Categories
NASIONAL

‘Polis mabuk’, KPN perlu fokus perangi jenayah

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JAN: Insiden anggota polis melanggar disiplin ketika bertugas menunjukkan kegagalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis dalam menentukan fokus sebenar badan penguatkuasa itu supaya berfungsi lebih efisyen dalam memerangi jenayah.

Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Ketua Polis Negara (KPN) sepatutnya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebenar polis supaya dapat memberikan fungsi terbaik dan bukannya ghairah ‘menyerang’ pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya, campurtangan politik terhadap urusan pentadbiran polis menjejaskan integriti anggota polis bertugas sehingga mengakibatkan mereka hilang semangat.

“KPN sepatutnya memastikan polis berfungsi secara sempurna dan efisyen dalam kegiatan harian mereka,” kata Surendran ketika dihubungi Selangor Kini.

polis mabukSebelum ini, terdapat penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan di laman sosial.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahalan dalam satu kenyataan di laman Facebook Rasmi Polis Kontinjen Selangor berkata, identiti kedua-dua anggota terbabit dikenal pasti dan mereka ditukarkan serta merta tempat penugasan sementara siasatan lanjut insiden itu dijalankan.

“Ini adalah satu kegagalan KDN kerana beberapa insiden terlah berlaku termasuk kehilangan senjata sebelum ini dan sekarang kes mabuk dan segalanya pula. Sentiasa pula ada kes dera dalam tahanan.

“Semua ini menunjukkan bahawa KDN gagal memastikan bahawa polis berfungsi secara berdisiplin dan mengikuti undang-undang dalam melaksanakan tugas,” katanya.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_SurendranSurendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai turut membidas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memaklumkan polis memerlukan prosedur (SOP) baru bagi mengatasi masalah ini

“Tak masuk akal apabila polis memerlukan SOP baru. Ini adalah hal penyelenggaraan dan pengendalian PDRM serta polisi KDN,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

COMANGO akan fail semakan kehakiman

SHAH ALAM 10 JAN: Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia (COMANGO) menafikan dakwaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa mereka memperjuangkan hak yang ‘menyeleweng daripada Islam.

Gabungan itu dalam kenyataan media yang dipetik daripada Malaysia Kini berkata, pengharaman KDN terhadap mereka tidak dilakukan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 dan akan memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan berkenaan.

Comango-300x202COMANGO berkata, mereka terkejut apabila kerajaan menggunakan Islam sebagai alat politik untuk menutup mulut kritikan berkenaan pencabulan hak asasi manusia dan terhadap pembela hak asasi manusia.

COMANGO menegaskan bahawa tidak ada satu daripada usaha gabungan itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan presentasinya kepada Majlis Hak Asasi Manusia bagi Penilaian Penggal Sejagat, Bangsa-Bangsa Bersatu (UPR) adalah sebahagian daripada proses yang dibenarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gabungan itu juga menegaskan bahawa semua anggota PBB termasuk negara Islam sudah mengambil bahagian dalam proses kajian semula itu membabitkan rekod hak asasi manusia masing-masing.

Oleh kerana Malaysia sedang melobi untuk menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan PBB, maka COMANGO berkata, kerajaan tidak boleh mengambil bahagian dalam beberapa proses PBB dan pada masa sama, menafikan yang lain.

Gabungan itu berkata, proses UPR adalah sebagai satu proses yang direka untuk mendorong, menyokong dan memperluaskan promosi serta perlindungan hak asasi manusia untuk dinikmati dengan matlamat untuk memperbaiki keadaan hak asasi manusia setiap negara.

Oleh itu, tegas gabungan berkenaan, tindakan kerajaan melalui KDN itu adalah bertentangan dengan matlamat terbabit dan melanggar hak kebebasan bersuara dan berpersatuan.

JURNAL BERITA: Najib tambah cabutan khas judi untuk jana hasil negara?

1- Hannah : KDN perlu beri peluang koperasi tubuh syarikat keselamatan

2- Daroyah nafi wujud 80 pusat judi internet di Sementa menubuhkan syarikat pengawal keselamatan

3- DAP selar tindakan kerajaan pusat lulus 22 permit cabutan khas 4D

4- GERAMM sedia disiasat kerana anjur perhimpunan

5- ‘Profesor kangkung’ dijangkiti ‘sindrom bebalisme’ putar belit sejarah negara

6- Anwar: Harussani cela himpunan, diam saat rakyat ditindas

7- Mahkamah Rayuan putus Bersih 3.0 tidak haram

8- PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

9- FOMCA: Kawal orang tengah, elak harga ikan naik

10-Perbalahan agama perlu selesai cara ilmiah

11-SPRM dicabar dedah peruntukan yang perlu diperbaiki di Parlimen

Categories
NASIONAL

Kempen bantah KDN dapat sambutan tokoh luar negara

SHAH ALAM 26 DIS: Kempen membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung takhbar mingguan The Heat turut mendapat perhatian kumpulan penulis dan aktivis media negara seberang.

heatjpgDipetik daripada Malaysia Kini, tokoh budayawan Indonesia Goenawan Mohamad, penggerak awal Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI) Andreas Harsono dan novelis terkenal Ayu Utami turut mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan terhadap rakan media di negara ini, pada hari ketiga kempen tweet harian.

“Media bisa salah, tapi membungkam (mencengkam) media lebih besar kerugian dari manfaatnya. Paling rugi adalah warga Malaysia,” tulis Andreas di akaunnya @andreasharsono malam tadi.

Andreas yang juga pemenang anugerah ‘Pendukung Hak Asasi Manusia John Rumbiak’ lantaran usahanya di Papua Barat, antara paling aktif mengajak rakan seangkatan Indonesia menyokong kempen Gerakan Media Marah (GERAMM).

Sementara itu, Goenawan turut mengajak rakan di Indonesia mengikuti bantahan penggantungan The Heat di laman Twitter.

“Ada pembrangusan pers (penggantungan akhbar) di Malaysia: ikuti TL (kemaskini tweet) @andreasharsono,” tweet beliau.

Pemenang Anugerah Putera Klaus kerajaan Belanda, Ayu Utami pula antara tokoh paling awal menyokong perjuangan kumpulan media Malaysia.

“Perjuangan kelompok aktivis media indipenden di Malaysia ingatkan saya pada AJI di OrdeBaru; keep fight! (teruskan melawan),” tulis beliau.

Ketiga-tiga mereka adalah aktivis yang menggerakkan perjuangan media dan pemikiran Indonesia menentang pentadbiran Orde Baru Presiden Soeharto sejak 1994 hingga kejatuhannya pada 1998.

Categories
NASIONAL

Najib dan Rosmah boros, KDN cuba tutup ?

SHAH ALAM 14 DIS: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor.

dr mohd manutyKetua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

“Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.

“Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet,” kata Muhammad Nur dipetik Keadilan Daily.

heat13_540_405_100Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini.

“Tindakan KDN melanggar kebebasan media, dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar,”

“Di Indonesia rakyat bebas mengkritik pemerintah di kaca tv atau di dada akhbar, dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia,” ujar Muhammad Nur.

 

 

 

Categories
NASIONAL

KDN perlu pastikan polis syariah bukan tujuan politik

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM 13 DIS : Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperjelas dan membuktikan cadangan penubuhan ‘polis syariah’ seperti yang dicadangkan tidak mempunyai unsur politik.

Ahli Pimpinan PAS Pusat, Khalid Samad, berkata KDN sudah menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat jika penubuhan itu lebih bersifat politik.

khalid samad white pc 02Katanya, KDN juga perlu memperjelaskan tujuan sebenar penubuhan pasukan polis syariah, selain cara pasukan itu bertindak dalam menangani kes.

“Kalau mereka sedang memperincikan, wajar mereka jelaskan apakah tujuan sebenar dan bagaimana cara polis syariah akan bertindak.

“Tetapi jika sekadar mahu memenuhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN) sebab mahu tunjukkan perjuangan PAS sudah tidak releven, maka ia satu penyahgunaan kuasa dan duit rakyat,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamid, berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Penubuhan polis syariah itu dicadangan selepas KDN ‘kononnya’ mendedahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah berdasarkan 10 bukti yang mengaitkan pemimpin kedua parti itu.

Khalid bagaimanapun menyifatkan banyak perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam termasuk dari pemimpin BN sendiri.

“Sebab itu, mereka perlu lihat, jangan disebabkan ini nanti makin ramai pemimpin PAS ditahan kononnya atas tuduhan seperti itu. Jangan lakukan pembaziran atas tindakan BN itu kerana tidak wajar jika bermotifkan politik,” katanya.

-NFN-

 

 

Categories
NASIONAL

Syiah : Zahid Hamidi & KDN anjur ‘sarkas’ paling menghiburkan abad ini

Oleh : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 13 DIS : Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar secara sinis menyatakan dakwaan terhadap  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu sebagai pengikut ajaran Syiah adalah ‘satu pertunjukan sarkas yang menghiburkan di abad ini’.

Katanya, isu itu akan dijaja ke seluruh negara sebagai cara untuk mengalihkan keresahan rakyat yang terhimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan.

Mahfuz-1“Dakwaan itu menjadikan pertunjukan sarkas paling top di abad ini. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai tauke sarkas dan menjadikan pegawai Kementerian Dalam negeri (KDN) sebagai badut sarkas, bahkan selepas ini mereka boleh ronda seluruh Malaysia kerana semalam pertunjukan baru bermula di Putrajaya.

“Mereka boleh menghiburkan rakyat Malaysia yang sedang mengelamun dengan kenaikan harga barang. Selepas ini mereka boleh lupa beban kos sara hidup,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

KDN dalam sidang medianya juga mengemukakan hujah mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah antaranya dakwaan berselawat seperti penganut mazhab itu dan mengagumi pemimpinnnya, Ayatullah Khomeini.

Namun, perkara berkenaan dinafikan Mat Sabu dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan terhadap yang dikaitkan dengan fahaman syiah adalah satu lagi bahan jenaka Umno yang bersifat dangkal.

datuk-ibrahim-tuan-man1Beliau menegaskan dakwaan itu adalah satu tomahan yang bertujuan untuk memburukkan imej PAS terhadap masyarakat.

Katanya, selama ini terdapat pemimpin dunia yang berkunjung ke negara yang mempunyai ideologi berbeza namun tidak menganuti fahaman berkenaan.

“Bukti yang didakwa itu adalah dangkal dan memalukan. Saya ingat ia menjadi bahan ketawa pelbagai pihak bila dia mengaitkan seseorang itu dengan fahaman Syiah hanya kerana individu itu kagum dengan seorang tokoh dan banyak kali melawat Iran.

“Alasan yang diberikan sangat dangkal dan bagi PAS ini hanya akan ditertawakan orang ramai. Dalam konteks negara, ada pemimpin negara yang melawat dan bertemu dengan pemimpin komunis, tidak menjadi komunis begitu juga pemimpin yang melawat negara Sosialis.

IbrahimAli-02“Kekaguman seseorang itu terhadap sesuatu tokoh bukan bererti dia menganut mazhab tokoh itu,” katanya.

Jika tuduhan itu dilemparkan hanya disebabkan kekaguman Mat Sabu terhadap Khomeini maka beberapa pemimpin BN juga boleh dikaitkan menganut fahaman Syiah ekoran pertemuan mereka dengan Bapa Revolusi Iran itu.

Berdasarkan gambar yang tersebar di internet, antara pemimpin BN yang bertemu Khomeini adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Najib, KDN digesa beri respon isu perisikan Amerika

anwar najib

KUALA LUMPUR 31 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkejut kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengeluar kenyataan berhubung laporan Kedutaan Amerika Syarikat menjadi pusat operasi aktiviti perisikan.

Katanya, tindakan Najib dan KDN itu dilihat umpama “nampak terlalu lemah” walaupun perkara berkenaan terlalu serius.

“Ini perkara serius untuk negara. Kami minta Perdana Menteri, KDN memberi respon berkenaan perkara ini supaya kita tidak dilihat terlalu lemah.

“Tidak ada negara yang boleh bertoleransi dengan kegiatan perisikan,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bekas kontrakor agensi keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat, Edward Snowden mendedahkan, Amerika dan Australia menggunakan kedutaan untuk melakukkan aktiviti perisikan serda mengumpul data negara berkenaan.

Mengikut laporan, antara negara yang menjadi sasaran aktviti perisikan itu termasuk Benua Eropah dan Benua Asia. -NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR : Naik Gaji Polis Jika Tadbir Putrajaya

KUALA LUMPUR 4 SEPT: Pakatan Rakyat(PR) menawarkan kenaikan gaji kepada anggota polis sebagai inisiatif pemangkin sekiranya berjaya mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ini merupakan antara tiga tawaran penambahbaikkan institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar dapat bertindak lebih efisyen dalam menjaga keselamatan awam.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali tawaran ini menjadi antara agenda PR dalam menifesto pilihan raya akan datang.

Menurutnya, jumlah kenaikkan yang dicadangkan akan diumumkan kelak “Kita bersetuju dengan suasana yang ada dan pemerhatian yang diberikan kepada bahagian ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Dua tawaran kerangka utama lain adalah pembahagian semula sumber manusia dan meningkatkan teknologi siasatan.

“Strategi utama adalah pembahagian semula kakitangan PDRM.

“Bukan kita nak tambah tapi tempat yang tidak kritikal kita tambah ke tempat yang lebih kritikal.

“Yang kritikal adalah untuk melawan jenayah. Kalau mengikut standard ukuran yang betul-betul efektif dari segi IO (investigating officer) sebulan kena ada 5 sahaja.

“Sekarang ada 20. Ini tidak baik sebab itu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa munasabah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PR tidak bercadang untuk menambah kepada 80,000 anggota polis menjelang 2015 seperti yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, langkah ini dapat menguruskan kewangan negara dengan lebih baik dan memberikan banyak manfaat kepada negara.

Sementara itu, PR turut bersedia menghadapi PRU-13 sekiranya diadakan pada November meskipun angka 11 mempunyai signifikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mustafa berkata, perkara utama kini adalah PR sudah bersedia untuk berhadapan Umno-BN.

“Nombor magik ’11’ mungkin boleh diterima pakai, namun belum tentu nasib mereka baik (Umno-BN)

“Pernah PRU pada November tapi mereka kalah,” katanya.

Pada PRU ke-10 pada tahun 1999, PR yang pada ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif berjaya menawan Terengganu dan mengekalkan Kelantan yang terus dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Categories
NASIONAL

Keganasan Politik: KDN Jangan Berat Sebelah

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak menyiasat dakwaan Pakatan Rakyat (Pakatan) bahawa wujud satu rancangan intimidasi yang bertujuan menafikan hak rakyat berpolitik di negara ini.

Ini kerana dari Februari tahun ini sehingga kini, terdapat 11 kejadian intimidasi, keganasan dan kekerasan terhadap pemimpin, aktivis dan program Pakatan di seluruh negara.

Terbaru, Pengerusi Little India Joint Action Committee, S Pathavachalam menerima satu ugutan bunuh berbaur politik pada 16 Ogos lalu oleh seseorang bernama ?Suddukattu Ravi?.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa individu tersebut mengugut untuk membunuh Pathavachalam kerana mempersoalkan projek pembangunan semula IPD Brickfields, Kuala Lumpur.

?Walaupun laporan polis dibuat, beliau telah menerima panggilan kedua dari individu yang sama mengulangi ugutan bunuh tersebut serta mengatakan tiada gunanya beliau membuat laporan kerana ‘polis dan kerajaan dalam tangan saya’,? kata Nurul Izzah.

Beliau berkata demikian di dalam satu memorandum yang diserahkan kepada pejabat Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya di sini semalam.

Memorandum itu dihantar oleh Nurul Izzah, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan ahli majlis pimpinan pusat PKR, Sivarasa Rasiah.

?Kami memohon agar KDN menyiasat jika wujud satu perancangan sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik ini,? Nurul Izzah berkata.

Memorandum itu juga mendesak agar orang awam seperti Pathavachalam serta ahli-ahli keluarga mereka dilindungi dari ugutan hanya kerana berbeza pandangan politik.

Antara insiden yang disenaraikan memorandum itu ialah :

1) tindakan membaling batu, telur dan botol air mineral ke para hadirin dalam program ceramah perdana PKR Lembah Pantai yang berlangsung pada 24 Mei di PPR Pantai Permai, Pantai Dalam.

2) serangan batu dan telur ke atas program ?hi-tea? anjuran dua ADUN DAP dan pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Merlimau, Melaka pada 19 Mei.

3) serangan terhadap rombongan Naib Presiden PKR, N. Surendren ke Pejabat Perdana Menteri pada 2 Mei, Putrajaya yang mengakibatkan seorang ahli PKR, Murali mengalami kecederaan.

4) serangan terhadap dua ahli DAP iaitu Ganabatirao dan Raidu di Taman Mutiara, Jalan Meru, Klang pada 30 Mei yang mengakibatkan mereka dimasukkan ke hospital kerana mengalami tulang retak, hidung dan tangan patah.

5) ugutan kekerasan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta serangan ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh oleh ahli-ahli Umno dan Perkasa sewaktu perhimpunan anti-Lynas di Padang Kota, Pulau Pinang pada 26 Feb.

Categories
NASIONAL

BERSIH 3.0: TERAS Gesa KDN Dan PDRM Bertanggungjawab

SHAH ALAM, 11 MEI : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa segera bertanggungjawab terhadap keganasan pihak polis mengawal Himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu yang dihadiri lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, tindakan pihak polis menggunakan kekerasan melampau kepada peserta himpunan Bersih 3.0 adalah sebagai suatu tindakan tidak bermoral dan di luar tamadun kemanusiaan.

“Saya minta KDN dan PDRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan dilakukan oleh polis sewaktu himpunan Bersih lalu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Katanya, pihak polis mengambil jalan mudah dengan melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada peserta Bersih 3.0 yang juga dihadiri oleh warga tua dan wanita.

“TERAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak polis ke atas orang awam termasuk petugas media dan ternyata mereka gagal mengawal keadaan himpunan yang berlangsung secara aman pada mulanya.

” Himpunan BERSIH 3.0 adalah himpunan aman yang sengaja dicemari bagi menghalalkan penangkapan dan meletakkan segala kesalahan kepada rakyat dan bukan kepada pihak polis,” jelasnya.

Sabtu lalu, keadaan himpunan BERSIH 3.0 terkawal sehingga dicemari provokasi pihak polis berpakaian biasa serta insiden ganas pihak polis memukul petugas media dan orang awam.

Walaupun media milik kerajaan cuba menyalahkan orang ramai namun pelbagai saluran media alternatif serta internet turut memaparkan pelbagai keganasan yang dilakukan pihak polis.

Selain itu, TERAS mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) meletakkan jawatan kerana matlamat yang dibawa Bersih 3.0 gagal diambil tindakan sewajarnya oleh SPR.

“Mereka ini adalah orang yang diberi amanah untuk memastikan perjalanan pilihanraya berlaku secara adil dan bersih namun tidak mustahil SPR gagal berfungsi membersih daftar pemilih disebabkan mereka ini adalah ahli Umno sebagaimana didedahkan sebelum ini.

“TERAS juga menggesa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan kerana terbukti jahil berkaitan isu senarai nama pengundi yang meragukan Ssehingga menyebabkan rakyat terpaksa berhimpun memprotes sebagaimana himpunan BERSIH lalu,” katanya lagi.

Categories
NASIONAL

Tangguh Tayang Video BERSIH 3.0 Bukti KDN Hilang Punca

SHAH ALAM, 8 JUN : Kegagalan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menyiarkan kompilasi video kononnya berlaku keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 membuktikan KDN ada menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan usaha penyiaran video itu semakin tidak relevan kerana dua bulan kejadian itu berlalu.

Katanya, video itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan dan berkemungkinan terdapat unsur-unsur suntingan untuk meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja.

“Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah ‘SOP’ yang betul.

“Rakyat menunggu dengan sabar apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini ‘suntingan’ masih tidak siap dan ia jelas membuktikan KDN hilang punca,” katanya.

Berbanding KDN, katanya, SAMM lebih komited memberi gambaran sebenar terhadap insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu untuk menerbitkan dokumentari berdurasi 49 minit.

Jelasnya, dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk DVD itu lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, selain memberi fokus kepada tuntutan perhimpunan itu.

Beliau berkata, dokumentari bertajuk “Merdeka Rakyat” itu akan menjelaskan segala punca sehingga lahirnya perjuangan BERSIH sejak kali pertama ia dilancarkan pada 2006 sehingga 28 April 2012.

Tambahnya, tayangan video itu akan disiarkan pada malam Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh hari ini.

“Adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan dan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim. Selain itu, semua pihak juga perlu saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan,” ujarnya.