Categories
SELANGOR

Gagal aktif program belia, 100 PeBT ditamatkan perkhidmatan

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 7 APR: Sekurang-kurangnya 100 Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Selangor ditamatkan perkhidmatan apabila gagal mengaktifkan program pembangunan berkenaan belia.

Exco Belia, Amirudin Shari (PKR-Batu Caves) berkata, Kerajaan Negeri memerlukan kepimpinan berwibawa untuk menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Selangor.

DNS-2015-small“Ketika ini, kita sedang proses untuk mengganti 100 daripada 288 PeBT atas kegagalan mereka megaktifkan program.

“Selain laporan yang diterima, mereka juga didapati gagal menghadiri mesyuarat dan program yang dianjurkan termasuk tidak mengambil elaun ditetapkan,” katanya menjawab pertanyaan lisan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) di Dewan Negeri Selangor, pagi ini.

Selangor menubuhkan PeBT pada pertengahan 2009 bertujuan merancang dan menggerakkan program pembangunan berkenaan modal insan dalam kalangan belia di negeri itu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

ADUN setuju potong gaji, beza pandangan pampasan 8 bekas kakitangan MBI

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 2 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Selangor mengurangkan gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang diluluskan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.

hasbullah gombak setia 16 mei 01Hasbullah Mohd Ridzwan (PAS-Gombak Setia) berkata, beliau secara asas dan prinsipnya menyokong Rang Undang-Undang Elaun dan Persaraan Anggota Pentadbiran yang dikemukakan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

“Kita kira ia sesuatu yang sesuai dan wajar kerana sebelum ini kenaikan itu mendapat pandangan dan komen negatif.

“Saya kira, tindakan yang dilakukan tepat pada masanya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Kamarol Zaki Abdul MalikBagi Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar), walaupun beliau berpandangan gaji ADUN ketika ini adalah rendah, namun tetap bersetuju dengan pemotongan gaji jawatan tertinggi Kerajaan Negeri.

“Perkara itu sudah dibincangkan sejak persidangan lalu tetapi bagi saya penurunan berkenaan sesuai dengan keadaan semasa,” katanya.

Menyentuh soal pampasan bernilai RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Hasbullah berharap kes itu disiasat dengan sebaiknya di peringkat pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.

“Saya kira ia perlu disiasat dengan saksama dan sewajarnya kerana perkara ini amat mengejutkan pelbagai pihak berkenaan justifikasi dan ganjaran sebesar itu.

“Kita beri ruang siasatan dan jika perlu diambil tindakan, maka perlu dilakukan sewajarnya,” katanya.

Namun, pandangan berbeza dikemukakan Kamarol Zaki yang beranggapan Kerajaan Negeri kini tidak telus dan memberikan kenyataan berbeza berkenaan soal integriti dan ketelusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum krisis Menteri Besar berlaku.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Bila Johor mahu ikuti Selangor dan P.Pinang iktiraf pembangkang?

SHAH ALAM 17 NOV: Kerajaan Johor perlu mengikuti langkah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang mengiktiraf kedudukan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN).

ADUN Tangkak, Ee Chin Li berkata Kerajaan Johor patut mengikuti jejak Kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang membuat keputusan memberi peruntukan tahunan kepada ADUN dari BN di negeri itu.

dewan-dun-selangorEe membangkitkan perkara itu dalam teks ucapan perbahasan Bajet Negeri Johor 2015 semalam.

Katanya, Kerajaan Selangor mengiktiraf kedudukan jawatan Ketua Pembangkang yang disandang wakil Umno di DUN Selangor, dengan pelaksanaan Enakmen Ketua Pembangkang Negeri Selangor.

“Ketua Pembangkang Selangor menerima elaun tetap, elaun pemandu, elaun setiausaha kerja, kereta rasmi kerajaan dan elaun lain seperti seorang Exco negeri,” katanya dipetik Malaysiakini.

Selain itu, tegas Ee lagi, Kerajaan Pulau Pinang turut membuat keputusan memberi peruntukan tahunan kepada ADUN daripada parti Barisan Nasional.

“Bilakah Kerajaan negeri Johor yang selalu berbangga dengan mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang pertama di Malaysia dan juga menjadi sebagai model bagi perlembagaan negeri masing-masing hendak mengikut tindakan demikian,” soalnya.

EZY

JURNAL BERITA – MB: Undi tidak percaya perlu diterjemah di sidang DUN

Sinopsis :

1. MB: Undi tidak percaya perlu diterjemah di sidang DUN

2. Pentadbiran Selangor diteruskan dengan kekuatan empat Exco PAS

3. Exco Selangor hadiri Mesyuarat MTES seperti biasa

4. PAS Selangor tetap bersama Pakatan Rakyat

5. MB: Exco dipecat diberi masa cukup kosongkan pejabat

6. MB: Belum ada cadangan lantik Exco baru, Sultan nasihat majukan negeri

7. MB dedah surat perkenan Sultan pemecatan 5 exco

8. Rakyat makin bijak, sokong berdasarkan prestasi & integriti

9. Pembenihan awan 2 kali sehari usaha tingkat paras empangan Selangor

10. MB benarkan PKR adakan Kongres Tahunan di Shah Alam

11. Rugi RM7 juta sehari, Kerajaan perlu tubuh Suruhanjaya Khas kaji penstrukturan MAS

12. FAS tidak pernah abaikan bekas pemain Red Giants

13. Piala Malaysia: Red Giants pamer aksi cemerlang menang 2-1 ke atas T-Team

14. Tabung RM5 juta selenggara lif pangsapuri kos rendah

15. Berita anggota JPJ dikepong & ditetak palsu

16. PKNS anjur Majlis Tahlil & Doa Selamat sempena ulang tahun ke-50

Categories
SELANGOR

MB cadang bayaran syarikat konsesi air ditentukan perantara bebas

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM 14 NOV : Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada badan bebas sebagai perantara untuk menentukan jumlah yang perlu dibayar kepada empat syarikat konsesi air jika persetujuan itu masih menemui jalan buntu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat bagi kepentingan semua pihak memandangkan permintaan harga syarikat konsesi terbabit bercanggah dengan tawaran kerajaan negeri sebelum ini.

Katanya, perbincangan masih diteruskan sehingga kini dan keputusan itu bakal diambil supaya ketelusan Selangor menguruskan air dirasai rakyat.

mb - majlis inovasi kerajaan negeri selangor 3“Pada saya, jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) masih berbeza dengan harga negeri, kita memang cadangkan ia dibuat mengikut perantara bebas.

“Jika rakyat tanya kepada saya kenapa Selangor bayar lebih daripada itu, kita boleh kata ia diadili dengan baik. Kalau perantara kata tidak perlu bayar, maka tidak perlulah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor 2013, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Berhubung pendirian kerajaan pusat yang akan menggunakan undang-undang jika isu terbabit menemui jalan buntu, Abdul Khalid berkata, penyelesaian itu adalah lebih baik apabila membabitkan dua pihak iaitu kerajaan negeri dan kementerian.

“Kita akan terus lindungi bekalan air dan akan menawarkan bekalan air bersih jika kementerian setuju, yang mana pakej pampasan akan dibincangkan kemudian,”katanya.

Sementara itu, ketika mengulas berkenaan isu Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) yang mendakwa beliau menolak cadangan pembangunan rakyat, Abdul Khalid berkata, perjumpaan sudah diadakan dan lakaran Belanjawan 2014 akan diserahkan kepada mereka esok.

“Jumaat (15 Oktober), kita akan beri lakaran Belanjawan dan Selasa (19 Oktober) akan bentangkan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan insentif bernilai RM200,000 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta Petaling bagi kategori kutipan tertinggi.

Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mendahului dengan kutipan cukai tanah semasa sebanyak 95.5 peratus dan tunggakan cukai tanah sebanyak 104.2 peratus, manakala Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pula memenangi kategori premium tanah 2012 dengan kutipan paling tinggi berjumlah RM318 juta.

Anugerah Inovasi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dimenangi Majlis Bandaraya Shah Alam yang membawa pulang piala, sijil dan cek bernilai RM20,000 manakala Anugerah Inovasi Menteri Besar Selangor diterima Majlis Perbandaran Subang Jaya yang menerima piala, sijil dan cek bernilai RM30,000.

-NFN-

Categories
NASIONAL

“Warga Pakistan, Myanmar Cuba Buang Undi Pakai MyKad”

petugas tangkap pengundi warga asing  03

 

PETALING JAYA 8 MEI : Petugas pilihanraya Pakatan Rakyat yang ditemui di himpunan ?Suara Rakyat Suara Keramat? semalam menceritakan bagaimana mereka menahan warga asing yang cuba menggunakan kad pengenalan palsu untuk mengundi pada PRU 13.

Seorang daripada petugas tersebut Tan Ooi Ngak mendakwa beliau dan petugas lain di pusat mengundi SK Taman Ria di DUN Bukit Selambau, Kedah berjaya mengesan warga Pakistan yang cuba membuang undi.

Tan, yang merupakan seorang petugas jentera tempat mengundi, berkata, warga Pakistan itu ditahan selepas tengahari ketika dia menghampiri pusat mengundi.

“Pemeriksaan mendapati dia adalah warga Pakistan. Dia diarahkan meninggalkan tempat mengundi dengan segera,” katanya ketika ditemui di Himpunan ?Suara Rakyat Suara Keramat? pada Stadium Kelana Jaya di sini malam ini.

petugas tangkap pengundi warga asing  02

Tan mendedahkan perkara itu sambil menunjukkan gambar warga Pakistan berkenaan.

Manakala petugas Pas Johor Tajuddin Mohamad mendakwa beliau dan petugas lain berjaya menghalang warga Myanmar daripada membuang undi di SK Kluang Barat, Kluang di dalam  DUN Mahkota pada kira-kira 4 ptg.

“Bila diperiksa dia menunjukkan MyKad tetapi bila disuruh menyanyi Negaraku, dia gagal. Kita memberi amaran dan mengarahkan dia beredar dari situ,” kata Tajuddin.

Di samping itu, Tajuddin juga berkata proses kiraan undi di Dewan Sultan Ibrahim Shah pada petang itu amat mencurigakan apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melambatkan pengumuman keputusan.

Beliau berkata pengiraan undi mendapati calon PR, Khairul Faizi memenangi DUN tersebut dengan majoriti lebih 900 undi.

Bagaimanapun, dakwanya, pengumuman pemenang yang sepatutnya dibuat, ditangguhkan dan petugas SPR mengumumkan masih terdapat undi pos yang belum dibawa masuk.

“Penangguhan hampir dua jam melibatkan pengiraan undi selesai lewat hingga hampir jam 1 pagi.

“Kita mempersoalkan perkara itu kerana ia terlalu lama seolah-olah menafikan kemenangan calon PR,” katanya ketika ditemui di Stadium Petaling Jaya di sini malam ini.

Dakwaan mereka adalah antara beberapa siri pendedahan mengenai insiden-insiden yang mencurigakan semasa hari pengundian yang menyebabkan Pakatan mempersoal kesahihan keputusan PRU 13.

Himpunan malam tadi dihadiri kira-kira 50,000 peserta dan pemimpin Pakatan bagi membantah penipuan yang didakwa berleluasa di dalam PRU 13 5 Mei lalu.

Categories
NASIONAL

PKR Tanding Majoriti Kerusi Sabah

Logo PKR DAP PAS

PETALING JAYA, 17 APR : PKR akan bertanding 19 kerusi Parlimen dan 43 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, calon daripada Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) masing-masing turut bertanding pada PRU-13 di atas tiket PKR.

Keputusan ini bermakna pemimpin PKR bertanding 10 Parlimen dan 20 DUN. Manakala pemimpin PPPS yang diketuai Datuk Seri Panglima Lajim Ukin bertanding empat Parlimen dan 11 DUN.

Sementara calon dari APS pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing pula akan bertanding di lima Parlimen dan 12 DUN.

Menurut Ahmad Thamrin, perbincangan berlangsung aman diantara PKR, PPPS dan APS.

“Tidak menolak kemungkinan berlaku tiga penjuru bagaimanapun kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ringkas pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Selaku Pengerusi PKR, Ahmad Thamrin akan bertanding di Dun Gum-Gum.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan mempertahankan Parlimen Beufort yang dimenangi pada PRU-12 serta bertanding di Dun Klias.

Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing turut bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Tuaran dan Dun Tamparuli.

Sementara itu, bekas calon PKR di Parlimen Sabak Bernam, Dr Badrulamin Bahron pula bertanding di Parlimen Silam.

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili Parlimen di Sabah:

P.167 Kudat – Rahimah Majid

P.168 Kota Marudu – Datuk Maijol Mahap

P.169 Kota Belud – Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy

P.170 Tuaran – Datuk Seri Mojilip Bumburing @ Wilfred

P.174 Penampang – Ignatius Darell Leiking

P.175 Papar – Datuk Yahya Lampong

P.176 Kimanis – Jaafar Ismail

P.177 Beaufort – Datuk Seri Lajim Ukin

P.178 Sipitang – Ramli Dua

P.179 Ranau – Jonathan Yasin

P.180 Keningau – Stephen Sandor

P.181 Tenom – Masidin Tumas

P.182 Pensiangan – Datuk Dr Richard Sakian Gunting

P.183 Beluran – James Miki

P.184 Libaran – Mohd Serman Hassnar

P.187 Kinabatangan – Mustapha Datu Tambuyong

P.188 Silam – Dr Badrulamin Bahron

P.189 Semporna – Dr Zamree@Mohd Suffian Abdul Habi

P.190 Tawau – Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili DUN di Sabah:

N.1 Bagi – Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam

N.2 Tg Kapor – Chin Chung Kui @ William Chin

N.4 Matunggong – Jelin Dasanap @ Jelani Hamdan

N.5 Tandek – Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau

N.7 Kadamaian – Ukop @ Jeremmy Malajad @ Malazad

N.8 Usukan – Ir Mustafa Sa’mud

N.9 Tamparuli Datuk Seri Mojip Bumburing @ Wilfred

N.10 Suluman – Mukhtar

N.11 Kiulu – Rhodes Panilau

N.12 Karambunai – Muali Aching

N.13 Inanam – Roland Chia Ming Shen

N.15 Api-Api – Liew Chin Jin

N.18 Petagas – Mat Yunin @ Mohd Yunin Atin

N.20 Moyog – Terrence Siambun

N.21 Kawang Kefli @Zulkefli Safar

N.22 Pantai Manis – Fred Gabriel

N.23 Bongawan – Tan Sri Ibrahim Menudin

N.24 Membakut – Narawi @ Sinar Ahmad

N.25 Klias – Datuk Seri Lajim Ukin

N.26 Kuala Penyu – Datuk Johan @ Christopher O T Ghani

N.27 Lumadan – Abdul Rahman Yaakob

N.28 Sindumin – Harunsah Ibrahim

N.29 Kundasang – Satial Indong

N.30 Karanaan – Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Yusin

N.31 Paginatan – Amru Abd Kadir

N.32 Tambunan – Wilfred Win Ponil

N.33 Bingkor – Datuk Ahmad Shah Tambakau

N.34 Liawan – Paul Gitang

N.36 Kemabong – Biou Suyan

N.37 Sook – Liberty Lopong

N.38 Nabawan – Raymond Ahuar

N.39 Sugut – Petrus Zabang

N.40 Labuk – Datuk Tan Yong Gee

N.41 Gum-Gum – Ahmad Thamrin Jaini

N.42 Sg Sibuga – Irwansyah Mustapa

N.43 Sekong – Musah Ghani

N.47 Kuamut – Benson Ingam

N.49 Tungku – Johani Abd Halim

N.50 Lahad Datu – Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong

N.52 Sulabayan – Hermeny Murgal

N.53 Senallang – Mohd Amin Abdul Mem

N.55 Balong – Frank Salazar @ Franco

N.56 Apas – Alizaman Jijurahman

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Selangor Umum Manifesto 3 Hari Sebelum Penamaan Calon

mb khalid pc pink batik 01

BESTARI JAYA, 8 APRIL : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan manifesto Pakatan Rakyat (PR) Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diumumkan tiga hari sebelum penamaan calon.

Katanya, turut diumumkan adalah nama calon PR yang akan bertanding di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah kepada 121 orang penduduk di tiga kampung, Kampung Pecah Batu, Kampung Jaya Setia dan Kampung Permai di Bestari Jaya semalam.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi bagi PRU-13 ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

SRA Kebun Baharu Dapat Bangunan Tambahan Bernilai RM5 Juta

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 06

KUALA LANGAT 6 APRIL : Sekolah Rendah Agama (SRA) Kebun Baharu menerima RM5 juta untuk membina bangunan tambahan bagi keselesaan pelajarnya.

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 08Exco Adat Melayu dan Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata pembinaan sebuah bangunan empat tingkat yang memuatkan 24 bilik darjah itu akan dimulakan hujung tahun ini dan dijangka siap selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua tahun.

Katanya, peruntukan pembinaan itu diberikan ekoran kapasiti pelajar yang meningkat setiap tahun yang menyebabkan ketika ini pelajar terpaksa belajar di surau sekolah terbabit.

“Setakat ini, sekolah itu mempunyai seramai 1,529 pelajar bagi kedua-dua sesi. Keadaan yang sesak menyukarkan mereka untuk belajar. Bangunan kantin juga kita akan dirikannya, ” katanya ketika ditemui selepas Majlis Kenduri Kesyukuran pembinaan surau dan cadangan pembinaan bangunan Sekolah Rendah Agama, di Kampung Medan, di sini.

Sementara itu, Guru Besar SRA Kebun Baharu, Norehan Mahamud mengucapkan kesyukuran dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 07Katanya, kapasiti pelajar yang ramai menyebabkan pelajarnya tidak selesa untuk mengikuti pembelajaran.

“Walaupun kita mempunyai empat blok yang memuatkan 18 buah kelas tetapi disebabkan pelajar yang ramai, ia menjadi sesak. Sekolah ini juga terhimpit dengan pembangunan perumahan yang padat, jadi tindakan Kerajaan Negeri membantu pelajar sangat dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadiri majlis kesyukuran sempena siap pembinaan bangunan gantian surau SRA Kampung Medan di sini

Surau berkenaan dilengkapi tandas dan juga tempat wuduk dengan kos sebanyak RM490,000.

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Dalam majlis itu juga, Abdul Khalid turut menyampaikan bantuan Skim Mesra Usia Emas bagi DUN Sijangkang dan sumbangan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Pelancaran Mumtaz Milikku 2013.

Yunus turut memaklumkan program Mumtaz Milikku melahirkan banyak pelajar cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

MB Kenduri Rakyat Kuala Langat 05Mengikut rekod, pada 2008 sebanyak 48 pelajar cemerlang ; 2009 sebanyak 70 pelajar cemerlang ; sebanyak 100 pelajar bagi tahun 2010 ; 126 pelajar pada tahun 2011 dan 135 pelajar pada 2012.

Manakala jumlah yang mengikuti program ini turut bertambah dari tahun. Pada 2008 dan 2009 sebanyak 120 pelajar ; 2010 sebanyak 180 pelajar ; 2011 sebanyak 202 pelajar dan pada tahun 2013 sebanyak 222 pelajar.

” Ia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Walaupun kos kelas tambahan ini tidak sampai RM20,000 setahun tetapi terdapat unsur kejayaan daripada program ini, jadi saya harap ia akan berterusan,” katanya.

Aktivis PR Berjaya Patahkan Serangan Orang Upahan – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 28032013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. RM50. Itu adalah nilai yang BN janjikan hingga menyebabkan sekumpulan pelajar merusuh diberkas polis dan kini menghadapi tindakan undang-undang.

Kami ada videonya.

2. Kira-kira 20 anak muda menimbulkan suasana tegang sebelum polis berjaya menyekat sebarang kejadian tidak diingini.

Dari slogan yang dilaungkan, mereka datang untuk Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

3. Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tarikh pembubaran Parlimen dikhuatiri memberi implikasi kewangan apabila keputusan eksekutif peringkat pusat dibuat ketika mkandat pemerintahan negeri berakhir.

4. Hanya kerana membantu satu keluarga menyiasat kematian seorang pemuda dalam tahanan polis, wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Jom Shopping Ibu Tunggal Agih Kekayaan Negeri

jom shopping ibu tunggal 02

IJOK 3 MAC : Usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan program baru ‘Jom Shopping Ibu Tunggal’ dilihat bertepatan sebagai medium membantu meringankan beban golongan tersebut.

Seorang peniaga, Siti Junaidah Ahmad Supaat, 35, memuji dan berterima kasih atas usaha ini yang menurutnya harus diambil peluang oleh semua ibu tunggal.

“Walaupun dilihat kecil oleh sesetengah pihak, dengan perbelanjaan berhemah, banyak yang kita akan perolehi dengan voucher yang diberi,” ujar beliau yang pertama kali menerima bantuan seumpama ini.

jom shopping ibu tunggal 03Sementara itu, seorang lagi ibu tunggal, Norzihan Kaswin 50, berkata program ini antara bukti bahawa perubahan ketara dapat dilihat semenjak lima tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Kita dapat lihat ini (Kerajaan Negeri sekarang) lebih baik, pelbagai program disediakan untuk rakyat.

“Harap usaha demi kebaikan rakyat ini dapat terus dijalankan supaya rakyat terus beroleh manfaat daripada kekayaan negeri,” ujar ibu kepada dua anak ini.

Kira-kira 80 orang ibu tunggal daripada DUN Ijok dibawa membeli barang keperluan di Pasaraya Econsave Alam Jaya di sini dengan ditemani sendiri Menteri Besar yang juga Adun Ijok, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

jom shopping ibu tunggal 01Setiap mereka menerima voucher membeli belah bernilai RM 100.

“Ini antara usaha kita agar rakyat dapat menikmati hasil yang diperolehi daripada negeri ini dan bukannya hasil hanya diberi kepada golongan tertentu sahaja,” tegas Abdul Khalid dalam ucapannya.

Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut, MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Adun Bukit Melawati, M. Muthiah serta Pengarah Eksekutif Econsave Cash & Carry Sdn Bhd, Lai Sia Ling.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Insentif Perkahwinan Belia Boleh Dipohon Minggu Depan

Yunus Hairi Pc Exco 01

SHAH ALAM 6 FEB: Mulai minggu depan, golongan belia yang berkahwin paada Januari tahun ini dan berusia tidak lebih 35 tahun boleh memohon mendapatkan insentif perkahwinan yang diberikan Kerajaan Negeri.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, borang permohonan boleh didapati di Pusat Khidmat DUN di seluruh negeri bagi mendapatkan insentif sebanyak RM200 itu.

Katanya, anak kelahiran Selangor layak menerima hadiah insentif itu yang berupa wang simpanan Tabung Haji bagi yang beragama Islam dan bagi bukan Islam akan diberikan sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Kita akan mula mengedarkan borang insentif ini dan para belia boleh mendapatkannya di seluruh Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN di negeri ini mulai minggu hadapan,” katanya ketika sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sementara itu, Dr Yunus berkata, tiada syarat seperti penilaian gaji pasangan akan diambil kira selain belia yang memohon merupakan anak jati Selangor.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian insentif perkahwinan itu akan dibiayai melalui peruntukan dari Belanjawan 2013 baru-baru ini.

Selain menerima insentif perkahwinan ini, belia yang terlibat juga bakal ditawarkan program perumahan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.