Categories
NASIONAL

IPT perlu pertahan kebebasan mahasiswa bersuara

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 16 NOV: Pentadbiran universiti digesa untuk tidak menyekat kebebasan bersuara mahasiswa dalam menyampaikan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Tan Kar Hing mengecam keputusan diambil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas Setiausaha Kesatuan Mahasiswa Malaysia, Asheeq Ali yang didapati bersalah menyertai Himpunan #TangkapM01.

“Asheeq Ali dikenakan tindakan pergantungan serta merta selama satu semester dan didenda sebanyak RM200.

“Tindakan itu seolah-olah mengetepikan peranan mahasiswa selama ini sentiasa memainkan peranan penting mempertahankan negara dan menjadi tonggak penggerak kepada pembangunan Negara pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Kar Hing berkata, penganjuran dan kehadiran mahasiswa di dalam Himpunan #TangkapM01 merupakan sebahagian tanggungjawab mereka bagi menyatakan bantahan kepada penyelewengan kekayaan negara oleh pemimpin kerajaan atasan.

Tambah beliau, hukuman dikenakan kepada Asheeq Ali juga seperti ugutan menakut-nakutkan mahasiswa lain tampil menyuarakan hak mereka sebagai rakyat berikutan kestabilan politik negara hari ini terancam dengan skandal rasuah dan penyelewengan.

“Penafian hak membantah ini, seperti membunuh pemikiran mahasiswa yang selama ini kritis dan progresif terhadap kemajuan Negara.

“Sepatutnya pihak berwajib mengambil tindakan mengheret M01 ke muka pengadilan dan bukan hanya mengambil tindakan menghukum mereka yang prihatin membangkitkan isu ini.

“Undang-undang seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) patut dimansuhkan sepenuhnya kerana mahasiswa adalah bakal pemimpin masa hadapan yang perlu diberi hak bersuara bagi masa depan Malaysia lebih baik,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

KEADILAN desak Bajet IPTA ditambah

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 NOV: KEADILAN membantah pemotongan bajet Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Pengarah Strateginya, Sim Tze Tzin, berkata kajian Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) menunjukkan pelaburan ke dalam pendidikan tinggi membawa pulangan tinggi kepada negara.

PENDIDIKAN GRAFIKKatanya, secara purata, setiap ringgit dilaburkan dalam pelajaran tinggi memberi pulangan RM6 dalam bentuk cukai selain perolehan ‘mutiplier effect’ yang tinggi.

“Pada masa sekarang, pergantungan IPTA kepada kerajaan adalah pada kadar 85-90 peratus.

“Sasaran kerajaan adalah menurunkan pergantungan IPTA kepada kerajaan sehingga 70 peratus menjelang 2020.

“Maka, kita boleh menjangkakan pemotongan bajet IPTA berterusan pada tahun-tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 23 September lalu, Belanjawan 2016 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemotongan bajet RM1.4 billion daripada IPTA tetapi meningkatkan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM1 bilion.

Belanjawan itu juga menyaksikan Universiti Malaya mengalami pemotongan bajet terbesar iaitu 27.3 peratus.

Tze Tzin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru berkata, kesilapan itu masih sempat diperbetulkan Najib yang juga Menteri Kewangan dengan mengemukakan usul dalam peringkat jawatankuasa Parlimen minggu hadapan.

“Dia boleh usulkan pemotongan RM1.4 bilion daripada JPM dan jumlah itu ditambah ke dalam peruntukan bajet IPTA 2016 demi mahasiswa dan masa depan negara,” katanya.

EZY

95 pelajar lebih bijak dari Ahmad Maslan gagal masuk IPTA

95 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya diketepikan Kerajaan dan tidak mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam. Malah HEAP juga mendapati permohonan kursus pilihan oleh 29 pelajar cemerlang juga ditolak.

Categories
NASIONAL

Pelajar cemerlang tak dapat masuk IPTA, kerajaan patut bertindak

Oleh: NAEEM RAFFI

PETALING JAYA, 25 OGOS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) patut menambah tawaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar yang layak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata pihaknya mengesan hampir 300 pelajar cemerlang dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.0 gagal mendapat tawaran dan kursus pilihan.

20150824210542Angka itu diperoleh menerusi laman web ‘Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP) yang dibangunkan parti itu bagi membantu pelajar cemerlang menyambung pengajian di IPTA.

“Sejumlah 290 pelajar membuat aduan kepada HEAP kerana tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA atau kursus diberikan diluar pilihan mereka.

“Sekurang-kurangnya 29 kes direkodkan berlaku membabitkan pelajar dengan PNGK lebih 3.0 mendapat kursus luar pilihan dan 95 kes gagal menerima sebarang tawaran meskipun PNGK mereka lebih baik daripada Ahmad Maslan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Ahli Panel HEAP iaitu Exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kapar G. Manivanandi Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

HEAP dilancarkan PKR pada 15 Ogos lalu bertujuan membantu pelajar cemerlang yang gagal mendapat tempat di IPTA dan juga pelajar cemerlang yang gagal mendapat kursus yang dipilih mereka.

Kes itu dinilai ahli panel HEAP sebelum dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).

Ia terbuka kepada semua pelajar lepasan STPM/setaraf yang ingin mengadu kepada Ahli-ahli Parlimen PKR.

Tze Tzin berkata HEAP juga berjaya mengesan isu kelayakan dan pemilihan songsang yang terkait dalam sistem Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU).

Katanya, pelajar dengan PNGK 1.92 (paling rendah dalam rekod HEAP) mendapat tawaran ke IPTA sedangkan terdapat lebih 95 pelajar dengan PNGK 3.0 ke atas tidak pula menerima nasib sama.

“Kalau kita anggap 3.0 ke atas sebagai cemerlang, amat mengejutkan kerana 95 pelajar cemerlang dalam rekod HEAP gagal terima tawaran.

“Rekod HEAP mendapati pelajar bumiputera turut menerima nasib ini dan ini bermaksud semua bangsa berdepan risiko menjadi mangsa kepada sistem UPU yang tidak telus dan penuh kelemahan,” katanya.

Merujuk kepada data diperoleh daripada Parlimen dan media, pengambilan pelajar 2015 hanya 40,438 pelajar iaitu paling rendah berbanding 2013 (41,573) dan 2014 (42,795).

Langkah seterusnya, Tze Tsin bersama Ahli Panel HEAP yang lain akan mengatur pertemuan secara ‘constructive engagament’ bersama KPT bagi membantu memperbetulkan kelemahan sistem UPU.

“KPT perlu profesional dan telus kerana orang awam sangsi dengan ciri pemilihan pelajar ke IPTA secara jelas sejak STPM dan Matrikulasi ditubuhkan 20 tahun lalu,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

290 pelajar adu kepada HEAP, Kementerian patut tambah pengambilan IPTA

Pada 12hb Ogos, Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) telah melancarkan laman sesawang Higher Education Complaint and Advisory Portal (HEAP) versi 2015 supaya pelajar lepasan STPM, Matrikulasi dan setaraf yang gagal mendapat tawaran ke IPTA atau mendapat tawaran di luar pilihan boleh mengetengahkan aduan mereka.

Pelajar yang layak tidak harus dinafikan kemasukan ke IPTA

Sejumlah 290 pelajar telah membuat aduan kepada HEAP bahawa mereka tidak mendapat sebarang tawaran ke IPTA atau ditawarkan kursus di luar pilihan mereka. Tahun lepas 2014, seramai 254 pelajar membuat aduan kepada kami.

Peningkatan 15% aduan menunjukkan masalah yang berulang saban tahun masih tidak diselesaikan oleh kementerian pendidikan tinggi. 290 pelajar adalah merupakan sebahagian yang kecil sahaja (tip of the iceberg).

Kes-kes yang dikesan oleh HEAP boleh dikategorikan kepada 2 jenis utama:

  1. Pelajar Cemerlang 3.0 ke atas dapat kursus luar pilihan (29 kes)

Contoh:    Saudari Nur Suhaili Mohamad Sirat dari Kedah yang memperoleh PNGK 3.89 dalam Matrikulasi Sains Hayat di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya tidak ditawarkan kursus Perubatan di keempat-empat universiti (USM, UiTM, UNIZA, UMS) yang dipilih oleh beliau. Beliau mendapat sains Bio-medik di USM, ini kursus di luar pilihan beliau.

  1. Pelajar Cemerlang 3.0 ke atas gagal dapat sebarang tawaran (95 kes)

Contoh:     Saudari Chiow Yi Han dari Pulau Pinang yang merupakan lepasan Politeknik Seberang Perai tidak diberikan sebarang tawaran ke IPTA walaupun mencapai PNGK 3.95 dalam Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan.

Antara kursus ke IPTA yang dipohon oleh beliau termasuk Pengurusan Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan), Pengurusan Operasi, Ekonomi, Sains Ekonomi, Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, di mana semuanya berkait dengan pembelajarannya di politeknik, tetapi tiada satu pun ditawarkan kepada beliau.

20150824210542Big Data daripada HEAP mengesan isu kelayakan dan pemilihan yang songsang

Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh para pelajar, kami mendapati bahawa terdapat ramai pelajar cemerlang yang tidak diberikan tawaran ke IPTA. Contohnya, pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 1.92 (paling rendah dalam rekod kami) mendapat tawaran ke IPTA.

Kalau kita ambil 1.92 sebagai baseline, ada 234 orang pelajar tidak mendapat sebarang tawaran. Ada pula 43 orang diberi tawaran di luar pilihan.

Kalau kita anggap 3.0 ke atas adalah pelajar cemerlang, maka 95 orang pelajar lepasan STPM dan Matrikulasiyang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas tidak diberikan sebarang tawaran. Ini amat mengejutkan kami. Pelajar 1.92 dapat tawaran, kenapa 95 pelajar cemerlang gagal dapat tawaran?

KEADILAN mendesak Kementerian Pendidikan harus menjawab masalah tawaran yang songsang sedemikian. Selama ini, pihak kementerian dan UPU tidak pernah menjawab kenapa keadaan ini berlaku.

Pelajar-pelajar yang ditolak tawaran terpaksa menerima nasib mereka dan akibatnya masa depan mereka terjejas. Dengan adanya HEAP dan big data yang kami perolehi, kami dapat mengesan pelajar yang paling rendah mendapat tawaran, kita amat terkejut apabila dapati ada ramai pelajar yang lebih cemerlang gagal mendapat tawaran.

Perkara ini umum dianggap dihadapi di kalangan pelajar bukan Bumiputra sahaja kerana ada sistem kuota. Kini, kami dapati pelajar Bumiputra juga menghadapi masalah yang sama. Ini bermaksud pelajar-pelajar kita tak kira bangsa, bumiputra atau bukan bumiputra, semua menjadi mangsa kepada sistem UPU yang tidak telus dan penuh dengan kelemahan.

Pihak Kementerian perlu memaparkan ketelusan dan menonjolkan sifat profesional dalam pengambilan pelajar ke IPTA. Sehingga kini, orang ramai masih keliru dengan ciri-ciri pemilihan, pihak Kementerian masih gagal mempamerkan ciri-ciri pemilihan yang jelas sejak STPM dan Matrikulasi diadakan 20 tahun yang lalu.

Perlu tambah tawaran IPTA kepada pelajar tempatan

Memandangkan berlakunya ketidakadilan, Keadilan mendesak agar Kementerian Pendidikan Tinggi menambahkan tawaran kepada pelajar yang menjadi mangsa kepada sistem UPU ini masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Merujuk data yang diperolehi dari parlimen dan media, pengambilan pelajar pada tahun 2015 hanya 40,438 pelajar adalah paling rendah berbanding tahun 2013 (41,573 pelajar), dan 2014 (42,795 pelajar).

Ini bermaksud penurunan 5.5% berbanding tahun lepas. Kadar pengabilan pelajar pada tahun 2015 adalah 67.95% juga turun berbanding 2013 (71.9%). Parti KEADILAN membantah penurunan pengambilan pelajar secara mendadak.

Tahun

Permohonan

Layak

Penawaran

2013

68,702

57,802

41,573

2014

74,071

67,388

42,795

2015

63,942

59,511

40,438

 

Keadaan ekonomi juga tidak mengizinkan pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran di IPTS atau keluar negara memandangkan kejatuhan ringgit Malaysia. Maka pelajar-pelajar dari keluarga miskin mungkin telah sampai ke penghujung jalan akademik mereka.

Kini tibalah masanya bagi kerajaan untuk menghulurkan bantuan ketika rakyat memerlukannya. Dengan menawarkan lebih banyak tempat di IPTA, beban ibu bapa boleh dikurangkan.

Perjumpaan dengan pihak UPU dan Menteri Pendidikan Tinggi

Langkah seterusnya, kami bersedia membawa data-data yang kami ada untuk berjumpa dengan pihak UPU dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membantu mereka memperbetulkan sistem UPU. Ini adalah cara constructive engagament yang kami akan laksanakan. Kami akan cuba mengaturkan perjumpaan dengan kedua-dua pihak dalam masa terdekat ini.

Sim Tze Tzin, MP Bayan Baru

Nik Nazmi, Exco Kerajaan Selangor

G. Manivannan, MP Kapar

Ahli-ahli Penal HEAP termasuk:

YB Sim Tze Tzin – MP Bayan Baru

YB Nik Nazmi – Exco Kerajaan Negeri Selangor

YB Wong Chen – MP Kelana Jaya

YB Manivannan – MP Kapar

Sdr Akmal Nasir – Pengarah Strategi AMK Pusat

 

Sekian, Terima Kasih

 

Categories
NASIONAL

IPTA Malaysia tidak tersenarai 100 ranking terbaik Asia

SHAH ALAM, 19 JUN: Kedudukan universiti awam Malaysia yang dikeluarkan Times Higher Education Asia University 2014 menunjukkan tiada universiti tempatan yang tersenarai dalam 100 universiti terbaik Asia.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

universitiLima universiti yang berada dalam senarai 10 universiti terbaik Asia adalah Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China.

Kedudukan India meningkat apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.

University of Tokyo menduduki ranking pertama tahun ini yang memperoleh 76.4 markah keseluruhan diikuti National University of Singapore (NUS) di tempat kedua yang memperoleh 72.4 markah dan ketiga University of Hong Kong yang memperoleh 65.3.

Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.

Mahidol Universiti di Thailand turut berjaya berada dalam kedudukan ke-82 “tetapi tiada tempat bagi Malaysia” yang dianggap Times Higher Education sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.

EZY

 

Categories
NASIONAL

Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Masuk PAS, Seru Bekas Tentera Laksana Perubahan

Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Masuk PAS 01

KUALA LUMPUR, 25 APRIL: Mantan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir Ismail Samion menjadi tokoh terbaru daripada bidang pertahanan negara menyertai Pakatan Rakyat hari ini.

Memilih PAS sebagai landasan perjuangan politik, Ismail pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 38 tahun sebagai jurutera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM).

Dasar perjuangan PAS berteraskan Islam menarik minatnya menyertai politik selepas membuat penilaian sejak lima tahun lalu.

Beliau turut menyeru semua bekas tentera mengikut jejaknya bersama membawa arus perubahan kepada negara.

Tambahnya lagi, sistem dua parti yang sedia ada kini adalah formula terbaik sekaligus memberikan peluang kepada rakyat memilih agar tidak ada suatu pihak merasakan mereka kebal selamanya.

“Saya sebenarnya melihat keadaan politik dan perlukan perubahan.

“Penjawat awam banyak yang cenderung masuk politik.

“Sejak lima tahun lalu saya menilai suasana politik.

“Inilah peluang terakhir. Saya cenderung kepada sistem dua parti agar rakyat dapat memilih,” katanya yang merupakan lulusan dari Universiti Reading di United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1980.

Ismail menyerahkan borang penyertaan keanggotaan PAS kepada Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali sambil disaksikan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi.

Beliau turut bersimpati dengan nasib bekas anggota tentera yang terpaksa bekerja keras meneruskan kehidupan selepas bersara.

Saran beliau sistem pendidikan kemahiran kepada mereka yang bakal bersara diberikan lebih awal dan bukannya enam bulan seperti yang diamalkan sekarang.

“Kita perlu bersedia lebih awal dan memberikan kursus kemahiran bukan enam bulan sebelum bersara. Masa terlalu pendek,” katanya.

Kejayaan dalam TUDM bermula sebagai jurutera senior di skuardon pengangkutan (helikopter) sehingga dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai Ketua Jurutera TUDM dari tahun 1997 hingga tahun 2000 sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dinaik taraf menjadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama.

Sebagai rekod, beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah Intitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Categories
SELANGOR

LZS Sumbang 200 Komputer Riba Kepada Mahasiswa Selangor

Zakat Selangor Sumbang Laptop pada Anak Yatim 01

SHAH ALAM 13 MAC : Seramai 200 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan komputer daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 2,000 setiap satu.

Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, pemberian bantuan itu melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM400,000.

“Pemberian komputer riba ini diharap mampu menjentik motivasi kepada para pelajar tajaan LZS yang lain, khususnya anak-anak asnaf untuk berusaha lebih gigih dalam pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Mesra Pelajar Tajaan Lembaga Zakat Selangor yang diadakan di Dewan Pro-Canselor Universiti Selangor (Unisel) di sini.

Ujarnya, para pelajar disaran untuk memanfaatkan penggunaan komputer riba tersebut untuk tujuan berfaedah demi menggapai kecemerlangan berterusan dalam pendidikan.

Zakat Selangor Sumbang Laptop pada Anak Yatim 02Bantuan ini hanya terbuka kepada asnaf kelahiran Selangor dan belajar di IPT yang berada di dalam negeri ini.

Sebelum ini, LZS memulakan pemberian komputer riba sejak 2004 kepada mereka yang cemerlang dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 ke atas dan ia dibuat berdasarkan permohonan dan memenuhi kriteria tertentu.

Walaubagaimanapun, bermula pada tahun ini mereka yang memperolehi PNGK 2.5 ke atas layak juga menerimanya.

Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, para pelajar yang sudah berjaya diharapkan mampu menjadi penyumbang pembayaran zakat di masa hadapan apabila sudah berkerjaya.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar, Pejabat Agihan LZS, Abdul Basith Hamid dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel, Prof Madya Zainal Abidin Kidam.

Sehingga Disember 2012, LZS telah membiayai sejumlah 2,320 mahasiswa asnaf fakir dan miskin yang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS seluruh negara bermula dari peringkat sijil hingga doktor falsafah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

RM 6 bilion Untuk Beri Pendidikan Percuma

PTPTN-Grafik-baru1

PETALING JAYA, 27 FEB: Kos pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat (PR) di dalam Manifesto Rakyat dianggarkan berjumlah RM 6 bilion setahun untuk dilaksanakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menjelaskan, jumlah ini turut membabitkan tawaran PR untuk membatalkan hutan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditanggung graduan lepasan pengajian tinggi.

Menurutnya, RM 600 juta setahun diperlukan sebagai peruntukkan tambahan bagi menampung 10 peratus kos di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Setakat ini, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM7.5 bilion setiap tahun bagi menanggung 90 peratus kos di IPTA

“Kalau kita ingin beri yuran percuma kita kena tambah dalam RM600 juta tambahan.

“Pemberian biasiswa kepada pelajar lebih rendah daripada pampasan-pampasan yang kita berikan kepada kroni,”

“Misalnya satu pampasan yang dimaafkan adalah hutang Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM650 juta yang boleh memberikan yuran percuma kepada pelajar IPTA,” katanya.

Manifesto Pakatan Rakyat yang diumumkan pada 26 Februari mensasarkan pemberian pendidikan percuma sehingga tahap universiti.

Rafizi berkata jumlah RM 6 bilion itu merangkumi RM 2.5 bilion untuk pemberian elaun sara hidup sebanyak RM5,000 setahun untuk 500,000 orang pelajar.

Selain itu, Rafizi menjelaskan, kos anggaran sebanyak RM 2 bilion diperlukan untuk mengambil alih hutang PTPTN setelah dihapuskan dan dibayar secara ansuran selama 20 tahun.

Sementara RM 900 juta setahun diperlukan untuk tabung IPTS sebagai subsidi yuran dan penjaman sara hidup.

Dalam pada itu, Rafizi membidas kenyataan pimpinan Umno-BN yang memutar belit fakta dengan menyatakan pengurangan harga kereta sebanyak 20 peratus akan mengakibatkan negara kerugian RM 7 bilion.

“Pakatan tidak pernah cakap akan (lakukan) penurunan (harga kereta) sekaligus. Tetapi berperingkat 20 peratus setiap tahun supaya ada imbangan harga kereta baru dan terpakai,” tegasnya.

Kesan kehilangan cukai eksais akibat pengurangan harga kereta mengikut perkiraan Jawatankuasa Manifesto Rakyat untuk tahun 2013 bernilai RM 1.4 juta.

Kos kehilangan ini boleh ditampung melalui pendapatan tambahan menjualan AP yang dilelong bagi kereta-kereta mewah.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Sasar Bina 10 IPTA, Sara Hidup Pelajar RM5,000 Setahun

Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013

SHAH ALAM, 5 OKT: Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar.

“Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar .

“Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya ‘tidak laku’ dipasaran,” kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia’ itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan,” kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN.

Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion.

Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja.

Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Categories
SELANGOR

Isu Penggunaan Nama Allah, Ahli Politik Jangan Menangguk Di Air Keruh

Dr Maszlee

SHAH ALAM, 29 DIS: Dialog antara agama di negara ini perlu disuburkan bagi mengelak salah faham antara agama hingga menyebabkan ia dipolitikan.

Dialog ini perlu apabila isu sensitif dalam agama sengaja dijadikan isu politik untuk menyerang lawan demi kepentingan politik masing-masing.

Bagi Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, sebenarnya isu ini hanyalah merupakan simptom kepada permasaalahan lebih besar iaitu kejahilan di antara penganut sesuatu agama tentang agama lain di negara ini.

Akibat kejahilan bersama ini timbulah salah faham bersama atau ‘mutual misconception’ yang menjadi ruang subur untuk prejudis, fitnah dan perselisihan faham.

Oleh demikian, beliau mengingatkan ahli-ahli politik agar meningkatkan integriti, moral dan etika masing-masing agar tidak menangguk di air keruh atas kejahilan bersama masyarakat di negara ini.

Menurut beliau lagi, salah faham bersama ini dapat dielakkan atau diminimakan sekiranya Kementerian Pelajaran mewujudkan mata pelajaran agama-agama di Malaysia sebagai subjek teras dan diwajibkan ke atas semua pelajar.

“IPTA dan IPTS juga hendaklah mempunyai subjek tersebut sebagai salah satu subjek teras mereka.

“Begitu juga subjek Agama Islam, perlu dihadiri semua memandangkan Islam merupakan agama rasmi di negara kita yang perlu diketahui oleh semua rakyatnya,” kata beliau.

Dr Maszlee juga memberitahu setiap rakyat negara ini hendaklah menghargai kemajmukkan masyarakat di negara ini.

“Menjadi tanggungjawab setiap warga di Malaysia untuk bersama menghargai kemajmukkan masyarakat Malaysia dan ianya wajib disikapi sebagai kekuatan dan bukannya sebagai faktor perbalahan,” ujar Dr Maszlee dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, isu penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertambah hangat dan menemui jalan buntu apabila sesetengah ahli politik sengaja menjadikan isu ini sebagai senjata menyerang lawan politik mereka.

Tindakan mereka ini akhirnya menambah kusutkan keadaan sehingga mampu mencetus ketegangan antara penganut Islam dan Kristian di negara ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

UITM Kaut Hadiah Pertandingan Rekabentuk Rumah Mampu Milik Selangor

SHAH ALAM 20 SEPT : Sekumpulan pelajar arkitek daripada UiTM Shah Alam memenangi tempat pertama dalam pertandingan rekabentuk unit rumah mampu milik (RMM) anjuran Kerajaan Selangor.

Kumpulan itu yang dinamakan ?Superblock? menerima wang tunai RM 12,000 beserta sijil.

Manakala tempat kedua dimenangi kumpulan ?Rekabentuk S&V Residents? juga daripada UiTM Shah Alam yang menerima RM 8,000.

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan ?Rekabentuk Urban Renewal Openness? daripada UiTM Seri Iskandar di Perak.

Tujuh perserta lain menerima saguhati RM 1,000. Kesemua hadiah tersebut disampaikan di dalam satu majlis di sini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam ucapannya Abdul Khalid berkata, pertandingan yang dianjurkan ini diharap mampu merangka garis panduan baharu bagi pembangunan RMM.

“Kita harap agar idea yang diserlahkan oleh para pelajar IPTA pada reka bentuk ini dapat menghasilkan bangunan dengan kos yang berpatutan di pihak pemaju dan mampu dibayar pembeli rumah.

“Ia juga seharusnya berkonsepkan green building, mesra alam sekitar dan berfungsi sebagai pusat pembangunan komuniti berpusat,” jelasnya.

Pertandingan anjuran bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor itu disertai 65 peserta daripada empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Mereka adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM).

Pertandingan tersebut bermula pada 10 September lalu dan diadili oleh tujuh juri professional yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.