Categories
NASIONAL SELANGOR

Kumpulan “bumper cha cha” diburu

Sinopsis

FOKUS Untuk 09102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Polis kini sedang giat memburu tujuh anggota kumpulan ‘Bumper Cha Cha’ yang aktif menyamun di sekitar Selangor.

2. DAP membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan kenyataannya bahawa kumpulan “Tiga Line” adalah kawan beliau dan juga arahan menembak penjenayah jika dapat bukti.

3. Putrajaya seolah-olah sengaja berlengah untuk mengemukakan rayuan terhadap dua polis komando yang dibebaskan daripada pendakwaan kes berprofil tinggi iaitu membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata peguam veteran, Karpal Singh.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MBPJ fokuskan lima sektor untuk PJ lestari – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 08102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi fokus kepada lima sektor pembangunan utama dalam pelan bajet tahunannya selaras dengan hasrat menjadikan kawasan itu sebagai bandar lestari (PJ Lestari) pada 2014.

2. Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh akan memulakan tindakan undang-undang terhadap bekas calon pilihan raya umum BN di Permatang Pauh Mazlan Ismail dan Utusan Malaysia beberapa hari lagi.

3.Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.

4. Pendidikan Kewangan akan diterapkan ke dalam mata pelajaran teras di sekolah rendah dan menengah, sebagai langkah ke hadapan untuk meningkatkan kesedaran dan pengurusan kewangan yang cekap di kalangan pengguna negara ini.

Categories
NASIONAL

DAP terima permohonan maaf Utusan dengan amaran keras

utusan fitnah grafik

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: DAP hari ini  amaran kepada Utusan Malaysia supaya  tidak lagi menyiarkan kenyataan tidak bertanggungjawab sekalipun menerima permohonan maaf berkaitan isu Tanda Putera.

Pengerusinya, Karpal Singh turut meminta akhbar harian itu mematuhi etika kewartawanan melalui penulisan yang tepat dan menghentikan penyiaran berita palsu.

“Kami terima permohonan maaf tetapi Utusan tidak boleh terus berbohong. Kami beri mereka peluang untuk beralih kepada cara yang lebih baik dan melaporkan kebenaran,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Akhbar kawalan Umno itu sebelum ini menyiarkan laporan bertajuk “Cuba Sembunyi kebiadaban DAP” dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng cuba menyekat tayangan filem itu.

Pengurus Kanan Utusan Malaysia Berhad, Shirad Anuar dalam kenyataan bertulis pada 13 September lalu bersetuju untuk memohon maaf kepada Kit Siang dan Guan Eng berhubung penyiaran artikel itu.

“Artikel yang disiarkan di muka surat 13 pada 7 September 2013 iaitu “Cuba sembunyi kebiadaban DAP” adalah salah serta tidak menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi.

“Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang,” katanya.

Sementara itu, pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang berkata, permohonan maaf itu mesti ikhlas dan bukan bertujuan meraih publisiti semata-mata.

“Kami tidak minta Utusan memihak kepada kami, tetapi tolong siarkan berita yang benar dan hentikan penipuan,” katanya.

Categories
SELANGOR

Rezab Selangor Cecah RM3 Billion – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 05082013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Laporan kewangan terkini dari Jabatan Perbendaharaan Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan rezab Kerajaan Negeri Selangor terus meningkat dari RM2.7 bilion sebelum ini kepada hampir RM3 bilion.

2. Program pemberian kupon membeli belah bernilai RM100 bagi Program Jom Shopping sempena perayaan akan diperkemaskan lagi bagi membolehkan lebih ramai golongan kurang berkemampuan mendapat manfaat dari program ini.

3. Peguam Negara digesa melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung satu dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pendakwa raya dan badan kehakiman negara.

4. Biro Undang-undang DAP akan meneliti lebih 200 laporan dan rencana dalam Utusan Malaysia yang menyerang parti itu sejak Januari lalu untuk mengemukakan beberapa saman terhadap akhbar Umno itu.

Categories
NASIONAL

Fitnah Beli Hakim : Anwar Gesa Peguam Negara Bertindak

laporan-polis-anwar

PETALING JAYA 4 OGOS : Peguam Negara digesa melaksanakan siasatan menyeluruh berhubung satu dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, pendakwa raya dan badan kehakiman negara.

Ia berkaitan satu dakwaan melalui surat lapan halaman yang diedarkan pihak tertentu di kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Menurut Anwar, beliau kecewa dengan dakwaan fitnah terbaru yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu itu ketika mana umat Islam masih lagi berpuasa di bulan Ramadan.

“Fitnah itu keterlaluan kerana menghina saya (Anwar) dan dia (Karpal) kerana melibatkan isu pendakwaan dan tuduhan terhadap hakim-hakim yang dibeli dengan jumlah tersebut.

“Maka kita telah mengemukakan laporan polis bersama dan kita telah bersetuju untuk mengambil tindakan undang-undang bersesuaian terhadap tuduhan fitnah ini,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Beliau membuat laporan polis bersama itu bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh di Balai Polis Merchant Square di sini.

Katanya, tuduhan fitnah yang dilemparkan kepada beliau dan Karpal adalah perancangan pihak tertentu untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu mendesak mutakhir ini berkaitan masalah ekonomi, jenayah berat dan skandal rasuah.

Sementara itu, menurut Karpal Singh berkata, beliau akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit yang melemparkan fitnah dalam masa terdekat ini.

Katanya, tuduhan yang dibuat oleh ‘pihak yang tidak dikenali’ atau ‘anonymous’ tidak boleh dijadikan asas dalam perundangan.

“Tuduhan itu tidak berasas, tidak munasabah dan liar,” kata beliau.

Sebelum ini, surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dihantar ke rumah-rumah penduduk di situ sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

 

Categories
NASIONAL

Kes Rayuan Liwat II Ditangguh, Anwar Bantah Pelantikan Shafee

anwar mahkamah

PUTRAJAYA, 22 JULAI : Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini bersetuju untuk menangguhkan prosiding rayuan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim, Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pagi tadi berikutan peguam utama Anwar, Karpal Singh disahkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk pengurusan kes.

Anwar tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan diiringi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya menghantar notis bagi membantah keputusan Kerajaan yang melantik peguam, Datuk Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes ini.

“Pelakuannya tidak profesional sejak 1998.

“Kita beri notis untuk membantah keputusan Kerajaan Umno-BN kerana melantik Datuk Shafee Abdullah yang sememangnya telah dituduh terlibat dalam kes prosiding ini sejak awal.

“Ketiadaan pendakwaraya yang sesuai untuk meneruskan perbicaraan ini tidak boleh dijadikan alasan bagi melantik seseorang yang terlibat dengan perbicaraan menentang saya di dalam dan luar mahkamah,” kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Tegas Anwar, Ram Karpal Singh akan menyerahkan notis ini kepada mahkamah bagi membantah pelantikan Shafee.

“Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana saya percaya ada motif politik yang besar dalam kes ini.

“Peguam Negara tidak mahu selesaikan kes lain, tetapi cuba hendak mengganggu karier politik saya,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL

PR Sasar Himpun Sejuta Orang Di Konvensyen Mega Pra Pilihan Raya 3 November Depan

SHAH ALAM 29 SEPT : Konvensyen Mega Pra Pilihan Raya anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Jalil pada 3 November depan dengan sasaran kehadiran satu juta orang, sebagai mesej kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai intergriti agensi kerajaan itu yang dipersoalkan ketelusannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perhimpunan tersebut akan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta majlis kepimpinan PR bersetuju supaya seluruh tenaga PAS, DAP dan PKR dikerahkan ke Stadium Bukit Jalil untuk menjayakan perhimpuan besar itu.

“Ia menuntut pilihan raya diadakan dengan bersih. Itu tuntutan kita mengulangi tuntutan Bersih, sebab itu kita mestilah berkali ganda lebih ramai daripada perhimpuan Bersih yang diadakan dulu.

“Kita mengharapkan memenuhi stadium 200 ke 300 ribu orang dan melimpah keluar stadium beberapa ratus ribu orang supaya mesej itu benar-benar sampai dengan jelas kepada Perdana Menteri, SPR dan seluruh rakyat negara ini.

“Sasaran jawatankuasa ini adalah menghimpunkan sejuta orang di dalam perhimpunan rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta barisan kepimpinan PR yang lain.

Anwar berkata, perhimpunan itu bakal menghimpunkan semua kaum di negara ini iaitu Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan semua suku kaum.

“Soal Suruhanjaya Pilihan Raya ini dia belum laksanakan tugas dengan telus. Kita tahu tetapi sekurang-kurangnya kita bagi ingatan dengan keras yang dia kena betulkan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Surat Cinta Anwar Kepada Azizah Dilelong RM50,000

SHAH ALAM 29 SEPT : Surat cinta yang ditulis ketika dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilelong pada harga tertinggi RM50,000 malam tadi.

Surat ini ditulis Ketua Umum PKR itu ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh itu dibeli oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin.

Sebelum acara lelongan dijalankan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR naik ke atas pentas dan membacakan kandungan isi surat itu untuk penonton yang hadir dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Malawati di sini.

Antara kandungan surat itu menjelaskan perasaan kasih sayang Anwar terhadap isterinya dan keluarga selain usaha meracuninya menerusi makanan disajikan di dalam penjara.

Dr Wan Azizah juga diminta mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kartunis Zunar.

Gambar sketsa kartun lakaran Zunar bertajuk “Kuasa Rakyat ke Putrajaya” pula dilelong pada harga RM32,000.
Barangan lain dilelong dalam majlis itu ialah pena digunakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menghuni Penjara Kajang dengan nilai RM23,000.

Gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai nelayan (RM17,000), gambar Pengerusi DAP, Karpal Singh – Singh Is The King (RM12,000).

Manakala tongkat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (RM12,000), patung beruang Teresa Kok (RM10,000) dan cenderamata Allahyarham Datuk Fadzil Noor (RM11,000).

Jumlah kutipan bagi keseluruhan hasil daripada bidaan ini ialah sebanyak RM182,000.

Majlis tersebut bertujuan memgumpul dana PR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dihadiri barisan kepimpinan PR dan tetamu dengan kehadiran lebih 3,000 orang.

Categories
NASIONAL

Anwar : Pindaan Pertuduhan Kes Bersih 3.0 Cerminkan Pendakwaan Tidak Profesional

KUALA LUMPUR 03 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pindaan pendakwaan terdahapnya dalam kes perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang menyaksikan perbicaraan ditangguh sekali lagi.

“Pendakwaan pinda. Saya tegur kerana Peguam Negara pada awal gopoh kerana nak kenakan (kesalahan) atas arahan politik.

?Jadi kita tengok ada kecuaian dari segi pertuduhan. Belum ada perbicaraan sudah dua kali pinda.

“Inilah bila AG (Peguam Negara) hilang kewibawaan profesionalisma.

?Pertuduhan penting dah beberapa kali pinda. Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim salah sahaja,” katanya di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Hari ini, pihak pendakwaraya mengemukan pindaan ke-tiga terhadap pertuduhan Anwar.

Sebelum ini Anwar dituduh dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan berkaitan cubaan untuk merusuh.

Pindaan hari ini memasukkan perkataan bahawa tuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 147 kanun yang sama iaitu, hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan adalah dibawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, dan di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Pertuduhan sama turut dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).

Dalam prosiding sama, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar  kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Seksyen 4(1)(c) Akta Perhimpunan Awam berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan di dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kes ini harus didengar di Mahkamah Tinggi kerana di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan dari pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Abdul Wahab Mohamad, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

Sementara itu Azmin turut melahirkan kekecewaan terhadap pindaan pertuduhan yang membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan barisan peguamnya akan melakukan hujah pembelaan sebaik mungkin bagi mengenepikan pertuduhan berbaur politik yang cuba menyekat ruang demokrasi.