Categories
NASIONAL

12 individu hilang lebih setengah juta ditipu

SEPANG, 28 MEI: Kegiatan penipuan (scam) melalui penggilan telefon di daerah ini semakin membimbangkan, dengan 12 individu telah menjadi mangsa dalam tempoh lima bulan pertama, tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM525,242.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abdul Aziz Ali berkata, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita berusia antara 21 hingga 65 tahun, dengan pelbagai latar belakang pekerjaan dan bangsa.

“Tiga orang adalah peniaga, tiga eksekutif syarikat, selebihnya setiausaha, jurutera, suri rumah, jurujual, pesara kerajaan dan pegawai teknologi maklumat (IT),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, seorang daripada mangsa diperdaya sehingga RM244,000 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Citibank yang mendakwa mangsa terlibat dalam kes penipuan kad kredit.

Mangsa menafikan penglibatan dalam kes itu, dan suspek menawarkan diri membantu melalui Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan meminta mangsa menghantar Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diterimanya kepada suspek dan mangsa telah berikan nombor TAC secara berperingkat hingga berjumlah RM244,000.

Dalam satu lagi kes, Abdul Aziz berkata, mangsa berkenalan dengan individu bernama “Derick Martins” melalui laman sesawang sosial Grindr yang ingin menghantar wang tunai US$150,000 kepada mangsa menggunakan kargo.

“Mangsa menerima panggilan ejen kargo, mengatakan barangan telah ditahan pihak Kastam dan meminta mangsa membuat bayaran untuk mengisytihar wang tunai tersebut. Pengadu buat bayaran berperingkat hingga RM76,530 sebelum merasakan dirinya ditipu,” katanya.

Abdul Aziz berkata, polis menghadapi kesukaran dalam menyiasat kes sedemikian memandangkan sindiket menggunakan nombor akaun individu lain untuk melakukan transaksi.

“Contohnya mereka memberi upah kepada seorang remaja kampung berusia 17 tahun untuk menggunakan nombor akaun ibunya. Bila kita tangkap, wanita itu kata tidak tahu menahu, kerana akaun dipegang anaknya.

“Anaknya pula kata ada orang beri upah nak tumpang akaun. Bila kita siasat benar dia dapat upah saja, jadi siapa yang kita hendak dakwa?,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, polis Sepang berjaya menyelesaikan 11 kes pecah rumah di Apartment Savanna Executive Suites, Dengkil dengan penahanan dua lelaki dan seorang wanita pada 17 Mei lepas.

“Bila kita siasat, seorang daripada lelaki itu mempunyai 23 rekod jenayah, seorang lagi ada dua rekod jenayah dan wanita tersebut pula mempunyai 11 rekod jenayah,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pelbagai barang curi turut dirampas antaranya 29 telefon bimbit, 15 jam tangan, empat kad bank, tiga kamera, dua komputer riba, barang kemas, topi keledar, sebuah kereta dan pelbagai alatan pecah rumah.

“Berdasarkan barangan yang dirampas kita percaya kumpulan ini juga aktif melakukan kegiatan pecah rumah, ragut dan pecah kereta di daerah-daerah berdekatan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya polis masih mengesan dua lagi lelaki Syed Ahmad Zaki Syed Zin, 30, yang merupakan suami kepada suspek wanita terbabit dan Ahmad Eiman Razali, 23, yang turut disyaki terbabit dengan kes itu.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Sub Inspektor Roselee Ibrahim di talian 013-8961912 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Polis semak semula kes babit bekas CEO telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Polis kini dalam proses menyemak semula laporan yang diterima sejak 2015 membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi termasuk dakwaan mencabul anaknya.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, sejumlah 17 laporan polis diterima sejak tahun itu yang dibuat oleh anak dan isteri bekas CEO terbabit.

Beliau berkata semakan semula itu dibuat berikutan sebelum ini ada yang diklasifikasi sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ (NFA) selepas pihaknya berbincang dengan pihak Jabatan Peguam Negara kerana tidak mempunyai keterangan atau bukti yang mencukupi.

“Apabila bukti tidak mencukupi maka ia diklasifikasi sebagai NFA (no further action) oleh Jabatan Peguam Negara.

“Kami akan semak semula dan jika perlu mendapatkan bukti atau kenyataan tambahan untuk membantu siasatan kes ini, ia akan dilakukan dengan segera,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM sempena Hari Raya Aidilfitri di Bukit Aman.

Abdul Hamid berkata PDRM tidak pernah menutup kes itu sebaliknya bersedia untuk menerima dan mencari sebarang bukti baharu.

“Untuk kes itu kami NFA buat sementara waktu, sekiranya ada bukti yang lebih dan sahih kami akan bawa pada pihak Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan bagi membuat pendakwaan,” katanya.

Sabtu lepas, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bekas CEO sebuah syarikat telekomunikasi ditahan selepas didakwa mencabul anak gadisnya.

Terdahulu, pada majlis itu, sebanyak 3,710 bungkusan kuih raya akan diagih kepada warga PDRM yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri sebagai ingatan tanda tulus ikhlas kepada mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Polis tahan dua lelaki dipercayai terbabit kegiatan jual, beli dadah

SEREMBAN, 10 MEI: Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti menjual dan membeli dadah di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohammed berkata, kedua-dua individu itu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Lukut dan Pasir Panjang.

“Semalam, kira-kira pukul 2 petang Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah mengadakan serbuan di hadapan sebuah kedai di Jalan Perdana Taman Perindustrian Lukut dan menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang menaiki motosikal.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan beg silang yang dipakai oleh suspek telah menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah jenis heroin dan satu tiub straw dadah jenis syabu, dengan jumlah keseluruhan 43.72 gram,” katanya.

Aidi Sham berkata, tangkapan kedua pula dilakukan semasa Op Sarang yang diadakan pada 1 pagi di sebuah rumah dekat Kampung Sungai Sekawang Pasir Panjang semalam.

”Operasi yang dikendalikan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson telah mengadakan serbuan di rumah tersebut dan menahan seorang lelaki berumur 29 tahun.

“Semasa pemeriksaan badan dijalankan terhadap suspek, kita menjumpai satu beg kecil warna coklat di dalam poket bahagian belakang, yang mengandungi empat peket plastik lutsinar berisi bahan ketulan kelabu disyaki dadah jenis heroin seberat 20.8 gram,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil pemeriksaan urin, kedua-dua mereka positif dadah dan mempunyai rekod lampau antara lapan dan tujuh kes berkaitan dengan dadah.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

AADK, PDRM kekang kemasukan bekalan dadah di kawasan berisiko tinggi

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia akan mempertingkatkan usaha menyekat kemasukan bekalan dadah di kawasan berisiko tinggi seperti penempatan Felda dan Program Perumahan Rakyat.

Tanpa mendedahkan strategi yang akan dilaksanakan, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya mengenal pasti kemasukan dadah jenis pil kuda dan syabu ke kawasan itu adalah kerana harganya lebih murah.

“Kita (AADK) akan tentukan bekalan dadah dapat disekat atau diminimumkan, kalau boleh banteras sepenuhnya ia lebih baik.

“Ini bagi menghalang penagih mendapat bekalan selain bekas penagih kembali menggunakan dadah sekiranya kembali ke kawasan berisiko tinggi ini,” katanya kepada BERNAMA selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini, malam tadi.

Beliau berkata, untuk tahun ini, penagih yang telah pulih tidak akan dihantar ke kampung halaman masing-masing sebaliknya akan ditempatkan di kawasan lain.

“Ini bagi mengelak stigma negatif masyarakat terhadap bekas penagih, kami akan hantar mereka ke kawasan baharu.

“Di lokasi baharu, orang ramai tidak kenal mereka dan mereka boleh mulakan kehidupan baharu,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, pihaknya mengesyorkan ibu bapa yang anaknya terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

“Melalui khidmat kaunseling mereka dapat membimbing serta memberi bantuan kepada anak mereka atau masyarakat setempat,” katanya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
SELANGOR

Piala FA: PDRM 2, Selangor 1

Oleh: HAFIZAN TAIB

MELAKA, 5 MAC: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menundukkan pasukan pilihan, Selangor 2-1 dalam pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hang Jebat, di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ternyata gagal meneruskan rentak cemerlang dipersembahkan dalam Liga Super selepas buntu mencipta penyudah berkesan diimpikan.

Tekad The Cops memberikan cabaran hebat kepada penyandang juara Piala Malaysia itu nyata berhasil dengan gerakan dan serangan kemas yang mampu mengugat pertahanan Selangor.

10624618_1027667440639080_4855522166731125490_nSerangan demi serangan dilancarkan penuh hati-hati kedua pasukan akhirnya memihak kepada PDRM yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 38 menerusi Ahmad Nizam Rodzi.

Ahmad Nizam menyudahkan hantaran lintang Safuwan Baharudin dengan tendangan kencang melepasi jangkauan penjaga gol The Red Giants, Mohd Khairul Azhan.

Skuad Merah Kuning cuba bangkit daripada ketinggalan dengan serangan balas disusun menerusi gandingan penyerang import, Patrick Ronaldinho Wleh dan Mauro Olivi.

Bagaimanapun benteng pertahanan PDRM diterajui ketua pasukan, Faizal Muhamad, kental bertahan untuk mengekalkan pendahuluan diperoleh hingga separuh masa pertama berakhir.

Selangor memulakan separuh masa kedua dengan satu pertukaran apabila memasukkan Azmi Muslim menggantikan Raimi Md Nor dalam usaha menyaingi lawan.

Bagaimanapun beberapa serangan dilakukan ke kubu tuan rumah terus gagal menghasilkan gol sebaliknya PDRM menambah derita Merah Kuning apabila memperoleh gol kedua hasil tandukan Safuwan (m58).

Safuwan mendapat hantaran dari sepakan percuma Lot Abu Hassan yang disudahi dengan baik apabila gagal diselamatkan Mohd Khairul Azhan.

IMG_20160304_234751Mendahului dengan kelebihan dua gol membuatkan penghuni tangga kelapan Liga Super tambah yakin untuk terus memberi tekanan kepada The Red Giants dengan beberapa serangan balas berbahaya.

Selangor memasukkan Abdul Hadi Yahaya (m60) menggantikan S Veenod untuk membantu menghidupkan bahagian serangan yang dilihat kurang berkesan.

Biarpun banyak melancarkan serangan, namun pendahulu Liga Super itu dikecewakan penjaga gol PDRM, Haziq Nadzli, yang sering berjaya menyelamatkan pintu golnya.

The Red Giants hanya mampu mendapatkan gol tunggal menerusi Ronaldinho (m86) menerusi satu gerakan kemas di depan pintu gol lawan.

Sungguhpun pemain Selangor cuba bangkit mencari gol penyamaan, tetapi The Cops mampu bertahan bagi mengekalkan kedudukan hingga wisel penamat.

Skuad kendalian Mohd Fauzi Pilus ternyata menghadirkan cabaran getir buat The Red Giants hingga berjaya dalam misi ke suku akhir.

-AA-

PDRM menasihatkan semua pihak bertanding jangan cetuskan ketegangan

Polis Diraja Malaysia menasihatkan semua pihak bertanding di P04 4 untuk tidak mencetuskan ketegangan sepanjang tempoh berkempan. PDRM juga menyatakan penghargaan diatas kerjasama yang ditunjukkan penyokong calon-calon P044 sepanjang hari penamaan.

Kerajaan digesa siasat kehilangan RM2 bilion hasil cukai akibat penyeludupan rokok

Nga Kor Ming rokokKUALA LUMPUR 23 OKT : Kerajaan Pusat digesa meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas kes penyeludupan rokok kerana negara kehilangan hampir RM2 bilion hasil cukai duti dalam tempoh setahun.

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, berkata kehilangan itu tidak termasuk kerugian cukai akibat penyeludupan minuman keras ke dalam negara yang dijangka lebih besar daripada jumlah berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan penyelidikan British American Tobacco Co, Malaysia mempunyai kadar penyeludupan rokok tertinggi di dunia iaitu satu pertiga rokok di pasaran adalah hasil produk daripada lambakan aktiviti penyeludupan secara haram.

“Memandangkan harga rokok di pasaran RM12.50 sekotak, ramai perokok memilih untuk menghisap bahan yang diseludup masuk kerana dianggap lebih murah walaupun menjejaskan kesihatan mereka.

“Fenomena itu jelas membuktikan langkah kerajaan menaikkan duti cukai sama ada rokok atau arak adalah kurang berkesan dalam mengawal kegiatan penyeludupan membabitkan barangan berkenaan,” katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Kor Ming berkata, harga rokok yang mahal secara tidak langsung mempergiat lagi aktiviti penyeludupan hingga menyebabkan pengguna dan kerajaan terpaksa menanggung kerugian akibat kelemahan pihak berkuasa seperti Jabatan Kastam, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Katanya, kerajaan disaran supaya menempatkan ejen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di setiap agensi penguatkuasaan bagi mengatasi masalah terbabit.

“Berdasarkan kepada pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Robert Low, kerajaan akan mengupah 500 pegawai integriti mulai tahun depan untuk ditempatkan di agensi kerajaan.

“Bagi membanteras kegiatan penyeludupan, badan penguatkuasa undang-undang harus diberi keutamaan menerima penempatan pegawai terbabit sebagai semakan dalaman supaya mereka dapat memberi maklumat berguna bagi mencegah kegiatan penyeludupan yang kian membimbangkan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ops cantas tidak tangani punca jenayah

carles 01

KLANG 11 SEPT : Kerajaan Pusat perlu mendekati permasalahan jenayah terus ke punca dan memikirkan penyelesaian yang menyeluruh bagi mencantas jenayah, terutamanya jenayah terancang, dari akar umbi.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berpendapat Ops Cantas adalah pendekatan jangka masa pendek dan tidak menangani punca sebahagian rakyat Malaysia terdorong melakukan jenayah.

“Kita kena tahu apa punca mereka lakukan perkara jenayah. Mungkin disebabkan kemiskinan, tiada peluang belajar dan masalah keluarga.

charles 02“Jadi Kerajaan perlu menyediakan satu program khas untuk belia untuk semua kaum atau mencari alternatif lain supaya perkara sebegini tidak berlaku di masa akan datang,” katanya.

Daripada 17 hingga 31 Ogos lepas, Polis Diraja Malaysia sudah membuat pemeriksaan terhadap 139,342 orang dan membuat tangkapan terhadap 3,205 suspek bagi tujuan siasatan.

Begitu juga dengan 84,011 pemeriksaan kenderaan dilakukan bagi mengesan barang-barang terlarang seperti senjata api, dadah dan sebagainya.

charles 04Perbandingan statistik dalam tempoh dua minggu dari 1 hingga 16 Ogos lepas, berbanding 17 hingga 31 Ogos telah menunjukkan impak Ops Cantas dengan jenayah ganas menurun kepada 1,067 kes daripada 1,162 kes iaitu penurunan 8.2 peratus.

“Ops ini merupakan penyelesaian jangka masa pendek bukannya jangka masa panjang.

“Seperti sekarang sudah tentu ramai penjenayah lari ke luar negara. Dan apakah kerajaan akan lakukan bila mereka kembali ke sini?” soal beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Teresa Lapor Polis Artikel ‘Cina Mahu Duit Zakat’ – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 07082013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini membuat laporan polis berhubung satu tulisan di sebuah blog yang menurutnya berniat jahat memfitnah dirinya menuntut kutipan zakat untuk kaum cina.

2. Lembaga Zakat Selangor tidak mengambil kira faktor rumah yang besar dan cantik sebagai syarat menerima zakat selagi ia hanya harta peninggalan yang diwarisi pemohon.

3. Kesemua Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengistiharkan aset mereka semalam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Suruhanjaya Siasat PRU-13 Selangor Buka Ruang Aduan Orang Ramai – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 26062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bacaan Indeks Pencemaran Udara setakat jam 3 petang bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

2. Penubuhan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pada PRU-13 akan memberikan peluang kepada rakyat bagi mengemukakan aduan tentang salahlaku pilihanraya di Selangor.

3. Sidang pendengaran SELCAT yang berjaya membongkar kelemahan dan kepincangan dalam urustadbir kerajaan negeri akan diteruskan.

4. Keluarga mendiang A Kugan, hari ini memenangi kes saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

5. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa isu penutupan pasar Jonker Walk di Melaka mempunyai kaitan politik dan menunjukkan sikap ‘kecil hati’ Ketua Menterinya, Datuk Idris Haron terhadap kaum Cina di negeri itu.

6. Majlis Perbandaran Selayang bersama-sama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar menyerbu dan menyita sebuah kilang di Rawang yang telah mencabar undang-undang.

Categories
NASIONAL

#Black 505 Diadakan Di Padang Merbok, Kuala Lumpur

himpunan suara rakyat kelana jaya 03

PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti.

Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka.

Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan.
“Surat makluman kepada pihak pemilik Padang Merbok dan PDRM akan dihantar hari ini sebagai memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak PDRM,” kata Rafizi dalam sidang media bersama PKR, PAS dan DAP di ibu pejabat PKR di sini pagi tadi.

Menurut beliau surat yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti itu dihantar ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur dan DBKL selaku pemilik padang.

Menurut Rafizi lagi perhimpunan ini diteruskan bagi menolak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan menuntut reformasi sistem pilihan raya.

Antara tuntutan reformasi sistem pilihan raya tersebut termasuklah menuntut semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan melantik ahli-ahli interim baru SPR dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan kumpulan rakyat lain.

PR turut menuntut pilihan raya semula diadakan di kawasan yang terbukti berlaku penipuan terutamanya di 30 kerusi parlimen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Manakala tuntutan ketiga pula, menuntut pindaan undang-undang pilihan raya bagi menghentikan SPR melakukan persempadan semula seperti yang berlaku sekarang sehinggalah semua ahli-ahli interim baru SPR dilantik semula.

“Perlantikan ahli SPR perlu mendapat sokongan dua pertiga Dewan Rakyat dan memenuhi tuntutan BERSIH selama ini untuk memastikan pilihan raya benar-benar adil dan bersih,” kata Rafizi lagi.

Selain Rafizi, turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mewakili DAP dan Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dari PAS.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR : Penahanan Blogger “Milo Suam” Tidak Munasabah

blog milosuam

SHAH ALAM 03 MEI : Penahanan blogger, Yusuf Al Siddique Suratman kerana mempersoalkan emel berantai yang menguar-uarkan pendatang asing mahu mencetuskan huru-hara di Sabah adalah tidak munasabah.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata rencana Yusuf tersebut bersifat berkepentingan awam.

Yusuf, yang lebih dikenali melalui blognya, ?Milo Suam?, ditahan selepas memuat naik rencana yang mempersoalkan emel berantai yang konnonnya emel dalaman Polis Diraja Malaysia.

Emel tersebut mendakwa 1,400 pendatang asing di Kota Kinabalu dan Tawau akan mencetuskan huru-hara.

Pengirim emel itu mendakwa dirinya sebagai “orang dalam” dan matlumat yang disebarkannya itu adalah maklumat sulit PDRM.

Yusuf ditahan di perkarangan sebuah pasaraya di Setia Alam, pada 12:07 malam, dibawah Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 atas kesalahan menyebarkan dokumen rahsia.

“Kita amat terkejutlah macam mana tulisan sebegini boleh jadi asas untuk tangkap dan tahan seorang blogger. Ini perkara, berita berkaitan dengan aspek kepentingan awam, adalah jelas,? kata Sivarasa.

Yusuf dalam rencana tersebut meminta orang-ramai supaya berwaspada dengan emel berantai ini, kerana kesahihannya tidak dapat dipastikan.

“Isu ini hanya digunakan adalah tidak berasas dan bermotifkan politik untuk menahan seorang blogger yang popular dan merupakan pro-Pakatan,? kata Sivarasa.

Laporan media juga mengesahkan bahawa terdapat satu lagi laporan polis dibuat terhadap Yusof kerana menerbitkan rencana yang mendakwa polis telah melakukan pengundian awal manakala tentera telah membuang undi pos.

Laporan ini disiasat dibawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menyebabkan khianat awam.

TV Selangor difahamkan polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman Yusuf selama dua hari.