Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Selangor pergiat kerjasama dengan pelabur antarabangsa – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 25092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Selangor mengekalkan prestasi yang memberangsangkan dan berharap kejayaan itu berterusan hingga ke tahun hadapan melalui siri-siri kerjasama bersama pelabur asing.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata prestasi konsisten dan prasarana pendidikan yang baik menawarkan nilai tambah kepada peluang pelaburan di negeri ini.

2. Sebanyak tiga daripada 43 premis makanan sekitar Setia Alam diarah tutup setelah didapati tidak bersih oleh Majlis Bandar raya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Kebersihan Bersepadu, semalam.

3. NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz menjelaskan dakwaan skandal pembelian banglo mewah bernilai RM7.2 juta lapor Free Malaysia Today semalam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Baca cerpen: Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam

Sinopsis:

Kavyan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, Galeri Shah Alam dan Kumpulan Media Karangkaraf telah mengadakan satu acara mengangkat Baca Cerpen Kavyan: Sedekad Kemudian di Galeri Shah Alam. bersempena mengenang semula kejayaan yang tercatat dalam The Malaysian Book Of Records, dengan pembacaan 384 cerpen Bahasa Malaysia oleh 166 peserta pelbagai kaum selama 96 jam 32 minit pada sedekad yang lalu.

Saksikan di http://www.selangorkini.net

‘Endless Possibilities’ Najib ‘Apapun boleh’ tiru ISRAEL?

Sinopsis

Slogan terbaru, Endless Possibilities yang akan dilancarkan oleh Najib Razak pada 17 September 2013 ini. Slogannya sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel dikatakan kebetulan. Rasanya bukan kebetulan apabila penggunaan 1 Malaysia juga digunakan, sama dengan One Israel. Rakyat perlukan penjelasan!

Saksikan Laporan Khas di http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

100 hari Pakatan Rakyat Selangor

Sinopsis:

Pemerintahan Ikhlas 100 hari Kerajaan Pakatan Rakyat

100 hari memerintah masih terlalu singkat untuk melihat segala pencapaian namun Pakatan Rakyat Selangor efektif dengan mengorak beberapa agenda dari awal pemerintahan mereka untuk penggal kedua berbanding Barisan Nasional yang masih lagi seperti dulu yang hanya tahu mempertahankan kepentingan mereka.

Saksikan Laporan Khas di http://www.selangorkini.net

“Check your TNB meter”

Sinopsis :

Laporan Khas Selangorku melaporkan mengenai masalah rakyat yang dibebani dengan bil elektrik yang melambung tinggi sejak penukaran meter analog kepada digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya

Sila layari http://www.selangorkini.net untuk pelbagai video tontonan umum.

Categories
SELANGOR

Isu pondok pengawal di Bukit Rimau – Lensa

Sinopsis:

Saksikan Lensa hanya di www.selangorkini.net

Peningkatan kejadian jenayah dikawasan perumahan seperti pecah rumah, merompak, ragut, mencuri dan sebagainya semakin membimbangkan. Antara langkah yang diambil oleh persatuan penduduk bagi mengawal keadaan ini adalah dengan membina pondok pengawal. Namun, embinaan pondok pengawal di Bukit Rimau telah mencetuskan pergolakan antara dua kawasan perumahan iaitu penduduk Jalan Sg. Rinching dan Jalan Sg. Burung.

Categories
SELANGOR

Operasi Rumah Urut Majlis Perbandaran Sepang – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Di Selangor, Sejak 2008 apabila pakatan Rakyat menguasai kerajaan, tidak ada satu pun lesen rumah urut di keluarkan. Namun kegiatan haram ini masih giat beroperasi kerana mendatangkan keuntungan segera yang lumayan kepada pengusahanya.

Tanpa menghiraukan risiko yang bakal menimpa, pengusaha rumah urut ini juga menggunakan pelbagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa. Namun setelah pihak berkuasa tempatan membuat pemantauan akhirnya tembelang pengusaha haram ini dibongkar.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Krisis Air – LENSA

Sinopsis:

Saksikan Lensa setiap hari Isnin dan Khamis jam 12.00 tengah hari hanya di www.selangorkini.net

Krisis air di Selangor sering menjadi perbualan rakyat.Seperti mana yang kita tahu, air
merupakan sumber yang penting dalam kehidupan seharian. Dari permasalahan ini, peranan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dipertikaikan. Dimana tanggungjawab mereka dalam memberi perkhidmatan bekalan air yang terbaik di Selangor?

Categories
SELANGOR

MB : Harap Sekolah Timbangkan Kehadiran Murid

midlands_sjkt_mb_04

SHAH ALAM 25 JUN : Ibubapa disarankan supaya berunding dengan pihak sekolah berkenaan kehadiran anak-anak mereka di kala beberapa kawasan di Selangor masih dilanda keadaan jerebu bahaya dan tidak sihat.

Dalam membuat saranan itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Beliau melahirkan kebimbangan bahawa paras udara tercemar melebihi IPU 200 memberi kesan buruk kepada anak-anak dan berharap ibu-bapa dan guru-guru mampu mencapai satu kata putus.

“Kuasa (hentikan sekolah) itu terletak pada kementerian jadi kita tak nak merentikan sekolah kerana guru yang terlibat.

?Saya harap, apabila jerebu samapi tahap 200, kita harap ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah,” kata Abdul Khalid ketika ditanya adakah Kerajaan Negeri akan keluarkan arahan untuk tutup sekolah.

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan arahan agar sekolah ditutup sekiranya masalah jerebu melebehi paras IPU 300, iaitu pada tahap ?bahaya?.

Buat masa kini beberapa kawasan di Selangor seperti Kuala Selangor, Banting, dan Shah Alam mencatit paras IPU lebih daripada 200, iaitu ?sangat tidak sihat?.

Pelabuhan Klang mencatit paras IPU 474, menurut bacaan daripada laman web Jabatan Alam Sekitar.

Sebelum ini Exco Alam Sekitar, Elizabeth Wong telah menggesa Kerajaan Persekutuan supaya membenarkan sekolah ditutup sekiranya paras IPU melebehi 150, iaitu paras ?tidak sihat?.

Khalid berkata Kerajaan Selangor mengeluarkan peruntukan segera kepada setiap kawasan DUN untuk membeli dan mengedarkan topeng muka kepada orang ramai.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pelantikan Exco Bukti Pakatan Meraikan Kebolehan Wanita

exco wanita selangor 2013 01

SHAH ALAM 31 MEI : Pakatan Rakyat Selangor terus mencipta sejarah dengan mengemukakan suara wanita yang lebih ketara di dalam institusi kerajaan negeri bagi penggal ini.

Pimpinan Pakatan yang dihubungi berkata ini membuktikan komitmen gagasan itu dalam menghargai kebolehan wanita dalam memimpin dan bukan sahaja bercakap retorik semata-mata.

Semalam ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh diumumkan sebagai Speaker baru Dewan Negeri Selangor manakala empat daripada 10 jawatan exco diisi dengan pimpinan wanita.

Hannah merupakan speaker wanita pertama dalam sejarah negara ini.

Perlantikan beliau merupakan satu lagi penanda aras, selepas perlantikan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya Datin Paduka Alinah Ahmad, dan perlantikan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor pada penggal lalu Haniza Talha.

MP Kota Raja Siti Mariah Mahmud berkata kebolehan pemimpin wanita di dalam Pakatan terserlah pada penggal lepas apabila mereka melaksanakan tugas dan amanah dengan baik.

?Kita tak cakap banyak, tapi kita buat. Menunjukkan juga sumbangan wanita dihargai dan wanita boleh perform.?

“Dengan adanya wanita diperingkat tertinggi membuat keputusan, diharap banyak lagi program-program mengenai wanita. Tak lihat lelaki ke wanita, rakyat dilayan sama.”

Empat exco wanita yang dilantik terdiri daripada tiga dari PKR dan seorang dari Pas iaitu Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan Dr Halimah Ali.

Dr Halimah, Rodziah dan Elizabeth menggangotai jemaah exco pada penggal lalu.

Dr Halimah dilantik Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan; Rodziah, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita; Dr Daroyah, Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Elizabeth Wong Keat Ping Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Sementara itu, MP Kulai Teo Nie Ching berharap perlantikan ini mampu mengembangkan lagi peranan wanita di Selangor.

“Kalau kita tengok kerajaan pusat, ada 35 jawatan untuk menteri tetapi hanya 2 orang yang dipegang wanita, mereka hanya mencapai 5.7% tapi sekarang di Selangor, kita telah mencapai 40%”

“Ini juga menunjukkan bahawa berbanding dengan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat lebih komited untuk memberi satu peluang dan platform untuk wanita,” kata Nie Ching.

Categories
NASIONAL

Pendakwaan Dibawah Akta Hasutan Pilih Kasih, Zalim

tian haris tamrin akta hasutan 01

SHAH ALAM 30 MEI : Pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadap seorang pemimpin Pakatan Rakyat dan empat aktivis semalam adalah zalim kerana akta tersebut berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua, ahli Pas Thamrin Ghafar dan aktivis Hariz Fathillah Mohamed Ibrahim, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais didakwa di mahkamah seksyen kerana kenyataan mereka di sebuah forum pada 13 Mei.

Bahkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui akta tersebut menyekat kebebasan bersuara dan berjanji untuk menghapuskan akta tersebut.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan menggunakan hakikat akta itu bercanggah dengan Perlembagaan sebagai asas untuk membatalkan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Menurut Gobind lagi, kata-kata yang dituturkan oleh ketiga-tiga tertuduh sama-sekali tiada unsur hasutan.

“Apa yang disebut atau dikatakan merupakan perkataan-perkataan menghasut itu memang tidak menghasut seperti sedia ada,” kata Gobind yang juga MP Puchong.

Kelima-lima individu tersebut dituduh di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Jalan Duta semalam.

Mereka didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum 13 Mei, di Kuala Lumpur, 13 Mei lepas.

Mereka mengaku tidak bersalah dan Hakim Norsharidah Awang membenarkan mereka diikat jamin RM 5,000 setiap seorang. Pendengaran kes ditetapkan pada 2 Julai.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan tiga tahun atau didenda RM 5,000 atau kedua-duanya.

Gobind menyifatkan pendakwaan yang dilakukan ke atas lima individu tersebut bukan sahaja menentang Perlembagaan bahkan juga bersikap pilih kasih.

“Ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dimana kita menyatakan akta hasutan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.”

Categories
NASIONAL

PKR Dakwa Tiga Suspek Rompak Dibunuh Polis

surendran speech mic 02
PETALING JAYA 17 MEI : Dibunuh polis. Begitu dakwaan PKR hasil penelitian laporan bedah siasat keatas tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati di Taman Bilion, Cheras pada 14 April 2012.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N Surendran bersama peguam Latheefa Koya membuat dakwaan itu di satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam.

Mereka telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketiga-tiga suspek ditembak mati apabila salah seorang melepaskan tembakan kearah pasukan polis.

Surendran, yang juga MP Padang Serai, mendakwa Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak tiga kali.

Surendran mendakwa laporan bedah siasat menunjukkan Azman ditembak dalam keadaan berlutut.

“Laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri?

?Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah,? kata Surendren dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Surendren juga mendakwa laporan bedah siasat turut mendapati Azman mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan yang menunjukkan berlakunya pergelutan.