Categories
SELANGOR

MB: Elaun KAFA RM1,500 & kenaikan gaji kontrak giat diusahakan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kerajaan Negeri ketika ini sedang berusaha untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau juga akan meminta pihak Kerajaan Pusat dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membantu menaikkan kadar elaun itu.

KAFAKatanya, usaha itu penting demi masa depan yang lebih terjamin ekoran peningkatan kos kehidupan seharian ketika ini.

“Tugas mendidik dan mengajar anak bangsa merupakan tugas sepanjang masa. Hal ini menyebabkan kalangan guru KAFA tidak berkesempatan untuk melakukan kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

“Kita sedang berusaha menaikkan kadar elaun mereka kepada RM1,500. Sebelum ini, kita berjaya menaikkan kadar itu dari RM650 kepada RM1,300 sebulan,” katanya dalam ucapannya ketika merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pemangku Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Hata Ahmad.

Abdul Khalid berkata pihaknya juga meminta JAKIM untuk membuat kajian agar guru-guru Kafa itu dapat ditukar daripada menerima gaji melalui sistem elaun kepada kenaikan gaji tahunan secara kontrak.

Selain itu, beliau turut meminta guru takmir ditambah menjadi 300 orang daripada 142 orang sahaja ekoran pertambahan jumlah masjid dan surau di negeri itu.

“Selangor mempunyai 400 buah masjid dan 1,800 buah surau. Oleh kerana penduduknya bertambah pesat, jadi diharapkan permohonan tambahan guru takmir mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Dalam program itu, kira-kira 1,000 orang peserta menyertai program yang terdiri daripada Guru Takmir, Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negeri Selangor.

Ia diadakan bertujuan memberi ruang kepada pihak Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor berkongsi hasrat dan amanat berkaitan isu-isu dalam negara, pengurusan dan pengimarahan masjid serta menyampaikan maklumat semasa kepada peserta khususnya berkaitan hal ehwal Islam.

EZY

Categories
SELANGOR

Jawatankuasa khas ditubuh perhalusi kenaikan elaun guru KAFA

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor menubuhkan jawatankuasa khas untuk memperhalusi kenaikan elaun guru Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA).

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata  jawatankuasa itu diketuai Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Prof Madya Datuk Dr Ab Halim Tamuri bersama tujuh ahli dari Fakulti Pendidikan KUIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

MB guru Kafa SAR 01“Hasil tinjauan awal dengan guru selama sebulan sepanjang Julai lalu, terdapat berbagai bentuk pandangan dan cadangan daripada mereka berkenaan bagaimana kaedah, tatacara dan keperluan pelaksanaannya serta cadangan penambaikan,” katanya melalui laman Facebooknya.

Dr Halimah berkata, satu kajian komprehensif akan dilaksanakan bermula minggu ini selepas mendapat kelulusan.

“Laporan itu akan dimajukan kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan JAIS pada pertengahan September ini” katanya.

EZY

JURNAL BERITA-MB: ’10 minit pandangan Anwar ibarat 10 tahun pengalaman’

1. MB: Beza keuntungan Pembangunan Canal City RM1 bilion

2. MB: ’10 minit pandangan Anwar ibarat 10 tahun pengalaman’

3. Selangor tetap tubuh Yayasan ISA, Wan Azizah dilantik pengerusi

4. ADUN BN ‘blur’, gagal faham isu MoU tanah Tropicana Corporation

5. Kerajaan Negeri perlu wujud tabung khas L’Ceria untuk naik taraf lif

6. ADUN DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan

7. Penduduk Damansara Damai bantah projek 33 tingkat, mahu akses ke-2 dibina

8. Usahawan asnaf terima motor roda tiga sumbangan Lembaga Zakat Selangor

9. Usahawan asnaf terharu terima sumbangan LZS untuk perniagaan

10.TAWAS serah penyata simpanan kepada peserta DUN Sabak

Categories
SELANGOR

ADUN DAP minta elaun guru KAFA dinaikkan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor.

Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).

ng sze han“Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.

“Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi.

“Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, ketika ucapan penggulungan Titah Tuanku Sultan Selangor oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali, Sze Han mencelah memohon elaun guru KAFA dinaikkan.

halimah sidang dunHalimah dalam responnya berkata, perkara berkenaan kenaikan itu memang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat dan sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Ketika era BN, elaun guru agama KAFA di Selangor hanya RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari tahun lalu, sekali lagi menaikan elaun guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan.

-NFN-

JURNAL BERITA – EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

1. EXCO Agama Pulau Pinang puji pelaksanaan KAFA Menengah

2. KAFA Menengah ‘tiket tambahan’ murid dalami pengajian agama

3. MB: Pelan tindakan lengkap bantu Selangor sasar pendapatan minimum isi rumah RM4,000

4- PKR : MPP tidak pernah gesa Abdul Khalid undur, laporan Sin Chew salah

5- PAS tidak teruja ‘duduk sebumbung’ dengan Umno, pimpinan Najib ‘racun berbisa’

6. Lagi janji ‘dicapati’ BN, manifesto bantuan pesekolahan RM150 tetapi beri RM100

7. Khalid Samad: Angkara ‘macai kangkung’, lebih 2,000 rakyat terpedaya

8. Status negara maju jadi igauan ngeri rakyat

9. Indeks pengguna pendapatan bawah RM3,000 meningkat, rakyat makin tertekan

10.Anak Rosmah digugur dari pencalonan Oscar

11.Skim Mesra Usia Emas tampil idea baru untuk manfaat warga emas

12.Pemilik premis Kampung Lembah Kinrara setuju roboh binaan

Categories
SELANGOR

9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 15 JAN : Sembilan buah Sekolah Kafa Menengah sudah mula beroperasi awal tahun ini yang dilihat sebagai projek perintis kepada penubuhan banyak lagi sekolah terbabit.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata projek perintis itu selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh kawasan negeri.

KAFA-GrafikKatanya, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco pada September lalu meluluskan penubuhan di seluruh kawasan itu dan dilaksanakan berperingkat.

“Untuk permulaan ini dan sebagai projek pilot, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa kelas Kafa peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.

“Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang,” katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

halimah ali EXCO MeetingHalimah berkata keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.

“Pendidikan di KAFA Menengah adalah merupakan pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menenga negeri atau persekutuan.

“Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan empat dan lima manakala empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga dalam seminggu.

“Jumlah itu tidak mencukupi untuk membina jati diri murid yang diharapkan berjaya dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata program KAFA Menengah itu akan dipanjangkan di KAFA Integrasi Negeri dan di masjid berkemampuan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-5514300 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964579.

EZY

 

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 40 set kerusi, meja untuk KAFA Jalan 6

PENGURUSAN Sekolah KAFA Integrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi menarik nafas lega menjelang sesi persekolahan 2014 yang bermula Khamis ini.

Ia berikutan sekolah itu menerima sumbangan 40 set meja dan kerusi sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Dalam ucapan pada majlis penyerahan, beliau menerangkan dasar kerajaan Selangor yang memandang bidang pendidikan sebagai aset utama dalam melahirkan kecemerlangan insan.

Katanya, sebanyak RM26 juta atau mewakili 18 peratus Belanjawan Selangor dikhusus untuk pendidikan.

serah meja utk jln 6_2

“Keselesaan anak-anak sewaktu menuntut ilmu wajar kita teliti bersama-sama pencapaian cemerlang yang kita harapkan.

“Ini bantuan sesi pertama yang kita hulurkan dan kita akan melihat aspek lain yang mampu kita beri agar kecemerlangan berterusan,” katanya.

Sekolah yang diketuai Jamil Ujang itu mempunyai bilangan pelajar seramai 460 orang dengan tenaga pengajar seramai 17 orang.

serah meja utk jln 6

Pada 2010 , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan peruntukan RM450,000 untuk membina bangunan baru yang mempunyai sembilan kelas.

– FZL

Categories
SELANGOR

Kelayakan diploma syarat baru guru KAFA Selangor

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 3 DIS: Gred guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) di Selangor akan dinaik taraf bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama negeri itu lebih berkesan.

Exco Pendidikan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali, berkata langkah itu akan membabitkan pindaan terhadap syarat pengambil baru guru KAFA.

Halimah_black_01“Memang kita sedang menaikkan taraf gred guru KAFA ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih baik dan berkesan.

“Jadi, guru baru nanti harus mempunyai sekurang-kurangnya diploma tetapi yang sedia ada akan terus kekal diserapkan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini selepas persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, baru-baru ini.

Dr Halimahberkata, ketika ini terdapat guru KAFA sedia ada menyambung pelajaran mereka melalui pengajian jarak jauh ke peringkat diploma.

Sementara itu, belia berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam proses untuk mengimplimentasikan dasar baru bagi Sekolah Menengah KAFA Selangor.

Katanya, langkah itu bakal membabitkan beberapa buah sekolah rendah KAFA yang terpilih untuk dijadikan Sekolah Menengah KAFA.

“Kita hendak mengimplimentasi dasar baru iaitu KAFA menengah, jadi JAIS ketika ini sedang sibuk ke arah itu seperti menyediakan modul dan mengenalpasti sekolah untuk dipilih dan melatih guru yang menjadi fokus kita sekarang.

“Saya percaya dengan adanya KAFA menengah, dasar pendidikan agama Selangor akan lebih menyeluruh kepada pelajar bukan tertumpu kepada sekolah rendah sahaja,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Guru KAFA bakal nikmati elaun RM1,500

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 29 NOV: Guru-guru (Kelas Agama Fardhu Ain) KAFA di Selangor bakal menikmati kenaikan elaun baru dari RM1,300 kepada RM1,500 bermula pada tahun hadapan.

Halimah Ali Majlis Pengistiharan Keputusan SM  Agama 2012 01Exco Pendidikan , Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang) berkata, pelaksanaan kenaikan itu sebagai salah satu rancangan Kerajaan Negeri memastikan pendapatan guru KAFA di negeri itu melepasi garis kemiskinan di bawah RM1,500 sebulan seperti mana dinyatakan dalam Manifesto Pilihan Raya Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

“Memang dalam manifesto kita ada disebut menaikan elaun guru KAFA kepada RM1,500 dan ini sudah dalam proses,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam.

Dr Halimah berkata, kajian yang dijalankan itu turut melibatkan penambahan masa berkerja guru KAFA dari tiga setengah jam pada masa ini kepada jangka masa yang lebih munasabah.

“Kaedah Kerajaan Selangor sekarang ini, dasar paras kemiskinan RM1,500 adalah kerja sehari tetapi guru KAFA buat masa sekarang kerja tiga setengah jam sehari.

“Jadi kita nak selaraskan supaya guru-guru KAFA layak dan adil kepada pekerja lain yang berkerja selama lapan jam sehari,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini elaun guru agama KAFA di Selangor hanyalah RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari lalu, sekali lagi menaikan elaun guru-guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan.

-EZY

Categories
SELANGOR

Guru KAFA turut nikmati bonus setengah bulan gaji

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 28 NOV: Kebajikan Guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) tidak dilupakan apabila pemberian bonus setengah bulan oleh Kerajaan Negeri turut melibatkan golongan warga pendidik itu.

Halimah Ali Hijau Tudung Pink 01Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali (PAS-Selat Klang), berkata pemberian bonus ini adalah sejajar dengan matlamat memastikan kebajikan guru-guru sekolah agama terus terbela.

“Mereka juga kakitangan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sudah tentu mereka juga terlibat dengan pengumuman pemberian bonus oleh Menteri Besar semalam.

“Saya harap pemberian bonus ini dapat membantu dan mengekalkan prestasi terbaik dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak kita di Selangor,” kata beliau ketika ditemui Selangor Kini di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Semalam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri akan membayar setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri Selangor.

Bayaran bonus yang akan dibuat pada Januari 2014 itu berikutan penghargaan terhadap usaha keras mereka memastikan dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dilaksanakan dan kejayaan meningkatkan kutipan hasil sehingga melebihi unjuran yang dibuat sebelumnya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu DNS bahawa hasil yang dikutip setakat 27 Nov 2013 berjumlah RM1,899,018,572 dan jumlah ini adalah 16 peratus lebih dari yang dianggarkan,” kata Abdul Khalid ketika membuat pengumuman petang semalam.

Abdul Khalid menambah, bayaran bonus kali ini turut melibatkan bayaran sejumlah RM14,821,252 kepada 15,643 penjawat awam negeri itu.

-EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Komited Martabat Al-Quran Melalui Pemerkasaan Pendidikan

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 01

SHAH ALAM, 20 FEB : Kerajaan Negeri komited memartabatkan ajaran Al-Quran di negeri ini melalui pemerkasaan pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, selain menaikkan elaun guru KAFA, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan untuk Sekolah Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SRA).

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 02Ujar beliau, dengan bantuan tersebut diharap dapat memberikan motivasi kepada para guru dan pelajar yang terlibat dalam pendidikan Al-Quran.

“Diharap juga agar anak-anak di Sekolah KAFA, SRA, dan SRAI di negeri ini mendapat panduan yang betul daripada guru-guru dalam hal mempelajari Al-Quran.

“Dan seterusnya mampu menamatkan pengajian Al-Quran sebanyak 30 juzuk pada usia 10 tahun,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran Dan Tilawah Al-Quran serta Festival Ilmu dan Al-Quran (FIQS) Selangor 2013 yang diadakan di pekarangan letak kereta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Islam (JAIS), Datuk Marzuki Hussin berkata, bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan lebih ramai generasi menghafaz Al-Quran program Isbat Hafazan Al-Quran Negeri Selangor telah dilaksanakan.

MB Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 03Ujarnya, daripada statistik pada 2011 seramai 128 peserta memohon bagi mengikuti temuduga program ini.

Ia meningkat pada 2012 kepada 167 peserta.

Manakala bagi jumlah peserta yang layak menerima elaun adalah 167 peserta bagi 2012 berbanding 122 berbanding 2011.

Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran itu berlangsung pada 19 – 22 Februari yang bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.

Majlis Penutup akan berlangsung pada 22 Februari (Jumaat) di sebelah malam yang akan ditutup secara rasmi oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Kebajikan Guru KAFA Terus Dibela

MB guru Kafa SAR 01

SHAH ALAM 29 JAN: Kerajaan Negeri akan berusaha untuk mengangkat martabat dan mengatasi masalah guru Kelas Fardhu Ain (Kafa) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hub ilmuan dan pendidikan.

MB guru Kafa SAR 02Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah seperti prasarana sekolah yang kurang memuaskan, gaji, ketetapan jawatan, pencen dan elaun guru Kafa dan SAR akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

Abdul Khalid berkata masalah yang dihadapi SAR adalah kerana pada zaman pentadbiran Umno-BN, SAR dibina tanpa perancangan yang rapi.

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri memerlukan masa untuk memikirkan cara terbaik bagi mengatasi masalah prasarana yang kurang memuaskan, kata Abdul Khalid.

“Bagi membendung perkara ini, saya telah mengarahkan setiap pembangunan perumahan supaya menyediakan plan tapak bagi sekolah, surau dan masjid supaya perkara ini diambil perhatian daripada awal,” katanya.

MB guru Kafa SAR 03Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapannya dalam program Perhimpunan Guru-Guru Besar Sekolah Agama Selangor di Kompleks Belia Selangor di sini hari ini.

Turut hadir Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Husin, dan hampir 4,000 guru Kafa dari seluruh Selangor.

Abdul Khalid juga berkata, beberapa inisiatif awal diambil Kerajaan Negeri seperti menaikkan elaun guru KAFA daripada
RM 700 kepada RM 1,000 sebulan yang telah memberi manfaat kepada hampir 6,000 orang guru Kafa di seluruh Selangor.

Dalam satu sesi soal jawab bersama guru Kafa, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri sedang berbincang bersama Jais supaya semua guru Kafa yang berjawatan sementara akan diserap ke jawatan tetap.

“Kerajaan akan terus melakukan perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan beberapa pihak lain seperti kesatuan guru agama supaya tiada satu pun guru Kafa yang berjawatan sementara di masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, kemudahan selepas bersara seperti wang pencen tidak dapat disediakan kerana guru Kafa bukan merupakan kakitangan awam.

“Kita menggalakkan Guru Kafa supaya mencari alternatif lain seperti mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menghadapi masalah di kemudian hari,” katanya.

Ketika menjawab soalan mengenai tambahan kenaikan gaji guru Kafa, Abdul Khalid menjelaskan, Kerajaan Negeri menitikberatkan hasil pendapatan setiap isi rumah dan bukannya individu untuk digunakan sebagai penilaian paras kemiskinan.

Katanya, Kerajaan Negeri menetapkan garis kemiskinan pada kurang RM 3,500 sebulan setiap isi rumah.

“Untuk itu, kita akan sediakan kursus kemahiran tertentu supaya mereka dapat menambah kemahiran dan dapat meningkatkan lagi taraf hidup yang lebih baik,” katanya.