mampu bersaing di arena ekonomi global.

INVEST (5)“Kita amat mengalu-alukan kedatangan rakan dari Victoria dan dengan kerjasama ini, kita mengambil selangkah lagi ke hadapan dan bersama mendukung teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan aluan pada Majlis Menandatangani MoU di antara INVEST dan Kerajaan Negeri Victoria, di Istana Selangor, di sini, hari ini.

INVEST diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hassan Azhari Idris manakala Victoria diwakili Pesuruhjaya Asia Tenggara Victoria, Brett Stevens dengan disaksikan Chang Khim dan Pengarah Sektor Pembangunan Teknologi Victoria, Kathy Coultas.

Sementara itu, Kathy berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama itu dan berharap ia membuahkan manfaat kepada kedua negeri terutama dalam bidang teknologi.

“Saya percaya kami mempunyai banyak persamaan termasuk peluang dan cabaran, namun yakin ia mampu menghasilkan persefahaman dan kerjasama baik bagi mencapai objektif MoU,” katanya.

Ia MoU kedua ditandatangani INVEST dalam tempoh seminggu selepas yang pertama bersama Negeri Bebas Bavaria, Jerman, yang ditandatangani, di sana, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, MoU pertama ditandatangani bagi menggalakkan kerjasama dalam bidang automasi dan robotik, industri 4.0, ‘internet of things’ juga ‘big data’, aeroangkasa serta bioteknologi.

Disaksikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, MoU berkenaan ditandatangani Hassan Azhari mewakili INVEST dan CEO Bayern International, Joachim Heussler.

Bayern International adalah agensi perkembangan pasaran dan promosi dagangan bagi Negeri Bebas Bavaria.

Categories
EKONOMI NASIONAL

AEON Credit-HelloGold tawar skim pembiayaan milikan emas patuh syariah

KUALA LUMPUR, 21 APR: AEON Credit Service (M) menjalinkan kerjasama bersama HelloGold Sdn Bhd bagi merancakkkan lagi aktiviti jualan dalam talian dengan memperkenalkan skim pembiayaan milikan emas patuh syariah pertama di negara ini.

Pengarah Urusan AEON Credit, Kenji Fujita berkata, kaedah itu dilaksanakan sebagai inisiatif urusniaga baru pihaknya seiring kemajuan teknologi terkini.

“Kami menawarkan pembiayaan pinjaman antara RM1,000 sehingga RM10,000 kepada pelanggan yang berminat untuk mendapatkan pembelian emas secara dalam talian.

“Justeru, usahasama ini membuka ruang kepada sumber pertumbuhan pengguna bagi mendapatkan nilai tambah dan meningkatkan lagi peluang mendapatkan pembiayaan secara mudah.

AEON MoU“Ia landasan terbaik dan meningkatkan lagi pengalaman pengguna untuk mendapatkan jaringan pembiayaan berkesan,” katanya pada sidang media Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara AEON Credit Service dan HelloGold Sdn Bhd, di Hotel Hilton, di sini, semalam.

Beliau berkata, pembelian produk diyakini selamat, menjimatkan dan berpatutan, sekali gus membolehkan pelanggan menyimpan kewangan pada kadar minima.

“Anda tidak perlu bimbang memandangkan HelloGold turut mendapat pensijilan patuh syariah daripada Penasihat Amanie iaitu sebuah Pertubuhan Kewangan Islam Antarabangsa yang dianggotai Datuk Dr Mohd Daud Bakar yang juga Pengerusi Majlis Syariah di Bank Negara Malaysia.

“Tambahan lagi, AEON Credit sentiasa mengutamakan pelanggan dalam memberikan perkhidmatan menerusi kaedah dalam talian pada kadar terbaik dan mesra pengguna,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Esekutif HelloGold, Robin Lee dan Pengurus Bahagian Kad Kredit, Faizul Hamzah.

Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pembiayaan secara mudah boleh memuat turun aplikasi HelloGold secara percuma di Google Play dan Apps Store.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Evolusi Smart State, MBI realisasi gagasan Smart Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 28 MAC: Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) optimis pembangunan evolusi Smart Selangor dapat dijayakan untuk tempoh 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, YM Raja Shahreen Raja Othman berkata, potensi itu diyakini mampu direalisasikan menerusi komitmen berterusan dan kerjasama baik antara pentadbiran negeri serta negara luar.

Beliau berkata, kolaborasi dinamik itu juga dilihat mampu menjadi penanda aras kepada potensi membangun Smart State yang giat dilaksanakan di peringkat negeri.

“Kami mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia menggalakkan pertumbuhan negeri pintar membabitkan aspek teknologi masa kini yang membolehkan pelbagai produk dan perkhidmatan baru dapat dibangunkan.

MOU TAIPEI (17)“Untuk tempoh ini, MBI akan melihat keseluruhan industri dan gelombang baru yang mampu mewujudkan sebuah ekosistem baru di Selangor.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk memastikan perniagaan terutama komuniti ‘start up’ bersedia bagi mengeksploitasikan peluang yang ada dalam pasaran kini untuk menyokong hasrat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini MBI kekal konsisten menggalakkan pertumbuhan Smart State dalam usaha mengevolusikan teras utama pembinaan gagasan Smart Selangor.

“Lebih banyak transformasi akan dilaksanakan dalam perancangan masa terdekat termasuk meningkatkan lagi gerak kerja pengurusan smart sisa pepejal, Wifi Smart Selangor dan projek perintis lain,” katanya.

Terdahulu, Raja Shahreen hadir pada Majlis Permeteraian Memorandum Persefahaman antara Selangor dan Taipei di Dorsett Grand Subang, di sini, semalam.

Beliau mewakili MBI Selangor menandatangani set kedua MOU bersama Taipei dalam usaha menggerakkan polisi negeri smart.

Sementara Taipei diwakili Pesuruhjaya Bahagian Infomasi dan Teknologi Taipei, Dr Lee Wei-Bin yang disaksikan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Bandar Taipei, Dr Ko Wen-Je.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor-Taipei meterai MOU Smart State, inisiatif pembangunan negeri pintar

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SUBANG JAYA, 28 MAC: Selangor konsisten memacu kepada pertumbuhan gagasan Smart State menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bersama bandar Taipei.

Persefahaman itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah Kerajaan Negeri mencapai status Smart State, menjelang 2025.

Majlis itu disaksikan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Bandar Taipei, Dr Ko Wen-Je, di Dorset Grand Subang, di sini, semalam.

Tiga agensi Kerajaan Negeri membabitkan penyertaan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Selangor Digital Creative Centre dan Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Perdagangan, PKS dan Pengangkutan menandatangani MOU persefahaman bersama dengan bandar Taipei sebagai asas kerjasama itu.

MOU TAIPEI (14)Wakil Kerajaan Negeri diwakili Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen Raja Othman; Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Kim dan Ketua Pegawai Esekutif SDCC, Yong Kai Ping.

Usahasama itu memfokuskan kerjasama pengangkutan pintar meliputi pembangunan sistem perkongsian basikal awam untuk rakyat Selangor dan galakan penggunaan kenderaan elektik di seluruh negeri.

Penumpuan seterusnya turut memfokuskan kepada usaha berterusan untuk membangunkan polisi Smart State yang bakal diusahakan MBI melalui Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Disokong sepenuhnya Selangor Information Technology E-Commerce Council (SITEC), MOU itu turut melaksanakan kerjasama komuniti Start-Up antara dua pihak terbabit bagi meluaskan lagi pegangan pasaran domestik dan luar negara.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar dalam ucapan pemeteraian MOU berkata, beliau optimis kerjasama berkenaan mampu mengukuhkan pembangunan Smart State di negeri itu.

“MOU ini diyakini mampu merealisasikan hasrat pentadbiran negeri untuk kekal menerajui pembangunan Smart State yang lebih mampan, menjelang 2025.

“Dengan salah satu tumpuan MOU ini, saya percaya hasrat menjadikan Selangor sebagai negeri bebas karbon juga mampu dijayakan hasil galakan penggunaan kenderaan elektrik dan kaedah ‘smart solution’ di seluruh negeri,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

UNISEL, MIM terokai bidang maqasid dan perundangan Islam

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 FEB: Pusat Kecemerlangan (COE) Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Institut Maqasid Malaysia (MIM) bagi meneroka kerjasama penyelidikan, latihan, penerbitan dan penterjemaham dalam bidang maqasid serta perundangan Islam.

Prof Redzuan (2)UNISEL diwakili Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, manakala MIM diwakili Pengasas dan Pengarah Eksekutifnya, Prof Dr Jasser Auda bertempat di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam, di sini, hari ini.

Ia turut disaksikan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Mohammad Redzuan berkata, kerjasama ini sebagai satu usaha permulaan UNISEL dalam mengembangkan ilmu Islam dan peradaban menerusi penyelidikan serta latihan secara bersama dengan pihak luar termasuk industri.

Katanya, ketokohan Prof Dr Jesser Auda sangat dialu-alukan tambahan beliau memulakan agenda yang baik itu di beberapa negara termasuk Kanada, Afrika Selatan, Mesir dan Malaysia.

“Pengalaman beliau sebagai tokoh ilmuan terkemuka dalam bidang fiqh dan perundangan Islam mampu memberi ruang kepada Malaysia menjadi hub pendidikan serta perundangan Islam terkemuka,” katanya.

-NFN-

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MoU UNISEL-ULK manfaat jangka panjang serantau

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 20 OGOS: Pemeteraian Memorandum Pendidikan antara Universiti Selangor (Unisel) dan Universitas Lancang Kuning (ULK) mampu memberi manfaat jangka panjang kepada kedua institusi pengajian tinggi itu.

Timbalan Naib Canselor Pentadbir, Perancangan dan Jaringan Global Unisel, Profesor Dr Mohd Nor Nawawi, berkata keperluan berkenaannya seiring hasrat menjadikan Unisel sebagai institusi terkemuka serantau.

“Ini adalah antara beberapa pemeteraian pendidikan antarabangsa antara Unisel dan universiti di Indonesia, khususnya di Riau yang tertumpu kepada ULK.

“Menariknya, kerjasama ini berkait keakraban kita dan MOU ini diperbaharui dan menjadi tekad dalam bidang penyelidikan, pembelajaran, pertukaran pelajar dan seminar pendidikan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Memorandum dan penganjuran Seminar Malay Archipelago di Universiti Lancang Kuning, Riau Indonesia di sini, hari ini.

MOU 2Ini adalah pemeteraian kali kedua diadakan antara Unisel dan ULK selepas kali pertama diadakan pada 2010.

Mohd Nor Nawawi berkata, pemeteraian itu dilanjutkan untuk tempoh 2016 sehingga 2019.

Antara pendekatan persefaham pendidikan itu termasuk mengadakan program kerjasama serantau memfokuskan usaha pendidikan serantau dan ilmiah Malaysia dan Indonesia.

Terdahulu, Mohd Nor Nawawi mewakili Unisel menurunkan tandatangan perjanjian bersama, sementara ULK diwakili Rektornya, Dr Hasnati S.H.M.H.

Pemeteraian turut disaksikan Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Profesor Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi.

-AA-

CNI, HIJRAH meterai MOU bantu usahawan


CNI kukuhkan pasaran di Selangor dengan permetraian MOU bersama Yayasan Hijrah Selangor dengan memberi peluang pembiayaan kepada usahawan.

Categories
SELANGOR

Mana perginya salinan perjanjian penstrukturan air Selangor?

SHAH ALAM, 3 OKT: Pengumuman Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bahawa Kerajaan Negeri tidak memiliki salinan perjanjian penstrukturan semula air Selangor mengejutkan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ,Tony Pua, berkata hanya dengan memiliki salinan itu Kerajaan Negeri boleh membuat keputusan mengenai langkah seterusnya demi melindungi kepentingan rakyat .

MB airMenurutnya tidak ada alasan keselamatan negeri untuk tidak mendedahkan kandungan perjanjian itu kerana ia dikatakan hanya meliputi langkah penstrukturan semula.

“Tidak masuk akal bagaimana seluruh kerajaan negeri termasuk ahli Exco di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim langsung tidak tahu menahu kenapa kerajaan negeri tidak memiliki salinan perjanjian tersebut.

“Kami menyeru Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan perjanjian tersebut dengan segera kepada Kerajaan Negeri supaya pihak negeri dapat mengetahui hak dan tanggungjawabnya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan digesa untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, yang ditandatangani tiga minggu lalu sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

Katanya, beliau menyokong kenyataan Mohamed Azmin supaya perjanjian penstrukturan semula dengan Kerajaan Persekutuan didedahkan kepada orang awam.

“Adakah bekas menteri besar turut tersalah bawa perjanjian air yang penuh misteri itu ketika membungkus barang-barang peribadinya sebelum keluar dari pejabat MB?,” soalnya dalam yang hairan bahawa salinan perjanjian tersebut turut tidak disimpan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Perjanjian tersebut ditandatangani Abdul Khalid pada 12 September lalu dan dokumen berkenaan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Semalam, Azmin mahu Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya perjanjian itu didedahkan umum dalam masa seminggu.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Perjanjian Dasar Induk penstrukturan air penyelesaian jangka panjang

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 2 OGOS : Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Dasar Induk berhubung penstrukturan semula industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di Selangor.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Selangor diwakili Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MB airTurut hadir pada majlis itu beberapa menteri kabinet antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek serta Timbalan Menteri KeTTHA Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Abdul Khalid mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan KeTTHA yang melaksanakan peranan sebagai pemudah cara dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula air di Selangor.

“Kerjasama yang diperlihatkan kesemua pihak menunjukkan bahawa kepentingan rakyat mengatasi kepentingan dan ideologi politik.

“Kita percaya rakyat Selangor dan Malaysia amat menghargai usaha keras yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan penstrukturan semula itu,” katanya.

Beliau berkata penyelesaian secara holistik itu juga akan memberikan perkhidmatan air lebih cekap dengan kadar tarif yang munasabah dan tidak membebankan pengguna.

Perjanjian itu adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari lepas berkaitan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Sistem Agihan.

MB air“Kebanyakan kandungan MoU yang lepas itu diperincikan dalam perjanjian hari ini dan beberapa perkara penting sudah dimulakan pelaksanaannya,” katanya.

Beliau berkata penstrukturan semula urusan pengambilalihan syarikat konsesi telahpun dimulakan dan kerajaan Selangor melalui kumpulan Darul Ehsan Berhad mengemukakan tawaran pengambilalihan kepada pemegang saham empat buah syarikat konsesi.

Empat buah syarikat konsesi itu ialah Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).

“Setakat ini hanya pengambilalihan Splash sahaja yang belum dimuktamadkan lagi,” katanya.

Ongkili dan Abdul Khalid turut berkongsi kenyataan bahawa pencapaian itu terhasil susulan beberapa perbincangan antara kedua-dua pihak berasaskan kepercayaan bahawa pertimbangan politik harus diketepikan demi menyelesaikan isu bekalan air bagi kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

EZY

JURNAL BERITA – MB : RM10juta bina infra pam air ke Sungai Selangor

1. MB: Peruntukkan RM10 juta, bina infra untuk pam air ke Sg Selangor

2. MB: MOU air bukan rahsia, rakyat boleh teliti dokumen

3. KEMASKINI: Adun dan media dihalang lawat Empangan Sungai Selangor

4. Wan Azizah: Perancangan jahat Umno halang Anwar jadi Presiden PKR

5. Sultan Selangor terima Zakat Perniagaan Bank Rakyat RM4.47 juta

6. Tian: Kapal disamun dekat Pulau Ketam, apa sudah jadi keselamatan negara?

7. Nurul Izzah: Perjelaskan perjanjian projek janakuasa, elak kerugian

8. Anwar: Penyebaran fitnah tahlil untuk Karpal perbuatan ‘macai’ Umno

9. Geran Mosti: Kos projek RM130 juta tapi dapat RM150 juta

10. Harga Getah terus jatuh, peneroka tekad demo di kubu kuat Umno

11. MH370: Tolak kaji selidik Merdeka Center, menteri tak hormat pandangan rakyat

12. Peguam: Mahkamah tolak masa rayuan kes Anwar, tak simpati kematian Karpal

13. Saingan sengit Timb. Presiden PKR, demokrasi dalam parti

14. PKR sasar tambah 50,000 ahli baru masyarakat Tionghua dalam 5 tahun

JURNAL BERITA – KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat RM5 bilion.

1. MB: Selangor galak industri berpotensi tinggi berkembang

2. MB: Laksanakan WSIA, pelaburan Selangor tidak terjejas

3. Exco: Wanita berpeluang tambah pendapatan jadi pengasuh dari rumah

4. KLIA 2, PM patut bertindak sebelum kos meningkat kepada RM5 bilion

5. Tawas perkenal Teras, boleh nikmati rebat cukai

6. Perangsang Selangor salur RM14.7 juta laksanakan CSR

7. Perangsang Selangor tandatangani MOU bangun sukan bernilai RM1.8 juta

8. Hadiah RM100 untuk lepasan SPM di Kuala Kubu Bharu

9. Lebih 1000 sertai Kayuhan Malam Earth Hour MBSA

10.Kes Denggi meningkat, orang ramai patut lebih waspada

11.Town Hall Meeting tingkat kefahaman masyarakat hala tuju MPSJ

12.Salimah gesa Kerajaan Pusat sekat hiburan maksiat

JURNAL BERITA – MB : Perlu patuhi adab, peranan Sultan tentu pemimpin negeri

1. Perlu patuhi adab, peranan Sultan tentu pemimpin negeri

2. Rakyat Selangor dapat manfaat hasil MoU PNSB, Tropicana Corp

3. MH370: Selangor kaji bentuk bantuan untuk keluarga mangsa

4. Catuan air diteruskan, kemarau dijangka berakhir awal April

5. MB hadiri bacaan Yassin dan Tahlil untuk krew, penumpang MH370

6. SUKMA 2014: MSN galas misi utama untuk kekal kejuaraan Selangor

7. Jerebu jejas pendapatan nelayan pesisir pantai

8. Tiada hujan punca catuan air di Selangor, Putrajaya berterusan

9. Klang Parade anjur Children’s Fair hingga 30 Mac

10.Duta Mesir angkuh, enggan terima kunjungan PAS

11.Parlimen: Pertandingan siapa lebih pro-Umno bunuh badan kehakiman

12.Parlimen: Kerajaan harus minta maaf pada keluarga penumpang di China

13.Keluarga penumpang, anak kapal MH370 terima kenyataan jika ada bukti

14.KM baru Sarawak sombong, BN tidak hormat proses pilihan raya