Categories
NASIONAL

Syor naik gaji, elaun anggota polis diteliti – Muhyiddin

PUTRAJAYA, 25 JUN: Syor kenaikan gaji dan elaun anggota polis berpangkat rendah memerlukan penelitian mendalam kerana sebarang kenaikan akan melibatkan kesan berganda, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong syor itu, namun tidak boleh memutuskannya secara sendirian dan perlu merujuk kepada pihak lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan sebelum membentangkannya ke Kabinet, katanya.

“Dalam keadaan semasa ekonomi negara, semua pihak perlu lebih bersabar sebelum sebarang keputusan terhadap cadangan itu diputuskan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kerajaan akan melihat syor Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berhubung gaji rendah anggota berpangkat sarjan ke bawah.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar pada 14 Jun lalu dilaporkan berkata, kertas laporan kajian berhubung cadangan kenaikan gaji serta elaun melibatkan kira-kira 82,000 anggota polis berpangkat sarjan dan ke bawah akan diserahkan kepada kerajaan dalam tempoh dua bulan.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata urusan pengeluaran visa kepada pelancong China bagi memasuki Malaysia masih dikendalikan syarikat yang sama sehingga terdapat syarikat pengganti kepada entiti yang berdepan siasatan pihak berkuasa itu.

“Sehingga belum ada syarikat pengganti dan kes belum diselesaikan, kita benarkan pengurusan pengeluaran diteruskan oleh syarikat berkenaan,” katanya, sambil menambah kemasukan pelancongan China yang ramai antara faktor perkhidmatan syarikat itu diteruskan.

Syarikat berkenaan diberi hak eksklusif oleh KDN pada 2016 bagi mengendalikan Sistem Visa Luar Negara (VLN) atas talian termasuk eNTRI dan eVISA untuk pelancong China yang ingin datang ke Malaysia.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menyiasat dan menentukan status UMNO yang didakwa menerima dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) jika terdapat laporan dibuat mengenainya.

Semalam, Pemuda Pakatan Harapan menghantar surat ke RoS mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap UMNO susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa cawangan parti berkenaan menerima wang berkaitan 1MDB.

– BERNAMA

 

 

Categories
NASIONAL

Tian Chua: Muhyiddin minta pecat CEO 1MDB, bukti Najib bohong

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipecat dan disiasat bukti beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, penjelasan Datuk Seri Najib Razak dalam isu itu terbukti satu pembohongan yang menyebabkan Muhyiddin mengambil pendekatan berkenaan.

tian chua pc pkr 01Katanya, Muhyiddin bagaimanapun tidak berani berdepan realiti bagi ‘menegur’ Najib walaupun sedar pemecatan itu perlu bagi memulihkan imej kerajaan.

“Muhyiddin masih was-was, berhati-hati dan tidak berani berdepan dengan realiti .

“Hal ini kerana semua ahli lembaga pengarah 1MDB mendengar kata Najib yang secara jelas mempunyai kuasa mutlak,” katanya kepada Selangor Kini, hari ini.

Tian Chua berkata, berkemungkinan ramai pimpinan Umno lain yang tidak berpuas hati dalam isu itu .

“Mungkin ramai juga pimpinan mereka mahu Najib undur. Tetapi sejauh mana Muhyiddin berani membawa luahan hati akar umbi itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan isu 1MDB tidak dapat dijalankan secara telus dan bebas jika Najib tidak berundur.

muhyiddin1“Beliau memegang kuasa tertinggi  negara, bagaimana boleh disiasat?

“Banyak perkara bersangkut paut dengannya, bahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tak akan dapat mengatasi ‘conflict of interest’,” katanya.

Baru-baru ini, Muhyiddin dalam video ucapan tertutupnya ketika satu perjumpaan bersama pemimpin tinggi Umno mahu CEO dan lembaga pengarah 1MDB dipecat.

“Kalau tidak buat begitu, ini yang akan membebankan kita jatuh ke bawah,” katanya.

Ucapan itu dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah, namun video kira-kira tujuh minit itu hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Muhyiddin berdongeng, nafi BN tidak terbabit rayuan kes Anwar

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa keputusan penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kaitan dengan Barisan Nasional (BN) hanya dongeng Timbalan Perdana Menteri itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Muhammad Nur Manuty, berkata kaitan BN terbabit dengan kes berkenaan adalah disebabkan sistem kehakiman negara di peralatkan.

“Seharusnya pendengaran rayuan kes terbabit, pada April ini, tetapi dipercepatkan kerana BN takut Anwar bertanding di Kajang.

Nur-Manuty“Ini adalah dongeng kosong, siapa yang tidak prihatin dengan persoalan ummah (rakyat), maka dia bukan pengikut Rasulullah SAW. Ini adalah hadis sahih, bermakna Muhyiddin tak faham hadis Rasulullah SAW,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily, di sini, hari ini.

Beliau turut mengulas kempen Muhyiddin di Kajang apabila menggesa Puteri Umno supaya tidak terpedaya dengan papan iklan yang memaparkan gambar calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Dr Muhammad Nur membidas dakwaan Muhyiddin yang menyatakan gambar itu adalah bagi meraih simpati masyarakat berikutan keputusan mahkamah ke atas Anwar.

“Memang semua orang simpati dengan apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar. Ini tidak boleh dinafikan.

“BN takut rakyat tidak undi mereka. Tambahan pula, tak ramai yang hadir ke ceramah BN seperti Pakatan Rakyat sehingga memaksa BN
membawa orang luar untuk dengar ceramah mereka,” katanya.

Saifuddin-Nasution_smallSementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Stadium Kajang, berkata sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin harus berkempen lebih profesional setaraf dengan jawatan beliau.

“Kita ingatkan bila memegang jawatan itu, maka konsep kempen lebih profesional tetapi tidak apabila billboard (papan iklan) Wan Azizah yang sedang berdoa juga hendak dikomen.

“Seharusnya beliau (Muhyiddin) tidak perlu komen atau beri pesanan kerana itu bukan taraf orang nombor dua negara. Tetapi, nak buat macam mana, memang begitu taraf pimpinan Umno,” katanya.

Categories
NASIONAL

Bajet defisit, Najib gagal lagi

Nurul-IzzahKUALA LUMPUR, 24 SEPT : Sasaran mengurangkan defisit negara kepada empat peratus seperti yang diusulkan dalam pembentangan bajet tahun lalu dijangka tidak mencapai sasaran sekiranya Kerajaan Pusat terus memohon peruntukan tambahan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata itu akan menyebabkan nisbah defisit belanjawan negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melonjak daripada 4.5 peratus kepada 5.5 peratus.

“Sejak 1998, Malaysia sudah 16 tahun termasuk dalam belanjawan defisit walaupun sebelum itu pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan yang membanggakan.,” katanya di satu sidang media di ruang legar Parlimen, hari ini.

Dalam masa sesingkat tiga bulan sahaja, Kerajaan Pusat semalam membentangkan usul perbekalan tambahan kedua sebanyak RM14 bilion lagi untuk menampung perbelanjaan mereka. Pada Julai lalu dibawah tahun fiskal 2012, Kerajaan Pusat mencari tambahan RM13 bilion.

Usul ini merupakan usul perbekalan tambahan pertama bagi tahun fiskal 2013, akibat sikap Kerajaan Pusat berbelanja lebih dari kemampuan pada suku pertama tahun ini.

Media melaporkan Perkhidmatan Am Perbendaharaan memerlukan pertambahan terbesar, iaitu melebihi RM11 bilion, manakala Jabatan Perbendaharaan juga memerlukan tambahan RM600 juta. Di samping itu, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mendahului senarai kementerian dan memerlukan pertambahan sebanyak RM322 juta dan RM300 juta.

Perbendaharaan adalah dibawah tanggungjawab Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, manakala Kementerian Pendidikan dibawah Menteri Pendidikan 1, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Kesihatan dibawah Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam.

“Najib gagal lagi kerana semalam baru usul perbekalan tambahan pertama. Selepas ini pasti akan ada tambahan lagi,” tegas Nurul.

Beliau berkata, perbelanjaaan tambahan bagi tahun 2013 juga berkemungkinan menyebabkan nisbah hutang awam melebihi had yang dibenarkan undang-undang. Katanya, pencapaian terburuk itu bakal meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang mempunyai rekod defisit tertinggi di Asia Tenggara.

Perdana Menteri disarankan supaya mendengar dan mengambil intipati belanjawan alternatif 2014 yang akan diusulkan Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan bajet Kerajaan Pusat pada Oktober nanti.

Categories
NASIONAL

Calon BN Pasir Salak Didakwa Terima Konsesi RM1.3 Billion – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 23042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. PKR hari ini mendakwa calon BN bagi Parlimen Pasik Salak, Datuk Tajuddin Rahman terlibat dalam penerimaan anugerah konsesi bernilai RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah menerusi syarikat milikya.

2. PKR memandang serius maklumat Yayasan 1Malaysia Development Berhad telah memindahkan sejumlah RM7 bilion wang pembayar cukai ke akaun sulit di Kepulauan Cayman.

3. “SAYA BERBESAR HATI UNTUK MENGUPAS ISU INI,” kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdebat isu penghapuskan produk 1Malaysia.

4. Naib Pengerusi MIC Bahagian Shah Alam bersama 103 ahli MIC melucut keahlian sebagai membantah pencalonan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa, Zulkifli Noordin sebagai wakil BN di Parlimen Shah Alam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kritikan BN Terhadap Manifesto PR Berdasarkan Angka Tidak Tepat – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 15042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Bidasan demi bidasan tidak masuk akal yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpunca dari unjuran kewangan Barisan Nasional yang tidak tepat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli berkata kritikan Umno-BN terhadap manifesto Pakatan Rakyat adalah berdasarkan angka perbelanjaan BN yang boros dan tiris.

2. Sebanyak 94 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh Selangor menerima bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM 2.41 juta.

3. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan ‘Islam Untuk Semua’ hanya mengerunkan Umno dan bukannya masyarakat bukan Islam yang sudah faham mesej politik bawaan PAS.

4. PKR Selangor yakin memenangi kesemua kerusi Parlimen dan 19 kerusi daripada 21 kerusi DUN yang ditandingi pada pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Rafizi : Kritikan Umno-BN Terhadap Manifesto PR Tidak Tepat

Rafizi SAM

PETALNG JAYA, 15 APRIL : Kritikan Umno-BN bahawa manifesto Pakatan Rakyat akan membankrapkan negara dan menyebabkan defisit melambung hingga ke 13.2 peratus adalah tidak tepat dan berdasarkan perbelanjaan Kerajaan Umno-BN yang boros dan tiris.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kritikan Umno-BN dibuat berasaskan unjuran amalan perbelanjaan mengurus Umno-BN yang mencecah RM 202 billion setiap tahun.

Rafizi berkata unjuran Umno-BN itu tidak mengambil kira dua strategi PR bagi menjimatkan wang dan dan mendapat nilai terbaik dalam perbelanjaan iaitu :

* menghentikan perbelanjaan melebihi belanjawan diluluskan setiap tahun yang kini mencecah RM20 bilion setiap tahun.

* menghentikan ketirisan dan rasuah dengan sasaran menjimatkan 10 peratus dari perbelanjaan yang dianggarkan bernilai RM 250 bilion. Ini akan menjimatkan RM 25 bilion untuk membiayai program manifesto.

Rafizi berkata, tuduhan Umno-BN bahawa perbelanjaan akan mencecahkan hingga RM 270 bilion setahun apabila program manifesto PR dilaksanakan tidak boleh diterima sama sekali.

Angka tersebut dicapai berdasarkan cara perbelanjaan Umno-BN yang penuh keborosan dengan belanja mengurus setinggi
RM 202 bilion setiap tahun.

Rafizi berkata ia tidak mengambil kira penjimatan yang akan dilakukan PR semasa ia mentadbir Putrajaya.

“Kegagalan Umno-BN mengambil kira sasaran penjimatan ini menunjukkan bahawa analisa kewangan Umno-BN yang digunakan untuk membidas Manifesto PR adalah tidak tepat, menyeleweng dan berniat jahat,” katanya.

Adalah jelas, tegasnya, bahawa kritikan terhadap manifesto PR oleh Perdana pemipin Umno-BN menggunakan angka yang menakutkan rakyat.

“Selepas ini saya akan membentangkan lebih banyak kepincangan analisa kewangan yang digunakan Umno-BN termasuk perbandingan kos program Manifesto PR yang dibuat Umno-BN,” ujarnya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Selangor Yakin Sokongan Rakyat Tidak Berubah

pakatan selangor

SHAH ALAM 11 APRIL : Pakatan Rakyat (PR) yakin sokongan majoriti rakyat Selangor masih memihak kepada gabungan itu dan tidak akan berlaku keputusan luar dugaan seandainya pilihan raya dijalankan secara telus serta adil.

Ini dikuatkan lagi dengan kecemerlangan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dalam masa lima tahun yang banyak membawa perubahan dan kemajuan dengan menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

shuhaimi pc stripe 01Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebelum ini mendakwa Selangor ketika ini dilanda ‘Gelombang Biru’ apabila program anjurannya dihadiri ramai orang.

Dakwaan ini ditempelak, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang menganggap Umno-BN cuma menipu diri sendiri.

Katanya, orang ramai yang datang sewaktu program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Simpang Lima di sini diangkut dengan berpuluh-puluh bas.

“Jika Umno-BN menganjurkan program dengan menawarkan wang ringgit seperti bantuan BR1M dan sebagainya, sememangnya rakyat akan hadir untuk mengambil hak mereka yang dinafikan selama ini oleh Umno-BN.

“Apa saja dilakukan Umno-BN, ia tidak akan mengubah pendirian rakyat kerana rakyat sudah melibat kekuatan dan kebaikan kerajaan PR,” ujarnya optimis.

Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib berpendapat kehadiran rakyat lebih besar dalam program PR berbanding program anjran Umno-BN.

“Program sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan majlis sambutan lima tahun Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Negeri, kita lihat kehadiran orang ramai jauh lebih besar,” katanya.

Jenice Lee 1Di Hulu Kelang sendiripun majlis dibuat Umno-BN tiada sambutan dengan kehadiran tidak memberangsangkan.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Jenice Lee menambah majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran Umno-BN dihadiri Datuk Seri Najib Razak di Pandan Indah lebih ramai dihadiri warga asing berbanding rakyat tempatan.

Tambahnya, majlis diadakan boleh dihadiri orang ramai tetapi tidak menggambarkan sokongan terhadap parti tertentu.

“Makan semua orang pergi makan. Penyokong PR pun boleh hadir dan makan tetapi bila undi, ini cerita lain,” ujarnya penuh yakin sokongan rakyat masih bersama PR.

Categories
NASIONAL

Nurul Izzah : Awal-awal Lagi Najib Sudah Khianati Akujanji Pilihan Raya

bn putrajaya

PETALING JAYA, 10 APR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini disaran agar membatalkan sahaja Akujanji Pilihan Raya yang ditandatangani beliau dengan NGO anti-rasuah Transparency International Malaysia baru-baru ini.

Ini berikutan tindak-tanduk beliau dan Kerajaan Umno-BN yang terang-terang melanggar akujanji tersebut dengan mengumumkan projek mega dan program yang melibatkan peruntukan dana awam walaupun Kerajaan Persekutuan adalah pentadbiran sementara.

Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan khianat terhadap akujanji itu amat berbeza dengan amalan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Pulau Pinang yang melarang penggunaan aset kerajaan negeri untuk tujuan kempen politik.

Nurul Izzah berkata antara isi kandungan aku janji yang dikhianati Najib, adalah bahawa sebuah kerajaan sementara tidak boleh mengumumkan projek atau perbelanjaan baru.

“Pada 5 April 2013, Najib umumkan tiga projek utama di Cyberjaya yang bernilai RM 8 bilion.

?Datuk Raja Nong Chik pula mengadakan majlis perasmian Jalan Pantai Dalam dengan menggunakan pangkat Menteri dan menggunakan jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pada 8 April, media arus perdana melaporkan Najib mengumumkan kad diskaun ataupun 1 Malaysia Previlege Card yang dilancarkan pada Ogos 2012 akan diperluaskan kepada 725,000 pesara kerajaan,” kata Nurul Izzah.

Nurul Izzah turut berkata, Najib juga mengumumkan pembinaan kompleks bernilai RM 400 juta yang membabitkan syarikat dari China iaitu, CSR Zhu Zhou Electric Locomotive Company di Perak.

Manakala pada 9 April, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa pula menyatakan Najib akan membuat pengumuman mengenai Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkempen di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simpang Lima, Klang dalam Majlis Perjumpaan Khas TPM bersama guru-guru sekolah Tamil.

Nurul Izzah turut mencabar agar semua menteri di dalam pentadbiran Najib memulangkan semua kenderaan rasmi dan tidak menggunakan jentera kerajaan seperti DBKL bagi tujuan berkempen.

“Penyalahgunaan kuasa berterusan ini jelas membuktikan sebenarnya Najib gagal menjunjung prinsip demokrasi dan sewajibnya membatalkan akujanji pilihanraya yang ditandatangani beliau yang sekadar untuk menghiasi imej umumnya,” ujar Nurul Izzah.

Pada 20 Febuari lalu, Najib menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya bersama Transparency International Malaysia sebagai menunjukkan komitmennya untuk membanteras rasuah pada PRU-13 nanti.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasutan Melampau: Polis Dan SPR Digesa Ambil Tindakan Terhadap TPM – INFO 12


 

Sinopsis

Info 15 Untuk 150322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 15 MAC 2013 :

1. Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.

2. Polis serta SPR digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

3. Naib Presiden PKR, Tian Chua dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000 selepas beliau dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan melalui laman media sosial twitter berhubung isu Lahad Datu.

4. Pasukan peguam Naib Presiden PKR Tian Chua akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan dakwaan ke atas Ahli Parlimen Batu itu di bawah Akta Hasutan 1948.

5. Sumbangan besar perajurit negara, Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, dari Cawangan Khas Bukit Aman, yang gugur ketika mempertahankan keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasutan Melampau: Polis Dan SPR Digesa Ambil Tindakan Terhadap Muhyiddin

bas jelajah merdeka baling batu 01

SHAH ALAM 14 MAC : Polis serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

Ketua Penerangan PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan Timbalan Perdana Menteri itu terlalu berat serta berunsur hasutan bagi menimbulkan ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muhyiddin di Majlis Perletakan Batu Asas Kilang Baru Perodua di Hulu Selangor berkata, pakatan pembangkang akan menimbulkan huru-hara pada hari mengundi dan akan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih.

Katanya, pembangkang bertindak demikian kerana mereka semakin bimbang dengan kebangkitan rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Beliau juga berkata, kerajaan mempunyai maklumat mengenai perkara berkenaan dengan mendakwa pembangkang merancang sesuatu untuk membuatkan suasana porak-peranda.

“Sebagai pemimpin nombor dua negara, kenyataan beliau boleh mencetuskan suasana panik dan penafsiran yang pelbagai daripada kalangan masyarakat.

bas jelajah merdeka baling batu 02“Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat, khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau,” kata Riduan dalam kenyataan media.

Kata Riduan, dalam keadaan negara sedang diancam dengan masalah keganasan serta pencerobohan di Lahad Datu dan Sabah umumnya, TPM sengaja menambah marakkan lagi api permusuhan serta sindrom ketakutan kepada rakyat.

“Beliau juga menghina jutaan rakyat negara ini untuk memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka dengan kenyataan sedemikian.

“Sekiranya benar beliau mendapat maklumat tersebut melalui dokumen yang boleh dipercayai seperti dakwaannya, pemuda PAS mencabar TPM untuk mendedahkan butiran dokumen tersebut,” katanya.

Ujarnya, sekiranya Muhyiddin gagal mengemukakan bukti tersebut, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin PR mengemukakan saman fitnah terhadap beliau.

Sementara itu, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata, kenyataan tersebut adalah ‘songsang’ dan menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.

“Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.

“Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat.

“Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal, bakal ke penjara jika Umno tewas di Putrajaya, yang mana ia seharusnya menimbulkan panik,” katanya.

Baru-baru ini di Bukit Katil, Melaka, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa penceramah Pakatan Rakyat dibaling dengan batu sehingga pecah cermin. Ia merupakan insiden kedua di Melaka bas itu diserang and ke-enam semenjak jelajah itu dimulakan pada September tahun lepas.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Persekutuan Perlu Guna Saham Emas Benarkan Selangor ambilalih Syabas

MB Pc EXCO 13FEB 2013 01

SHAH ALAM, 13 FEB: Sebagai pemegang saham emas(golden share) Kerajaan Persekutuan diminta menggunakan kuasanya bagi membolehkan Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) menerima tawaran harga Kerajaan Negeri bagi mengambil alih operasi pengurusan bekalan air di Selangor.

Langkah ini sekaligus mempercepatkan penyelesaian penyusunan semula industri air demi kepentingan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya mereka enggan berbuat demikian, Kerajaan Negeri akan membawa Kerajaan Persekutuan ke mahkamah kerana melanggar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Wsia 2006).

Beliau menegaskan, ini bukanlah pengambil alihan biasa syarikat komersil sebaliknya melibatkan perjanjian antara tiga pihak iaitu Syabas, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang pemegang sahamnya adalah rakyat.

“Urusniaga tidak boleh berpaksikan keuntungan semata-mata sebaliknya kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco.

Ketika mengulas berkaitan soal harga yang ditawarkan sama ada lebih tinggi atau rendah berbanding sebelum ini, Abdul Khalid menyatakan perkara berkenaan disifatkan sensitif dan sulit.

Beliau menambah, dokumen tawaran akan dihantar kepada syarikat konsesi pada minggu depan.

Usaha pengambil alihan ini susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bahawa Kerajaan Persekutuan tiada masalah dengan usaha Selangor untuk menstruktur semula industri tersbut.

Makluman pengambil alihan pengurusan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari dibuat melalui surat yang ditulis Kerajaan Negeri kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui.

Tempoh 14 hari tersebut bermula pada 4 Februari dan akan akan tamat minggu depan.

Pada ketika ini, operasi air terawat dikendalikan syarikat konsesi Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd.

Pada 31 Januari 2010, Kerajaan Negeri menawarkan nilai pampasan sebanyak RM 9.27 bilion namun jumlah tersebut ditolak kesemua syarikat tersebut.

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri akan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai pelan dan langkah-langkah yang akan dilakukakan selepas pengambilalihan perkhidmatan air ini dalam ‘Forum Air Untuk Rakyat’ yang akan diadakan selama 10 hari bermula 18 Februari sehingga 28 Februari di seluruh negeri.

Antara jurucakap yang terlibat adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

“Kita akan iklankan tarikh dan tempat forum air ini akan diadakan di beberapa akhbar utama untuk memudahkan rakyat merancang dan membuat persediaan awal.

“Kita berharap rakyat dapat menggunakan forum air sebagai platform untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berhubung isu air di Selangor dan Lembah Klang,” ujar beliau lagi.